Anda di halaman 1dari 39

ASSALAMUALAIKUM

&
SALAM SEJAHTERA
KUMPULAN SATU
1. AHMAD ISHAK BIN MOHD SALLEH 991 - 03334
2. MOHD SHAHBUDIN BIN ABDULLAH 991 - 03352
3. SAIDIN BIN AHMAD 991 - 03363
4. SHAHARUDIN BIN YUNUS 991 - 03365
5. SHUIB BIN AHMAD 991 - 03366
TAJUK :
RESPIRATORI
( SH 3053 )
PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN
BANTU MULA
PERTOLONGAN CEMAS
DEFINISI
Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai
bantuan permulaan atau rawatan
pertama yang diberikan kepada
seseorang yang tercedera dalam
sebarang kemalangan atau mengalami
kecemasan atau sakit secara mengejut
sebelum ketibaan ambulans, doktor
atau pakar perubatan.
MATLAMAT
PERTOLONGAN CEMAS
Untuk menyelamatkan nyawa.
Menghadkan kesan-kesan kecederaan.
Menggalakkan pemulihan.

CIRI-CIRI PEMBERI
PERTOLONGAN CEMAS.
Seseorang yang terlatih secara profesional
Seseorang yang dinilai kebolehannya dan
dinilai kebolehnanya lagi secara tetap.
Mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang kemas kini.
TANGGUNGJAWAB SESEORANG
PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan
selamat, kemudian meminta bantuan yang sewajarnya
Mengenal pasti seboleh mungkin kecederaan atau
bentuk kesakitan yang mengakibatkan kecederaan.
Memberi rawatan awal yang sesuai dan sewajarnya
mengikut peraturan yang tertentu dan keutamaan.
Memastikan mangsa dihantar ke hospital untuk
rawatan selanjutnya oleh doktor.
Menunggu mangsa kecederaan sehingga diserahkan
kepada pihak yang bertanggung jawab.
Membuat laporan dan menyerahkannya kepada
pihak yang tertentu serta memberikan bantuan jika
diperlukan.
SISTEM PERNAFASAN
Pengenalan.
Kita menyedut dan menghembuskan udara supaya oksigen dapat
masuk ke dalam paru-paru dan karbon dioksida dapat dibuang.
Pernafasan tidak seperti respirasi. Respirasi merupakan proses
dimana oksigen dan karbon dioksida ditukarkan dalam paru-paru
dan seterusnya dalam sel-sel badan.
Apabila kita bernafas, udara dibawa masuk menerusi hidung dan
mulut melalui salur utama dan terus menuju ke peparu. Dalm
peparu udara masuk keselurus rangkaian laluan udara dan ke
dalam alveolus[pundi udara]. Di alveolus udara akan diserap ke
dalam darah. Udara yang mengandungi karbon dioksida kan
dihembus keluar ketida proses menghembus keluar udara. Hanya
udara yang segar mengandungi oksigen akan masuk kedalam
peparu terus menerus apabila kita bernafas.
Bahagian Atas
farinks
Rongga
hidung
trakea
larinks
Udara
masuk
hidung
STRUKTUR SISTEM PERNAFASAN
Bahagian Bawah
Paru-paru kanan
larinks
bronkus
epiglotis
Kedudukan jantung
Trakea dengan tulang-
tulang rawan
Paru-paru kiri
bronkiol
alveolus
Membran pleura
Rongga paru-paru
diafragma
Keratan tulang
rusuk
JENIS-JENIS KECEDERAAN YANG
MELIBATKAN SALURAN PERNAFASAN.
1. LEMAS.
7. RENJATAN ANAPHYLACTIC
4. HYPERVENTILASI
2. ASTHMA
5. JANTUNG TERHENTI
6. KERONGKONG LEBAM
8. PNEUMONIA ATAU BRONCHITIS
3. TERCEKIK
JANTUNG TERHENTI
Sebahagian peparu terhenti akibat tekanan
daripada udara atau cecair. Ia mungkin
berpunca akibat serangan penyakit jantung.
Definisi
Pengalaman mangsa ketika menghembus nafas secara
langsung kebahagian tulang rusuk di mana menghasilkan
tekanan di peparu.
Penyebab
Peparu terhenti secara tiba-tiba bukan disebabkan
kecederaan.
Peparu tertikam oleh benda tajam seperti tulang rusuk
yang patah, anak panah atau lembing.
Kehilangan darah yang banyak, kelemasan, kejutan
elektrik, renjatan anaphylactic, pengambilan dos ubat
yang berlebihan dan hipotermia.
Kesukaran untuk bernafas.
Lebam atau kecederaan terbuka di bahagian dada.
Simptom
Sakit di dada.
Kehilangan denyutan nadi.
Tanda-tanda
Bunyi yang datangnya daripada kecederaan
terbuka di bahagian dada.
Mangsa akan tercungap-cungap.
Kadar pernafasan meningkat.
Tiada pernafasan.
Hubungi bahagian kecemasan untuk mendapatkan
bantuan perubatan.
CARA-CARA BANTU MULA
Pastikan keadaan sebenar mangsa.
Letakkan/tempatkan mangsa di tempat yang selesa.
Tutup bahagian yang tercedera dengan menggunakan
bahan seperti pembungkus aluminium atau kain yang tebal.
Perhatikan dengan melakukan kaedah ABC dan lakukan
bantuan pernafasan (CPR) jika perlu.
CARTA ALI RAN PENGENDALI AN DR ABC.
MANGSA PENGSAN ATAU TERCEDERA.
Menentukan situasi sebenar
Alihkan daripada kawasan bahaya
ADA TINDAKBALAS TIADA TINDAKBALAS
Baringkan Mangsa
Selesakan mangsa
Perhatikan ABC
Periksa dan urus pendarahan
Periksa dan urus lain-lain
Kecederaan
D
DANGER
R
RESPONSE
A
AIRWAY
B
BREATHING
Kawal sebarang bahaya terhadap diri
sendiri dan mangsa.
Gongcang dan menjerit pada mangsa
Buka dan kosongkan
saluran pernafasan
Lihat, dengar dan
rasa pernafasan
BERNAFAS TIDAK BERNAFAS
Biarkan mangsa berbaring Baringkan mangsa
Perhatikan ABC
Periksa dan uruskan pendarahan Mulai Teknik EAR
Perisa dan uruskan lain-lain 5 hembusan dalam 10 saat
Kecederaan
Teruskan pemerhatian ke atas
Mangsa secara rapi
Hantar mangsa untuk bantuan
perubatan.
ADA DENYUTAN TIADA DENYUTAN
Ulangi EAR Mulai CPR
Periksa nadi dan pernafasan selepas
Satu minit dan sekurang-kurangnya Periksa nadi dan
pernafasan 2 minit selepas itu. Selepas 1 minit dan
sekurang-kurangnya setiap
Hantar untuk bantuan perubatan 2 minit.
Buat pemeriksaan/Pemantauan secara rapi
C
CIRCULATION
Periksa
denyutan nadi
CARTA PENGENDALIAN CARDIO-PULMONARY
RESUSCITATION (CPR)
DANGER
PERIKSA TINDAKBALAS MANGSA
MANGSA TIDAK SEDAR
MINTA BANTUAN
MENEGAKKAN SALURAN PERNAFASAN
LIHAT, DENGAR, RASA PERNAFASAN MANGSA
(3-5 SAAT)
TIADA PERNAFASAN - BERI 2 HEMBUSAN PERCUMA
HEMBUSAN MASUK KE DALAM
PERIKSA NADI
TIADA DENYUT NADI
CARI LOKASI UNTUK TEKANAN
BERI 15 TEKANAN
BERI 2 HEMBUSAN
BUAT 4 PUSINGAN TEKANAN / PERNAFASAN
PERIKSA SEMULA DENYUTAN NADI
JIKA TIADA DENYUTAN NADI
LAKUKAN 4 LAGI PUSINGAN TEKANAN / PERNAFASAN
ADA DENYUTAN NADI
MULAKAN BANTUAN
PERNAFASAN
A
B
Menilai Mangsa Kecederaan.
.Periksa Daya Kesedaran.
Kuatkan suara dengan bertanya adakah kamu dengar suara
saya. Goncang perlahan-lahan bahu mangsa itu. Seseorang
mangsa yang pengsan tidak akan bertindakbalas(respon)
.Buka Salur Udara Mangsa Yang Pengsan.
Tanggalkan sebarang halangan yang nyata dari mulut.
Letakkan dua jari di bawah titik dagu dan angkat rahang.
Pada waktu yang sama letakkan sebelah lagi tangan anda
pada dahi mangsa dan kemudian sendengkan kepalanya ke
belakang.
.Periksa Pernafasan.
Letakkan kepala anda hampir dengan hidung dan mulut
mangsa itu.
Lihat pada dada sama ada terdapat sebarang
pergerakan.
Dengar sebarang bunyi pernafasan.
Rasa pernafasan dengan pipi anda.
Periksa selama 5 minit sebelum membuat keputusan
bahawa pernafasan mangsa telah terhenti.
.Periksa Denyut Nadi.
Dengan kepala mangsa sendeng ke belakang, anda rasailah
halkumnya dengan dua jari anda. Sorotkan jejari anda pada
mangsa antara salur udara dan otot. Rasailah selama 5 saat
bagi denyut nadi karotid.
Langkah 1
[Periksa tindakbalas mangsa]
* Alihkan mangsa bila perlu, jika mangsa mengalami
kecederaan tengkuk atau kepala
* Pegang atau gongcang bahu mangsa perlahan-lahan.
* Tanya keadaan mangsa.
Langkah 2
* Minta bantuan rakan untuk hubungi pihak kecemasan untuk
mendapatkan bantuan.[994]
* Jika keseorangan, menjerit untuk mendapatkan
pertolongan. Jika ada seseorang datang minta beliau untuk
menghubungi bahagian kecemasan.
Langkah 3
[Pusingkan mangsa]
* Alih mangsa perlahan-lahan. Lakukan tanpa menambahkan
kecederaan mangsa.
Langkah 4
[Buka saluran pernafasan]
* Letakkan 2 jari di bawah titik dagu dan angkat rahang. Tangan yang
sebelah lagi pada dahi mangsa dan sendengkan kepala ke belakang.
[Periksa Pernafasan]
* Letekkan telinga pada mulut dan hidung mangsa sambil membiarkan
saluran pernafasan terbuka.
* Lihat pergerakan turun naik dada mangsa; lihat dan rasa pernafasan
mangsa.
Langkah 5
[Beri 2 Hembusan Percuma]
* Biarkan kepala mangsa terdongak supaya saluran pernafasan terbuka.
* Picit hidung mangsa.
* Tarik nafas dalam-dalam dan rapatkan bibir di sekeliling mulut mangsa.
*Beri 2 hembusan dalam 1.5 hingga 2 saat.
Langkah 6
[Memeriksa Denyut Nadi]
* Kekalkan kedudukan kepala yang didongakkan ke
belakang.
* Rasai halkum dengan 2 jari anda.
* Rasai denyutan nadi di karotid arteri selama 5 - 10 saat.
Langkah 7
[Tatacara pengendalian CPR]
* Rasai kerangka tulang rusuk sehingga mencapai bahagian
akhir sternum.
* Letakkan jari tengah di atas tulang sternum dan satu jari
lagi di sebelahnya
* Letakkan tumit tapak tangan betul disebelah jari tadi [atas
sternum].
* Alihkan tangan dan telangkupkan kedua-dua belah tangan
di atas dada mangsa.
* Lakukan sebanyak 15 tekanan. Lengkapkan 4 pusingan dan
periksa denyut nadi, JIKA TIADA berikan 2 hembusan
percuma dan lengkapkan 4 pusingan lagi.
POSISI PEMULIHAN.
Langkah 1
Pembantu mula membongkok di sisi mangsa itu, sendeng
kepalanya dan angkat dagunya untuk membuka salur udara.
Pastikan kedua-dua kaki mangsa lurus. Letakkan lengan
mangsa yang terdekat pada anda dalam sudut tepat
terhadap badannya. Bengkokkan siku dengan tapak tangan
ke atas.
Langkah 2.
Bawa sebelah lagi tangan mendepang dada dan
pegang tangannya dekat dengan pipi.
Tapak tangan menghala keluar.
Dengan menggunakan sebelah lagi tangan anda, paut
paha dan tarik lutut ke atas.
Biarkan tapak kaki terletak di atas tanah.
Langkah 3.
Dengan membiarkan sebelah tangan mangsa tertekan
pada pipi, tarik mangsa ke arah anda.
Langkah 4.
Sendengkan kepala mangsa ke belakang untuk
mempastikan salur udaranya sentiasa tebuka.
Selaraskan tangan jika perlu supaya kepala disokong
dengan kukuh.
Selaraskan bahagian atas kaki supaya kedua-dua
pinggul dan lutut berada pada sudut yang tepat.
Periksa pernafasan dan denyut nadi dari masa
kesemasa.
Bye! Bye!

Anda mungkin juga menyukai