Anda di halaman 1dari 212

i

Modul
BM L 3 0 5 3 : M OR FO L O GI B A H AS A M E L AY U



















Penulis Ahmad Khair Bin Mohd Nor
Norliza Binti Hj. J amaluddin



























FA KU L T I B AH AS A D AN K O M U NI K AS I
UNI VERSI TI PENDI DI KAN SULTAN I DRI S
2011
2




Cetakan Pertama/First Printing 2011







Cetakan Pertama/First Printing 2011
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2011



H ak C i p t a Te r p el i h ar a.

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalamsebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara
lektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris terlebih dahulu.

A l l r i g ht r e s e r v e d. N o p a r t o f t h i s p ubl i c at i o n m ay be r e pr od uc e d o r t r a ns m i t t e d i n
an y f or m o r by an v m e ans , e l e c t r oni c or m e c hani c al i nc l udi ng phot oc opy , r e c or di ng, or
an
y
i nf or m at ion s t or age and retrieval system, without permission in writing from the Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

D iter b itkan di Mal ay s i a/ P ubl i s he d i n Mal ay s i a by
U ni ve rs i t i P e ndi di ka n S ul t a n I dri s
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
T el : 0 5 - 4 50 60 0 0, F a k s : 05 - 459 516 9
L aman S es aw an g : w w w .u p s i . e d u .my
E-mel: penerbitupsi.edu.my


A t ur huruf ol e h l Ty p e s e t t i ng by
P e n e r b i t U P SI
U ni ve rs i t i P e ndi di ka n S ul t a n I dri s
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Dicetak olehlPrinted by







Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dal arn -Penerbi tan
3




ISI KANDUNGAN








PANDUAN KURSUS viii




UNIT 1 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI 1
Pengenalan 1
Pengertian morfologi 2
Konsep morfem 3
Jenis-jenis morfem 3
Konsep kata 6
Konsep alomorf 8
Konsep morfofonem 9
Kata kunci 10
Penilaian kendiri 10
Rujukan 11





UNIT 2 PEMBENTUKAN KATA 12
Pengenalan 12
Bentuk kata 13
Kata tunggal 13
Kata terbitan 16
Kata majmuk 24
Kata ganda 27
Kata kunci 31
Penilaian kendiri 31
Rujukan 33
4

UNIT 3 PENGGOLONGAN KATA 34
Pengenalan 34
Golongan kata nama 36
Golongan kata kerja 39
Golongna kata adjektif 40
Golongan kata tugas 41
Kata kunci 43
Penilaian kendiri 43
Rujukan 44


UNIT 4 KATA NAMA 45
Pengertian kata nama 45
Ciri-ciri kata nama 45
Penggolongan kata nama 46
Kata nama khas 46
Kata nama am 48
Kata ganti nama 50
Pembentukan kata nama 53
Kata nama tunggal 53
Kata nama terbitan 54
Kata nama ganda 73
Kata nama majmuk 76
Kata kunci 77
Penilaian kendiri 78
Rujukan 79


UNIT 5 KATA KERJA 81
Pengertian kata kerja 81
Ciri-ciri kata kerja 82
Penggolongan kata kerja 82
Kata kerja aktif 83
Kata kerja pasif 87
Pembentukan kata kerja 88
Kata kerja tunggal 88
Kata kerja terbitan 88
Kata kerja ganda 117
Kata kerja majmuk 119
Kata kunci 120
Penilaian kendiri 120
Rujukan 122
5

UNIT 6 KATA ADJEKTIF 123
Pengenalan 123
Istilah kata adjektif 123
Pengertian kata adjektif 125
Ciri-ciri kata adjektif 128
Jenis-jenis kata adjektif 132
Pembentukan kata adjektif 135
Kata adjektif tunggal 136
Kata adjektif terbitan 136
Kata adjektif ganda 141
Kata adjektif majmuk 142
Perbandingan kata adjektif 143
Kata kunci 146
Penilaian kendiri 146
Rujukan 147


UNIT 7 KATA ADVERBA 148
Pengertian kata adverba 148
Ciri-ciri kata adverba 149
Bentuk kata adverba 150
Jenis-jenis kata adverba 152
Kata tugas yang tergolong dalam kata adverba 153
Makna kata adverba 153
Kata kunci 155
Penilaian kendiri 155
Rujukan 156


UNIT 8 KATA TUGAS 157
Pengertian kata tugas 157
Fungsi kata tugas 157
Ciri-ciri kata tugas 157
Golongan kata tugas 158
Kata penyambung ayat 159
Kata praklausa 162
Kata prafrasa dan pascafrasa 164
Kata pascakata 175
Kata kunci 176
Penilaian kendiri 176
Rujukan 177


UNIT 9 IMBUHAN ASING 178
Pengenalan 178
Awalan pinjaman 178
Akhiran pinjaman 181
6

Kata kunci 183
Penilaian kendiri 183
Rujukan 184


UNIT 10 KESALAHAN BAHASA DAN PENGEDITAN TEKS 185
Pengenalan 185
Konsep kesalahan bahasa 185
Tujuan analisis kesalahan 186
Jenis-jenis kesalahan bahasa 186
Kesalahan ejaan 187
Kesalahan pengimbuhan 188
Kesalahan penggandaan 189
Kesalahan pemajmukan 190
Kesalahan kata ganti nama 190
Kesalahan kata bilangan 191
Kesalahan penjodoh bilangan 192
Kesalahan kata kerja 193
Kesalahan kata adjektif 193
Kesalahan tugas 194
Bentuk lewah dalam bahasa 197
Pengeditan teks 198
Kata kunci 199
Penilaian kendiri 199
Rujukan 200
7






































PANDUAN
KURSUS
8




PENGENALAN
Panduan kursus ini disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan
kandungan kursus. Pelajar dinasihati supaya membaca bahagian ini dengan teliti. Selepas itu
berusahalah untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan
kursus ini dengan cemerlang.

Kursus BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu mendedahkan pelajar kepada aspek perkataan dalam
bahasa Melayu berdasarkan pelbagai pendekatan analisis. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan
pemahaman pelajar tentang proses pembentukan kata, justeru mereka berupaya menggunakan aspek
morfologi yang betul dan tepat dalam pertuturan dan penulisan.



KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
di UPSI. Modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.



PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
waktu pembelajaran. Bagi setiap kursus ini, pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu
pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi kursus BML 3053 adalah seperti dalam
jadual yang berikut.



Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran
Bersemuka Tidak Bersemuka
Membaca modul, ulang kaji, menyiapkan tugasan 102
Tutorial di Pusat 20
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui
BigBlueButton, Skype, dll.)
92
Forum (E-Learning melalui MyGuru3) 26
Video P&P melalui MyGuru2
Kuiz dalam talian melalui MyGuru3
112 128
Jumlah Masa Pembelajaran 240
9
UNIT TAJUK

1 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI
Pengertian morfologi, konsep morfem, jenis-
konsep morfofonem, dan konsep kata



2 PEMBENTUKAN KATA


HURAIAN BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir kursus BML 3053, anda diharapkan dapat:
1. Mengklasifikasi komponen-komponen utama dalam bidang morfologi mengikut contoh dan jenis
yang relevan; (K4)

2. Mempamerkan keyakinan dalam penggunaan perkataan ketika berkomunikasi; (K2, A5)

3. Menunjukkan kepekaan terhadap kesilapan yang ditemukan dalam teks dan berusaha
membetulkan kesilapan tersebut; (K3, P5, LL1)

4. Melaksanakan tugas berkaitan bidang morfologi secara berpasukan. (A4)




SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memberikan fokus terhadap pelbagai teori morfologi mulai zaman tradisional, zaman
struktural hingga zaman transformasi generatif. Yang ditumpukan ialah perbincangan dan analisis
tentang bentuk kata, proses binaan kata dan penggolongan kata. Kursus ini turut menumpukan proses
morfofonemik dan ciri semantik perkataan dalam bahasa Melayu.

(This course focuses on the various morphological theories, beginning from the traditional period,
structural period and transformational generative period. It gives emphasis on analyzing word forms,
word building processes and words class. This course will also focus on the morphophonemic
processes as well semantics of the words forms in Malay).



ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan
kepada sepuluh unit seperti yang berikut:







jenis morfem, konsep alomorf,






Bentuk kata, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda, dan kata
akronim
1



3 PENGGOLONGAN KATA

Kriteria penggolongan kata, golongan kata nama, golongan kata kerja,
golongan kata adjektif, dan golongan kata tugas.



4 KATA NAMA

Pengertian kata nama, ciri-ciri kata nama, penggolongan kata nama, dan
pembentukan kata nama.



5 KATA KERJA

Pengertian kata kerja, ciri-ciri kata kerja, penggolongan kata kerja, dan
pembentukan kata kerja



6 KATA ADJEKTIF

Istilah kata adjektif, pengertian kata adjektif, ciri-ciri kata adjektif, jenis-jenis
kata adjektif, pembentukan kata adjektif, dan perbandingan kata adjektif



7 KATA ADVERBA

Pengertian kata adverba, ciri-ciri kata adverba, bentuk kata adverba, jenis-
jenis kata adverba,kata tugas yang tergolong sebagai kata adverba, dan
makna kata adverba.



8 KATA TUGAS

Pengertian kata tugas, fungsi kata tugas, ciri-ciri kata tugas, golongan kata
tugas, kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa,
kata pascakata.



9 IMBUHAN ASING

Awalan pinjaman, dan akhiran pinjaman.
.

10 KESALAHAN MORFOLOGI DAN PENGEDITAN TEKS

Konsep kesalahan bahasa, tujuan analisis kesalahan, jenis-jenis kesalahan
morfologi, pengeditan teks
11


PENTAKSIRAN



Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan
Tugasan 20 Hanya 1 kerja kursus individu.Satu kerja
kursus individu bercetak dihantar kepada
pensyarah melalui pos.Satu lagi dalam
talian menggunakan MyGuru3.
Forum 20 Dalam talian menggunakan
MyGuru3
Peperiksaan Akhir 60 -
Jumlah 100





HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN


Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti
termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari
maklumat daripada internet, buku, dan sumber lain.


Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus


Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja
kursus



Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang
dibincangkan.
Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

A
Pengenalan Kepada Morfologi | 1
Ayat
Klausa
Frasa
Kata
Morfem





UNIT 1

PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI




HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. menyatakan definisi morfologi
2. menjelaskan unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi
3. membezakan jenis-jenis morfem
4. membezakan morfem dan kata


1.0 Pengenalan

Bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan
semantik. Sistem bahasa dapat dilihat daripada sistem sebutan, sistem ejaan, sistem kata, tatabahasa, dan
laras bahasa. Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus
bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting dalam pengajaran bahasa kerana ia menjadi
panduan kepada pelajar untuk membina perkataan dan ayat.

Rajah di bawah menunjukkan unsur bahasa dalam hierarki tatabahasa. Tatabahasa terdiri
daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Unsur bahasa yang paling kecil ialah morfem,
dan yang paling besar ialah ayat. Ayat merupakan unsur/unit tatabahasa yang paling tinggi kerana semua
unsur lain terdapat di dalamnya.






sintaksis






ayat
Pengenalan Kepada Morfologi | 2


Unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Unsur bahasa yang dikaji dalam
sintaksis ialah frasa, klausa dan ayat. Dalam modul ini, kita akan mempelajari bidang morfologi, manakala
aspek sintaksis akan dipelajari pada modul yang lain.






Bunyi-bunyi bahasa seperti [a], [u], [m], [t], dan [s] tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi
bunyi [di], [se], [ter], [me], dan [ke] mengandungi makna.
Apakah perbezaan antara kumpulan tersebut?



1.1 Pengertian Morfologi

Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris morphology. Istilah morphology terbentuk daripada
unsur iaitu morph, o, dan logy. Morph membawa pengertian bentuk, manakala logy bermaksud
pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata.

Nik Safiah Karim et al. (2010) menjelaskan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Yang dikatakan struktur ialah susunan unsur bahasa.
Misalnya, struktur kata bagi minuman ialah kata dasar + akhiran. Bentuk merupakan pewujudan lahiriah
sesuatu unsur bahasa. Misalnya, kata boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk ganda,
bentuk majmuk, dan bentuk akronim.

Golongan kata pula ialah jenis kata. Berdasarkan golongan, kata boleh dibahagikan kepada
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan dan kata tugas.

Kesimpulannya, bahasa mempunyai struktur. Setiap struktur dalam bahasa terdiri daripada unsur-
unsur yang lebih kecil. Unsur-unsur yang kecil ini akan dicantumkan untuk membentuk perkataan, frasa
dan ayat. Dalam aspek kajian morfologi, terdapat unsur morfem dan kata bagi membentuk perkataan.






Cuba anda nyatakan perkataan yang manakah yang dapat dipenggal untuk menjadi bentuk
yang lebih kecil dan mempunyai makna.

a. iklan f. dicari
b. peristiwa g. ketawa
c. bangunan h. hulubalang
d. kedatangan i. beliau
e. mengambil j. kemuncak
Pengenalan Kepada Morfologi | 3


1.2 Konsep Morfem

Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata.
Morfem tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil yang mengandungi makna. Misalnya, minum
ialah morfem. Selain menjadi unsur tatabahasa yang terkecil dan mengandungi makna, perkataan minum
tidak dapat dipecahkan kepada unsur bahasa yang lebih kecil. Jika kita penggalkan kata minum kepada mi
dan num, ia menjadi dua suku kata yang tidak bermakna. Jadi, minum merupakan morfem yang tidak
dapat dikecilkan lagi.

Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kedua terdiri daripada morfem {ke-} dan {dua};
mendengar terdiri daripada morfem {men-} dan {dengar}; memperkatakan mengandungi morfem {mem-}
{per-}, {kata}, dan {-kan},

Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu atau beberapa morfem. Perkataan makan
mengandungi satu morfem. Perkataan makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu {makan} dan {an}.
Perkataan berbantalkan mengandungi tiga morfem, iaitu {ber-}, {bantal}, dan {kan}; Perkataan
mempertinggikan mengandungi empat morfem, iaitu {mem-}, {per-}, {tinggi}, dan {kan}.


1.3 Jenis-jenis Morfem

Morfem boleh dibahagikan kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat boleh dipecahkan
kepada morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks (Asmah Hj. Omar,
20099).




Morfem





Morfem Bebas Morfem Terikat





Morfem Terikat Satuan Morfem Terikat Terbahagi Morfem Terikat Kompleks
Pengenalan Kepada Morfologi | 4


1.3.1 Morfem Bebas

Morfem bebas dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, yakni tanpa perlu bergabung dengan morfem lain.
Morfem bebas dengan sendirinya dapat menjadi kata. Contohnya,

pulang bebas kereta dunia
lupa minum suka bila
belantara suasana halilintar belukar




Kebanyakan morfem bebas mempunyai makna leksis, iaitu makna yang timbul daripada morfem
itu sendiri. Namun begitu, ada morfem bebas yang tidak mempunyai maknanya sendiri, tetapi mempunyai
makna struktur, iaitu maknanya hanya diketahui apabila digunakan dalam ayat. Contohnya, kata dari, yang,
ke, wah, si, telah, dan sebagainya tidak mempunyai maknanya sendiri tetapi maknanya timbul apabila
digunakan dalam ayat.

Jumlah perkataan dalam morfem bebas amatlah banyak, dan sukar untuk disenaraikan. Oleh itu,
morfem bebas merupakan pendukung utama makna leksikal sesuatu kata. Perkataan yang terdiri daripada
morfem bebas boleh bertambah jumlahnya setiap masa dengan cara peminjaman daripada bahasa asing,
ataupun melalui penciptaan kata baharu.





Perkataan yang manakah morfem bebas?

1. termasyhur 4. terampil 7. tawa
2. terkam 5. terbang 8. perkasa
3. termuda 6. terkedu 9. sementara





1.3.2 Morfem Terikat

Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar. Morfem terikat
memerlukan bantuan morfem lain, sama ada morfem bebas atau morfem terikat untuk membentuk kata.
Misalnya, pada perkataan berkesan, ia terbentuk daripada gabungan morfem ber- dengan kesan. Bentuk
kesan boleh berdiri sendiri, tetapi ber- memerlukan kehadiran bentuk lain dalam penggunaannya.


Semua imbuhan ialah morfem terikat kerana tidak ada imbuhan yang dapat berdiri sendiri. Selain
itu, morfem terikat tidak dapat menduduki taraf kata kerana tidak dapat wujud dalam ayat tanpa bantuan
morfem lain. Ada juga morfem terikat kelihatannya seperti morfem bebas, tetapi ia sebenarnya morfem
Pengenalan Kepada Morfologi | 5


terikat. Morfem jenis ini tidak dapat berdiri sendiri kecuali disertai morfem lain, sama ada dengan imbuhan
atau digandakan. Contohnya, lantar tidak dapat wujud bersendirian, kecuali diberikan imbuhan ter- atau
an menjadi terlantar, atau lantaran. Pada kata anai dan mayur, kedua-duanya masih merupakan morfem
terikat kerana tidak dapat berdiri sendiri, dan perlu wujud dengan morfem lain, iaitu anai atau sayur bagi
membentuk kata sempurna anai-anai dan sayur-mayur.



1.3.2.1 Morfem terikat satuan
Morfem terikat satuan ialah morfem terikat yang utuh dalam bentuknya dan tidak boleh dipisah-pisahkan
bahagiannya. Morfem terikat satuan boleh terdiri daripada awalan seperti ber-, me-, ter-, ke-, di-, dan
sebagainya. Selain itu, morfem terikat satuan boleh terdiri daripada akhiran seperti an, kan, -i, dan
sebagainya.


Satu lagi jenis morfem terikat satuan ialah morfem yang bentuknya seperti kata akar tetapi tidak
dapat berdiri sendiri, seperti tawa, tapa, mudi, juang, anai, nyala dan sebagainya. Morfem ini hanya dapat
digunakan setelah disertakan dengan morfem lain, sama ada dengan imbuhan, digandakan atau dijadikan
kata majmuk.



1.3.2.2 Morfem terikat terbahagi
Morfem terikat terbahagi merupakan morfem yang terdiri daripada awalan dan akhiran yang berlaku
serentak sebagai satu kesatuan. Misalnya, ke-...-an, pen-...-an, dan per-...-an, seperti pada perkataan
kedudukan, penyertaan, dan pertanyaan. Perkataan duduk, serta dan tanya ialah kata dasar yang masing-
masing diapit oleh kehadiran imbuhan secara serentak, iaitu pada kedudukan sebelum dan selepas kata
dasar. Apabila morfem terikat terbahagi diketepikan daripada kata dasar, yang tinggal mestilah perkataan
yang sedia ada. Misalnya, bagi perkataan kedudukan tidak wujud kata dudukan dalam Bahasa Melayu.
Inilah bukti bahawa ke-...an merupakan satu morfem yang tersendiri, iaitu morfem terikat terbahagi.



1.3.2.3 Morfem terikat kompleks
Morfem terikat kompleks merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih. Dalam penggunaan
perkataan yang terdiri daripada morfem terikat kompleks ini, terdapat gabungan morfem-morfem, sama
ada gabungan dua awalan, atau gabungan awalan dan akhiran, atau gabungan dua awalan dan satu
akhiran. Dalam penggunaan perkataan yang terdiri daripada morfem terikat kompleks ini, kesemua morfem
terikat yang terlibat (sebelum dan selepas kata dasar) hendaklah digunakan serentak.
(i) Gabungan dua awalan
Contohnya: memper-, diper- (memperkuat, memperoleh, diperkuat, diperoleh)
(ii) Gabungan awalan dan akhiran
Contohnya: me-...kan, di-...-kan, me-...-i, di-...-i, (mengatakan, dikatakan, membaiki,
dibaiki)
Pengenalan Kepada Morfologi | 6


(iii) Gabungan dua awalan dan satu akhiran
Contohnya: memper-...-kan, diper--...-kan, memper-...-i, diper-...-i (mempersoalkan,
dipersoalkan, mempersenjatai, dipersenjatai)





Apakah perbezaan antara morfem bebas dengan morfem terikat?



1.3.2.4 Jumlah morfem dalam perkataan
Suatu morfem boleh menjadi kata, seperti minum. Suatu kata pula boleh terdiri daripada satu morfem atau
lebih. Contohnya, memperkecil ialah satu kata yang mengandungi dua morfem terikat mem- dan per-, serta
satu morfem bebas iaitu kecil..


Perkataan berbantalkan mengandungi tiga morfem, iaitu dua morfem terikat ber- dan kan; serta
morfem bebas bantal. Perkataan mempertingkatkan mengandungi empat morfem, iaitu tiga morfem terikat
mem-, per-, kan; dan satu morfem bebas tinggi.


Perkataan keburukan pula mengandungi dua morfem, iaitu satu morfem terikat ke-...-an, dan satu
morfem bebas buruk. Pembentukan perkataan keburukan bukanlah dibentuk dengan buruk diberikan
awalan ke- (keburuk), dan buruk diberikan akhiran an (burukan). Kata-kata seperti ini tidak ada dalam
bahasa Melayu. Oleh itu, apitan ke-...-an merupakan satu morfem yang tersendiri.






Nyatakan jumlah morfem bagi perkataan yang berikut:
1. menterjemah 4. memperlahankan
2. mengebumikan 5. berketerampilan
3. menggelembungkan 6. ketidakbertanggungjawaban



1.4 Konsep Kata

Kata ialah bentuk bahasa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang
sesuai, dan mengandungi maksud atau mesej yang lengkap. Misalnya, bentuk seperti lari, duduk, siapa,
bila merupakan unsur bahasa yang terkecil dan mengandungi makna. Selain itu, perkataan tersebut dapat
dijadikan ayat minimal apabila diberikan intonasi ayat.

Sebagai unsur morfologi, kata merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk membentuk kata
lain, seperti kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim.
Pengenalan Kepada Morfologi | 7


Kata dapat dibahagikan kepada kata akar dan kata dasar. Kata akar dan kata dasar ialah unsus
asas dalam pembentukan kata.

Kata



Kata Akar Kata Dasar






1.4.1 Kata Akar
Kata akar ialah inti sesuatu kata. Kata akar merupakan unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan. Kata
akar boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat. Misalnya, cuci ialah morfem bebas dan menjadi
kata akar bagi mencuci. Bagi perkataan bertapa, tapa ialah morfem terikat dan menjadi kata akar bagi
perkataan bertapa. Kata tunggal secara kebetulan adalah juga kata akar.



1.4.2 Kata Dasar
Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberikan imbuhan. Kata
berimbuhan juga boleh menjadi kata dasar jika dapat diberikan imbuhan. Contohnya:



lari - kata lari ialah kata akar
berlari - kata lari ialah kata dasar bagi perkataan berlari
pelarian - kata lari ialah kata dasar bagi perkataan pelarian





buka - kata buka ialah kata akar
terbuka - kata buka ialah kata dasar bagi perkataan
terbuka
keterbukaan - kata terbuka menjadi kata dasar bagi perkataan
keterbukaan, iaitu setelah diberikan apitan ke-...-an
Pengenalan Kepada Morfologi | 8




Kata dasar boleh terdiri daripada:

(i) kata akar. Contohnya:

lambat - kata akar
terlambat - kata lambat ialah kata dasar bagi terlambat




(ii) kata berimbuhan. Contohnya:


perkembang - kata berimbuhan
memperkembangkan - kata perkembang ialah kata dasar bagi
memperkembangkan




(iii) kata ganda. Contohnya:


cantik-cantik - kata gandaan
secantik-cantik - kata cantik-cantik ialah kata dasar bagi
secantik-cantik


(iv) kata majmuk. Contohnya:


setiausaha - kata majmuk
bersetiausahakan - kata setiausaha ialah kata dasar bagi
bersetiausahakan





1.5 Konsep Alomorf
Alomorf ialah kelainan atau anggota sesuatu morfem. Beberapa bentuk kelainan ini ditentukan oleh faktor
fonologi yang boleh dibahagikan kepada dua, iaitu huruf awal sesuatu kata dasar dan struktur suku kata
dasar. Contohnya, awalan meN- ialah morfem. Morfem {meN-} ini mempunyai alomorf me-, mem-, men-,
meng-, meny-, dan menge-. Wujudnya perbezaan ini ditentukan oleh fonem pertama kata dasar.


Morfem beR- pula dapat dianggotai oleh alomorf be-, bel-, dan ber-. Manakala, morfem teR-
dianggotai oleh alomorf te- dan ter-.
Pengenalan Kepada Morfologi | 9





1.6 Konsep morfofonem
Morfofonem melibatkan gabungan antara morfem dengan fonem. Morfofonem ialah ciri bunyi yang timbul
apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. Lazimnya antara morfem dasar (bebas dan terikat)
dengan morfem terikat yang merupakan imbuhan.


Ciri morfofonem sering dilambangkan dengan huruf besar N dan R, yang membawa maksud
bahawa fonem tersebut boleh berubah dalam konteks tertentu. Ciri N melambangkan perubahan unsur
sengau pada awalan kata kerja meN- dan awalan kata nama peN-. Apabila imbuhan tersebut bercantum
dengan kata dasar, fonem pertama akan menentukan sama ada N digugurkan atau berubah. Oleh itu,
lambang N digunakan sebagai wakil pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Misalnya,
awalan peN- dan meN- kekal apabila bertemu dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y. Contohnya:


peN + lari pelari meN + layan melayan
memakan peN + malas pemalas meN + makan
peN + nama penama meN + nanti menanti
peN + nyanyi penyanyi meN + nyanyi menyanyi
peN + ngiau pengiau meN + nganga menganga
peN + rampas perampas meN + rampas merampas
peN + warna pewarna meN + wangi mewangi
peN + yakin peyakin meN + yakin + i meyakini





Sebaliknya, peN- dan meN- menjadi pen- dan men- jika bertemu dengan morfem dasar yang
bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z. Contohnya:

peN + curi pencuri meN + curi mencuri
peN + daki pendaki meN + daki mendaki
peN + jual penjual meN + jual menjual
peN + ziara h penziarah meN + zalim + i menzalimi
peN+syarah pensyarah meN+ syarat+ kan mensyaratkan
Pengenalan Kepada Morfologi | 10





Lambang R pula menunjukkan perubahan yang berlaku pada bunyi getaran gusi /r/ pada akhir
bunyi awalan kata kerja beR-, dan teR-. Bunyi /r/ pada imbuhan akan digugurkan. Contohnya:

beR+ rasa berasa teR + rasa terasa
beR+renag berenang teR + rancang terancang
beR+ rendam berendam teR + rawat terawat







KATA KUNCI
1. morfologi 6. morfem
2. morfem bebas 7. morfem terikat
3. kata 8. kata akar
4. kata dasar 9. bentuk kata
5. struktur kata 10. penggolongan kata







PENILAIAN KENDIRI




1. Senaraikan morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut.
a. jelapang
b. rujuk
c. cengkerang
d. kelmarin
e. renang
f. selidik
g. rangkak
h. tinggal


2. Apakah jenis morfem terikat bagi perkataan yang berikut?
a. raung e. tertarik
b. bertujuan f. menyucikan
c. gemersik g. rangkak
d. mempersoalkan h. memperkecil
Pengenalan Kepada Morfologi | 11


3. Senaraikan jumlah morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut:
Contoh: bertatasusila (ada tiga morfem, iaitu satu morfem bebas : susila; dua morfem terikat: ber-,
dan tata)
a. terlantar
b. pemerkasaan
c. bermaharajalela
d. mengetengahkan
e. ketidakbertanggungjawaban


4. Apakah perbezaan antara morfem dan kata?

5. Apakah bukti yang dapat dikemukakan sebagai hujah bagi menyokong kenyataan bahawa perkataan
kecantikan, penerimaan, dan perkahwinan adalah morfem terikat terbahagi?







RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pembentukan Kata | 12




UNIT 2

PEMBENTUKAN KATA


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengenal pasti kata mengikut bentuknya
2. membezakan bentuk kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim
3. menganalisis dan mengklasifikasikan bentuk kata dalam petikan



2.0 Pengenalan

Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk ialah pewujudan lahiriah
sesuatu unsur bahasa.


Perkataan dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses tertentu, yang disebut sebagai proses
morfologi. Proses morfologi ialah proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan bentuk
terbitan. Menurut Abdullah Hassan (2006), proses morfologi ini menjelaskan apa-apa yang berlaku
terhadap unsur morfologi, iaitu morfem dan kata dalam bahasa Melayu bagi menerbitkan perkataan
baharu.

Ada empat proses morfologi dalam bahasa Melayu, iaitu pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan, dan pengakroniman. Proses morfologi akan menghasilkan bentuk kata terbitan (imbuhan),
kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan.



Proses Morfologi




Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Pengakroniman








Bentuk perkataan dalam sesuatu bahasa tidak sama. Cuba dapatkan maklumat tentang bentuk
kata dalam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris.
Pembentukan Kata | 13




2.1 Bentuk Kata

Ada empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata
ganda.

Bentuk Kata




Tunggal Terbitan Majmuk Ganda









2.2 Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu morfem bebas. Yang berikut merupakan contoh
kata tunggal.


bas tidur lupa haji
hidup dari lupa dunia
rumah Muhammad sudah perkasa




Semua kata tunggal adalah kata akar juga. Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata
sempurna, kata tugas dan kata akronim. Kata sempurna ialah kata tunggal yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat
minimal, yakni ayat yang terdiri daripada satu perkataan sahaja dengan membawa satu mesej yang lengkap.
Contohnya:


(1) Saya.
(2) Itu.
(3) Cantik.
(4) Keluar!
(5) Siapa?
Pembentukan Kata | 14


Bentuk kata tunggal daripada kata tugas memerlukan sekurang-kurangnya satu kata sempurna
untuk melaksanakan tugas tatabahasa. Kata-kata yang ditulis condong di bawah tidak dapat berdiri sendiri
tanpa bantuan daripada kata selepasnya.

(1) di kampus
(2) dengan kereta
(3) untuk apa?
(4) oleh dia?





Kata akronim termasuk ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim ialah bentuk kata yang
dihasilkan melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman
bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu (Nik Safiah
Karim et al., 2008). Perkataan baharu ini mempunyai konsep dan makna baharu. Selain itu, akronim perlu
dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Ada tiga cara bagi membentuk akronim berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), iaitu gabungan
beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas, gabungan suku kata dengan huruf awal atau
gabungan suku kata dengan suku kata, dan gabungan suku kata dengan suku kata.




AKRONIM





Gabungan beberapa huruf awal
rangkai kata yang terdiri daripada
kata nama khas.
(Ditulis dengan huruf besar
keseluruhannya)
Gabungan suku kata dengan
huruf awal atau gabungan suku
kata dengan suku kata.
(Ditulis dengan huruf besar
pada huruf pertama)
Gabungan suku kata dengan
suku kata.
(Ditulis dengan huruf kecil
keseluruhannya)





Contoh:
ABIM Angkatan Belia Islam
Malaysia
KAFA Kursus Agama
Fardhu Ain
IPTAR Institut Penyiaran
Tun Abdul Razak
Contoh:
Mara Majlis Amanah Rakyat
Perkim Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia
Bernama Berita Nasional
Malaysia
Contoh:
asbut asap dan kabut
cerpen cerita pendek
pulihara pulih dan pelihara
Pembentukan Kata | 15




1. Apakah perbezaan antara akronim dengan singkatan?

2. Adakah perkataan yang berikut ini akronim? Berikan alasan anda jika ya atau tidak.


KLIA UPSI DBP UPM Perhilitan Puspanita OKU





Kata tunggal dalam bahasa Melayu terbentuk daripada gabungan bunyi-bunyi yang berasaskan
pola suku kata. Sesuatu suku kata boleh terbentuk daripada satu vokal sahaja, atau gabungan vokal
dengan konsonan. Konsonan dapat hadir di hadapan vokal atau di belakangnya, atau di hadapan dan di
belakangnya secara serentak.

Kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu suku kata, dan dua suku kata atau lebih.
Kebanyakan kata tunggal terdiri daripada dua suku kata. Namun, ada kata tunggal yang mengandungi dua
atau lebih suku kata yang kebanyakannya ialah kata pinjaman. Contohnya:




Bentuk kata tunggal Contoh perkataan
Kata tunggal satu suku kata tas, bom, roh, wah, ke, beg, skrip, golf, pin, wang, syak
kata tunggal dua suku kata budi, cari, ulat, tua, makan, apa,pedang, doa, tunggu, hirup,
ufti, slogan
kata tunggal tiga suku kata perangkap, derhaka, cuaca, perangai,
manfaat, isteri, biasa, boria, strategi
kata tunggal lebih daripada
empat suku kata
maharajalela, cenderawasih, universiti, kosmopolitan







Perkataan yang manakah mengandungi kata tunggal?
(1) jejentik (4) duniawi
(2) tani (5) ilmiah
(3) jentolak (6) bilingual
Pembentukan Kata | 16


Bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sama ada kata nama, kata
kerja, kata adjektif, kata keterangan atau kata tugas. Contohnya:



Golongan Kata Contoh Kata Tunggal
Kata Nama jalan, komputer, pasar, sarjana, struktur, kompleks, tabika,
kugiran, radar, debunga, jentolak
Kata Kerja tidur, makan, lukis, main, ajar, alih, buat, hidup, mati,
berdikari, lahir, balik, mara
Kata Adjektif buruk, tua, panas, lemah, bengkok, leper, hitam, besar, jelas,
putih, renek, suntuk, awal
Kata Tugas akan, belum, dari, pada, maka, dengan, oleh, lebih, sungguh,
bagi, tidak, umpama





2.3 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Kata terbitan terdiri daripada
kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan, atau sisipan,.

Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Imbuhan
dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan dalam bahasa
Melayu terdiri daripada imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing,
seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Antara contoh imbuhan asli bahasa Melayu ialah
an, -kan, -i, pe-, men-, se-, men--kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-,
eka-, -wan, -man, bi-, -wi, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya.

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan apabila bercantum
dengan kata dasar tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan awalan. Pelbagai bentuk
awalan ini disebut sebagai alomorf. Alomorf ialah kelainan atau anggota satu morfem. Misalnya, awalan
peN- mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-. Awalan meN- dapat dianggotai oleh
alomorf me-, mem-, men-, meng-, menye- dan menge- bergantung pada huruf pertama kata dasar.

Akhiran pula diletakkan di belakang kata dasar. Akhiran an, -kan dan -i merupakan akhiran asli
bahasa Melayu. Akhiran lain seperti -wati, -ah, -isme, -man, -at dan sebagainya adalah akhiran pinjaman.
Pengabungan kata dasar dan akhiran tidak mengubah bentuk kata.
Pembentukan Kata | 17


Apitan dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak mengapit kata dasar,
yakni satu di depan dan satu di belakang kata dasar. Antara apitan dalam bahasa Melayu ialah me--kan,
ber--kan, pe--an, ber--an, ke--an, di--i, di--kan, memper--kan, memper--i, diper--kan,
diper--i dan sebagainya.

Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan
hadir di celah kata dasar. Dalam bahasa Melayu ada empat bentuk sisipan, iaitu em-, -el -er-, dan in-.
Namun begitu, sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu, kecuali untuk tujuan pembentukan istilah.




Sisipan






-em-


gentar
gementar
-el-


tapak
telapak
-er-


sabut
serabut
-in-


sambung
sinambung









Senaraikan awalan yang terlibat dalam mengubah bentuk imbuhan. Kemudian, berikan bentuk-
bentuk imbuhan tersebut.



2.3.1 Fungsi pengimbuhan
Proses pengimbuhan penting dalam bahasa Melayu. Melalui proses pengimbuhan, berlakulah perubahan
pada bentuk kata yang terlibat, iaitu daripada bentuk tunggal kepada bentuk terbitan atau bentuk
berimbuhan. Contohnya:


Kata Dasar + Imbuhan + Kata terbitan
besar ke-...-an kebesaran
layan pe- pelayan
baik -i baiki
oleh memper- memperoleh
Pembentukan Kata | 18





Proses pengimbuhan yang berlaku pada kata dasar boleh mengekalkan golongan kata. Dalam hal
ini, istilah yang sering digunakan ialah imbuhan berfungsi sebagai penetap golongan kata. Contohnya:

Kata Dasar Imbuhan Golongan Kata
libat (kata kerja) ter- terlibat (kata kerja)
sastera (kata nama) -wan sasterawan (kata nama)
canti (kata adjektif) se- secantik (kata adjektif)
air (kata nama) peng-...-an pengairan (kata nama)


Proses pengimbuhan juga mengubah golongan kata. Istilah yang digunakan ialah imbuhan
sebagai pengubah golongan. Contohnya:

Kata Dasar Imbuhan Golongan Kata
retak

(kata adjektif)
ke-...-an keretakan (kata nama)
per-...-an peretakan (kata nama)
oleh

(kata sendi nama)
ber- beroleh (kata kerja)
per...-an perolehan (kata nama)


wangi
(kata adjektif)
me- mewangi (kata kerja tak transitif))
me-...-kan mewangikan (kata kerja transitif)
di-...-kan diwangikan (kata kerja pasif)
-an wangi-wangian (kata nama)


Proses pengimbuhan juga boleh menghasilkan makna yang berlainan. Umpamanya, kata batu
apabila diberikan imbuhan akan membawa pelbagai makna. Contohnya:


batu galian bukan logam
berbatu ada batu membatu
diam sahaja
membatui membubuh batu
membatukan tidak mahu bercakap
Pembentukan Kata | 19


Selain dapat dilakukan pada kata akar, pengimbuhan juga boleh berlaku pada perkataan yang
telah pun mempunyai imbuhan. Dalam konteks ini, pengimbuhan berlaku sebanyak dua kali, yang pertama
dengan kata dasar tunggal, dan yang kedua dengan kata dasar berimbuhan. Contohnya:


tua ke- + tua (ketua) pengetua
halang ber- + halangan (berhalangan) berhalangan
angkat ke...an + berangkat (keberangkatan) keberangkatan




Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata majmuk. Pengimbuhan kata majmuk terdapat
dalam dua bentuk, iaitu ejaannya ditulis terpisah, dan ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

(i) Ditulis terpisah apabila menerima awalan atau akhiran.

di- + temu bual ditemu bual
ber- + campur aduk bercampur aduk
daya serap + an daya serapan


(ii) Ditulis bercantum apabila menerima apitan.


me- + tandatangan + -i menandatangani
me- + satu padu + -kan menyatupadukan
peng- + kuat kuasa + -an penguatkuasaan


Pengimbuhan juga boleh berlaku kata ganda. Misalnya:


ber- + main-main bermain-main
lama-lama + -an lama-lamaan
ber + tolak-tolak + an bertolak-tolakan
di- + takut-takut + -kan ditakut-takutkan
memper- + olok-olok + -kan memperolok-olokkan






Dalam Tatabahasa Dewan (2009), istilah kata terbitan digunakan bagi kata berimbuhan.
Sebagai guru, istilah yang manakah yang anda rasakan mudah digunakan dan mudah
difahami oleh pelajar? Berikan alasan anda.
Pembentukan Kata | 20
Awalan
pinjaman
Contoh perkataan
maha- mahasiswa,
mahaguru, maharaja
tata- tatabahasa,
tatasusila, tatacara
swa- swasta, swalayan,
swadaya
pra- prasejarah, prakata,
prasyarat
sub- subsistem, subtajuk,
subkelas
panca- pancaindera,
pancasila
supra- suprasegmental
eka- ekabahasa,
ekamatra, ekanada
dwi- dwibahasa,
dwifungsi,
dwilambang
tri- tribulan, triwindu
tuna- tunakarya,
tunawisma,
tunakarna
pasca- pascasiswazah,
pascakolonial,
pascamodenisme
poli- polisemi, poliklinik,
politeknik
auto- aitograf, automatik,
autonomi



Yang berikut merupakan contoh imbuhan dalam bahasa Melayu.

Awalan

(1) Awalan Kata Nama


Awalan asli
kata nama
Contoh perkataan
pe- pesuruh, pelaut, petinju
pem- pembuat, pemveto,
pemberi
pen- pendamai, pencuri,
penjaja
peng- pengguna, pengkaji,
pengubah
penge- pengekod, pengecas,
pengetin
peny- penyebab,
penyembah, penyalur
pe- penyanyi, pengeri,
pereka
pel- pelajar
per- perasap, pertapa,
perbara
ke- ketua, kekasih,
kehendah
juru- jurubahasa, jurutera,
jurucakap
Pembentukan Kata | 21
Awalan
pinjaman
Contoh perkataan
bi- bilazim, biadab,
binormal
pro- prokerajaan, probarat,
proaktif
anti- antisosial,
antikemajuan,
antipenjajah






(2) Awalan kata kerja


Awalan kata kerja Contoh perkataan
me- merasa, melantik, meraung
mem- membeli, memfitnah, membuat
men- menjahit, mentafsir, mendaki
meng- mengelak, menggalas, mengganas
menge- mengebom, mengecas, mengekod
meny- menyunting, menyatu, menyumpah
memper- memperoleh, memperluas, memperhamba
ber- bergaya, berwang, berhak
bel- belajar
be- berupa, berasa, beraja
ter- tersepak, terjebak, terambil
di- diminta, disahkan, dipukul
diper- dipercepat, diperisteri, diperoleh



(3) Awalan kata adjektif


Awalan
asli kata
adjektif
Contoh perkataan
ter- terkuat, terbesar,
terhandal
te- terendah, teringin,
teruncing
se- secantik, setinggi,
sekaya
Pembentukan Kata | 22


Akhiran
(1) Akhiran kata nama


Akhiran asli kata nama Contoh perkataan
-an tujuan, harapan, mainan


Akhiran pinjaman Contoh perkataan
-wan karyawan, usahawan, angkasawan
-man seniman, budiman
-wati seniwati, olahragawati, angkasawati
-in hadirin, muslimin
-at hadirat, muslimat
-ah qariah, salihah, ustazah
-isme realisme, nasionalisme, kapitalisme
--ik fonetik, lingistik, saintifik
-is cerpenis, kritis, sistematis
-logi psikologi, biologi, teknologi


(2) Akhiran kata kerja

Akhiran kata kerja Contoh perkataan
-kan tunjukkan, buatkan, mainkan
-i baiki, kotori, diami


Apitan

(1) Apitan Kata Nama
Apitan kata nama Contoh perkataan
pe-...-an pelantikan, peperiksaan, pemakanan
pem-...-an pembuatan, pemvetoan, pemberian
pen-...-an pendamaian, pentadbiran, penjadualan
peng-...-an penggunaan, pengolahan, pengintipan
penge-...-an pengeboman, pengesahan, pengetinan
peny-...-an penyaluran, penyatuan, penyiaran
pe-...-an pesisiran, petempatan, pesiaran
pel-...-an pelajaran
per-...-an pertabalan, perkuburan, perburuan
ke-...-an kedudukan, kelebihan, kementerian
Pembentukan Kata | 23


(2) Apitan kata kerja

Apitan kata kerja Contoh perkataan
me-...-kan merasakan, melaksanakan, mewujudkan
mem-...-kan membelikan, membuatkan, mempamerkan
men-...-kan menjimatkan, mentafsirkan, mencarikan
meng-...-kan mengelakan, menggayakan, mengutarakan
menge-...-kan mengecamkan, mengesyorkan, mengekaskan
meny-...-kan menyatukan, menyalurkan, menyakitkan
me-...-i menaiki, merasai, melindungi
mem-...-i membanjiri, membaharui, memikiri
men-...-i menduduki, menzalimi, mencurahi
meng-...-i menghendaki, menggalasi, mengubati
menge-...-i mengebomi, mengecami, mengesyaki
meny-...-i menyetujui, menyakiti, menyumpahi
memper-...-kan memperhatikan,memperperhitungkan,memperbahaskan
memper-...-i memperhiasi, memperingati, memperhambai
ber-...-kan berdasarkan, bermatlamatkan, bersandarkan
ber-...-an bertujuan, berurusan, berlanjutan
di- diminta, disahkan, dipukul
diper- dipercepat, diperbesar, diperoleh
di-...-kan dilupakan, dibiarkan, dibincangkan
di-...-i didiami, diduduki, disuruhi
diper-...-kan diperkatakan, diperdengakan, dipersoalkan
diper-...-i diperbaharui, diperingati, diperkebuni
ter-...-kan terkatakan, tersampaikan, terselesaikan
ter-...-i teratasi, terpenuhi, terlukai
ke-...-an kemalangan, kehujanan, kekecurian




(3) Apitan kata adjektif

Apitan kata adjektif Contoh perkataan
ke-...-an kearaban, kecinaan, kebaratan
Pembentukan Kata | 24


Sisipan


(1) Sisipan kata nama


Sisipan kata nama Contoh perkataan
-el- telunjuk, pelatuk, kelangkang
-er- keruping, gerigi, seruling
-em- temali, kemuning, kemuncup


(2) Sisipan kata kerja

Sisipan kata kerja Contoh perkataan
-el- jelajah, geledak


(3) Sisipan kata adjektif

Sisipan kata adjektif Contoh perkataan
-el- selerak, gelembung, kelebak
-er- gerodak, ker(e)lip
-em- gemuruh, kemetot, gemilang
-in- sinambung




1. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa
aglutinatif?
2. Apakah sebab berlakunya perbezaan bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu?





2.4 Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan bentuk kata yang terhasil
bertabiat sama seperti satu perkataan dan membawa makna tertentu. Misalnya, rumah sakit mengandungi
dua kata dasar, iaitu rumah dan sakit dan bentuk ini membawa makna tertentu.


Perkataan tanggungjawab walaupun ditulis sebagai satu perkataan, tetapi ia merupakan kata
majmuk kerana mengandungi dua kata dasar, iaitu tanggung dan jawab, serta mendukung makna tertentu.
Pembentukan Kata | 25


Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar, seperti hari bulan, kerani kanan,
olahraga, matahari. Namun begitu, ada juga kata majmuk yang terbina daripada tiga dan empat kata
dasar, seperti alat pandang dengar, kereta api ekspres malam.


Kata majmuk mempunyai persamaan dengan frasa kerana kedua-duanya terbentuk daripada
beberapa kata. Dari segi pengejaan pun, banyak kata majmuk boleh dikelirukan dengan frasa kerana
kedua-duanya ditulis secara terpisah. Sebagai contoh, papan hitam boleh bertaraf kata majmuk jika
mendukung makna papan tulis yang digunakan di bilik darjah, tetapi boleh juga bertaraf frasa jika bererti
papan yang berwarna hitam.



2.4.1 Jenis-jenis kata majmuk
Kata majmuk terdiri daripada tiga jenis berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), iaitu: kata majmuk yang
terdiri daripada rangkai kata bebas, kata majmuk yang merupakan istilah khusus, dan kata majmuk yang
membawa maksud simpulan bahasa.



KATA MAJMUK




Rangkai kata bebas Istilah Khusus Simpulan Bahasa




Contoh :

guru besar, tengah hari, terima
kasih, kapal terbang, Menteri
Besar, Setiausaha Politik
Contoh :

garis pusat, atur cara, lut
sinar, mata pelajaran, kertas
kerja, pita suara, reka bentuk
Contoh :

tumbuk rusuk, gulung tikar,
anak emas, kaki bangku,
ringan tulang, makan angin



Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Namun begitu, terdapat juga kata
majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah
antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, kakitangan,
setiausaha, sukarela, tanggungjawab, tandatangan, warganegara, pesuruhjaya, suruhanjaya, dan
sebagainya.

Kata majmuk yang ditulis terpisah akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai
apabila menerima apitan. Misalnya, pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, pengambilalihan,
melipatgandakan, dikuatkuasakan dan sebagainya. Bagi kata majmuk yang menerima awalan atau
Pembentukan Kata | 26


akhiran, penulisannya adalah secara terpisah. Contohnya, berterima kasih, daya serapan, mengambil
berat dan sebagainya.




2.4.2 Cara mengenali kata majmuk
Kata majmuk dapat dikenal melalui beberapa cara. Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang
penyisipan antara perkataan yang membentuknya. Contohnya, tandatangan tidak dapat disisipkan dengan
kata yang untuk membentuk tanda yang tangan. Urus setia tidak dapat disisipkan dengan kata yang untuk
membentuk urus yang setia.


Kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang
membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya, sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk
kepada kain segi empat, dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan. Demikian juga,
bumiputera ialah kata majmuk kerana membawa makna tertentu yang berbeza daripada makna kata
dasarnya, bumi dan putera

Unsur yang membina kata majmuk tidak mempunyai hubungan makna dari segi satu kata
menerangkan kata yang lain. Misalnya, bagi kata majmuk kakitangan, tidak ada hubungan yang
menunjukkan bahawa tangan menerangkan kaki, atau kaki menerangkan tangan.



2.4.3 Binaan kata majmuk
Kata majmuk boleh dibentuk daripada bentuk kata seperti yang berikut:
(i) kata tunggal dengan kata tunggal. Contohnya:
rumah pangsa, hati batu, putih mata, kenal pasti


(ii) kata tunggal dengan kata terbitan
(a) kata tunggal sebagai unsur pertama dan kata terbitan sebagai unsur yang kedua. Contohnya:
batu loncatan, surat pekeliling, buruh binaan, surat pekeliling
(b) kata terbitan sebagai unsur pertama dan kata tunggal sebagai unsur yang kedua. Contohnya:
pembuka kata, pilihan raya, bercampur aduk, mengambil alih


(iii) kata terbitan dengan kata terbitan. Contohnya:
penyiasat persendirian, pengawal peribadi, penyata tahunan, penyata kewangan
Pembentukan Kata | 27


2.4.4 Penggolongan kata majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut:

Golongan Kata
Majmuk
Contoh Perkataan
Kata nama majmuk guru besar, balai raya, tepian gelanggang, cakar ayam, bulan madu,
Menteri Besar, Naib Canselor, Ketua Murid, warganegara, ketidakadilan,
persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, setiausaha
Kata kerja majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar,
bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab,
berlatarbelakangkan
Kata adjektif majmuk merah jambu, terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik
Kata tugas majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada,
manalagi





1. Apakah istilah yang digunakan oleh Zaba bagi kata majmuk?
2. Pada pendapat anda, mengapakah kata majmuk sentiasa berkembang dan sentiasa dicipta
oleh masyarakat?





2.5 Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama
ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenal sebagai dasar, manakala bentuk
ulangan itu disebut sebagai gandaan. Yang berikut merupakan contoh jenis kata ganda:

angan angan-angan (seluruh kata dasar diulang)
setiausaha setiausaha-setiausaha (seluruh kata majmuk diulang)
makanan makanan-makanan (seluruh kata berimbuhan diulang)
rebut
bola


berebut-rebut (sebahagian kata diulang)
bebola (sebahagian kata diulang)
Pembentukan Kata | 28


Kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata
ganda separa dan kata ganda berentak. Keempat-empat jenis pula terdiri daripada subjenisnya.



BENTUK KATA GANDA





PENUH SEMU SEPARA BERENTAK





Kata
tunggal
Kata
berimbuhan
Kata
tunggal
Kata
berimbuhan






Pengulangan
vokal
Pengulangan
konsonan
Pengulangan
bebas
Pengulangan
bersisipan







2.5.1 Kata ganda penuh
Kata ganda penuh berlaku apabila seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau
tidak digandakan atau diulang. Terdapat dua jenis kata ganda penuh, iaitu:
(i) penggandaan penuh kata tunggal. Contohnya:


makan makan-makan sama sama-sama
sungai sungai-sungai dulu dulu-dulu
cantik cantik-cantik binatang binatang-binatang




(ii) penggandaan penuh kata berimbuhan. Contohnya:


kehendak kehendak-kehendak pelari pelari-pelari persatuan
persatuan-persatuan kejadian kejadian-kejadian
galakan galakan-galakan keadaaan keadaan-keadaan
Pembentukan Kata | 29


2.5.2 Kata ganda semu
Kata ganda semu ialah bentuk kata ganda seperti bentuk kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya
dipisahkan daripada kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna yang khusus, atau jika
ada maknanya pun, maknanya berlainan sama sekali dengan makna kata ganda yang asalya. Contohnya:

labah-labah kanak-kanak ubun-ubun
kisi-kisi
mentang-mentang
rama-rama
labi-labi
masing-masing
kura-kura






2.5.3 Kata ganda separa
Kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Kata ganda separa terdiri daripada
penggandaan kata tunggal, dan penggandaan kata berimbuhan.


(i) Penggandaan separa kata tunggal
Penggandaan jenis ini melibatkan kata dasar tunggal diulang dan melibatkan pengulangan suku kata
pertamanya serta letak pengulangan itu di depan kata dasar. Bunyi vokal dalam bentuk penggandaan ini
akan mengalami pelemahan, iaitu menjadi vokal e pepet. Contohnya:



laki lalaki lelaki kuda kukuda kekuda
tikus titikus tetikus daun dadaun dedaun
jentik jenjentik jejentik pohon popohon pepohon



(iii) Penggandaan separa kata berimbuhan
Penggandaan jenis ini hanya melibatkan kata dasar utama diggandakan, dan tidak melibatkan imbuhannya
sekali. Daripada contoh di bawah, penggandaan separa berlaku pada bahagian belakang kata dasar.
Contohnya:


berturut berturut-turut setinggi setinggi-tinggi
berkali berkali-kali ternganga ternganga-nganga



Penggandaan separa kata berimbuhan juga dapat berlaku pada bahagian hadapan kata dasar. Contohnya:


memasak masak-memasak mengejar kejar-mengejar
menolak tolak-menolak mengingatingat-mengingat
Pembentukan Kata | 30




2.5.4 Kata ganda berentak
Kata ganda berentak atau berima melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan. Bunyi tersebut akan
diubah atau diulang. Pengulanagn bunyi itu boleh berupa bunyi vokal, konsonan atau bebas. Penggandaan
jenis ini dapat dibahagikan kepada empat jenis:
(i) penggandaan berentak pengulangan vokal
(ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan
(iii) penggandaan berentak pengulangan bebas
(iv) penggandaan bersisipan


(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan jenis ini melibatkan semua vokal dalam kata dasar tidak berubah tetapi bunyi konsonan
yang terletak di depan kata dasar berubah kepada konsonan yang lain. Contohnya:



hina-dina cerai-berai
selok-belok gotong-royong




(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini terjadi dengan mengekalkan bunyi konsonan tetapi bunyi vokal berubah kepada
bunyi vokal yang lain. Contohnya:


batu-batan bolak-balik
gunung-ganang kayu-kayan




(iii) Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini tidak menunjukkan ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya:



lintang-pukang kusut-masai
lemah-longlai ipar-duai
Pembentukan Kata | 31


(iv) Penggandaan bersisipan
Penggandaan bersisipan melibatkan seluruh kata dasar diulang, dan kata dasar itu menerima sisipan em-
. Contohnya:


tali tali-temali
jari jari-jemari
gilang gilang-gemilang






1. Apakah perbezaan antara penggandaan separa dengan penggandaan berentak?
2. Mengapakah kata ganda penuh dan kata semu perlu diasingkan sebagai kata ganda yang
tersendiri?



KATA KUNCI
1. bentuk kata 5. kata majmuk
2. proses morfologi 6. kata ganda
3. kata tunggal 7. akronim
4. kata terbitan







PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan bentuk perkataan yang berikut.


a. kelas f. jejentik
b. Menteri Besar g. kerjasama
c. bumiputera h. bestari
d. angkasawan i. sembilu
e. jentolak j. mahasiswa




2. Pengimbuhan dalam bahasa Melayu boleh membawa perubahan kepada bentuk dan golongan
kata. Ambil beberapa contoh kata tunggal, dan tunjukkan perkataan itu boleh berubah bentuk
dan golongan kata hasil daripada pengimbuhan.
Pembentukan Kata | 32
pepohon olahraga pelepah swasta gegendang
gemersik perihal cengkerang jejantas gemerlap
halaju rerambut cerucuk peribadi anak-pinak





3. Tandakan () pada kata terbitan yang betul:
a. keburukkan ( ) keburukan ( )
b. pelaksanaan ( ) perlaksanaan ( )
c. perlantikan ( ) pelantikan ( )
d. memperkembang ( ) memperkembangkan ( )
e. memperluaskan ( ) memperluas ( )
f. mengebumikan ( ) mengkebumikan ( )
g. mencampuradukkan ( ) mencampur-adukkan ( )




4. Senaraikan 12 kata majmuk yang ditulis secara berpisah.




5. Berdasarkan kata ganda di atas, kelompokkan kata ganda tersebut mengikut jenis masing-masing.


gotong-royong bebiri
kuih-kuih kayu-kayan
sayur-mayur penderma-penderma
bermain-main sebaik-baik




6. Isikan ruang kosong dengan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk daripada
perkataan yang diberi.






Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Ganda Kata Majmuk




Pembentukan Kata | 33


RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono. (2000). Tata Bahasa Baku
Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.


Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail. (2009). Tatabahasa Asas.
Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Penggolongan Kata | 34


UNIT 3

PENGGOLONGAN KATA




HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengetahui cara-cara menggolongkan perkataan
2. mengenal pasti jenis perkataan berdasarkan ciri-cirinya
3. menyenaraikan perkataan berdasarkan golongannya



3.0 PENGENALAN

Istilah golongan kata sama dengan jenis kata atau kelas kata. Penggolongan kata merupakan proses
menjeniskan dan menggelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan
untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna
kata, keserupaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat.


Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh dimasukkan ke dalam golongan kata yang sama
berdasarkan ciri-ciri persamaan. Ciri persamaan ini dikenal juga sebagai ciri morfologi, iaitu perkataan yang
sama dimasukkan dalam golongan yang sama. Misalnya, salah satu ciri bagi kata nama dalam bahasa
Melayu ialah kata itu boleh disertai dengan kata bilangan dengan atau tanpa penjodoh bilangan di
depannya, dan semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe- akan tergolong dalam kata nama
kerana awalan peN- menerbitkan kata nama. Demikian juga bagi perkataan yang menerima awalan meN-
yang tergolong dalam golongan kata kerja kerana awalan ini merupakan awalan kata kerja. Oleh itu, kita
dapat membuat suatu kesimpulan bahawa semua kata nama dan kata kerja dapat dikenal dengan ciri
tersebut. Penggolongan sedemikian merujuk kepada ciri-ciri persamaan tertentu, dan bukan makna.


Ciri semantik atau makna juga digunakan untuk menggolongkan perkataan. Kata-kata dimasukkan
dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan berkenaan. Umpamanya, dalam
tatabahasa tradisional, kata nama didefinisikan sebagai kata yang merujuk kepada nama orang atau
benda. Kata kerja pula sebagai kata yang menyatakan perbuatan atau tindakan. Kata sifat ialah perkataan
yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan. Definisi semantik ini dapat
menggolongkan kata seperti orang, rumah dan kereta sebagai kata nama kerana jelas merujuk kepada
nama. Perkataan duduk, tidur dan pukul dari segi semantik ialah kata kerja kerana perkataan tersebut
menunjukkan perbuatan; manakala kecil, pandai dan kuat sebagai kata sifat kerana menjelaskan sifat bagi
sesuatu nama.
Penggolongan Kata | 35


Namun begitu, pendefinisian kata nama dari sudut semantik tidak dapat menggolongkan kata
seperti keindahan, perasaan dan pengajian sebagai kata nama. Hal ini demikian kerana kata-kata ini
bukanlah nama orang atau benda. Begitu juga bagi perkataan mati dan hidup, kata-kata itu tidak
menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. Oleh itu, dengan menggolongkan kata berdasarkan ciri
morfologi dan sintaksis, kita dapat mengetahui bahawa kata seperti keahlian, perasaan dan pengajian
tergolong dalam kata nama kerana berkongsi ciri-ciri kata nama, seperti dapat disertai kata bilangan di
depan dan kata penentu itu atau ini selepas kata tersebut. Kita juga dapat mengetahui bahawa perkataan
mati dan hidup sebagai kata kerja kerana dapat disertai dengan kata bantu.


Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan semantik, penggolongan kata berdasarkan
ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara ini membolehkan pengolonggan kata yang lebih tepat. Ciri sintaksis
merujuk kepada fungsi sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi
yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Misalnya, kata merah dalam ayat (1a) dapat
menjadi kata adjektif kerana menjadi inti frasa predikat serta dapat disertai kata penguat seperti dalam
ayat (1b). Sebaliknya, merah dalam (2a) bukanlah kata adjektif tetapi sebagai kata nama kerana
menduduki fungsi subjek ayat, malah tidak dapat disertai kata penguat seperti dalam (2b).
(1a) Bibir gadis itu merah. (Kata adjektif)
(1b) Bibir gadis itu merah sekali.
(2a) Merah melambangkan keberanian. (Kata nama)
(2b) *Merah sekali melambangkan keberanian.



Penggolongan kata berdasarkan fungsi sintaksis membolehkan sesuatu kata itu dikelompokkan ke
dalam golongan kata yang sama. Misalnya:
(3) itu panas.
Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti air, makanan, cuaca, yang tergolong
dalam kelas kata yang sama, iaitu kata nama.
(4) Pemandangan di situ sungguh .
Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti cantik, menawan, aman, yang tergolong
dalam kelas kata yang sama, iaitu kata adjektif.
(5) Bapa hendak wang di bank.
Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti menyimpan, meminjam, menukar, yang
tergolong dalam kelas kata yang sama, iaitu kata kerja.
(6) Daud akan datang .
Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti lagi, esok, nanti yang tergolong dalam
kelas kata yang sama, iaitu kata adverba.


Golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif merupakan kata major, iaitu kata yang dapat
menjadi inti frasa dalam predikat ayat. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif juga dirujuk sebagai kata
leksikal, iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang agak jelas dan boleh ditentukan. Selain itu,
Penggolongan Kata | 36


ketiga-tiga golongan kata ini termasuk dalam kelas terbuka, iaitu berpotensi menambah bilangan kata
baharu yang tidak terhad jumlahnya, dapat dicipta dan ditambah kepada kelas katanya.


Walau bagaimanapun, ada perkataan yang boleh memasuki lebih daripada satu golongan.
Misalnya, perkataan dalam dapat menjadi kata adjektif seperti dalam ayat (7) kerana menjadi inti frasa
predikat, dan sebagai kata tugas dalam ayat (8).
(7) Air sungai itu dalam.
(8) Nabil ada di dalam bilik.


Kata tugas dikenali juga sebagai kata minor. Kata minor tidak dapat membina frasa yang menjadi
predikat dalam ayat dasar. Perkataan yang tergolong dalam kata tugas mempunyai fungsi tatabahasa
tertentu, misalnya sebagai penghubung, penegas, penafian, penguat dan sebagainya. Oleh itu, kata tugas
selalunya menandakan ciri dan hubungan sintaksis, dan mengandungi makna yang agak sukar untuk
dikenal pasti. Maknanya hanya jelas apabila dikaitkan dengan kata-kata lain dalam frasa dan ayat. Antara
contoh kata tugas ialah kata hubung, kata bantu, kata penguat, kata sendi, partikel dan sebagainya.






Petikan yang berikut mengandungi pelbagai golongan kata. Sila nyatakan golongan kata bagi
setiap perkataan :



Setiap pelajar sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar. Untuk menentukan cara
belajar yang lebih berkesan, ada berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh pelajar
bergantung pada kebijaksanaan pelajar dalam memanfaatkan kemudahan belajar yang
tersedia di persekitaran masing-masing.







3.1 Golongan Kata Nama

Golongan kata nama terdiri daripada sejumlah perkataan yang boleh menjadi inti pada binaan frasa nama.
Dari segi makna, kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama bagi orang, tempat, benda, binatang
atau konsep, sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Golongan kata nama
dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti
nama. Pembahagian kata nama dapat dipecahkan lagi kepada subgolongan seperti carta yang berikut:
Penggolongan Kata | 37


manusia

hidup


kata nama khas bukan manusia
tak hidup manusia
hidup


bukan manusia

KATA NAMA kata nama am

institusi berbilang
tak hidup abstrak
bukan institusi tak berbilang



konkrit
umum
tunjuk tempat
kata ganti nama hal
tanya


diri pertama
orang kedua
ketiga

tak tentu





3.1.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus. Penulisan kata nama khas
mestilah dimulai dengan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama
khas hidup, dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama
khas hidup manusia, dan bukan manusia. Perincian bagi kata nama khas dapat ditunjukkan seperti carta di
bawah:
Penggolongan Kata | 38






hidup
manusia


kata nama khas bukan manusia
tak hidup



3.1.2 Kata Nama Am
Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada nama-nama secara
khusus. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.

Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup manusia, dan kata nama am
hidup bukan manusia. Kata nama am tak hidup dibahagikan pula kepada kata nama am tak hidup institusi,
dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi terdiri daripada kata
nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak. Kata nama
am tak hidup bukan institusi abstrak boleh dipecahkan kepada kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang. Yang berikut
merupakan perincian penggolongan kata nama am:






hidup
manusia


kata nama am bukan manusia
institusi
tak hidup konkrit


bukan institusi berbilang
abstrak
tak berbilang
Penggolongan Kata | 39


3.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama, sama ada kata nama khas atau
kata nama am. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada tiga golongan, iaitu kata ganti nama tunjuk,
kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama tunjuk boleh dipecahkan kepada kata
ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama tunjuk tempat, dan kata ganti nama tunjuk hal. Kata ganti nama
diri boleh dibahagikan kepada kata ganti nama diri tanya, dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama
diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata
ganti nama diri orang ketiga. Pembahagian kata ganti nama boleh diterangkan melalui rajah yang berikut:


umum
tunjuk tempat

kata ganti nama hal
tanya
diri pertama
orang kedua
tak tentu ketiga




3.2 Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja terdiri daripada perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa kerja. Dari
segi makna, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan
sesuatu. Kata kerja dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu, kata kerja aktif dan kata kerja pasif.
Yang berikut merupakan perincian bagi golongan kata kerja:

tanpa pelengkap
kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
kata kerja aktif berpenerang





Kata kerja kata kerja aktif transitif





kata kerja pasif
Penggolongan Kata | 40





3.2.1 Kata kerja aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat dibahagikan kepada kata
kerja aktif tak transitif, dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif boleh berdiri sendiri dalam
binaan ayat apabila dapat menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi
inti bagi frasa kerja kerana memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja.



3.2.1.1 Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan pelengkap. Kata kerja aktif tak transitif boleh
dibahagikan kepada kata kerja aktif tanpa pelengkap, kata kerja aktif berpelengkap, dan kata kerja aktif
berpenerang.


Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna lengkap.
Kata kerja tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan pelengkap selepasnya untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja
yang tak transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpenerang mengandungi penerang selepasnya. Penerang
bagi kata kerja tak transitif ialah kata nama, dan ketiadaannya tidak mencacatkan ayat, iaitu ayat tersebut
masih boleh dianggap lengkap.



3.2.1.2 Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif. Kata kerja jenis ini menerima
awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i.



3.2.2 Kata kerja pasif
Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan
ayat aktif kepada ayat pasif.





3.3 Golongan Kata Adjektif

Golongan kata adjektif terdiri daripada perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Dari segi makna, kata adjektif ialah perkataan yang boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja, dan
kata adjektif. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan maknanya, dan
hubungannya dengan perkataan lain dalam frasa. Penjenisan kata adjektif ini dapat digambarkan melalui
rajah yang berikut:
Penggolongan Kata | 41


sifat
cara
warna
ukuran
kata adjektif jarak
bentuk
waktu
perasaan
pancaindera








3.4 Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas ialah perkataan-perkataan yang tidak dapat menjadi inti kepada binaan frasa yang
menjadi predikat ayat.

Perkataan-perkataan yang tergolong sebagai kata tugas mempunyai fungsi tatabahasa yang
tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penguat, penegas, penafi, pemeri, penyeru, penanya,
pembenar, ataupun tugas-tugas yang lain.

Terdapat kata tugas yang boleh mempunyai beberapa tugas dalam ayat. Misalnya, perkataan
untuk ialah kata tugas yang dapat bertugas sebagai kata sendi, kata hubung komplemen, dan kata hubung
keterangan dalam binaan ayat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), kata tugas dapat dikelompokkan seperti rajah yang
berikut berdasarkan tugas atau fungsinya dalam frasa, klausa, atau ayat.
Penggolongan Kata | 42





kata penyambung ayat kata hubung
kata seru
kata praklausa kata tanya kata
perintah kata
pembenar
kata pangkal ayat


kata bantu
kata penguat
Kata tugas kata prafrasa dan pascafrasa kata penegas


Kata nafi
kata pemeri
kata sendi
kata arah
kata bilangan



kata adverba





kata pascakata
kata penekan
kata pembenda
Penggolongan Kata | 43


Dalam bab ini telah dipaparkan secara ringkas golongan perkataan yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Huraian yang terperinci bagi setiap golongan kata tersebut akan dijelaskan dalam bab-bab yang
tersendiri.




1. Apakah kriteria yang digunakan oleh Zaba, Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, dan Nik Safiah
Karim et al. dalam menggolongan perkataan dalam buku tatabahasa mereka?
2. Berapakah golongan kata yang terdapat dalam buku tatabahasa oleh Zaba, Asmah Hj. Omar,
Abdullah Hassan, dan Nik Safiah Karim et al.?





KATA KUNCI
1. golongan kata
2. kata major
3. kata minor
4. kriteria morfologi
5. kriteria sintaksis
6. kriteria semantik






PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan golongan kata bagi perkataan yang berikut
bulat
lazat
diam
apabila
dalam
Si Miskin
jalan
tentang
berapa
tenteram


2. Nyatakan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.


3. Apakah bentuk kata yang terhasil daripada proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu?
Penggolongan Kata | 44


4. Berdasarkan ayat-ayat yang berikut, berikan hujah bahawa perkataan yang dicondongkan itu dapat
digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata.
(i)a. Luka di kaki adik sudah sembuh.
b. Hatinya luka.


(ii)a. Gulai itu tawar.
b. Cubalah engkau tawar harga kain ini.


(iii)a. Perigi itu dalam.
b. Duit syiling itu saya simpan di dalam tabung.


5. Mengapakah kriteria sintaksis dapat menjanjikan penggolongan kata yang lebih objektif berbanding
dengan kriteria semantik?





RUJUKAN


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.


Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono. (2000). Tata Bahasa Baku
Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.


Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Mukhlis Abu Bakar. (2002). Pengantar Sintaksis dan Semantik Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka
Nasional Pte. Ltd.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Zainal Abidin Ahmad (Zaba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kata Nama | 45




UNIT 4
KATA NAMA


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengenal pasti kata nama
2. mengakategorikan kata nama mengikut jenisnya
3. menganalisis bentuk kata nama terbitan



4.0 Pengertian Kata Nama
Kata nama dikenali juga sebagai kata benda. Dari segi semantik, kata nama ialah kata yang merujuk
kepada nama bagi sesuatu, sama ada nama benda, orang, konsep, binatang atau tempat. Contohnya:

kuda kerusi pelajar

kebangsaan

saya

tujuan


Pengertian kata nama dalam Tatabahasa Dewan (2008) ialah sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Pengertian ini dilakukan dengan merujuk kepada kehadiran
kata tersebut dalam binaan sintaksis atau ayat. Perkataan pelajar dan rancangan dalam frasa yang berikut
ialah kata nama yang menjadi unsur inti bagi frasa namanya.

beberapa orang pelajar sekolah

segala rancangan itu






4.1 Ciri-ciri Kata Nama
Kata nama dapat diketahui dari tiga segi, iaitu dari sudut semantik, sintaksis dan bentuk.
(i) Setiap kata nama dapat diletakkan kata penentu itu atau ini di belakang kata tersebut. Contohnya:

segala rancangan itu/ini lembaga itu/itu
kenderaan itu/ini keadaan itu/ini
Kata Nama | 46


(ii) Kata nama dapat disertai kata bilangan, dengan atau tanpa penjodoh bilangan. Contohnya:

tiga buah kereta beberapa pendapat
ketiga-tiga orang pelajar satu pendapat yang bernas




(iii) Setiap kata nama dapat menduduki fungsi subjek, predikat, pelengkap dan objek dalam ayat.
Contohnya:

(1) Bahaya ada di mana-mana. (subjek)
(2) Jalan ke situ bahaya. (predikat)
(3) Situasi bertambah bahaya. (pelengkap)
(4) Jangan mencari bahaya. (objek)






1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata penentu? Nyatakan jenis kata penentu dalam
bahasa Melayu.
2. Dengan menggunakan penanda kata nama yang telah anda pelajari, ambil satu perenggan
petikan, dan senaraikan 10 kata nama yang terdapat di dalamnya.



4.2 Penggolongan Kata Nama
Secara umumnya, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga pecahan berdasarkan ciri-ciri makna
perkataannya, iaitu:
(1) kata nama khas
(2) kata nama am
(3) kata ganti nama


4.2.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus. Penulisan kata nama khas
dimulai dengan huruf besar.
Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama khas hidup, dan kata nama khas tak
hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia, dan bukan
manusia.


4.2.1.1 Kata nama khas hidup
(i) Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup manusia merujuk kepada nama khusus bagi seseorang. Kata nama khas manusia
boleh diberikan gelaran yang digunakan sebelum nama khas tersebut. Contohnya:
Kata Nama | 47




Asraf Komala Goh Ah Seng
Dr. Norli Nik Aziz Cikgu Sarah
Megat Khalid Haji Kamal Profesor Hamid
Pak Samad Mak Su Datin Kamariah




(ii) Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia merujuk keada nama yang khusus diberikan kepada makhluk yang
bukan manusia, seperti haiwan, tumbuhan, dan malaikat. Contohnya:

Sang Kancil Pak Belang
Tompok Metarrhizium (nama kuat)
Israfel (nama malaikat) Nyamphaea Stellata (teratai)





4.2.1.2 Kata nama khas tak hidup
Kata nama khas tak hidup merujuk kepada nama-nama benda yang khusus tetapi tak bernyawa. Kata
nama khas jenis ini meliputi banyak jenis. Contohnya:


benda : Proton, Panasonic, Nissan Livina, Dell
bangsa : Melayu, Iban, Arab, Maori
negeri atau negara : Perak, Selangor, Indonesia, Brazil
tempat : Sungai Siput, Gunung Kinabalu, Hutan Belum, Masjid
Muhajidin
institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, Parlimen Malaysia.
undang-undang/akta : Akta Syarikat, Akta Pelajaran 1961, Ordinan 25, Akta
Keselamatan Dalam Negeri,
agama : Islam, Buddha, Kristian, Hindu
gelaran : Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia, Tan Sri, Tuan Haji
Kata Nama | 48




Mengapakah ada dua bentuk penulisan bagi kata ganti nama yang berikut?


sang kancil Sang Rajuna Tapa
si teruna Si Luncai
cikgu sekolah Cikgu Hashimah



4.2.2 Kata Nama Am
Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada nama-nama secara
khusus. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup. Kata
nama am ditulis dengan huruf kecil.


Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup manusia, dan kata nama am
hidup bukan manusia. Kata nama am tak hidup boleh dibahagikan kepada kata nama am am tak hidup
institusi, dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi terdiri
daripada kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak boleh dipecahkan kepada kata nama am tak hidup
bukan institusi abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.


4.2.2.1 Kata nama am hidup
Kata nama am hidup merujuk kepada sesuatu yang bernyawa termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Kata nama am hidup boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup manusia dan kata nama
am hidup bukan manusia.
(i) Kata nama am hidup manusia
Kata nama am jenis ini merujuk kepada manusia. Contohnya:

bapa menteri pekerja
polis ketua pemain
hartawan pelajar nelayan



(ii) Kata nama am hidup bukan manusia
Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda-benda hidup jenis bukan manusia, seperti binatang,
tumbuh-tumbuhan, malaikat, hantu, dan sebagainya. Contohnya:


kuda syaitan ulat
pokok unggas serangga
jin bidadari hantu
Kata Nama | 49





4.2.2.2 Kata nama am tak hidup
Kata nama am tak hidup merujuk kepada semua nama kecuali nama manusia, binatang dan tumbuh-
tumbuhan, sama ada konkrit ataupun abstrak. Kata nama am tak hidup dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu kata nama am tak hidup institusi, dan kata nama am tak hidup bukan institusi.


(i) Kata nama am tak hidup institusi
Kata nama am jenis ini merujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan dengan masyarakat. Kata
nama institusi menggunakan kepada dan daripada sebelum nama institusi. Contohnya:

(kepada/daripada) kementerian, sekolah, perpustakaan, masjid, pejabat
pos, pusat latihan, persatuan, jabatan




(ii) Kata nama am tak hidup bukan institusi
Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda yang bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan
institusi dapat dibahagikan kepada kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak
hidup bukan institusi abstrak.


(a) Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit. Kata
nama am jenis ini menggunakan kata sendi ke dan dari sebelum tempat. Contohnmya:

(ke/dari) kedai, rumah, laut, langit, bandar, negeri, sekolah




(b) Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
Kata nama am jenis ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang boleh dihitung dan boleh disertai oleh
kata bilangan di depannya tanpa disertai penjodoh bilangan. Contohnya:

(satu/beberapa/banyak) pendapat, cadangan, rancangan, gangguan, permintaan


Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang tidak dapat dibilang. Contohnya:

hasrat, sejahtera, cuaca, keinginan, kemunculan, ketibaan
Kata Nama | 50




Apakah jenis kata nama am tak hidup dalam ayat-ayat yang berikut? Nyatakan juga sebabnya.
1a. Pengetua pergi ke kementerian itu semalam.
1b. Laporan tahunan perlu dihantar kepada kementerian secepat mungkin.
2a. Amir ke sekolah dengan mengayuh basikal.
2b. Agensi itu memberi sumbangan kewangan kepada sekolah itu.


4.2.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama. Kata ganti nama dapat
digolongkan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu.


4.2.3.1 Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjukkan sesuatu perkara, benda atau
tempat. Kata ganti nama tunjuk dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk umum, kata
ganti nama tunjuk tempat, dan kata ganti nama tunjuk hal.


(i) Kata ganti nama tunjuk umum
Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini dan itu. Kata ini bagi menunjuk yang dekat, dan itu
menunjuk yang jauh. Contohnya:


1. Kita tidak akan membincangkan ini lagi.
2. Ini kereta baharu saya.
3. Itu bangunan Parlimen.
4. Saya akan membeli itu.



(ii) Kata ganti nama tunjuk tempat
Kata ganti nama tunjuk tempat menunjuk pada arah tempat, iaitu sini (tempat yang dekat), situ (tempat
yang agak jauh), dan sana (tempat yang jauh). Oleh sebab kata tunjuk ini menunjukkan tempat, kata tunjuk
ini sering digunakan bersama-sama kata sendi yang menunjukkan arah seperti di, ke, dan dari. Contohnya:

di sini ke sana dari situ


(iii) Kata ganti nama tunjuk hal
Kata ganti nama jenis ini menujukkan perkara atau hal tertentu. Kata-kata tersebut ialah begini
(meunjukkan yang dekat), begitu (menunjukkan yang jauh), dan demikian (menunjukkan yang dekat dan
yang jauh). Contohnya:


5. Jawapan saya begini.
6. Pandangan saya tentang dia begitu.
7. Kesudahan cerita itu demikian.
Kata Nama | 51


4.2.3.2 Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata
ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu (i) kata ganti nama diri orang, dan (ii) kata ganti nama diri tanya.


(i) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama
diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara, atau orang yang diperkatakan.
Kata ganti nama diri orang boleh merujuk kepada jumlah tunggal atau jamak.


Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu kata orang pertama,
orang kedua, dan orang ketiga.


(a) Kata ganti nama diri orang pertama
Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan
ialah penulis. Kata ganti nama ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal atau jumlah jamak. Contohnya:


Kata ganti nama diri orang pertama tunggal :
saya aku beta hamba patik
daku ku (dalam bentuk singkat)
Kata ganti nama diri orang pertama jamak :
kami kita kami semua kita semua




(b) Kata ganti nama diri orang kedua
Kata ganti nama diri orang kedua merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak
bercakap. Kata ganti nama diri orang kedua boleh dalam jumlah tunggal atau jamak bergantung pada
konteks penggunaannya. Contohnya:

anda awak engkau dikau
kamu kalian kau mu
kamu semua anda semua awak semua



(c) Kata ganti nama diri orang ketiga
Kata ganti nama diri orang ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu
boleh hadir dalam peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir. Contohnya:

ia dia beliau mereka -nya
Kata Nama | 52




Mengapakah kata ganti nama ia tidak boleh digunakan selain manusia, manakala ianya
dikatakan salah penggunaannya dalam pengajaran? Adakah anda bersetuju? Berikan komen
anda.


(ii) Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama diri tanya merupakan kata yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.
Ada tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa, apa, dan mana.


siapa bagi menanyakan orang
apa bagi menanyakan benda, binatang, keterangan tentang sesuatu atau
perkara
mana untuk menanyakan semua benda, hal dan orang






Mengapakah kata tanya bila, mengapa, kenapa, mana, berapa dan bagaimana tidak tergolong
dalam kata ganti nama diri tanya?



4.2.3.3 Kata ganti nama tak tentu
Kata ganti nama tak tentu merujuk kepada kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara
tidak tentu. Kata ganti nama jenis ini wujud daripada kata tanya yang diulang. Kata tanya yang digandakan
itu berubah fungsi daripada ciri pertanyaan kepada pernyataan. Contohnya:




siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
(1) Siapa-siapa yang berhajat boleh menderma.
(2) Saya tidak menyebelahi sesiapa/siapa-siapa.
mana-mana digunakan untuk menggantikan nama tempat atau nama benda yang tidak
tentu
(3) Saya tidak pergi ke mana-mana petang ini.
(4) Pilihlah mana-mana yang berkenan.
apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu
(5) Di dalam almari itu tidak ada apa-apa.
(6) Bapa tidak berkata apa-apa.
Kata Nama | 53




Perkataan yang dicondongkan dalam ayat yang berikut salah. Jelaskan sebab kesalahan dan
pembetulannya.
1. Apa yang dikatahakannya itu dusta belaka.
2. Siapa yang tidak terlibat, bolehlah pulang sekarang.
3. Ambillah sebagai panduan mana yang baik.



4.3 Pembentukan Kata Nama
Kata nama terdiri daripada empat bentuk, iaitu (1) kata nama tunggal, (2) kata nama terbitan, (3) kata
nama majmuk, dan (4) kata nama ganda.



4.3.1 Kata Nama Tunggal
Kata nama tunggal dapat wujud sendirian tanpa melalui proses pengimbuhan, penggandaan atau
pemajmukan. Kata nama tunggal boleh dalam bentuk nama khas atau nama am. Contohnya:


Nama Am : pak, kita, buluh, desa, minggu, dia, adik, lautan, roh, kedamaian, perpisahan
Nama Khas : Mastura, Selasa, Allahyarham, Tun, Perodua, Banting, Jalur Gemilang,





4.3.1.1 Kata nama tunggal jenis akronim
Kata nama tunggal boleh juga dalam bentuk akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui percantuman
bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Contohnya:


UPSI : Universiti Pendidikan Sultan Idris (cantuman huruf awal perkataan)
Proton : Perusahaan Otomobil Nasional (cantuman sesedap sebutan)
cerpen: cerita pendek (cantuman suku kata awal perkataan)
purata: pukul rata (cantuman awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikutinya)




4.3.1.2 Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan
Kata nama tunggal boleh daripada penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan asalnya daripada kata nama
yang mempunyai makna tertentu, tetapi digunakan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan
pada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:
Kata Nama | 54




dua pintu kedai lima orang pelajar
dua tandan kelapa tiga bentuk cincin







Cuba anda senaraikan 10 perkataan kata nama tunggal daripada jenis kata akar, dan penjodoh
bilangan. Contohnya:
pintu : pintu kereta (kata akar), sepuluh pintu kedai (penjodoh bilangan)



4.3.2 Kata Nama Terbitan
Pembentukan kata nama dapat dilakukan dengan menambahkan imbuhan tertentu pada kata dasar.
Imbuhan tersebut ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.


4.3.2.1 Awalan Kata Nama
Awalan kata nama : pe-, peR- , peN-, ke-, juru- (Awalan ini ialah awalan kata nama asli bahasa Melayu).



1. Awalan pe-
(I) Bentuk awalan pe-
Awalan pe- mempunyai satu bentuk sahaja iaitu pe-. Awalan pe- apabila digandingkan dengan kata dasar
tidak melibatkan apa-apa perubahan pada huruf yang menjadi pangkal kata dasar tersebut. Contohnya:


pe + tinju petinju pe + sara pesara
pe + sakit pesakit pe + tugas petugas
pe + warta pewarta pe + taruh petaruh





(II) Fungsi awalan pe-
Awalan pe- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan pe- boleh menerima kata dasar daripada
golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

pe + kebun (KN) pekebun
pe + suruh (KK) pesuruh
pe + murah (KA) pemurah
Kata Nama | 55


(III) Makna awalan pe-
(a) nama pekerjaan (profesion). Contohnya:


pekedai (orang yang berkedai)
petinju (orang yang bertinju)
petani (orang yang bertani)



(b) orang atau objek yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya:

pesuruh (orang yang disuruh)
pelatih (orang yang dilatih)
petugas (orang yang ditugaskan)






Apakah perbezaan antara ayat (1) dengan ayat (2) dari segi imbuhan awalan dan maknanya?
(1) Guru pelatih UPSI sedang mengikuti latihan mengajar.
(2) Pelatih kuda itu sedang memberi kudanya makan.



2. Awalan peR-
(I) Bentuk awalan pe-
Awalan peR- mempunyai satu bentuk, iaitu per-. Bentuk ini tidak berubah walau apa-apapun huruf yang
menjadi pangkal kata dasar. Contohnya:

peR + buru perburu
peR + asap perasap
peR + tapa pertapa
peR + bara perbara



(II) Fungsi awalan peR-
Awalan peR- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan peR- boleh menerima kata dasar daripada
golongan kata nama dan kata kerja. Contohnya:

per + asap (KN) perasap (KN)
per + buru (KK) perburu (KN)
Kata Nama | 56




Awalan per- ada hubungannya dengan awalan ber- Contohnya:


ber.buru per.buru be.renang pe.renang
bel.ajar pel.ajar ber.buru per.buru



(III) Makna awalan peR-
(a) alat atau tempat. Contohnya:

perasap (tempat membakar kemenyan)
perbara (tempat bara api)




(b) orang yang melakukan sesuatu kerja (orang yang ber-). Contohnya:

perburu (orang yang berburu)
pertapa (orang yang bertapa)
pertandang (orang yang bertandang)







3. Awalan peN-
(I) Bentuk awalan peN-
Awalan peN- mempunyai enam bentuk, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-. Perbezaan bentuk-
bentuk awalan ini berlaku kerana jenis huruf pangkal kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.


(i) Awalan peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n,
ny, ng, r, w dan y. Contohnya:

peN + lawak pelawak peN + manis pemanis
peN + naik penaik peN + nyanyi penyanyi
peN + ngeri pengeri peN + reka pereka
peN + wujud pewujud peN + yakin peyakin



Bentuk peN- menjadi pe- ini sering ditafsirkan sebagai awalan pe- kerana secara kebetulan awalan
pe- dan peN- serupa. Sebenarnya, kedua-duanya berbeza. Bentuk awalan pe- tidak berubah apabila
digabungkan dengan apa-apa juga huruf pertama pada kata dasar. Sebaliknya, awalan peN- menjadi pe-
Kata Nama | 57


disebabkan oleh huruf pertama konsonan pada kata dasar seperti di atas. Selain itu, makna bagi kedua-
dua awalan ini juga berbeza.





Bandingkan kumpulan kata yang berikut. Yang manakah yang menerima awalan peR-?
1. petinju 2. perburu 3. peserta
peninju pemburu penyerta



(ii) Awalan peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, p
dan v. Contohnya:


peN + buka pembuka peN + fatwa pemfatwa
peN + periksa pemeriksa peN + proses pemproses
peN + veto pemveto
peN + fikir pemfikir pemikir
peN + pukul pempukul pemukul
peN + pandu pempandu pemandu



Perhatikan bahawa bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan, dan ada pula
dikekalkan. Huruf p dan f dikekalkan apabila kata dasar terdiri daripada kata pinjaman, atau gugus
konsonan.



(iii) peN- menjadi pen- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t,
dan z. Contohnya:

peN + cari pencari peN + datang pendatang
peN + jodoh penjodoh peN + syarah pensyarah
peN + tadbir pentadbir peN + ziarah penziarah
peN + tulis pentulis penulis
peN + tolong pentolong penolong




Huruf t di awal kata dasar digugurkan apabila kata dasar itu menerima awalan peN-. Namun, jika kata
dasar itu terdiri daripada kata pinjaman, atau mengandungi tiga atau lebih suku kata, maka huruf t itu
dikekalkan. Contohnya:
Kata Nama | 58



peN + tafsir pentafsir
peN + terjemah penterjemah
peN + transkripsi pentranskripsi




Walau bagaimanapun, kekecualian berlaku pada perkataan ternak yang membentuk penternak, bukan
penernak.


(iv) peN- menjadi peng- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh;
dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:


peN + kawal pengkawal pengawal
peN + kayuh pengkayuh pengayuh
peN + gulung penggulung peN + hubung penghubung
peN + khianat pengkhianat peN + ghaib pengghaib
peN + ampun pengampun peN + elok pengelok
peN + ikut pengikut peN + olah pengolah
peN + usik pengusik





Apabila peN bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan. Namun, huruf k
akan dikekalkan dalam kata dasar daripada kata pinjaman. Contohnya:

peN + kritik pengkritik
peN + kategori pengkategori
peN + klasifikasi pengklasifikasi




Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf h, h ada kalanya digugurkan dan dikekalkan. Contohnya:


peN + halang penghalang
peN + hakis penghakis
peN + hantar penghantar pengantar
Kata Nama | 59


(v) peN- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku kata, baik
perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya:


peN + cat pengecat
peN + sah pengesah
peN + tin pengetin




(vi) peN- menjadi peny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan huruf s itu
digugurkan. Contoh:

peN + salur penysalur penyalur
peN + sakit penysakit penyakit
peN + satu penysatu penyatu



(II) Fungsi awalan peN-
Awalan peN- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan peN- boleh menerima kata dasar daripada
golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:


peN + kedai (KN) pekedai (KN)
peN + latih (KK) pelatih (KN)
peN + besar (KA) pembesar (KN)





(III) Makna awalan peN-
a. pelaku. Contohnya:

pelatih pemburu pengarah
pencuri penari penulis




b. orang yang suka atau gemar akan sesuatu. Contohnya:

perokok peminum penagih
Kata Nama | 60


c. orang yang bertugas sebagai. Contohnya:


pengurus pensyarah
penyanyi pesawah



d. alat untuk melakukan sesuatu. Contohnya:

penapis pembajak
penyapu penggali




e. orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Contohnya:

penyabar pemalu
pengeras pendinding


f. abstrak. Contohnya:

pendapat penunjuk
penawar pengeras


g. ukuran. Contohnya:

pemeluk penanak
pelaung penggalah





Perkataan yang manakah yang menerima awalan peN- dan peR-?
pengajar penyakit petanda
pelajar pesakit penanda



4. Awalan ke-
(I) Bentuk awalan ke-
Awalan ke- mempunyai satu bentuk sahaja iaitu ke-. Awalan ke- apabila bergabung dengan kata dasar
tidak melibatkan apa-apa perubahan huruf. Kata nama dengan awalan ke- tidak banyak. Contohnya:
Kata Nama | 61



ke + tua ketua ke + hendak kehendak
ke + mudi kemudi ke + kasih kekasih





(II) Fungsi awalan ke-
Awalan peN- berfungsi untuk membentuk kata nama. Contohnya:

ke + tua (KA) ketua (KN)
ke + hendak (KT) kehendak (KN)




(III) Makna awalan ke-
(a) orang atau benda yang di-. Contohnya:

ketua (orang yang dituai) kemudi (orang yang mengemudi)
kekasih (orang yang dikasihi)


(b) abstrak. Contohnya:

kerangka kehendak kerawang





5. Awalan juru-
(I) Bentuk awalan juru-
Awalan juru- mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu juru-. Awalan juru- apabila bergabung dengan kata
dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan huruf. Awalan juru- boleh bergabung dengan kata dasar, atau
dengan kata akar. Contohnya:

juru + kata dasar:
juru + jual jurujual
juru + bahasa jurubahasa
juru + kata akar:
juru + mudi jurumudi
juru + -tera jurutera
Kata Nama | 62


(II) Fungsi awalan juru-
Awalan juru- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan ini boleh bergabung dengan kata dasar
daripada kata nama atau kata kerja. Contohnya:


juru + mesin (KN) jurumesin (KN)
juru + acara (KN) juruacara (KN)
juru + kira (KK) jurukira (KN)
juru + terbang (KK) juruterbang (KN)





(III) Makna awalan juru-
Awalan juru- membawa makna orang yang melakukan atau mengendalikan sesuatu. Contohnya:

jurubina (orang yang berkelayakan membina bangunan)
juruacara (orang yang mengendalikan acara)
jurutera (orang yang menjalankan sesuatu)





4.3.2.2 Akhiran Kata Nama
Akhiran -an
(i) Bentuk akhiran an
Akhiran an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bentuk atau huruf. Akhiran
an merupakan akhiran nama yang asli dalam bahasa Melayu. Contohnya:


duri + an durian bulan + an bulanan
tampar + an tamparan manis + an manisan




(II) Fungsi akhiran -an
Akhiran -an berfungsi untuk menerbitkan kata nama. Akhiran ini boleh bergabung dengan kata dasar
daripada kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Contohnya:

tahun (KN) + -an tahunan (KN)
ajar (KK) + -an ajaran (KN)
bulat (KA) + -an bulatan (KN)
Kata Nama | 63


(III) Makna akhiran -an
(a) hasil daripada perbuatan. Contohnya:


ajaran tulisan kritikan jagaan



(b) kawasan yang luas atau tempat. Contohnya:


lautan daratan pinggiran luaran



(c) banyak atau kumpulan. Contohnya:

parutan rangkaian gugusan ratusan


(d) ukuran atau kiraan. Contohnya:

batuan harian mingguan elaan



(e) alat. Contohnya:

kisaran acuan saluran kukuran



(f) tempat melakukan sesuatu. Contohnya:

buaian kurungan sidaian gantungan


(h) sifat. Contohnya:

asinan manisan paduan kilauan








Senaraikan 5 perkataan daripada awalan peN- dan akhiran an yang membawa maksud sifat.
Kemukakan contoh anda dengan tidak mengambil contoh yang terdapat dalam modul ini.
Kata Nama | 64


4.3.2.3 Apitan Kata Nama
Apitan kata nama : pe-...-an, peN--an, peR--an dan ke--an



1. Apitan pe-...-an
(I) Bentuk apitan pe-...-an
Apitan pe-...-an merupakan gabungan awalan pe- dengan akhiran an, dan kedua-duanya hadir serentak
dan dikira sebagai satu imbuhan. Apitan pe-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe-...-an.
Contohnya:


pe-...-an + dalam pedalaman
pe-...-an + karangan pekarangan
pe-...-an + periksa peperiksaan




(II) Fungsi apitan pe-...-an
Apitan pe-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan pe-...-an boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:


pe-...-an + tempat (KN) petempatan
pe-...-an + periksa (KK) peperiksaan
pe-...-an + dalam (KA) pedalaman




(III) Makna apitan pe-...-an
(a) tempat atau kawasan yang khusus. Contohnya:

petempatan pesisiran pekarangan pedalaman



(b) hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

peperangan peperiksaan




2. Apitan peN--an
(I) Bentuk apitan peN--an
Apitan peN--an terdiri daripada peN-, dan an. Bentuk awalan peN- sama seperti imbuhan awalan peN-,
dan setiap bentuk ini bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan padanya. Bentuk an pula
Kata Nama | 65


tidak berubah. Perkataan yang berapitan peN--an ada hubungan dengan perkataan berapitan meN-...-
kan. Contohnya :


me.letak.kan pe.letak.an
mem.bunuh pem.bunuh.an
men.jaga pen.jagaan
meng.awas.i peng.awas.an
menge.bom penge.bom.an






Apitan peN--an terdiri daripada enam bentuk, iaitu pe-...-an, pem--an, pen--an, peng--an,
peny--an dan penge--an.

(i) peN--an menjadi pe--an apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n,
ny, ng, r, l, w dan y. Contohnya:


peN-...-an + makan pemakanan
peN-...-an + nama penamaan
peN-...-an + nyala penyalaan
peN-...-an + ngaum pengauman
peN-...-an + rusuh perusuhan
peN-...-an + lampir pelampiran
peN-...-an + wujud pewujudan
peN-...-an + yakin peyakinan







Kata tebitan yang manakah yang betul?
penglihatan penglibatan perlaksanaan
pelihatan pelibatan pelaksanaan



(ii) peN--an menjadi pem--an apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, p
dan v. Walau bagaimanapun, huruf p dan f dikekalkan apabila kata dasar terdiri daripada kata pinjaman,
atau gugus konsonan. Contohnya:
Kata Nama | 66



peN-...-an + buka pembukaan
peN-...-an + fatwa pemfatwaan
peN-...-an + periksa pemeriksaan
peN--an + veto pemvetoan
peN--an + proses pemprosesan




(iii) peN-...-an menjadi pen-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j,
sy, t, dan z. Contohnya:

peN-...-an + cuci pencucian
peN-...-an + dapat pendapatan
peN-...-an + judul penjudulan
peN-...-an + syarikat pensyarikatan
peN-...-an + tadbir pentadbiran
peN-...-an + zalim penzaliman





Apakah sebabnya huruf t di awal kata dasar bagi perkataan yang berikut dikekalkan apabila
menerima apitan peN-...-an?
pentafsiran
penterjemahan
pentranskripsian



(iv) peN-...-an menjadi peng-...-an apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h,
kh, gh; dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:


peN-...-an + kawal pengkawalan pengawalan
peN-...-an + kayuh pengkayuh pengayuh
peN-...-an + ganda penggandaan
peN-...-an + hasut penghasutan
peN-...-an + khusus pengkhususan
peN-...-an + ghaib pengghaiban
peN-...-an + elak pengelakan
peN-...-an + intip pengintipan
peN-...-an + olah pengolahan
peN-...-an + ubah pengubahan
Kata Nama | 67




Apabila peN- ...-an bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan.
Namun, huruf k akan dikekalkan jika kata dasar terdiri daripada kata pinjaman. Contohnya:

peN-...-an + kritik pengkritik
peN-...-an + kategori pengkategori
peN-...-an + klasifikasi pengklasifikasi




(v) peN-...-an menjadi peny-...-an apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan
huruf s itu digugurkan. Contoh:

peN-...-an + salur penyaluran
peN-...-an + satu penyatuan
peN-...-an + sampai penyampaian
peN-...-an + siar penyiaran




(vi) peN-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku
kata. Contohnya:

peN-...-an + bom pengeboman
peN-...-an + sah pengesahan
peN-...-an + had pengehadan



(II) Fungsi apitan peN-...-an
Apitan peN-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan peN-...-an boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:


peN-...-an + pulau (KN) pemulauan (KN)
peN-...-an + kaji (KK) pengajian (KN)
peN-...-an + besar (KA) pembesaran (KN)



(III) Makna apitan peN--an
(a) hasil sesuatu perbuatan. Contohnya :

pengakuan (hasil perbuatan mengakui)
penyelesaian (hasil perbuatan menyelesaikan)
pengumuman (hasil perbuatan mengumumkan)
Kata Nama | 68




(b) perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja berawalan meN-. Contohnya :


pendaftaran (perbuatan mendaftar)
penyajian (perbuatan menyajikan)
pelaksanaan (perbuatan melaksanakan)


(c) tempat. Contohnya:

penggantungan (tempat menggantung)
penginapan (tempat menginap)
pelabuhan (tempat melabuhkan)







Apakah perbezaan bagi pasangan perkataan yang berikut dari segi bentuk imbuhan dan
maknanya?
penempatan dan petempatan
perhatian dan pemerhaian



3. Apitan peR--an
(I) Bentuk apitan peR--an
Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu peR-...-an. Apitan peR-...-an boleh bergabung
dengan semua kata dasar kecuali pada kata dasar yang bermula dengan huruf r. Perkataan yang berapitan
peR-...-an mempunyai kaitannya dengan perkataan yang berawalan ber-, be-, dan bel-. Contohnya:

ber.damai per.damaian
ber.langgar per.langgaran
be.kerja pe.kerjaan
bel.ajar pel.ajaran





(II) Fungsi apitan peR-...-an
Apitan peR-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan peR-...-an boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:
Kata Nama | 69




peR-...-an + guru (KN) perguruan (KN) peR-
...-an + pindah (KK) perpindahan (KN) peR-...-
an + lengkap (KA) perlengkapan (KN) peR-...-
an + ratus (KT) peratusan (KN)
peR-...-an + antara (KT) perantaraan (KN)





(III) Makna apitan peR--an
(a) tempat. Contohnya:

perkuburan (tempat menanam mayat)
perkhemahan (tempat berkhemah)
perguruan (tempat berguru)


(b) hasil perbuatan. Contohnya:


pertemuan (hasil bertemu)
perjuangan (hal berjuang)
perdagangan (hal berdagang)



(c) perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja. Contohnya:

perbualan (perbuatan berbual)
pergaduhan (perbuatan bergaduh)
perlawanan (perbuatan berlawan)



(d) hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contohnya:


perikanan (hal yang berkaitan dengan ikan)
perbukuan (hal yang berkaitan dengan buku)
perkapalan (hal yang berkaitan dengan kapal)



Dalam proses pengimbuhan kata nama, sering berlaku kekeliruan antara apitan peR--an dengan
peN--an. Kekeliruan ini dapat diatasi dengan mengetahui ciri yang membezakan apitan peR--an
dengan peN--an. Kata nama terbitan yang menggunakan peR--an berasal daripada bentuk kata kerja
yang menggunakan awalan beR-. Contohnya :
Kata Nama | 70



ber.pindah per.pindah.an
ber.pisah per.pisah.an
ber.temu per.temuan





Apitan peN--an pula berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan meN- atau
apitan meN-(-kan/-i). Contohnya:


me.mindah.kan pe.mindah.an
me.misah.kan pe.misah.an
me.nemu.kan pe.nemu.an





Apakah sebabnya kata dasar yang bermula dengan huruf /s/ pada kata terbitan yang berikut ada
yang mengalami peluluhan, dan ada pula yang tidak mengalami peluluhan huruf /s/ kepada /ny/?
peN-...-an + senarai penyenaraian
peR-..-an + saing persaingan
peN-...-an + struktur penstrukturan



4. Apitan ke--an
(I) Bentuk apitan ke--an
Apitan ke-...-an dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran an pada kata dasar. Apitan ke-
...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu ke-...-an. Contohnya:

ke--an + hadir kehadiran
ke--an + putus keputusan
ke--an + bangsa kebangsaan



(II) Fungsi apitan ke--an
Apitan ke-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan ke-...-an boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

ke-...-an + raja (KN) kerajaan (KN)
ke-...-an + lahir (KK) kelahiran (KN)
ke-...-an + besar (KA) kebesaran (KN)
ke-...-an satu (KT) kesatuan (KN)
Kata Nama | 71


Apitan ke-...-an juga boleh menerima kata dasar daripada kata terbitan, dan biasanya kata terbitan itu
berawalan ber- atau ter-. Contohnya:

ke-...-an + berangkat keberangkatan
ke-...-an + berhasil keberhasilan
ke-...-an + terbuka keterbukaan
ke-...-an + terlibat keterlibatan





(III) Makna apitan ke--an
(a) abstrak. Contohnya:

kebaikan kesibukan keindahan


(b) tempat. Contohnya:


kementerian (tempat menteri bertugas)
kedutaan (tempat duta)
kediaman (tempat tinggal)


(c) hal tentang sesuatu. Contohnya:

keagamaam (hal tentang agama)
ketuhanan (hal tentang Tuhan)
kerakyatan (hal tentang rakyat)






Apakah perbezaan bagi pasangan perkataan yang berikut dari segi bentuk imbuhan dan
maknanya?
a. perdamaian dan kedamaian
b. percintaan dan kecintaan



5. Sisipan Kata Nama
(I) Bentuk sisipan kata nama
Sisipan merupakan imbuhan yang diimbuhkan ke dalam bentuk dasar selepas konsonan pertama kata
dasar. Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu -el-, -er- dan em-.
Kata Nama | 72
patuk pelatuk
tunjuk
kangkang


telunjuk
kelangkang

sabut serabut
suling
gigi


seruling
gerigi

tali temali
kuncup kemuncup
kuning kemuning



(i) Sisipan -el-. Contohnya: (ii)
Sisipan er- Contohnya: (iii)
Sisipan em-. Contohnya:



(II) Fungsi sisipan kata nama
Semua sisipan kata nama membentuk kata nama terbitan. Sisipan ini boleh bergabung dengan kata nama,
kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:


-el- + tapak (KN) telapak (KN)
-el- + kupas (KK) kelupas (KN)
-er- + patuk (KK) pelatuk KN)
-em- + kuning (KA) kemuning (KN)



(III) Makna sisipan kata nama
(a) sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

kelangkang telunjuk gerigi seruling kemuning



(b) hasil. Contohnya:

kelemumur keruping kemuncup
Kata Nama | 73


4.3.3 Kata Nama Ganda
(I) Bentuk Kata Nama Ganda
Semua bentuk kata, sama ada tunggal, terbitan dan majmuk boleh digandakan untuk membentuk kata
nama ganda. Ada empat jenis penggandaan yang boleh berlaku pada kata dasar nama, iaitu:
(i) penggandaan penuh
(ii) penggandaan semu
(iii) penggandaan separa
(iv) penggandaan berentak



(i) Penggandaan penuh
Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar nama diulang tanpa sebarang perubahan bentuk serta
diberikan tanda sempang (-). Kata dasar yang digandakan itu boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk
kata.
(a) penggandaan kata nama tunggal. Contohnya:

rumah rumah-rumah
debunga debunga-debunga
menteri menteri-menteri
buah buah-buahan


(b) penggandaan kata nama terbitan. Contohnya:

pelatih pelatih-pelatih tanaman
tanaman-tanaman
perusahaan perusahaan-perusahaan
kementerian kementerian-kementerian


(c) penggandaa kata nama majmuk. Contohnya:

kapal terbang kapal-kapal terbang
mata pelajaran mata-mata pelajaran
bumiputera beumiputera-bumiputera
setiausaha setiausaha-setiausaha




(ii) Penggandaan semu
Penggandaan semu kata nama ialah bentuk kata ganda seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata
dasarnya dipisahkan dengan kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna khusus.
Contohnya:
Kata Nama | 74




labi labi-labi
kanak kanak-kanak
labah labah-labah
kisi kisi-kisi



(iii) Penggandaan separa
Penggandaan separa kata nama melibatkan pengulangan suku kata pertama pada kata dasar. Bunyi-bunyi
vokal pada suku kata pertama perkataan berubah menjadi vokal e pepet. Contohnya:

laki lalaki lelaki
jentik jenjentik jejentik
siku sisiku sesiku
pohon popohon pepohon




(iii) Penggandaan berentak
Penggandaan berentak kata nama ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan manakala bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata nama, iaitu:
(a) penggandaan berentak penggulangan vokal. Contohnya:

saki saki-baki
karut karut-marut
kuih kuih-muih


(b) penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:


asal asal-usul tanah
tanah-tanih
gunung gunung-ganang



(c) penggandaan berentak bebas. Contohnya:


rumput rumput-rampai
anak anak-pinak
semak semak-samun
Kata Nama | 75


(II) Fungsi Kata Nama Ganda
Penggandaan terhadap kata nama menerbitkan kata nama. Hanya penggandaan penuh boleh berlaku
pada semua kata nama. Jenis penggandaan yang lain hanya berlaku pada kata-kata tertentu sahaja.



(III) Makna Kata Nama Ganda
(a) jamak/banyak. Contohnya:


akar akar-akar cucu cucu-cicit
saudara saudara-mara bawang bebawang



(b) kepelbagaian jenis. Contohnya:

sayur sayur-mayur lauk lauk-pauk
anak anak-pinak kuih kuih-muih



(c) kesamaan/keserupaan. Contohnya:


jari jari-jemari orang orang-orang
orang orang-orang siku sesiku



(d) tak tentu. Contohnya:



apa apa-apa bila bila-bila
mana mana-mana siapa siapa-siapa


(e) nama haiwan. Contohnya:


kura kura-kura labi labi-labi
rama rama-rama kupu kupu-kupu



Dari aspek pengajaran, jika kata ganda seluruh yang terdiri daripada kata nama itu sudah
membawa makna jamak, maka kata bilangan tidak diperlukan. Contohnya:
Kata Nama | 76






(1a) *Lima ekor itik-itik berenang di dalam tasik itu.
(1b) Lima ekor itik berenang di dalam tasik itu.
(2a) *Semua peserta-peserta sudah mendaftar.
(2b) Semua peserta sudah mendaftar.




Kata ganda seluruh yang membawa makna tunggal akan kekal penggandaannya walaupun
disertai dengan kata bilangan untuk menyatakan jamak. Contohnya:

(3a) Lima ekor kura-kura di tepi parit itu.
(3b) *Lima ekor kura di tepi parit itu.
(4a) Enam orang kanak-kanak sedang bermain.
(4b) *Enam orang kanak sedang bermain.






Apakah jenis dan makna kata ganda yang berikut?
a. kekuda c. kepupu
b. bebudak d. tali-temali





4.3.4 Kata Nama Majmuk
Kata nama majmuk terhasil daipada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain
yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.


(I) Bentuk Kata Nama Majmuk
Bentuk kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk yang ditulis terpisah, dan
bentuk yang telah mantap. Bentuk kata majmuk yang ditulis terpisah ialah kata majmuk yang dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya:


balai raya cakar ayam graf terarah
Setiausaha Sulit Menteri Besar segi empat tepat



Bentuk kata majmuk yang telah mantap ialah kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap
sebagai satu perkataan yang utuh, yang dieja sebagai satu perkataan. Contohnya:
Kata Nama | 77



matahari pesuruhjaya bumiputera
suruhanjaya antarabangsa kakitangan




Dari segi jenis, kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:
(a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

sapu tangan tengah hari kapal terbang
padang tembak Menteri Besar Setiausaha Politik



(a) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus. Contohnya:

garis pusat atur cara lut sinar
mata pelajaran telefon dail terus kertas kerja


(c) kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

anak emas kaki bangku buku lima
duit kopi ringan tulang lipas kudung





(II) Fungsi Kata Nama Majmuk
Proses pemajmukan ini boleh membentuk kata nama majmuk yang berfungsi sebagai satu perkataan.





Dengan merujuk kepada Tatabahasa Dewan (2008), senaraikan kata nama majmuk yang ditulis
bercantum.


KATA KUNCI

1. kata nama 5. kata nama majmuk
2. kata nama tunggal 6. kata ganti nama
3. kata nama terbitan
4. kata nama ganda
Kata Nama | 78




PENILAIAN KENDIRI


1. Tuliskan KN bagi perkataan yang tergolong sebagai kata nama.
a. kurun ( ) f. kearaban ( )
b. perpaduan ( ) g. sepandai ( )
c. biji ( ) h. tawaran ( )
d. hitam ( ) i. warna ( )
e. keindahan ( ) j. mahasiswa ( )




Kata ganti nama




kata ganti nama diri X kata ganti nama tak tentu



Y kata ganti nama tanya


Apakah kata ganti nama pada X dan Y? Berikan contoh perkataan bagi kedua-duanya.


3. Tandakan () pada kata nama terbitan yang betul:
a. kebaikkan ( ) kebaikan ( )
b. pelibatan ( ) penglibatan ( )
c. perlantikan ( ) pelantikan ( )
d. penglipur lara ( ) pelipur lara ( )
e. penerjemahan ( ) penterjemahan ( )
f. pengebumian ( ) pengkebumian ( )



4. Apakah perbezaan antara kata ganti nama diri tanya dengan kata tanya?


5. Berikan dua contoh bagi menunjukkan akhiran an menerbitkan kata nama konkrit manakala apitan
ke-...-an menerbitkan kata nama abstrak.


6. Apitan peN-...-an mempunyai hubungan dengan apitan meN-...-kan. Tukarkan ayat yang mengandungi
apitan meN-...-kan kepada ayat yang menggunakan apitan peN-...-an. Contohnya:
Kerajaan Jepun mula mendaratkan tentera di Kota Bharu.
Pendaratan tentera Jepun bermula di Kota Bharu.
Kata Nama | 79




a. Kerajaan belum melaksanakan projek itu sejak dulu.
b. Lelaki itu sanggup memisahkan ibu dan anaknya setelah mereka bercerai.
c. Pekerja-pekerja mendalamkan dasar sungai itu untuk mengelakkan banjir.



7.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas orang-orang
Islam yang cukup syaratnya. Pada dasarnya, zakat merupakan ibadat yang berbentuk
harta benda. Antara harta yang wajib dikeluarkan zakat termasuklah wang ringgit,
binatang-binatang ternakan, dan hasil-hasil tanaman seperti buah-buahan dan biji-bijian.
Ibadat ini telah mewujudkan sikap bantu-membantu dalam masyarakat.



Kenal pasti setiap kata nama ganda yang terdapat di dalam petikan di atas. Kemudian, kelompokkan kata
ganda itu mengikut jenisnya.








RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.


Asraf.(1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.


Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail. (2009). Tatabahasa Asas.
Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
Kata Nama | 80

Kata Kerja | 81




UNIT 5
KATA KERJA



HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengenal pasti golongan kata kerja
2. mengkategorikan kata kerja mengikut jenis
3. menyenaraikan imbuhan kata kerja dan proses morfofonem kata kerja
4. menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks


5.0 Pengertian Kata Kerja
Dari segi semantik, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu. Kata kerja oleh Nik Safiah Karim et al. (2008) ialah perkataan yang menjadi inti bagi
binaan atau konstruksi frasa kerja. Contohnya:

(1) Anis tidur.
(2) Bom itu meletup.
(3) Munirah sedang membaca buku.
(4) Pesawat itu mendarat di landasan.


Daripada ayat contoh tersebut, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja kerana
menunjukkan perbuatan. Selain itu, perkataan tersebut menjadi kata inti dalam frasa kerja yang menjadi
predikat.


Ada dua makna yang dimiliki oleh kata kerja, iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan.
Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal.
Manakala, kata kerja keadaan ialah kata kerja yang tidak menampakkan secara jelas akan sesuatu
perbuatan itu dilakukan, dan tidak menunjukkan adanya gerak perbuatan. Contohnya:


(5) Muhammad membuat kerja itu. (kata kerja perbuatan)
(6) Kanak-kanak bermain bola. (kata kerja perbuatan)
(7) Cawan itu pecah. (kata kerja keadaan)
(8) Lelaki itu sudah mati. (kata kerja keadaan)
Kata Kerja | 82




Senaraikan kata kerja perbuatan dengan kata kerja keadaan daripada perkataan yang berikut:

sakit hinggap sembuh terdiri berbaju
baring bersolek terambil bercakap memiliki




5.1 Ciri-ciri Kata Kerja
(i) kata kerja dapat disertai oleh kata bantu di depannya. Antara contoh kata bantu ialah sudah, masih,
telah, belum, masih.Contohnya:

sudah lupa telah bertaburan
belum menjadi masih diperhatikan


(ii) kata kerja dapat dijadikan perintah. Contohnya:

Diam! Buatkan!
Perbesarkan! Tunjukkan!


(ii) Kata kerja dapat dinafikan dengan kata nafi tidak. Contohnya :


tidak makan tidak belajar
tidak menjadi tidak terkatakan





5.2 Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu:
(1) kata kerja aktif
(2) kata kerja pasif


Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil
daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat digambarkan seperti
rajah yang berikut:
Kata Kerja | 83


tanpa pelengkap
kata kerja aktif taktransitif berpelengkap
kata kerja aktif berpenerang


Kata kerja kata kerja aktif transitif


Kata kerja pasif



5.3 Kata Kerja Aktif
5.3.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat. Contohnya:

(9) Air sungai naik..
(10) Dia sedang bekerja.
(11) Rumah itu terbakar.




Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transitif, iaitu:
(i) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
(ii) kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
(iii) kata kerja aktif tak transitif berpenerang


(i) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek, dan
ayat yang terhasil mengandungi makna yang lengkap. Kata kerja jenis ini dapat berdiri sendiri dalam
predikat ayat. Contohnya:

(12) Abang sudah balik.
(13) Dialah tempat saya merujuk.
(14) Pokok kelapa itu bergoyang.
(15) Ayah bersembahyang.


Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diperluas dengan keterangan . Keterangan ialah
unsur tambahan dalam ayat yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Contohnya:

(16) Abang sudah balik dari kerja.
(17) Dialah tempat saya merujuk tentang bahasa.
(18) Pokok kelapa itu bergoyang dengan kuat.
(19) Ayah bersembahyang di surau.
Kata Kerja | 84






Apakah jenis kata kerja dalam ayat-ayat yang berikut:

(1) Padi Pak Mat tahun ini menjadi.
(2) Maisarah akan menjadi guru.
(3) Kereta baharu Yusof bernilai RM200,000.
(4) Idea yang disumbangkannya itu bernilai.




(ii) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan pelengkap selepasnya
untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap seperti ayat (23) hingga (25), ayat itu tidak
mempunyai makna yang sempurna. Contohnya:


(20) *Petani itu bertanam.
(20a) Petani itu bertanam jagung.
(21) *Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat.
(21a) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat jahat.
(22a) *Puan Noni berada.
(22a) Puan Noni berada di Seremban.



Ayat yang mengandungi pelengkap juga tidak dapat dijadikan ayat pasif. Contohnya:

(23) Muniandy ada wang.
(23a) *Wang diada oleh Muniandy.
(24) Afendi menjadi guru.
(24a) *Guru dijadi oleh Afendi.





Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa
sendi nama.
(a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

(25) Abang beristerikan orang Johor.
(26) Kedua-dua pengantin itu berbimbingan tangan.
(27) Perangainya memeningkan kepala.
Kata Kerja | 85




(b) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:


(28) Lelaki itu bertubuh sasa.
(29) Penyakit nenek beransur pulih.
(30) Suasana menjadi genting.



(c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

(31) Cikgu Karim tinggal di rumah itu.
(32) Kakak Lim bermastautin ke Australia.
(33) Pelajar-pelajar berada di padang.







Pada pendapat anda, apakah fungsi kata kerja yang dicondongkan dalam ayat yang berikut?
Berikan alasan anda.
(1) Abang sudah mulai bekerja.
(2) Pelajar itu didapati merokok.
(3) Kanak-kanak itu pergi mengaji.



(iii) Kata kerja aktif tak transitif berpenerang
Kata kerja aktif tak transitif berpenerang terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif diikuti oleh kata nama.
Kata nama yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang
tersebut boleh ditiadakan, dan ayat yang terhasil tetap sempurna. Contohnya:

(34) Pak Samad bersawah padi.
(35) Ismail berkereta Waja.
(36) Mereka berjalan kaki ke situ.







Apakah perbezaan antara kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dengan kata kerja tak
transitif berpenerang?
Kata Kerja | 86


5.3.2 Kata Kerja Aktif Transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif. Objek terdiri
daripada frasa nama. Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap. Contohnya:

(37) Ali sedang memukul ular.
(37a) *Ali sedang memukul.
(38) Negara itu mengeksport getah.
(38a) *Negara itu mengeksport.




Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja transitif boleh mengalami proses pasif. Contohnya:

(39) Murid sedang membaca buku.
(39a) Buku sedang dibaca oleh murid-murid.
(40) Adik mengayuh basikal.
(40a) Basikal dikayuh oleh adik.




Kata kerja yang mempunyai frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja
dengan satu objek dan kata kerja dengan dua objek.
(i) kata kerja dengan satu objek. Contohnya:

(41) Kita menentukan nasib kita.
(42) Pelajar-pelajar menyiapkan tugasan itu.
(43) Pemburu menembak harimau.


(ii) kata dengan dua objek.
Frasa nama sebagai dua objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek yang menjadi penyambut langsung
selepas kata kerja ialah objek tepat (OT). Objek yang tidak menjadi penyambut langsung kepada kata kerja
dan hadir di selepas objek tepat ialah objek sipi (OS). Contohnya:

(43) Kamal mencarikan adiknya pekerjaan.
OT OS

(44) Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih.
OT OS
Kata Kerja | 87




Apakah jenis kata kerja bagi ayat yang beriku?
(1) Salim tersepak akan Zainal.
(2) Kanak-kanak itu tertelan biji saga.
(3) Lori itu terlanggar tembok.
(4) Tembok itu terlanggar oleh lori.



5.4 Kata kerja pasif
Kata kerja transitif pasif berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kata kerja pasif digunakan dalam ayat yang menunjukkan subjek ayat dikenai. Contohnya:

(45 Suzana menjahit baju.
(45a) Baju dijahit oleh Hazirah.
(46) Aiman mencampakkan kotak itu.
(46a) Kotak itu dicampakkan oleh Hazim.





Sementara itu, kata kerja pasif juga boleh berawalan ber-, ter-, di--kan, di--i, ke--an, ter--
kan, ter--i, dan penanda pasif kena. Contohnya:

(47) Bangkai itu ditutup dengan kertas.
(48) Baju itu belum berbasuh.
(49) Pintu itu masih terbuka.
(50) Dia tidak dibenarkan pergi.
(51) Persembahan tarian diikuti oleh persembahan nyanyian.
(52) Pelajar itu kepanasan di padang sekolah
(53) Indahnya pantai itu tidak tergambarkan oleh sesiapa pun.
(54) Hajatnya tidak terpenuhi oleh kami.
(55) Mereka kena tangkap oleh polis.







Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif? Berikan alasan anda.
(1) Nasi sudah bertanak.
(2) Kakak sedang berjalan kaki.
(3) Janggut ayah belum bercukur.
(4) Ayah belum bercukur.
Kata Kerja | 88


5.5 Pembentukan Kata Kerja
Kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu:
i. kata kerja tunggal
ii. kata kerja terbitan
iii. kata kerja majmuk
iv. kata kerja ganda



5.6 Kata Kerja Tunggal
Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak berimbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri dengan
makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contohnya:

tidur lahir pulang gugur
hidup gagal hancur rebah
terbang datang balik patah


Kata kerja tunggal boleh juga berbentuk akronim. Antaranya ialah berdikari, hakis, pulihara dan
ubahsuai.



5.7 Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan boleh terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.



5.7.1 Awalan Kata Kerja
Awalan yang membentuk kata kerja terbitan ialah beR-, teR-, meN-, di-, mempeR-, dipeR-.



1. Awalan beR-
(I) Bentuk awalan beR-
Awalan beR- mempunyai dua bentuk bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum
dengannya, iaitu ber- dan be-.

berburu berasap bertapa berjiran
berenang belajar berangkai belunjur



(i) Awalan beR- menjadi ber- jika bercantum dengan semua kata dasar, kecuali dengan perkataan
yang huruf pertamanya ialah r. Contohnya:
Kata Kerja | 89




beR + angkat berangkat beR + ekor berekor
beR + buka berbuka beR + guna berguna
beR + cermin becermin beR + hujah berhujah



Walau bagaimanapun, ada tiga perkataan yang dikecualikan daripada peraturan di atas, iaitu
bekerja, belunjur dan belajar.


(ii) Awalan beR- menjadi be- apabila bercantum dengan semua kata dasar yang bermula dengan huruf r.
Contohnya:

beR + runding berunding
beR+ rantai berantai
beR + ramai beramai





(II) Fungsi awalan beR-
Awalan beR- berfungsi untuk membentuk kata kerja. Awalan beR- boleh menerima kata dasar daripada
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:


beR + kebun (KN) berkebun (KK)
beR + suruh (KK) bersuruh (KK)
beR + murah (KA) bemurah (KK)
beR + oleh (KT) beroleh (KK)


Selain itu, awalan beR- membentuk kata kerja aktif tak transitif. Kata kerja yang dibentuk dengan
awalan beR- boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti (64)- (65), atau kata kerja
tak transitif berpelengkap seperti (66) (67). Contohnya:

(56) Lelaki itu berwang.
(57) Askar-askar sedang berjuang di medan perang.
(58) Kesihatan bapa beransur pulih.
(59) Kekayaannya bernilai puluhan juta ringgit.
Kata Kerja | 90


(III) Makna awalan beR-
Awalan beR- membawa pengertian:
(a) mempunyai. Contohnya:

beratap, beristeri, bersuara,


(b) menggunakan, Contohnya:

berbasikal, berbedak, berkeretapi


(c) mengeluarkan. Contohnya:

bertelur, bersuara, berbunyi, beranak


(d) memakai sesuatu. Contohnya:

berbaju, berkasut, berseluar


(e) ada sesuatu seperti pada kata dasar. Contohnya:


berbahaya ada bahayanya
berwarna ada warnanya



(f) melakukan perbuatan pada diri sendiri (refleksif). Contohnya:

bercukur, berdandan, berjemur



(k) pasif seperti awalan di-.Contohnya:


tidak berjahit = tidak dijahit
sudah berlipat = sudah dilipat
belum berbasuh = belum dibasuh



Bandingkan kata kerja berawalan beR- dalam ayat yang berikut. Apakah jenis dan makna bagi
kata kerja tersebut?
(1) Baju belum berbasuh.
(2) Abang berbaju Melayu.
Kata Kerja | 91


(3) Makanan sudah berhidang.
(4) Kamil berkereta Waja ke pejabat.



2. Awalan teR-
(I) Bentuk awalan teR-
Awalan teR- mempunyai dua bentuk, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan
hruf r. Contohnya:

terduduk terambil tersepak terbuku
terpakai terdiam tercari terserlah


Awalan teR- menjadi te- di depan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

terancang terasa terawat
teringkas terentang terendam





(II) Fungsi awalan teR-
Awalam teR- dapat digabungkan dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

teR + nama (KN) ternama (KK) teR + cabut (KK) tercabut (KK)
teR + gunting (KN) tergunting (KK) teR + bawa (KK) terbawa (KK)




Kata kerja yang terbentuk daripada awlan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu:
(i) kata kerja aktif
(ii) kata kerja pasif


(i) kata kerja aktif
Ada dua jenis kata kerja aktif yang terbentuk daripada awalan teR-, iaitu kata kerja tak transitif dan kata
kerja transitif. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja tak transitif boleh
tanpa pelengkap (76), atau dengan pelengkap (77-78). Contohnya:

(60) Pintu itu terbuka.
(61) Pesakit itu terlantar di katil.
(62) Kanak-kanak itu terjatuh dari buaian.
Kata Kerja | 92


Kata kerja yang berawalan teR- yang membentuk kata kerja transitif memerlukan objek. Contohnya:

(63) Mei Lin terambil buku Kumari. (kata kerja transitif)
(64) Kami terlihat budak itu di bandar. (kata kerja transitif)
(65) Amir tersepak batu. (kata kerja transitif)



(ii) kata kerja pasif
Awalan teR- yang membentuk kata kerja pasif hadir dalam ayat pasif, dan memerlukan kata sendi oleh
selepas kata kerja pasif berawalan teR-. Contohnya:

(66) Tembok itu terlanggar oleh lori.
(67) Bangunan itu terbina oleh pekerja Indonesia.
(68) Meja itu tidak terangkat oleh Hanif.




(II) Makna awalan teR-
Awalan teR- membawa pengertian:
(a) tidak sengaja
Makna tidak sengaja ini boleh menggunakan kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Bagi
membezakannya, kata sendi oleh perlu diletakkan selepas kata kerja pasif. Contohnya:


(69) Anas terpijak ekor kucing itu.
(70) Ekor kucing terpijak oleh Anas.
(71) Bapa terbeli mangga muda.
(72) Mangga muda terbeli oleh bapa.



(b) keadaan tersedia. Contohnya:

terasing (sudah diasingkan)
terdapat (sudah didapati)
terbukti (sudah dibuktikan)




(c) keupayaan. Contohnya:


terangkat (dapat diangkat)
tertanggung (dapat ditanggung)
tercapai (dapat dicapai)
Kata Kerja | 93






Apakah jenis kata kerja yang berawalan teR- dalam ayat yang berikut? Berikan alasan anda.
(i) Petani itu tersandar di bawah pokok.
(ii) Abang tidak terbeli kereta mewah itu.
(iii) Adik terduduk seketika setelah dimarahi guru.
(iv) Saya tersenyum sendirian apabila mengingati kisah itu.





3. Awalan meN-
(I) Bentuk awalan meN-
Awalan meN- mempunyai enam bentuk, iaitu me-, mem-, men-, peng-, meny- dan menge-. Perbezaan
bentuk-bentuk awalan ini berlaku kerana jenis huruf pertama pada kata dasar yang menerima awalan
meN- tersebut.

(i) Awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny,
ng, r, l, w dan y. Contohnya:

meN + minum peminum
meN + naik menaik
meN + nyanyi menyanyi
meN + nganga menganga
meN + reka mereka
meN + langkah melangkah
meN + wangi mewangi
meN + yakin meyakinkan




(ii) Awalan meN- menjadi mem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b,
dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v. Contohnya:


meN + buka membuka
meN+fatwa memfatwa
meN + proses pemproses
peN + veto pemveto
Kata Kerja | 94


Bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan. Contohnya:


meN + fikir memfikir memikir
meN + periksa memperiksa memeriksa
meN + pukul mempukul memukul
meN + pandu mempandu memandu



Huruf p dan f biasanya dikekalkan apabila kata dasar erdiri daripada kata pinjaman, atau gugus konsonan.
Contohnya:

mempamerkan (pamer ialah kata pinjaman)
memfitnah (fitnah ialah kata pinjaman)
memproses (proses mengandungi gugus konsonan dan kata pinjaman)


Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan
dianggap sebagai kekecualian, seperti mempedulikan, mempercayai, dan mempersoalkan. Menurut
Asmah Hj. Omar (2009:57), huruf p pada kata dasar yang menerima awalan mem- tidak digugurkan
disebabkan analogi palsu, yakni dengan menganggap bahawa suku kata pertama kata dasar terdiri
daripada awalan. Oleh itu, timbul usaha untuk mempertahankan awalan itu.


(iii) meN- menjadi men- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t,
dan z. Biasanya konsonan t akan gugur. Contohnya:


meN + cari mencari
meN + datang mendatang
meN + jahit menjahit
meN + syukuri mensyukuri
meN + tulis mentulis menulis
meN + tolong mentolong menolong
meN + zalimi menzalimi



Jika kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman, atau mengandungi tiga atau lebih suku kata, atau gugus
konsonan, maka huruf t itu dikekalkan. Contohnya:

meN + tafsir mentafsir
meN + transkripsi mentranskripsi
meN + terjemah penterjemah
menN + tertawakan mentertawakan
Kata Kerja | 95


Kekecualian berlaku pada perkataan ternak yang membentuk penternak, bukan penernak.. Ini berlaku
mungkin sebagai analogi palsu dengan menanggap bahawa suku kata yang pertama terdiri daripada
awalan.

(iv) meN- menjadi meng- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan k, g, h,
kh, gh; dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:


meN + kawal mengkawal mengawal
meN + kayuh mengkayuh mengayuh
meN + gali menggali
meN + hantar menghantar
meN + khianati mengkhianati
meN + ghaibkan mengghaibkan
meN + angkut mengangkut
meN + elak mengelak
meN + ikut mengikut
meN + olah mengolah





Apabila meN-bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan. Namun, huruf k
akan dikekalkan dalam kata dasar daripada kata pinjaman. Contohnya:


meN + kritik mengkritik
meN + kanunkan mengkanunkan
meN + klasifikasikan mengklasifikasikan




(v) meN- menjadi menge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku kata, baik
perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya:

meN + cat mengecat
meN + lap mengelap
meN + khaskan mengekhaskan
meN + syaki mengesyaki
meN + syorkan mengesyorkan
Kata Kerja | 96


(vi) meN- menjadi meny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan huruf s
itu digugurkan. Contoh:

meN + sapu menysapu menyapu
meN + satu menysatu menyatu
meN + sumpah menysumpah menyumpah





(II) Fungsi Awalan meN-
Awalan meN-ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif. Awalan meN- boleh digabungkan dengan
kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

meN + langit (KN) melangit (KK)
meN + suruh (KK) menyuruh (KK)
meN + putih (KA) memutih (KK)


Awalan meN- yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja dapat
menerbitkan kata kerja aktif tak transitif, seperti menaik, menangis, memutih, menurun, melangkah; dan
kata kerja aktif transitif seperti menulis, membeli,menendang, memakai, menolak, menjual.



(III) Makna awalan meN-
(a) melakukan perbuatan. Contohnya:

membaca (melakukan perbuatan membaca)
menjaga (melakukan perbuatan menjaga)
menendang (melakukan perbuatan menendang)


(b) menjadi. Contohnya:

memucat (menjadi pucat)
membesar (menjadi besar)
memanjang (menjadi panjang)


(c) menggunakan sebagai alat. Contohnya:

mengapak (menggunakan kapak sebagai alat)
menggunting (menggunakan gunting sebagai alat)
menjala (menggunakan jala sebagai alat)
Kata Kerja | 97


(d) menuju. Contohnya:


mengutara (menuju ke utara)
mendarat (menuju ke darat)
menyeberang (menuju ke seberang)


(e) mengeluarkan bunyi. Contohnya:

mengaduh (menggeluarkan bunyi aduh)
mengaum (menggeluarkan bunyi aum)
mengembet (menggeluarkan bunyi embek)


(f) mengenakan/memasang. Contohnya:

mengalas (menggenakan alas)
memagar (memasang pagar)
mencelak (menggenakan celak)






Apakah jenis kata kerja makna kata kerja bagi perkataan yang menerima awalan meN- dalam
Ayat yang berikut?
(1) Perbincangan mereka telah melencong daripada agenda asal.
(2) Anis memakai baju yang berwarna merah.
(3) Pelajar itu meloncat tinggi kerana gembira.
(4) Padi di sawah mula menguning.





4. Awalan di-
(I) Bentuk awalan di-
Awalan di- mempunyai satu bentuk, iaitu di- . Awalan ini tidak berubah walaupun bertemu dengan apa-
apa juag huruf yang menjadi huruf pangkal kata dasar. Contohnya:

di- + ambil diambil di- + culik diculik
di + olah diolah di-+ tendang ditendang
di- + buang dibuang di- duga diduga
di- + sapu disapu di- + pukul dipukul
Kata Kerja | 98


(II) Fungsi awalan di-
Awalan di- membentuk kata kerja pasif. Awalan di- terbentuk apabila kata kerja yang berawalan meN-
dipasifkan dengan menggantikan awalan meN- dengan awalan di-. Awalan di- dapat bergabung dengan
kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

di- + ketam (KN) diketam (KK)
di- + gulai (KN) digulai (KK)
di- + ajar (KK) diajar (KK)
di- + tendang (KK) ditendang (KK)





(III) Makna awalan di-
Awalan di- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga. Awalan ini boleh
dipasangkan dengan imbuhan men-. Contohnya:

menendang ditendang
menghukum dihukum
mendayung didayung





5. Awalan mempeR-
(I) Bentuk awalan mempeR-
Awalan mempeR- mempunyai satu bentuk, iaitu memper-. Contohnya:

memperdalam memperdaya memperhalus
memperdua memperkemas memperoleh





(II) Fungsi awalan mempeR-
Awalan mempeR- membentuk kata kerja aktif transitif. Awalan mempeR- dapat bergabung dengan kata
dasar daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:


mempeR + hamba (KN) memperhamba (KK)
mempeR + besar (KA) memperbesar (KK)
mempeR + oleh (KT) memperoleh (KK)
Kata Kerja | 99




(III) Makna awalan mempeR-
Awalan mempeR- membawa pengertian:
(a) menjadikan sesuatu bersifat lebih. Contohnya:

memperbesar (menjadikan lebih besar)
memperdalam (menjadikan lebih dalam)
memperpanjang (menjadikan lebih panjang)


(b) menjadikan sebagai atau memperlakukan sebagai. Contohnya:

memperalat (menjadikan sebagai alat)
memperhamba (menjadikan sebagai hamba)
memperisteri(menjadikan sebagai isteri)


(c) membahagi. Contohnya:

memperdua (membahagi dua)
mempertiga (membahagi tiga)






Apakah sebabnya mempeR- dalam perkataan (i)-(iii) memerlukan akhiran tersebut digugurkan,
sebaliknya dalam ayat (iii) - (iv) memang akhirannya tidak diperlukan?
(i) Mereka sedang memperhalus permohonan itu.
(ii) Pekerja-pekerja sedang mempercepat kerja-kerja pembinaan bangunan itu.
(iii) Saya memperoleh berita baik itu semalam.
(iv) Kumpulan samseng itu memperalat pelajar-pelajar sekolah.
(v) Abang memperisteri gadis dari Kelantan.





6. Awalan dipeR-
(I) Bentuk Awalan dipeR-
Awalan dipeR- mempunyai satu bentuk, iaitu diper-. Contohnya:

dipertajam diperlebar diperkukuh
diperkuda diperdewa diperisteri
Kata Kerja | 100


(II) Fungsi Awalan dipeR-
Awalan dipeR- membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan
mempeR- dalam ayat aktif. Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan dipeR- ialah kata
nama, adjektif dan kata tugas. Contohnya:

memperkacang diperkacang mempercepat dipercepat
memperoleh diperoleh memperdaya diperdaya
mempererat dipererat memperhamba diperhamba



(III) Makna awalan dipeR-
(a) dijadikan sebagai. Contohnya:

diperisteri (djadikan sebagai isteri)
diperalat (dijadikan sebagai alat)
diperkawan (dijadikan sebagai kawan)


(b) dijadikan lebih atau bertambah. Contohnya:

diperkemas (dijadikan lebih kemas)
diperkukuh (dijadikan lebih kukuh)
diperkaya (dijadikan lebih kaya)


(c) dibahagi. Contohnya:

diperdua (dibahagi dua)
dipersepuluh (dibahai sepuluh)





5.7.2 Akhiran Kata Kerja
Akhiran ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran kata kerja dalam
bahasa Melayu ada dua, iaitu -kan dan i


1. Akhiran -kan
(I) Bentuk akhiran -kan
Akhiran -kan mempunyai satu bentuk, iaitu kan. Bentuknya tidak berubah apabila bergabung dengan
kata dasar. Contohnya:

belikan tunjukkan sudahkan
dapatkan usahkan tinggikan
Kata Kerja | 101




(II) Fungsi akhiran kan-
Awalan -kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan -kan boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Contohnya:

asap (KN) + -kan asapkan (KK)
tulis (KK) + -kan tuliskan (KK)
tinggi (KA) + -kan tinggikan (KA)
serta (KT) + - kan sertakan (KK)




Kata kerja yang menerima akhiran kan tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu dalam
ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua; atau dalam ayat perintah.
(a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

(73) Adik saya belikan sebuah buku cerita.
(74) Pokok bunga itu kamu tanamkan pagi tadi.




(b) Ayat perintah. Contohnya:

(75) Kosongkan bilik ini secepat mungkin.
(76) Sila penuhkan ruang kosong di depan dewan.





(III) Makna akhiran -kan
(a) menyebabkan jadi (kausatif). Contohnya:

lebihkan (menyebabkan jadi lebih)
hapuskan (menyebabkan jadi hapus)
terangkan (menyebabkan jadi terang)



(b) melakukan sesuatu untuk orang lain (benefaktif). Contohnya:

buatkan (membuat sesuatu untuk orang lain)
gorengkan (menggoreng sesuatu untuk orang lain)
ambilkan (mengambil sesuatu untuk orang lain)
Kata Kerja | 102




2. Akhiran -i
(I) Bentuk akhiran -i
Akhiran -i mempunyai satu bentuk, iaitu i. Bentuknya tidak berubah apabila bergabung dengan kata
dasar. Contohnya:

awasi turuni sudahi
dapati tandingi contohi





(II) Fungsi akhiran -i
Awalan -i berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan -i boleh menerima kata dasar daripada
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Contohnya:

nama (KN) + -i nama (KK)
duduki (KK) + -i duduki (KK)
dalam (KA) + -i dalami(KK)
serta (KT) + - i sertai (KK)


Kata kerja yang menerima akhiran i tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif
ganti nama diri orang pertama dan orang kedua; atau dalam ayat perintah.
(a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

(77) Jasa lelaki itu tidak kami lupai.
(78) Majlis itu akan saya hadiri.



(b) Ayat perintah, contohnya:

(79) Ingati jasa pejuang negara kita.
(80) Tolong temani adik kamu ke taman.




(iii) Makna akhiran -i
(a) menyebabkan jadi (kausatif). Contohnya:


sudahi (menyebabkan jadi sudah)
baiki (menyebabkan jadi baik)
lupai (menyebabkan jadi lupa)
Kata Kerja | 103




(b) tempat (lokatif). Contohnya:

duduki meja (duduk di atas meja)
sirami pokok bunga (siram pada pokok bunga)
hadiri jamuan (hadir ke/di jamuan)







Dengan merujuk kepada buku-buku tatabahasa, carilah persamaan dan perbezaan antara
akhiran i dengan akhiran kan?



5.7.3 Apitan Kata Kerja
Apitan yang membentuk kata kerja ialah meN--kan, meN--i, beR--kan, beR-...-an, di--kan, di--i,
memper--kan, memper--i, ke--an, diper--kan, diper--i, ter--kan dan ter--i.



1. Apitan meN--kan
(I) Bentuk awalan meN-...-kan
Apitan meN-...-kan mempunyai enam bentuk awalan, iaitu me--kan, mem--kan, men--kan, meng--
kan, meny-...-kan, dan menge--kan, yakni sama banyak dengan jumlah alomorf awalan meN-. (lihat
awalan meN-). Contohnya:


me--kan






mem--kan


menaikkan menyanyikan mengerikan
mewujudkan melayakkan meyakinkan

membenarkan memfatwakan memvariasikan
mempamerkan memproseskan membandingkan



men--kan

mendamaikan mencarikan mentakrifkan
menzahirkan menjadualkan mensyarahkan
Kata Kerja | 104




meng--kan.

mengelakkan menggayakan mengghaibkan
menghantarkan mengutarakan menggkhususkan




meny-...-kan








menge--kan


menyapukan menyalurkan menyampaikan
menyatukan menyakitkan menyepikan

mengelap mengecamkan mengesyorkan
mengekhaskan mengesahkan mengehadkan





(II) Fungsi apitan meN-...-kan
Apitan meN-...-kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Apitan meN-...-kan boleh menerima
kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:





meN-...-kan + buku (KN) membukukan (KK)
meN-...-kan + jatuh (KK) menjatuhkan (KK)
meN-...-kan + besar (KA) membesarkan (KK)
meN-...-kan + satu (KT) menyatukan (KK)



Ada kata kerja berapitan meN--kan yang walaupun berbentuk kata kerja tetapi dapat berfungsi
sebagai kata adjektif. Kata kerja jenis ini dapat menerima kata penguat (amat menyedihkan, amat
menakutkan, amat menyeramkan), dan unsur yang hadir selepas kata kerja dapat digugurkan tanpa
menjejaskan ayat. Misalnya:

(81) Peristiwa itu amat menyedihkan.
(82) Tempat itu amat menyeramkan.
(83) Kerja-kerja yang dibuat kurang memuaskan.
Kata Kerja | 105


(III) Makna apitan meN--kan
(a) melakukan sesuatu seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

mendirikan
menguburkan
merundingkan


(b) menjadikan objek sebagai. Contohnya:

merajakan pu (menjadikan seseorang sebagai raja)
mencalonkan (menjadikan seseorang sebagai calon)
mengorbankan (menjadikan sesuatu sebagai korban)


(c) menyebabkan (kausatif). Contohnya:

menggerakkan (menyebabkan bergerak)
memalukan (menyebabkan malu)
menaikkan (menyebabkan naik)


(d) manfaat (benefaktif). Makna ini muncul dalam ayat yang mengandungi dua objek. Contohnya:

membelikan (membeli untuk seseorang)
mencarikan (mencari untuk seseorang)
mengangkatkan (mengangkat untuk seseorang)


(e) menggunakan. Contohnya:

mengayuhkan (menggunakan kayuh)
mengipaskan (menggunakan kipas)
melayarkan (menggunakan layar)


(f) akhiran kan pada kata yang berapitan meN--kan bertugas sebagai ganti kata sendi akan, tentang,
dan kepada. Contohnya:

membanggakan (bangga akan)
menceritakan (bercerita tentang)
menanyakan (bertanya kepada)
Kata Kerja | 106


2. Apitan meN--i
(I) Bentuk awalan meN-...-i
Apitan meN-...-i mempunyai enam kelainan, iaitu sama banyak dengan jumlah kelainan untuk
meN-, iaitu me--i, mem--i, men--i, meny-...-i, meng--i dan menge--i. Contohnya:
me--i

menaiki merindui merasai
memasuki melindungi meyakini


mem--i






men--i


membanjiri memfatwakan memvariasikan
mempamerkan membaharui memikiri

menduduki mencarikan menjumpai
mencurahi menzalimi mendugai


meng--i

mengikuti mengubati mengekori
menggairi menggalasi mengawasi


meny-...-i

menyapukan menyalurkan menyatukan
menyakiti menyukai menyumpahi


menge--i


mengesyaki mengecami mengebomi






(II) Fungsi apitan meN-...-i
Apitan meN-...-i berfungsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan meN-...-i boleh menerima
kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata
kerja. Contohnya:
Kata Kerja | 107



meN-...-i + contoh (KN) mencontohi (KK)
meN-...-i + jatuh (KK) menjatuhi (KK)
meN-...-kan + dalam(KA) mendalami (KK)
meN-...-kan + sudah (KT) menyudahi (KK)



(III) Makna apitan meN-...-i
(a) memberikan sifat kepada objek. Contohnya:

memerahi (memberikan sifat merah kepada)
membasahi (memberikan sifat basah kepada)
mengotori (meberikan sifat kotor kepada)


(b) melakukan perbuatan berkali-kali atau banyak. Contohnya:

menikami (menikam berkali-kali)
mencabuti mencabut dengan banyak)
menghalangi (menghalang berkali-kali)


(c) tempat atau lokatif. Contohnya:

menduduki (duduk di sesuatu tempat)
mendatangi (datang ke sesuatu tempat)
menghadiri (hadir di/pada sesuatu tempat)
menanami (tanam di sesuatu tempat)


(d) Akhiran i dalam meN--i bertugas menggantikan kata sendi seperti dengan, akan, atas, di, ke,
tentang, kepada dan terhadap. Contohnya:

menemui = bertemu dengan mengetahui = tahu akan menguasai
= berkuasa atas menempati = bertempat di
mengunjungi = berkunjung ke mengakui = mengaku akan/tentang
menjangkiti = berjangkit kepada meminati = berminat terhadap




(e) menuju arah. Contohnya:

menyeberangi (menuju ke seberang)
meminggiri (menuju ke pinggir)
mengetengahi (menuju ke tengah)
Kata Kerja | 108







Anda mungkin mengetahui bahawa apitan meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa
dan objek yang tidak bergerak, manakala apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak
bernyawa dan objeknya bergerak. Berbincanglah dengan pensyarah dan rakan-rakan anda
tentang perbezaan tersebut.



3. Apitan beR--kan
(I) Bentuk apitan beR--kan
Apitan beR--kan mempunyai satu bentuk, iaitu ber--kan. Contohnya:

berasaskan berdasarkan bertemakan
berjudulkan berhasratkan berajakan



(II) Fungsi apitan beR--kan
Apitan beR--kan bertugas membentuk kata kerja aktif tak transitif. Apitan ini dapat bergabung dengan
kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

beR -...-kan + suami (KN) bersuamikan(KN)
beR-...-kan + pandu (KK) berpandukan (KK)





(III) Makna apitanbeR--kan
(a) menjadikan sesuatu sebagai. Contohnya:

bersenjatakan pisau (menjadikan pisau sebagai senjata)
berselimutkan daun (menjadikan daun sebagai selimut)
berbantalkan lengan (menjadikan lengan sebagai bantal)


(b) Apitan beR--kan sama makna dengan kata kerja tak transitif berawalan beR- yang diikuti oleh kata
sendi tentang, pada, kepada, dan dengan. Contohnya:

bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar
berdasarkan kajian = berdasar akan/pada kajian
bertanyakan = bertanya kepada/tentang
bersenjatakan parang = bersenjata dengan parang
Kata Kerja | 109


Oleh sebab akhiran kan pada kata yang berapitan beR-...-kan mewakili kata sendi tersebut, maka
penggunaan kata sendi tersebut selepas apitan beR-..-kan adalah salah. Contohnya:

bertanyakan tentang khabar
berdasarkan pada kajian
bertanyakan kepada ibu
bersenjatakan dengan parang





4. Apitan beR-...-an
(I) Bentuk apitan beR-...-an
Apitan beR-...-an mempunyai satu bentuk, iaitu ber--an. Contohnya:

berterbangan berjauhan berebutan
berguguran berlarian berentetan




(II) Fungsi apitan beR-...-an
Apitan beR-...-an bertugas sebagai pembentuk kata kerja aktif tak transitif. Apitan ini dapat bergabung
dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata adjektif. Contohnya:

beR-...-an + musuh (KN) bermusuhan(KN)
beR-...-an + terbang (KK) berterbangan (KK)
beR-...-an + jauh (KA) berjauhan (KK)





(III) Makna apitan beR-...-an
(a) banyak yang berlaku. Contohnya:

berciciran (banyak yang cicir)
berguguran (banyak yang gugur)
berterbangan (banyak yang terbang)


(b) berterusan atau berpanjangan. Contohnya:

berkibaran (berkibar-kibar)
berdenyutan (berdenyut-denyut)
berkilauan (berkilau-kilau)
Kata Kerja | 110




(c) dalam keadaaan. Contohnya:

berasingan (dalam keadaan terasing) berjauhan
(dalam keadaan jauh)
berhampiran (dalam keadaan hampir)


(d) menyaling. Contohnya:

bersalaman (saling bersalam atau bersalam-salaman)
bertembakan (saling bertembak atau bertembak-tembakan)
berdakapan (saling berdakap atau berdakap-dakapan)




5. Apitan di--kan
(I) Bentuk apitan di-...-kan
Apitan di--kan merupakan bentuk pasif meN--kan. Apitan di--kan mempunyai satu bentuk, iaitu di--
kan. Contohnya:

dilakukan diperlukan disyaratkan
dihapuskan diberikan dijelaskan




(II) Fungsi apitan di-...-kan
Apitan di-...-kan bertugas untuk membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada perkataan yang berapitan
di-...-kan merupakan penanda pasif diri ketiga. Penukaran bentuk kata kerja aktif transitif kepada bentuk
kata kerja pasif dapat dilakukan dengan menggantikan awalan meN- pada apitan meN-...-kan dengan
awalan di-. Contohnya:

Aktif Pasif
memberitahukan diberitahukan
mengajarkan diajarkan
mencarikan dicarikan




(III) Makna apitan di-...-kan
Apitan di--kan membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan kan. (Rujuk
imbuhan di- dan kan).
Kata Kerja | 111


6. Apitan di--i
(I) Bentuk apitan di--i
Apitan di--i merupakan bentuk pasif bagi apitan meN--i. . Apitan di--i mempunyai satu bentuk, iaitu
di--i. Contohnya:

diamati dipukuli disudahi
ditanggani direnungi dizalimi




(II) Fungsi apitan di--i
Apitan di-...-i membentuk kata kerja pasif. Apitan di-...-i Penukaran bentuk kata kerja aktif transitif kepada
bentuk kata kerja pasif dapat dilakukan dengan menggantikan awalan meN- pada apitan meN-...-i dengan
awalan di-. Contohnya:

Aktif Pasif
melalui dilalui
meyakini diyakini



(III) Makna apitan di-...-i
Apitan di--in membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan i. (Rujuk
imbuhan di- dan i). Awalan di- pada kata yang berapitan di--i menyatakan makna perbuatan pasif yang
dilakukan oleh orang ketiga.



7. Apitan mempeR--kan
(I) Bentuk apitan mempeR--kan
Apitan mempeR--kan mempunyai satu bentuk, iaitu memper--kan. Contohnya:

memperkatakan memperdengarkan memperbandingkan
memperhatikan mempersiapkan mempertikaikan




(II) Fungsi apitan mempeR--kan
Apitan mempeR--kan bertugas untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan mempeR--kan dapat
bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

mempeR--kan + suami (KN) mempersuamikan (KK)
mempeR--kan + siap (KK) mempersiapkan (KK)
Kata Kerja | 112




Apitan memper--kan berkaitan dengan kata kerja tak transitif yang berawalan beR-. Contohnya:


bersatu mempersatukan
bertemu mempertemukan
berjuang memperjuangkan




(III) Makna apitan mempeR--kan
(a) menjadikan atau menyebabkan (kausatif). Contohnya:

mempertemukan (menjadikan atau menyebabkan bertemu)
mempersatukan (menjadikan atau menyebabkan bersatu)
mempergunakan (menjadikan atau menyebabkan berguna)
memperbahaskan (menjadikan atau menyebabkan berbahas)


(b) menyebabkan objek dapat diperlakukan atau dapat berlaku dengan kata dasar yang berawalan ber-
atau di-
Contohnya:

memperdengarkan suara (menyebabkan suara dapat didengar)
mempertahankan hujah (menyebabkan hujah dapat bertahan)
memperkenalkan rakan (menyebabkan rakan dapat dikenali)






Apakah perbezaan antara awalan memper- dengan memper-...-kan?





8. Apitan mempeR--i
(I) Bentuk apitan mempeR--i
Apitan mempeR--i mempunyai satu bentuk, iaitu memper--i. Contohnya:

mempersenjatai mempelajari memperhiasi
memperingati memperlindungi memperhambai
Kata Kerja | 113


(II) Fungsi apitan mempeR--i
Apitan memper--i bertugas untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan mempeR--i dapat
bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:


mempeR--i + hamba (KN) memperhambai (KK)
mempeR--i + senjata (KN) mempersenjatai (KK)
mempeR--i + ingat (KK) memperingati (KK)
mempeR--i + ajar (KK) mempelajari (KK)




(II) Makna apitan mempeR--i
(a) memperoleh. Contohnya:

memperhiasi (menjadikan objek memperoleh hias)
mempersenjatai (menjadikan objek memperoleh senjata)


(b) akhiran i pada kata yang berapitan memper-...-i dapat menggantikan kata sendi seperti akan, kepada
dan tentang yang menyertai kata kerja tak transitif. Contohnya:


memperingati (ingat akan)
memperhambai (berhamba kepada)
mempelajari (belajar tentang)





9. Apitan ke--an
(I) Bentuk apitan ke--an
Apitan ke--an mempunyai satu bentuk, iaitu ke--an. Contohnya:

keguguran kepanasan kemalangan
kehujanan kedengaran kehausan



(II) Fungsi apitan ke--an
Apitan ke--an membentuk kata kerja pasif. Apitan ke--an dapat bergabung dengan kata dasar
daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

ke-...-an + banjir (KN) kebanjiran (KK)
ke-...-an + curi (KK) kecurian (KK)
ke-...-an + sejuk (KA) kesejukan (KK)
Kata Kerja | 114


(III) Makna apitan ke--an
(a) ditimpa akibat sesuatu. Contohnya:

keracunan (ditimpa akibat racun)
kejatuhan (ditimpa akibat jatuh)

(b) ditimpa rasa/keadaan. Contohnya:







(c) kena. Contohnya:
keberatan (ditimpa rasa/keadaan berat)
kesejukan (ditimpa rasa/keadaan
sejuk)


kemalangan (kena malang)
kehujanan (kena hujan)
ketinggalan (kena tinggal)


(d) dapat di-. Contohnya:

kelihatan (dapat dilihat)
kedengaran (dapat didengar)






Anda telah mempelajari apitan ke--an juga dapat membentuk kata nama. Bagaimanakah anda
hendak membezakan apitan ke-...-an sebagai kata kerja dengan kata kata nama?





10. Apitan diper--kan
(I) Bentuk apitan diper--kan
Apitan diper--kan mempunyai satu bentuk, iaitu diper--kan. Contohnya:

dipertemukan diperkatakan dipersoalkan
dipertunjukkan diperhatikan diperisterikan





(II) Fungsi apitan diper--kan
Apitan diper--kan membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan diper--kan
merupakan penanda pasif diri ketiga. Contohnya:
Kata Kerja | 115



memperlakukan diperlakukan
memperhatikan diperhatikan
mempertautkan dipertautkan




(III) Makna apitan diper--kan
(a) objek dijadikan seperti kata dasar. Contohnya:


diperhambakan (dijadikan diri sebagai hamba)
dipersaudarakan (dijadikan orang lain sebagai bersaudara)
dipercabangkan (dijadikan bercabang)


(b) menyebabkan sesuatu perbuatan terjadi seperti kata dasar. Contohnya :


diperlihatkan (menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain)
diperdengarkan (menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain)
dipertunjukkan (menyebabkan sesuatu ditunjuk oleh orang lain)




11. Apitan diper--i
(I) Bentuk apitan diper--i
Apitan diper--i mempunyai satu bentuk, iaitu diper--i. Contohnya:

dipersenjatai dipelajari diperingati
diperlindungi diperhiasi diperkebuni



(ii) Fungsi apitan diper--i
Apitan diper--i membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan diper--i merupakan
penanda pasif diri ketiga.



(III) Makna apitan diper--i
(a) dijadikan. Contohnya:

diperhambai
diperkebuni
dipersenjatai
Kata Kerja | 116




(b) berbuat. Contohnya:


dipelajari
diperingati






12. Apitan teR--kan dan Apitan teR--i
(I) Bentuk apiatan teR--kan dan Apitan teR--i
Apitan teR--kan dan apitan teR--i dibentuk dengan awalan ter- dan akhiran kan atau i pada kata
dasar. Contohnya:

terkatakan terpenuhi
terselesaikan teratasi
tersampaikan terlukai




(II) Fungsi apitan teR--kan dan apitan teR--i
Apitan teR--kan dan apitan teR--i membentuk kata kerja pasif. Apitan teR--kan dan apitan teR--i
selalu didahului oleh kata nafi tak atau tidak di depan.



(III) Makna apitan teR--kan dan Apitan teR--i
Apitan teR--kan dan apitan teR--i membawa pengertian dapat di-...-kan dan dapat di--i. Contohnya:

(tak) terkatakan (tak) tergambarkan
(tidak) terfikirkan (tidak) terpenuhi
(tak) terjangkau (tidak) terlintas





5.7.4 Sisipan Kata Kerja
(I) Bentuk sisipan kata kerja
Sebenarnya, tidak ada sisipan yang membentuk kata kerja. Kata nama dan kata adjektif yang
mengandungi sisipan -el-, -er- dan em- akan menjadi kata kerja apabila menerima imbuhan.


(II) Fungsi sisipan kata kerja
Bentuk sisipan -el-, -er- dan em- bertugas untuk mengubah atau menetapkan golongan kata. Contohnya:
Kata Kerja | 117



-el- + tapak (KN) telapak (KN) bertelapak (KK)
-el- + kupas (KK) kelupas (KA) berkelupas (KK)
-er- + patuk (KK) pelatuk (KN) berpelatuk (KK)
-er- + sabut (KN) serabut (KA) berserabut (KK)
-em- + guruh (KN) gemuruh (KA) bergemuruh (KK)
-em- + kilau (KA) kemilau (KA) berkemilauan (KK)







5.8 Kata Kerja Ganda
(I) Bentuk kata kerja ganda
Ada tiga jenis penggandaan yang boleh berlaku untuk membentuk kata kerja ganda, iaitu:
(i) penggandaan penuh
(ii) penggandaan separa
(iii) penggandaan berentak


(i) Penggandaan penuh
Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar diulang tanpa sebarang perubahan bentuk serta
diberikan tanda sempang (-). Contohnya:
duduk duduk-duduk
batuk batuk-batuk
muntah muntah-muntah




(ii) Penggandaan separa
Penggandaan separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Bagi golongan kata kerja,
penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan. Terdapat tiga jenis penggandaan separa
yang berlaku pada kata kerja terbitan, iaitu penggandaan separa pada kata kerja berawalan, penggandaan
separa pada kata kerja berakhiran, dan penggandaaan separa bagi kata kerja berapitan.
(a) penggandaan separa pada kata kerja berawalan. Contohnya;

bermain-main tertanya-tanya menari-nari
berjalan-jalan dicari-cari pukul-memukul


(b) penggandaan separa pada kata kerja berakhiran. Contohnya:

tinggal-tinggalkan amat-amati doa-doakan
Kata Kerja | 118


(c) penggandaaan separa bagi kata kerja berapitan. Contohnya:

mengulang-ulangi membohong-bohongi ditonjol-tonjolkan





(iii) Penggandaan berentak
Penggandaan berentak kata kerja ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata kerja, iaitu:
(a) penggandaan berentak penggulangan vokal. Contohnya:

cerai-berai gotong-royong cekik-merik


(b) penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:

luruh-larah lalu-lalang susup-sasap



(c) penggandaan berentak bebas. Contohnya:

ulang-alik tungkus-lumus hempas-pulas




(II) Fungsi Kata Kerja Ganda
Penggandaan terhadap kata kerja menerbitkan kata kerja. Penggandaan kata kerja boleh mengubah dan
mengekalkan golongan kata. Contohnya:

lompat (KK) lompat-lompat (KK)
bisik (KK) berbisik-bisik (KK)
kasih (KA) kasih-mengasihi (KK)






(III) Makna Kata Kerja Ganda
(a) perbuatan berulang-ulang

berputar-putar
bercakap-cakap
tergelak-gelak
melambai-lambai
Kata Kerja | 119


(b) perbuatan yang saling berbalas

bersalam-salaman
bantu-membantu
berkirim-kiriman


(c) perbuatan berpanjangan

mengata-ngata
berangan-angan
tersengih-sengih



(d) perbuatan bersungguh-sungguh

memporak-perandakan
bertungkus-lumus
hikuk-pikuk





5.9 Kata Kerja Majmuk
Kata kerja majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata kerja lain
yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.


(I) Bentuk Kata Nama Majmuk
Bentuk kata kerja majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk yang ditulis terpisah, dan
bentuk yang telah mantap penulisannya sebagai satu perkataan. Contohnya:

tolak ansur tunjuk ajar terima kasih
lipat ganda ambil alih kemas kini



Dari segi jenis, kata kerja majmuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
(i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

kemas kini terima kasih tolak ansur
ambil alih kenal pasti naik haji
Kata Kerja | 120


(ii) kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

tumbuk rusuk gulung tikar makan angin





KATA KUNCI

1. kata kerja perbuatan 5. kata kerja aktif tak transitif
2. kata kerja keadaan 6. kata kerja aktif transitif
3. kata kerja aktif 7. objek
4. kata kerja pasif 8. pelengkap






PENILAIAN KENDIRI


1. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap?


2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tuliskan kata kerja aktif tak transitif, kata kerja aktif
transitif, dan kata kerja pasif.



Saya pernah berlakon di bawah beberapa orang pengarah. Saya sendiri pernah menjadi
pengarah. Berdasarkan pengalaman sebagai pelakon, saya dapati berlakon di pentas lebih
mencabar dan memberikan kepuasan. Lakonan pentas memerlukan pengorbanan masa.
Dialog bukan sahaja perlu dihafaz tetapi sebutannya hendaklah lancar dan baik.




3. Berdasarkan petikan di atas, lengkapkan kata dasar yang terdapat di dalam kurangan dengan imbuhan
di-...-kan, di-...-i, dipeR-.., dipeR-...kan, atau dipeR-...-i.


Stesen-stesen kaji cuaca (diri) di seluruh negara. Tujuannya supaya pengutipan dan
penyebaran maklumat tentang kaji cuaca dapat (mudah) lagi. Data-data kaji cuaca
tempatan (hantar) ke Pusat Telekomunikasi Kebangsaan yang terletak di Pejabat Kaji
Cuaca Subang. Data ini (oleh) melalui rangkaian teleprinter tempatan. Data kaji cuaca dari
negara asing pula (terima) melalui sistem Telekomunikasi Sejagat. Data-data ini (hantar)
dalam bentuk kod seperti yang (aku) dan (setuju) oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia dan
Agensi Penerbangan Awam Antarabangsa.
Kata Kerja | 121


4.
Belayar kapal bertimbang arus,
Patah kemudi sepanjang pantai;
Tuan laksana cindai yang halus,
Alah membeli menang memakai.

(a) Senaraikan bentuk kata kerja tunggal, dan kata kerja terbitan dalam pantun di atas.
(b) Nyatakan kata kerja aktif tak transitif dalam pantun di atas.



5. Nyatakan sebab ayat yang berikut salah, dan buat pembetulannya.
(a) Kim Leng menggaru-garu kepalanya berkali-kali ketika disoal oleh Cikgu Rosli.
(b) Pelumba-pelumba haram itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan.



6. Tandakan ( ) pada kata berimbuhan yang menepati rumus pengimbuhan bahasa Melayu?
mengehadkan ( ) menafsirkan ( ) menelaaah ( )
mentafsirkan ( ) menernak ( ) mengagumkan ( )
menyepadukan ( ) menyelimutkan ( ) menterjemahkan ( )



7. Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif?
(a) Dia tertendang akan Ali.
(b) Ramlah terpesona melihat lukisan itu.
(c) Kakinya terlanggar oleh seorang pemuda.
(d) Adik terseyum melihat kakak pulang.
(e) Buah itu termakan oleh adik.
(f) Rumah itu kecurian semalam.
(g) Lelaki itu kemalangan di persimpangan jalan itu.
(h) Gadis itu memperlihatkan ciri kewanitaan yang sebenar.



8. Apakah sebabnya awalan meN- apabila bergabung dengan kata proses menjadi memproses
bukan memeroses?


9. Pilih deretan kata yang kesemuanya menepati rumus morfofonem bahasa Melayu.
I. mengklipkan, menseimbangkan, menternak
II. menghadkan, menselimutkan, menernak
III. mengetengahkan, mensenaraikan, mengkagumkan
IV. mengedepankan, menterbalikkan, mengagumkan
Kata Kerja | 122


10. Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif?
I. Pemburu itu terjerat anak rusa.
II. Lori itu terlanggar bahu jalan semalam.
III. Cerpen itu terkarang oleh Shahnon Ahmad.
IV. Kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
V. Kamal terlanggar kaki lelaki tua itu.
VI. Pertunjukan itu mengagumkan orang ramai.
VII. Adik kehujanan semasa pulang dari sekolah.
VIII. Baju di dalam bakul itu belum bergosok lagi.



RUJUKAN
Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors.
Asmah Hj. Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M. Moeliono (2000). Tata Bahasa Baku
Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail (2009). Tatabahasa Asas.
Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
K a t a A d j e k t i f | 123


UNIT 6
KATA ADJEKTIF





HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. mengenal pasti kata adjektif dan membezakannya daripada golongan kata yang lain.
2. Menghuraikan ciri dan fungsi kata adjektif.
3. menjelaskan proses pembentukan kata adjektif.



6.0 Pengenalan
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan kata nama. Hal ini bererti bahawa perkataan yang menjelaskan
sifat sesuatu kata nama dianggap sebagai kata adjektif. Contohnya:


rumah besar kawan lama

kelapa muda kanak-kanak comel




Berdasarkan contoh di atas, kata yang bergaris merupakan kata adjektif. Perkataan ini menjelaskan sifat
atau keadaan bagi sesuatu kata nama. Misalnya, perkataan besar menjelaskan bahawa keadaan rumah
yang besar saiznya; lama menjelaskan sifat perhubungan antara dua individu yang telah berlangsung
dalam jangka waktu yang panjang; muda pula menjelaskan keadaan buah kelapa yang masih belum tua,
dan comel pula menjelaskan rupa kanak-kanak yang menarik dipandang. Oleh itu, kata adjektif dapat
menjelaskan keadaan sesuatu kata nama.


Berdasarkan pemahaman anda terhadap kata adjektif, berikan tiga contoh kata adjektif yang
menjelaskan sesuatu kata nama.





6.1 Istilah kata adjektif
Terdapat empat istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kata yang menerangkan kata nama. Istilah-
istilahnya adalah seperti yang berikut:
K a t a A d j e k t i f | 124





ISTILAH





KEADAAN NAMA RUPA NAMA KATA SIFAT KATA ADJEKTIF




SIFAT NAMA SIFAT KATA




Keadaan nama atau rupa nama merupakan istilah yang digunakan awal 1920-an sehingga tahun 1930-an.
Istilah ini digunakan kerana golongan kata ini dianggap sebagai kata yang menjelaskan keadaan atau sifat
sesuatu kata nama sahaja dan tidak golongan kata yang lain. Zaba (1940) pula menggunakan istilah kata
sifat kerana beranggapan bahawa sifat bukan sahaja golongan kata yang menerangkan kata nama, tetapi
turut menerangkan perkataan selain kata nama. Oleh itu, Zaba menggolongkan kata sifat kepada dua
golongan, iaitu sifat nama (penerang nama) dan sifat kata (penerang selain kata nama). Contohnya :


SIFAT NAMA SIFAT KATA

jawatan tinggi
pengurus besar
orang kuat

terbang tinggi
ketawa besar
menjerit kuat


Berdasarkan contoh di atas, kata sifat tinggi, besar dan kuat menerangkan kata yang berbeza. Dalam
kolum pertama, iaitu kolum sifat nama, tinggi, besar dan kuat menerangkan kata nama jawatan, pengurus
dan orang, manakala dalam kolum kedua, kata sifat tersebut menerangkan kata kerja terbang, ketawa dan
menjerit. Disebabkan wujudnya perbezaan golongan kata yang diterangkan, maka Zaba membahagikan
kata sifat kepada dua, iaitu kata yang menerangkan kata nama sebagai sifat nama, manakala yang
menerangkan kata selain daripada kata nama sebagai sifat kata. Ahli bahasa moden yang menggunakan
istilah sifat ialah Arbak Othman (1981), Abdullah Hassan (1986) dan Asmah Hj. Omar (1993). Istilah ini
digunakan kerana mereka beranggapan bahawa kata sifat turut menerangkan perkataan-perkataan yang
lain dan bukan menerangkan kata nama sahaja. Berbeza daripada istilah ini, Mees (1969), Asraf (1978)
dan Nik Safiah Karim et al. (2008) pula menggunakan istilah kata adjektif kerana istilah ini selaras dengan
istilah adjective dalam bahasa Inggeris dan istilah ini hanya menerangkan kata nama (Norliza Jamaluddin,
2011).
K a t a A d j e k t i f | 125




Pada pendapat anda, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk golongan kata yang
menerangkan kata nama? Berikan alasan anda.


Berikan tiga contoh sifat nama dan tiga contoh sifat kata.



SIFAT NAMA SIFAT KATA












6.2 Pengertian kata adjektif
Terdapat beberapa pengertian yang digunakan untuk menjelaskan kata adjektif. Kata adjektif pada
umumnya didefinisikan berdasar kepada fungsinya, iaitu sebagai golongan kata yang menerangkan kata
nama. Pada peringkat awal, iaitu dalam tahun 1920-an dan 1930-an kata adjektif bahasa Melayu
ditakrifkan sebagai perkataan yang hadir bersama-sama kata nama. Oleh itu, segala perkataan yang
berganding bersama-sama kata nama dianggap sebagai kata sifat. Contohnya :


lembu putih kain pelekat orang Bugis rumah batu

lima kupang

dua ringgit

bangunan itu

yang tinggi


Berdasarkan contoh di atas, semua perkataan bergaris dianggap sebagai kata sifat kerana hadir
bersama-sama kata nama. Hal ini telah menyebabkan bukan sahaja perkataan putih dan tinggi dianggap
sebagai kata sifat, malahan perkataan-perkataan lain seperti pelekat, Bugis, batu, kupang, ringgit dan itu
juga dianggap sebagai kata sifat kerana menepati definisi kata sifat ini. Pada tahun 1940-an, Zaba
walaupun mentakrifkan kata sifat dengan cara yang sama, tetapi telah membahagikan kata sifat kepada
dua subgolongan, iaitu sifat nama dan sifat kata. Pembahagian ini berdasarkan fungsi kata sifat yang hadir
dalam struktur ayat atau frasa. Jika kata sifat tersebut menerangkan kata nama atau ganti nama, maka
kata tersebut tergolongan dalam sifat nama. Contohnya:


budak kecil guru yang pandai rumahnya jauh
saya sahaja itu senang siapa rajin
K a t a A d j e k t i f | 126


Berdasarkan contoh di atas, perkataan yang bergaris merupakan sifat nama kerana menerangkan kata
nama budak, guru, rumahnya, saya, itu dan siapa. Sifat kata pula ialah perkataan yang menerangkan
perkataan selain kata nama dan kata ganti nama. Contohnya:


terbang tinggi baca lagi pergi segera belum tidur,
tidak suka elok benar begitu juga terlalu jahat.



Berdasarkan contoh ini, perkataan yang bergaris dalam frasa tersebut dianggap sebagai sifat kata (1958).
Yang berikut merupakan ayat yang diberikan oleh Zaba dalam membezakan sifat nama dan sifat kata:
Contohnya:



1a.

1b.
Suaranya sangat perlahan.
Perlahan sedikit bercakap.
(Sifat Nama)
(Sifat Kata)


2a.

2b.


Rumah lama itu sudah runtuh.
Saya lama diam di sana.


(Sifat Nama)
(Sifat Kata)


3a.

3b.


Bukit itu terlalu tinggi.

Burung itu terbang terlalu tinggi.

(Sifat Nama)
(Sifat Kata)



Kata sifat dalam 1a, 2a dan 3a menerangkan kata nama, (perlahan menerangkan suaranya, lama
menerangkan rumah dan tinggi menerangkan bukit), manakala 1b, 2b dan 3b pula menerangkan kata
kerja (perlahan menerangkan bercakap, lama menerangkan diam dan tinggi menerangkan terbang).
Contoh di atas menunjukkan bahawa perkataan yang sama boleh menjadi sifat nama atau sifat kata
bergantung kepada kata yang diterangkannya. Hal ini menyebabkan kata sifat dibahagikan kepada dua
subgolongan, iaitu sifat nama dan sifat kata.



Pendefinisian kata adjektif agak berbeza bagi Nik Safiah Karim et al. (2008), iaitu kata adjektif
didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dalam binaan frasa
adjektif ini, kata adjektif boleh hadir secara sendirian atau hadir bersama-sama perkataan lain seperti hadir
bersama-sama kata bantu atau kata penguat. Contohnya:
K a t a A d j e k t i f | 127




Frasa Adjektif

Kata Bantu Kata Adjektif Kata Penguat Kata Penegas
besar
sudah
harus
besar
besar benar
rajin
rajin
rajin sekali
lagi
juga




Dalam binaan frasa adjektif ini, kata adjektif merupakan unsur inti dan sebagai kata inti, kata adjektif
merupakan unsur wajib yang tidak boleh digugurkan.Justeru, perkataan besar dan rajin merupakan unsur
wajib dalam frasa adjektif di atas, manakala perkataan-perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh
wujud dalam frasa tersebut atau boleh digugurkan.





Lengkapkan rajah berikut berdasarkan pembahagian kata adjektif oleh Zaba.



KATA SIFAT












CONTOH :

CONTOH :

K a t a A d j e k t i f | 128


6.3 Ciri-ciri Kata Adjektif
Dalam bahasa Melayu, terdapat enam kriteria dalam menentukan kata sifat, iaitu:


Penerang Kata Nama



Predikat

Hadapan




CIRI-CIRI
KATA ADJEKTIF
Hadir Dengan Kata Penguat



Darjah Perbandingan
Belakang


Bebas



Berimbuhan se- Dan ter-



Kata Dasar




(i) Penerang kata nama
Ciri tipikal atau ciri utama kata adjektif ialah berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam fungsi ini, kata
adjektif lazimnya hadir dalam frasa nama. Dari segi posisi, kata adjektif hadir selepas kata nama inti atau
selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu.Contohnya:

(4) udara nyaman
(5) lelaki tampan
(6) harga yang murah
(7) kanak-kanak yang cerdik
(8) pakaian yang sudah lusuh
(9) pendapatan yang masih rendah



Berdasarkan contoh di atas, didapati bahawa dalam menjalankan fungsi sebagai penerang nama, kata
adjektif boleh hadir selepas kata nama (seperti contoh 4-6) atau hadir selepas kata hubung relatif yang
(contoh 4) atau hadir selepas kata hubung relatif yang dan kata bantu (contoh 7-9).
K a t a A d j e k t i f | 129


(ii) Fungsi predikat
Kata adjektif boleh berfungsi sebagai predikat, iaitu sebagai pelengkap kepada subjek. Dalam ciri ini kata
adjektif mengisi posisi predikat. Contohnya:




SUBJEK

PREDIKAT

(10)

Adik bongsu saya

rajin.
(11)

Buku yang dibelinya itu

sungguh mahal.

(12)

Sambutan hari kemerdekaan

meriah sekali.



(iii) Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Kata penguat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat hadapan, kata
penguat belakang dan kata penguat bebas. Antara kata penguat hadapan ialah terlalu, paling, agak, makin
dan kurang, kata penguat bebas pula ialah agak, sungguh dan amat, manakala kata penguat belakang
ialah betul, sekali, benar dan nian. Contohnya:



amat
sungguh
amat





paling
terlalu
makin
KATA ADJEKTIF

berani
cemerlang
mersik
gagah



betul
benar
sekali




Dalam bahasa Melayu, kata penguat ini lazimnya menjadi penanda bagi mengenal pasti kata adjektif.
Walaupun kata penguat boleh mendahului kata kerja tetapi bilangannya tidak banyak. Contohnya :

(13) makin berani
(14) cemerlang betul
(15) mersik sekali
(16) sungguh gagah
(17) gagah sungguh
K a t a A d j e k t i f | 130





(iv) Kata adjektif boleh dibuat perbandingan
Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau perbandingan
yang tidak setara. Perbandingan sama tara boleh dilakukkan dengan menggandingkan imbuhan se-
bersama-sama kata adjektif, atau menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif, seperti (18)
dan (19). Perbandingan yang tidak setara pula menggunakan perkataan lebih atau kurang seperti (20)
dan (21), atau boleh juga digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter- bersama bagi melakukan
sesuatu perbandingan.Contohnya :

(18) Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.
(19) Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Damansara.
(20) Anak sulungnya lebih manja berbanding anak-anaknya yang lain.
(21) Rumah baharunya ini kurang selesa berbanding rumah lamanya
dahulu.
(22) Pemuda itu merupakan penari terkenal bagi kumpulan kebudayaan
negeri Pahang.



(v) Imbuhan se- dan ter-
Sama seperti golongan kata yang lain, setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi
penanda bagi golongannya. Bagi kata adjektif, penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se-
dan ter-. Imbuhan se- dan ter- ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalingan. Kedua-dua imbuhan
ini boleh dijadikan penguji dalam menentukan kata adjektif kerana kedua-dua imbuhan ini dapat
menunjukkan perbandingan (imbuhan se-) atau darjah kepalingan (imbuhan ter-). Contohnya:




PERKATAAN

IMBUHAN

KATA TERBITAN

baik


se-

sebaik


ter-

terbaik

luas


se-

seluas


ter-

terluas

mahal


se-

semahal


ter-

termahal

segak


se-

sesegak


ter-

tersegak
K a t a A d j e k t i f | 131


(vi) Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa
Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa/ayat lazimnya terdiri daripada kata dasar (Norliza
Jamaluddin, 2011). Berbanding dengan kata kerja, kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai
penerang atau predikat, lazimkan merupakan kata dasar. Contohnya:



Frasa :


zaman awal bahagian awal
perkara aneh kes berat
kesan buruk pemimpin bijak


Ayat :


(23) Makanan di restoran itu enak sekali.
(24) Keadaan di kawasan itu semakin bising.
(25) Kakak sulungnya tidak cerewet dalam menguruskan rumah tangga.








Tuliskan (Y) untuk kata adjektif dan (T) untuk kata yang bukan merupakan kata adjektif bagi
perkataan yang bergaris di bawah:
1. air limau ( )
2. kebaya biru ( )
3. penulis muda ( )
4. pagar berduri ( )
5. kulit yang mulus ( )
6. jawatan tertinggi ( )
7. penyanyi ternama ( )
8. pelakon handalan ( )
9. rasa yang teramat pahit ( )
10. lagu yang mengasyikkan ( )
11. kanak-kanak yang tertidur ( )
12. persembahan yang memukau ( )
13. bendera yang masih tergantung ( )
14. bau yang seharum limau kasturi ( )
15. berita yang amat mengejutkan kami ( )
K a t a A d j e k t i f | 132




6.4 Jenis-jenis Kata Adjektif
Berdasarkan kepada kriteria makna, kata adjektif dapat digolongkan kepada 9 subgolongan, iaitu:



SIFATAN


PERASA-
AN
WARNA




CARA



JENIS
KA
UKURAN




JARAK
BENTUK



PANCA-
INDERA
WAKTU





6.4.1 Kata adjektif sifatan
Kata adjektif sifatan ialah kata yang menerangkan perangai, tabiat atau keadaan sesuatu nama.
Contohnya :

budak baik kanak-kanak comel badan lemah
tubuh sihat pemuda berani lelaki tampan



6.4.2 Kata adjektif warna
Kata adjektif warna ialah kata yang menjadi unsur keterangan pada warna sesuatu nama. Contohnya :


kertas kuning baju jingga bunga ungu
kain coklat rambut perang tiang oren
K a t a A d j e k t i f | 133


Kata warna boleh diikuti oleh kata adjektif atau dibuat perbandingan dengan unsur-unsur alam. Contohnya:


kulit hitam legam baju merah tua kain biru langit
daun hijau muda warna hijau pucuk pisang kulit kuning langsat



6.4.3. Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran ialah kata yang menjadi unsur keterangan ukuran pada benda bernyawa atau tak
bernyawa, konkrit atau abstrak sesuatu nama. Contohnya :



kain nipis bilik kecil sekolah rendah
berbaju tebal rumah besar budak kecil



6.4.4 Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk ialah kata yang menjadi unsur keterangan bagi sesuatu bentuk pada benda bernyawa
atau tidak bernyawa. Contohnya:

meja bulat perut buncit
parang panjang berdagu lekuk



6.4.5 Kata adjektif waktu / masa
Kata adjektif masa atau waktu ialah kata yang bagi menjelaskan masa. Contohnya :



jalan lama berjalan lambat zaman dahulu
masa silam kawan baharu basikal tua



6.4.6 Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak ialah kata yang menunjukkan ruang antara dua benda atau keadaan. Contohnya:



jalan dekat orang yang paling hampir
jarak yang jauh
K a t a A d j e k t i f | 134


6.4.7 Kata adjektif cara
Kata adjektif cara ialah kata yang menunjukkan kelakuan atau ragam. Contohnya:



berjalan perlahan bercakap cepat
arus deras berlari pantas



6.4.8 Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan ialah kata yang menerangkan perasaan seseorang terhadap sesuatu. Kata adjektif
jenis ini perlu disertai kata sendi apabila diperluas dengan kata nama. Contohnya:


rindu akan ibu suka akan durian
benci akan dia marah akan anaknya



Jika kata adjektif perasaan ini tidak diikuiti dengan kata sendi, maka bentuk yang terhasil tidak gramatis.
Kesalahan menggunakan akhiran kan pada kata adjektif kerana terdapat anggapan bahawa kata sendi
akan boleh disingkatkan menjadi kan. Contohnya :
*rindu ibu *rindukan ibu
*suka durian *sukakan durian
* benci dia * bencikan dia
*marah anaknya *marahkan anaknya



6.4.9 Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera ialah kata yang menerangkan konsep rasa, dengar, bau, sentuh, pandang atau
gabungan bagi kelima-lima indera. Contohnya:

RASA sedap pahit manis kelat



PANDANG comel segak hodoh cantik



PANCAINDERA DENGAR bising merdu nyaring serak



BAU busuk hapak hanyir tengik



SENTUH lembut licin kesat keras
K a t a A d j e k t i f | 135





Garisi kata adjektif dan tuliskan jenis setiap kata adjektif dalam ruangan kanan di bawah.
1. air masin ( )
2. rasa rindu ( )
3. tidur nyenyak ( )
4. bangunan lama ( )
5. lantai yang licin ( )
6. aliran yang deras ( )
7. daging yang hamis ( )
8. penulis yang ternama ( )
9. muka empat segi bujur ( )
10. buah yang agak masam ( )
11. pemuda yang amat gagah ( )
12. tanah pamah yang agak subur ( )
13. baju Melayu hijau pucuk pisang ( )
14. ahli keluarga yang paling hampir ( )
15. bilik yang seharum bunga Melati ( )




6.5 Pembentukan Kata Adjektif
Terdapat empat bentuk kata adjektif dalam bahasa Melayu, iaitu: kata adjektif tunggal, kata adjektif
terbitan, kata adjektif ganda, dan kata adjektif majmuk.



BENTUK KATA AJDKETIF





TUNGGAL TERBITAN GANDA MAJMUK





AWALAN SISIPAN APITAN





SEPARA BERENTAK PENUH
K a t a A d j e k t i f | 136




6.6 Kata Adjektif Tunggal
Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif dalam bentuk kata dasar, iaitu yang tidak menerima pengimbuhan,
penggandaan atau pemajmukan. Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau
sebagai penerang kata nama. Bentuk tunggal ini merupakan bentuk kata adjektif yang paling lazim dalam
bahasa Melayu berbanding dengan bentuk-bentuk yang lain. Contohnya :


masin merdu lazat kuat
nyenyak lama bengkuk terang



Yang berikut merupakan contoh kata adjektif tunggal yang hadir dalam frasa dan ayat. Contohnya :
Frasa :
rasa masin
suara merdu
masakan lazat


Ayat :

(26) Kuah ini masin.
(27) Suara penyanyi itu merdu.
(28) Masakan ibu saya lazat.







6.7 Kata Adjektif Terbitan
Kata adjektif terbitan ialah kata adjektif yang mendapat imbuhan, sama ada melalui awalan, apitan atau
sisipan.


6.7.1 Awalan Kata Adjektif
Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR-, dan se-.


1. Awalan teR-
(I) Bentuk awalan teR-
Awalan teR- mempunyai dua bentuk. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan kata dasar yang
bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:


tercantik terbesar terbaharu
termasyhur terbaik termurah
K a t a A d j e k t i f | 137




Awalan teR- menjadi te- di depan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

terisau teramai terapi teriang




(II) Fungsi awalan teR-
Awalan teR- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang
sememangnya kata adjektif. Contohnya:

teR- + cantik (KA) tercantik (KA)
teR- + rapi (KA) terapi (KA)
teR- + baik (KA) terbaik (KA)



Contoh penggunaannya dalam ayat:

(29) Bangunan itulah yang tertinggi.
(30) Sungai terpanjang di Malaysia ialah Sungai Rejang.
(31) Dialah yang terpandai di kelas itu.



(III) Makna awalan teR-
Apabila kata adjektif bergabung dengan awalan ter-, kata adjektif yang terbentuk membawa pengertian
lebih atau paling, iaitu yang menunjukkan darjah yang lebih tinggi dalam skala perbandingan. Contohnya :

terkecil = paling kecil
termerah = paling merah
termuda = paling muda
terbaik = paling baik





2. Awalan se-
(I) Bentuk awalan se-
Bentuk awalan se- tidak berubah apabila bercantum dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal kata
dasar. Contohnya:

setinggi seindah seburuk sehebat
semasyur secantik sebaik setebal
K a t a A d j e k t i f | 138




(II) Fungsi awalan se-
Awalan se- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Contohnya:

se- + pandai (KA) sepandai (KA)
se- + mudah (KA) semudah (KA)
se- + besar (KA) sebesar (KA)



Contoh penggunaannya dalam ayat:


(32) Harta saya tidak sebanyak harta dia.
(33) Rupa Sarah secantik Munirah.
(34) Buku setebal kamus itu belum dibacanya.




(III) Makna awalan se-
Apabila kata adjektif bergabung dengan awalan se-, kata adjektif yang terbentuk membawa pengertian
sama, iaitu yang menunjukkan darjah yang sama dalam skala perbandingan. Contohnya :


secantik = sama cantik
sekecil = sama kecil
selurus = sama lurus
sehalus = sama halus




6.7.2 Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah ke-...-an.


Apitan ke-...-an
(I) Bentuk awalan ke-...-an
Apitan ke-...-an mempunyai satu bentuk, iaitu ke--an. Contohnya:


kebaratan keakuan kemelayuan
kearaban kecinaan kepahlawanan
K a t a A d j e k t i f | 139


(II) Fungsi apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an berfungsi untuk membentuk kata kerja adjektif. Apitan ke-...-an boleh menerima kata
dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Contohnya:


ke-...-an + arab (KN) kearaban (KA)
ke-...-an + melayu (KN) kemelayuan (KA)
ke-...-an + kuning (KA) kekuningan (KA)
ke-...-an + besar (KA) kebesaran (KA)



(III) Makna apitan ke--an
Apitan ke-- an ini membawa pengertian bersifat seperti sesuatu, iaitu berdasarkan makna kata yang
mendasari kata terbitan tersebut.Contohnya :


kepahlawanan = bersifat seperti pahlawan
kecinaan = bersifat seperti Cina
kebaratan = bersifat seperti barat



Di samping itu, apitan ke-...-an turut mendukung maksud kadaan atau sifat sesuatu. Contohnya :


kebaikan = keadaan atau sifat baik
kelemahan = keadaan atau sifat lemah
kemerahan = keadaan atau sifat merah






6.7.3 Sisipan Kata Adjektif
(I) Bentuk sisipan kata adjektif
Dari segi bentuk sisipan, terdapat empat jenis sisipan kata adjektif, iaitu:
i. sisipan -el-
ii. sisipan -er-
iii. sisipan -em-
iv. sisipan -in-.
Walau bagaimanapun, berbanding dengan bentuk terbitan yang lain, pembentukan sisipan ini tidak lagi
produktif. Contohnya:
Sisipan -el- :

selerak gelembung kelebak
K a t a A d j e k t i f | 140


Sisipan -em- :



gemuruh gemilang semerbak




Sisipan -er- :


kerlip gerodak




Sisipan -in- :


sinambungan kinerja





(II) Fungsi sisipan -el-, -er-, em-, dan in-
Semua imbuhan sisipan ini menerbitkan kata adjektif yang memberikan sifat pada kata nama. Contohnya:


-el- + kupas (KK) kelupas (KA)
-er- + sabut (KN) serabut (KA)
-em- + guruh (KN) gemuruh (KA)
-in- + sambung (KK) sinambung (KA)




(III) Makna sisipan sisipan -el-, -er-, em-, dan in-
Semua imbuhan sisipan ini membawa sifat yang terdapat dalam kata dasar. Kata adjektif itu
kemudiannya digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya:


(35) Bilik selerak itu akan dibersihkan.
(36) Fikirannya serabut dengan masalah.
(37) Bau semerbak itu daripada minyak wangi.
(38) Bahasa dalam karya klasik sinambung dengan bahasa moden.
K a t a A d j e k t i f | 141


6.8 Kata Adjektif Ganda
Dari segi gandaan pula, terdapat tiga jenis kata adjektif ganda, iaitu :
i. penggandaan penuh
ii. penggandaan separa
iii. penggandaan berentak


(i) Penggandaan penuh
Penggandaan jenis ini ialah menggandakan seluruh kata adjektif. Contohnya :



rendah-rendah laju-laju besar-besar
lambat-lambat suka-suka bujur-bujur
kelayu-layuan kemalu-maluan kekuning-kuningan



(ii) Penggandaan separa
penggandaan separa pula menggandakan sebahagian daripada kata adjektif. Misalnya, bagi kata adjektif
terbitan yang menjadi kata dasar, maka hanya daripada kata adjektif terbitan tersebut yang digandakan.
Contohnya:


setinggi-tinggi kebiru-biruan
kecil-kecilan setebal-tebal




(iii) Penggandaan berentaj
Penggandaan berentak pula menggandakan kata adjektif mengikut rentak tertentu, iaitu sama ada
melibatkan perulangan konsonan yang sama atau perulangan vokal atau perulangan bunyi terentu.
Contohnya :


kusut-masai kacau-bilau
gegak-gempita kelam-kabut






(II) Fungsi Kata Adjektif Ganda
Proses penggandaan boleh menerbitkan kata adjektif. Contohnya:
K a t a A d j e k t i f | 142



barat (KN) kebarat-baratan (KA)
simpang (KN) simpang-siur (KA)
biru (KA) kebiru-biruan (KA)
rindu (KA) rindu-rinduan (KA)





(III) Makna Kata Adjektif Ganda
(a) sifat jamak. Contohnya:

(39) Pelajar di sekolah itu baik-baik.
(40) Gadis zaman dahulu malu-malu
(41) Pokok kelapa di situ tinggi-tinggi. .




(b) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

(42) Warna baju nenek itu kebiru-biruan.
(43) Perangai pemuda itu kebudak-budakan.
(44) Perniagaan kecil-kecilan manambahkan pendapatan.




(c) kesangatan. Contohnya:

(45) Majlis perkahwinan artis itu gilang-gemilang.
(46) Buah di pasar itu segar-bugar.
(47) Keadaan bilik itu gelap-gelita.



6.9 Kata Adjektif Majmuk
(I) Bentuk kata adjektif majmuk
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata adjektif majmuk, iaitu:
(a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
(b) Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa


(a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, iaitu yang melibatkan rangkaian beberapa
perkataan yang salah satu daripadanya terdiri daripada kata adjektif. Contohnya :


biru laut kuning langsat merah saga
K a t a A d j e k t i f | 143




(b) Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa, iaitu rangkaian beberapa perkataan yang
salah satu daripada perkataan tersebut terdiri daripada kata adjektif. Bagaiamanapun, rangkaian perkataan
ini membawa maksud yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut.Contohnya :

ringan tulang = rajin menolong orang
pekak badak = tidak mahu mendengar bunyi suara
besar kepala = sombong / keras kepala





(II) Makna Adjektif Majmuk
Kata adjektif majmuk menerangkan sifat pada kata nama yang dijelaskannya. Contohnya:

(48) Rasa minuman itu manis buah.
(49) Badan lelaki itu besar tetapi hanya gemuk air.
(50) Punggung periuk itu hitam pekat.




6.10 Perbandingan Kata Adjektif
Salah satu ciri yang penting bagi kata adjektif ialah kata adjektif boleh dibuat perbandingan. Dalam
Tatabahasa Dewan (2008), ada tiga darjah bagi perbandingan kata adjektif, iaitu:
(i) darjah biasa,
(ii) darjah bandingan
(iii) darjah penghabisan


6.10.1 Perbandingan dengan darjah biasa
Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda atau maujud
yang lain. Perbandingan jenis ini tidak melibatkan kata perbandingan atau kata penguat. Contohnya:


(51) Rumah saya besar.
(52) Tali itu panjang.
(53) Badan budak itu kurus.




6.10.2 Perbandingan dengan darjah bandingan
Terdapat dua cara yang digunakan untuk menyatakan darjah bandingan, iaitu:
(i) bandingan yang sama
(ii) bandingan yang berbeza
K a t a A d j e k t i f | 144




(i) bandingan yang sama
(a) bandingan dengan awalan se-. Contohnya:


(54) Wajah Siti secantik kakaknya.
(55) Gunalan tidak seberani Maniam.
(56) Rumah Abdullah sebesar rumah Talib.



(b) bandingan dengan sama + adjektif + dengan.
Contohnya:

(57) Wajah Siti sama cantik dengan kakaknya.
(58) Gunalan tidak sama berani dengan Maniam.
(59) Rumah Abdullah sama besar dengan rumah Talib.



(c) bandingan dengan kata perbandingan
Bandingan dapat juga diungkapkan dengan penggunaan kata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat,
seperti, umpama, laksana dan sebagainya. Contohnya:


(60) Adik Samad mempunyai hati yang keras bagai batu.
(61) Lagaknya umpama orang kaya.
(62) Wajah Navin pucat seperti mayat.





(ii) bandingan yang berbeza
Bandingan jenis ini dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata lebihdaripada atau kurang
daripada. Contohnya:

(63) Shamsudin lebih bijak daripada Daud.
(64) Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini.




6.10.3 Perbandingan dengan darjah penghabisan
Darjah penghabisan ini dinyatakan melalui:
(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
(ii) ter- + kata adjektif
(iii) paling + kata adjektif
K a t a A d j e k t i f | 145


(iv) kata adjektif + sekali
(v) ter- + amat/sangat + kata adjektif
(vi) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali
(vii) terlalu


(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama. Contohnya:

(65) Sesabar-sabar perempuan, jika marah berbahaya.
(66) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


(ii) ter- + kata adjektif. Contohnya:


(67) Kain batik tulisan tanganlah yang termahal.
(68) Lukisan ini tercantik antara semua lukisan yang dijual.



(iii) paling + kata adjektif. Contohnya:

(69) Rumah Mazlan paling besar di kampung saya.
(70) Bencana alam itulah yang paling dahsyat melanda Acheh.


(iv) kata adjektif + sekali. Contohnya:

(71) Baju budak itu kotor sekali.
(72) Bayi itu comel sekali.


(v) ter- + amat/sangat + kata adjektif. Contohnya:
(73) Cincin menteri itu teramat mahal.
(74) Budak itu tersangat baik.



Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti dengan kata penguat sekali kerana ter- dan sekali
sudah mendukung makna darjah penghabisan. Jika digunakan, binaan tersebut menjadi lewah.


(vi) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali. Contohnya:


(75) Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali.
(76) Lelaki tua itu sungguh baik sekali.
K a t a A d j e k t i f | 146


(vii) terlalu. Contohnya:


(77) Bapa Kam Wai terlalu garang.
(78) Penjahat itu terlalu bengis.






Dalam buku-buku kerja, penggunaan dua kata penguat seperti dalam frasa adjektif yang berikut
adalah salah. Namun, dalam Tatabahasa Dewan, binaan tersebut betul. Berikan komen anda.
(i) amat tinggi sekali
(ii) sungguh amat tinggi





KATA KUNCI
1. kata adjektif 6. keadaan nama 11. tunggal
2. kata sifat 7. kata inti 12. terbitan
3. sifat nama 8. kata dasar 13. ganda
4. sifat kata 9. penerang 14. majmuk
5. rupa nama 10 . kata penguat 15. perbandingan






PENILAIAN KENDIRI


1. Berikan tiga contoh kata adjektif berdasarkan bentuk katanya.



TUNGGAL TERBITAN SISIPAN GANDA
K a t a A d j e k t i f | 147




2. Apakah rasional yang digunakan oleh Zaba untuk membahagikan kata adjektif kepada dua jenis?
Nyatakan hujah anda berserta contoh yang relevan.
3. Apakah yang membezakan kata adjektif daripada kata nama dan kata kerja?
4. Mengapakah kata penguat dikatakan sebagai penanda bagi golongan kata adjektif?
5. Jelaskan proses penerbitan kata bagi kata adjektif.
6. Dengan mengemukakan contoh yang relevan, huraikan fungsi tipikal kata adjektif bahasa Melayu.
7. Huraian aspek pemaknaan bagi kata terbitan kata adjektif.
8. Jelaskan pembentukan kata adjektif. Setiap jenis, berikan dua contoh yang sesuai.






RUJUKAN


Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Norliza Jamaluddin. (2011). Kata Sifat Bahasa Melayu Berdasarkan Data Korpus Berkomputer. Tesis PhD.
Universiti Malaya.

Zainal Abidin Ahmad (Zaba) 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kata Adverba| 148


UNIT 7
KATA ADVERBA



HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengetahui jenis kata adverba dalam bahasa Melayu
2. mengetahui fungsi kata adverba dalam ayat
3. menyenaraikan kata adverba dalam ayat
4. menggunakan kata adverba dengan betul



7.0 Pengertian Kata Adverba
Kata adverba juga dikenali sebagai kata keterangan. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan
kata kerja, kata adjektif, dan kata adverba. Kata adverba menjadi tambahan dalam predikat dan tidak dapat
berdiri sendiri untuk menjadi inti frasa. Oleh sebab itu, kata adverba tergolong sebagai kata tugas.
Contohnya:



(1) Haris pulang esok. (esok ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja pulang)
(2) Maryam selalu suka akan ais krim. (selalu ialah kata adverba yang menerangkan kata adjektif suka)
(3) Pemuda itu ketawa kuat sungguh. (sungguh ialah kata adverba yang menerangkan kata adverba kuat)
(4) Lelaki itu pura-pura baik untuk menarik perhatian gadis itu.(pura-pura ialah kata adverba yang
menerangkan kata adjektif baik)



Perkataan daripada golongan kata yang lain dapat menjadi kata adverba kerana mempunyai
fungsi menerangkan. Fungsi inilah selalunya menyebabkan tarafnya berubah daripada golongannya
dalam struktur ayat. Dalam ayat (5), perkataan cepat tidaklah lagi tergolong sebagai kata adjektif seperti
dalam ayat (6) kerana cepat berfungsi menerangkan perbuatan berjalan dan tidak menjadi inti bagi frasa
predikat. Kata cepat dalam ayat (6) ialah kata adjektif kerana menjadi inti frasa predikat. Contohnya:


(5) Dia berjalan cepat.
(6) Perjalanan ke Ipoh cepat.
Kata Adverba| 149


Dalam ayat (7)-(9), kata kerja berfungsi sebagai kata adverba kerana menjadi penerang kepada kata kerja,
kata adjektif dan adverba. Contohnya:

(7) Budak lelaki itu berenang menelentang.
(8) Baju perempuan itu merah menyala.
(9) Mereka ke bandar berdua.







Bandingkan ayat yang berikut. Apakah fungsi kata parah dalam ayat-ayat tersebut?
1. Mangsa kemalangan itu parah.
2. Mangsa kemalangan itu bertambah parah.
3. Mangsa kemalanagn itu luka parah.



7.1 Ciri-ciri Kata Adverba
(a) keterangan yang ditambahkan pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Contohnya:



(12) Adik menangis terisak-isak.
(13) Budak itu kurang berhati-hati.
(14) Kasut lelaki itu hitam berkilat.
(15) Gadis itu cantik menawan
(16) Mereka ke hosiptal segera.
(17) Kamil datang ke sini tiba-tiba




(b) kedudukan kata adverba adalah bebas, yakni boleh di depan atau di belakang perkataan yang
diterangkannya. Contohnya:


tidur lena kurang berhati-hati
duduk diam-diam sering berpindah
putih berseri hampir pengsan




Kata adjektif yang menjadi adverba bagi kata kerja yang menunjukkan cara boleh bertukar tempat.
Contohnya:
Kata Adverba| 150
tidur lambat
lambat tidur
bermain bersungguh-sungguh
bersungguh-sungguh bermain
menangis terisak-isak
terisak-isak menangis





7.2 Bentuk Kata Adverba
Kata adverba terdiri daripada bentuk:
(i) kata tunggal
(ii) kata terbitan
(iii) kata ganda


(i) Bentuk kata adverba tunggal
Kata adverba dalam bentuk tunggal tidaklah banyak. Kata adverba bentuk tunggal terdiri daripada satu
kata dasar. Contohnya: esok, dahulu, hampir, begitu, tentu, tadi, lusa, sekarang, semalam, sentiasa, selalu
dan sebagainya.

(18) Azmi akan datang esok.
(19) Saya akan pergi dulu.
(20) Peristiwa itu akan menjadi ingatan semasa tua kelak.
(21) Dia sentiasa berderma.
(22) Hasnita tentu lapar.




(ii) Bentuk kata adverba terbitan
Kata adverba terbitan ialah kata adverba yang mempunyai imbuhan. Bentuk kata adverba ini terdiri
daripada:
se-...-nya seperti sepatutnya, semestinya, sesudahnya, sebolehnya, seeloknya, dll;
nya seperti agaknya, biasanya, rasanya, dll. Contohnya:


se--nya
(23) Sebaiknya kita segera pergi ke sana.
(24) Kami sebenarnya tidak jadi ke sana.
(25) Seeloknya kita siapkan keraj ini.
-nya


(26) Maryam pintar rupanya.
(27) Bayi itu biasanya menangis apabila lapar.
(28) Gurauan itu agaknya membuatnya marah.
Kata Adverba| 151


(iii) Bentuk kata adverba ganda
Kata adverba ganda ialah kata adverba dalam bentuk ganda. Kata adverba ganda terdiri daripada (a)
penggandaan penuh, (b) penggandaaan separa, (b) penggandaan berentak. Contohnya:


(a) kata adverba penggandaan penuh. Contohnya:

duduk diam-diam
buai laju-laju
datang tiba-tiba
pura-pura baik
sama-sama cantik
betul-betul baik





(b) kata adverba penggandaaan separa. Contohnya:


datang berhari-hari
menangis teresak-esak
berjuang mati-matian
berniaga kecil-kecilan
terbang setinggi-tingginya
menjerit sekuat-kuatnya
merdu semerdu-merdunya




(c) kata adverba penggandaan berentak. Contohnya:

lari lintang-pukang
berjalan mundar-mandir
berjalan huyung-hayang
menangis sedu-sedan
tidur serta-merta
Kata Adverba| 152


7.3 Jenis-jenis Kata Adverba
Kata adverba terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
(a) kata adverba jati
(b) kata adverba yang asalnya kata adjektif
(c) kata adverba yang asalnya kata kerja


(a) kata adverba jati
Kata adverba jati ialah kata adverba yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain. Kata
adverba jati sememangnya berfungsi untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif atau kata adverba.
Bentuk kata adverba tunggal merupakan kata adverba jati. Contohnya: tadi, kelak, dahulu, sekarang, nanti,
kemudian, tulat, dahulu, kemudian, barangkali, sentiasa, saling, langsung, begitu, begini, demikian,
semalam, kelmarin, esok, lusa, kelak, sering kali, acap kali, kerap kali, julung kali, sentiasa, kadang-
kadang, kadangkala, saling, sekali gus, serentak, jarang kali, sempat, langsung, nyaris, begitu, begini,
demikian, pertama kali, agaknya, dan nanti, dll. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah
seperti yang berikut:



(29) Saya telah menziarahi Jamal kelmarin.
(30) Tetamu datang serentak pada majlis itu.
(31) Anis cantik sekarang.
(32) Lelaki itu dahulu kaya, tetapi kini miskin.
(33) Dia datang ke rumah saya kelmarin.
(34) Kita perlu membuat kerja itu sekali gus esok.





(ii) kata adverba asalnya kata adjektif
Kata adjektif ini asalnya memang kata adjektif tetapi berfungsi sebagai adverba yang menerangkan kata
kerja, kata adjektif atau kata frasa sendi nama. Contohnya: lampai (tinggi lampai), besar (besar panjang),
kurang (kurang berhati-hati), sering (sering ke pejabat), dll. Cntohnya:


(35) Pemain bola keranjang dari China itu tinggi lampai.
(36) Anak Pak Yazid sudah besar panjang.
(37) Kanak-kanak kurang berhati-hati ketika melintas jalan.
(38) Maniam sering ke pejabat pada hari Sabtu.
(39) Bas ekspres dari Kelantan tiba lewat.
Kata Adverba| 153


(c) kata adverba salnya kata kerja
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja dan berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata
adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya: mengiring (tidur mengiring), menyala (merah menyala),
menyendiri (duduk menyendiri), berseri (cantik berseri), melangit (tinggi melangit), dll. Contohnya:


(40) Bayi itu tidur mengiring.
(41) Gadis itu memakai baju merah menyala.
(42) Encik Lim duduk menyendiri sejak kematian isteri.
(43) Wajah gadis itu cantik berseri.
(44) Menara Kuala Lumpur tinggi melangit




7.4 Kata Tugas yang Tergolong dalam Kata Adverba
Kata bantu dan kata penguat tergolong sebagai kata adverba. Dalam ayat (45)-(48), kata bantu dan kata
penguat juga berfungsi sebagai kata adverba kerana kedua-duanya berfungsi menerangkan. Contohnya:



(45) Bapa mesti pergi ke majlis kenduri itu.
(46) Kereta api itu mula bergerak.
(47) Pakaian di kedai ini agak mahal.
(48) Bangunan yang baru siap itu terlalu tinggi.




Dalam ayat (45)-(46), perkataan mesti dan mula merupakan kata bantu kerana hadir di depan kata
kerja, manakala dalam ayat (47)-(48) perkataan agak dan terlalu dikenali juga sebagai kata penguat kerana
hadir di depan kata adjektif. Namun, kata bantu dan kata penguat dalam contoh ayat di atas dari segi
fungsinya adalah sebagai kata adverba kerana perkataan tersebut berfungsi menerangkan. Oleh itu, kata
bantu dan kata penguat boleh menjadi kata adverba dalam ayat.



7.5 Makna Kata Adverba
Kata adverba mempunyai makna yang banyak. Dalam modul ini, hanya beberapa saja makna yang
disenaraikan:


(a) Adverba waktu
Perkataan yang menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau peristiwa dan keadaan.
Contohnya:
Kata Adverba| 154



(49) Amir hendak pulang sekarang.
(50) Bas ekspres itu tiba lewat.
(51) Abang baru pulang dari pejabat.
(52) Komathi selalu datang ke rumah saya.




(b) Adverba cara
Perkataan yang menerangkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya:



(53) Hamid duduk menyendiri.
(54) Kamu perlu berbuat begini.
(55) Buruh itu berkerja bermati-matian.
(56) Dia berkata demikian semata-mata untuk berbohong.





(c) Adverba ragam
Perkataan yang menerangkan ragam atau keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan. Contohnya:



(57) Saya tentu sampai di sana petang ini.
(58) Pelajar itu betul-betul gembira dengan keputusan SPMnya.
(59) Mohd Nor benar-benar baik.






(d) Adverba jarak
Perkataan yang menerangkan jarak yang berkaitan dengan kata kerja yang diterangkannya. Contohnya:



(60) Zaini tinggal dekat dengan rumah saya.
(61) Burung gagak itu terbang tinggi.
(62) Datuk pergi jauh meninggalkan kita.
Kata Adverba| 155


(e) Adverba keadaan
Perkataan yang menerangkan keadaan yang berlaku pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba.
Contohnya:


(63) Askar itu berambut pendek.
(64) Buku-buku itu disusun rapi.
(65) Cili itu dipotong nipis.




(f) Adverba sifat perasaan
Perkataan yang menerangkan sifat perasaan bagi kata kerja. Contohnya:

(66) Ibu berasa rindu sejak adik ke universiti.
(67) Dia bercakap benar setiap kali berbicara.
(68) Nasir ketawa riang menonton persembahan itu.






KATA KUNCI
1. kata adverba
2. kata keterangan
3. penerang




PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan kata adverba yang terdapat dalam ayat yang berikut:
a. Dia jarang-jarang datang ke rumah saya.
b. Mereka diam-diam datang ke sini.
c. Bapa bekerja kuat sejak dulu.
d. Setibanya musim panas, orang Arab suka melancong.
e. Ustaz ini memberi kuliah secara bulanan.
f. Budak itu lari lintang-pukang kerana dikejar anjing.
g. Gadis itu duduk termenung.
h. Kami berdoa agar pengantin itu hidup berbahagia.
i. Jiran saya masih sakit tenat.
j. Adik dimarahi kerana bermain sehari-hari.
Kata Adverba| 156


2. Apakah bentuk kata adverba yang bergaris?
a. berbuat baik
b. tinggal dekat
c. memandu perlahan-lahan
d. duduk sebentar
e. pulang ke gagang
f. berpisah lama
g. ketawa riang
h. berkawal bergilir-gilir
i. kadang kala timbul
j. sentiasa berhati-hati



3. Apakah jenis kata adverba yang bergaris?
a. sejuk benar
b. kasar sedikit
c. belajar sangat kuat
d. berjalan lambat sungguh
e. tidur lewat
f. bergerak perlahan



RUJUKAN


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Arbak Othman. (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Kata Tugas| 157


UNIT 8
KATA TUGAS


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengetahui golongan kata tugas dalam bahasa Melayu
2. menyenaraikan jenis-jenis kata tugas
3. menggunakan kata tugas dengan betul



8.0 Pengertian Kata Tugas
Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu (Nik Safiah Karim et al., 2008). Kata tugas tidak dapat menjadi inti frasa berbanding dengan kata
nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, kata tugas ke, sangat, dan, sisi, tolong, apa, memang tidak
boleh berdiri sendiri dalam ayat kecuali hadir bersama dengan kata lain, dan mendukung tugas tertentu
dalam ayat. Makna kata tugas timbul hanya dalam ayat.



8.1 Fungsi Kata Tugas
Dalam ayat (1) yang berikut, perkataan ramai, sedang dan ke ialah kata tugas. Kata ramai berfungsi
sebagai kata bilangan dan bertugas untuk kata nama pelajar. Kata sedang ialah kata bantu yang bertugas
untuk kata kerja menuju, manakala ke sebagai kata sendi pula bertugas untuk kata nama perpustakaan.
Jadi, kata tugas yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat mempunyai sesuatu tugas tertentu sama ada
sebagai pembilang, pembantu, penghubung, penerang, penguat, penegas, penafi, pembenar, dan
sebagainya.
(1) Ramai pelajar sedang menuju ke perpustakaan.



8.2 Ciri-ciri kata tugas
(i) Kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa predikat. Contohnya:

(2) *Maisarah ke
(2a) Maisarah ke kuliah.
(3) *Muaz dan
(3a) Muaz dan Hadi bermain badminton.
(4) *Pipi bayi itu sangat
(4a) Pipi bayi itu sangat putih.
Kata Tugas| 158


(ii) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau proses morfologi, tetapi bagi
kata utama boleh. Contohnya:
Kata utama:


buku (KN) - berbuku, membukukan, buku-buku, buku hijau
datang (KK) - kedatangan, mendatangi, datang-datang, datang bulan
cantik (KA) - tercantik, mencantikkan, secantik, cantik-cantik

Kata tugas:



dan - tidak dapat menurunkan bentuk kata lain seperti *mendan,
*kedan, *didan *mengdan-dan

Kekecualian pada beberapa perkataan, dan hanya pada proses tertentu
sahaja. Contohnya:
sudah menyudahkan, penyudah, sudah-sudah
oleh memperoleh, beroleh, oleh-oleh



(iii) Memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat. Contohnya:


dari memerlukan kata nama selepasnya : dari rumah, dari sekolah, dari kuliah
tidak memerlukan kata adjektif atau kata kerja selepasnya : tidak cantik atau tidak makan
tepi memerlukan kata sendi sebelumnya dan kata nama selepasnya : di tepi rumah
kerana memerlukan frasa nama atau klausa selepasnya : kerana dia atau kerana dia tidak datang






8.3 Golongan Kata Tugas
Kata tugas boleh digolongkan kepada empat kelompok besar dan jenis-jenisnya seperti yang disenaraikan
dalam Tatabahasa Dewan (2008) untuk tujuan pengajaran, iaitu :
(1) kata penyambung ayat (kata hubung)

(i) kata hubung gabungan
(ii) kata hubung pancangan
Kata Tugas| 159


(2) kata praklausa

(i) kata seru
(ii) kata tanya
(iii) kata perintah (iv)
kata pembenar (v)
kata pangkal ayat


(3) kata prafrasa dan pascafrasa


(i) kata bantu
(ii) kata penguat
(iii) kata penegas
(iv) kata nafi
(v) kata pemeri
(vi) kata sendi
(v) kata arah
(vi) kata bilangan
(vii) kata adverba



(4) Kata pascakata

(i) kata penekan
(ii) kata pembenda




8.4 Kata Penyambung Ayat
Yang dikatakan kata penyambung ayat itu ialah kata hubung. Kata penyambung ayat atau kata hubung,
ialah kata yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat
yang berlapis, yang dikenal sebagai ayat majmuk. Kata hubung berfungsi untuk menghubungkan
perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa. Contohnya:



(1) Ayah dan ibu pergi ke bandar.
(menghubungkan perkataan dengan perkataan)
(2) Mereka berjalan kaki atau menaiki bas.
(menghubungkan frasa dengan frasa)
(3) Kami menonton televisyen manakala dia membaca akhbar.
(menghubungkan klausa dengan klausa)
Kata Tugas| 160




Kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) kata hubung gabungan, dan (b) kata
hubung pancangan.



8.4.1 Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih
yang sama tara sifatnya. Tempat kata hubung dalam ayat majmuk gabungan adalah di antara kedua-dua
klausanya. Contohnya:

(4) Yusri dan Endry sedang makan.
(5) Asiah menanak nasi atau menjerang air.
(6) Yanti terus bercakap tetapi Suzana hanya diam sahaja.




Kata hubung gabungan ada berbentuk tunggal, seperti serta, tetapi, malahan, kemudian, sambil,
lalu; dan berbentuk pasangan. Kata hubung berpasangan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan
oleh satu kata, frasa atau klausa yang dihubungkan. Perbezaan antara kata hubung gabungan berbentuk
tunggal dengan pasangan ialah kata hubung berpasangan memberi tekanan pada unsur-unsur yang
digabungkan, sedangkan kata hubung tunggal tidak. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti
yang berikut:



(7) Entah betul entah tidak berita itu.
(8) Jangankan saya, bapanya pun tidak dihormati.
(9) Baik Irfan mahupun Haris tidak dapat mengangkat peti itu.
(10) Buku itu berguna bukan saja kepada pelajar tetapi juga kepada orang
dewasa.







1. Senaraikan beberapa kata hubung gabungan berserta maknanya.
2. Apakah istilah lain yang digunakan oleh Zaba, Asmah, Abdullah Hasaan dan Arbak bagi kata
hubung berpasangan?
Kata Tugas| 161


8.4.2 Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan menurut Asraf (1996: 28) ialah kata hubung yang digunakan untuk
memancangkan satu klausa pada klausa yang lain untuk membentuk ayat majmuk pancangan. Kata
hubung pancangan wujud dalam ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Contohnya:



(11) Adik saya yang bongsu baru di tahun satu.
(12) Dia menyatakan bahawa harga petrol akan naik.
(13) Amat sukar untuk kita melakukan tugas itu.
(14) Kita akan memperoleh kejayaan jika kita berusaha.
(15) Kami akan hadir apabila kerja rumah kami siap.



Ayat (11) ialah ayat relatif kerana menggunakan kata hubung yang. Daripada ayat contoh tersebut,
kata hubung yang menghubungkan klausa utama (Adik saya baru di tahun satu) dengan klausa kecil (yang
bongsu).


Ayat (12) dan (13) ialah ayat komplemen kerana menggunakan kata hubung bahawa dan untuk.
Kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap dengan klausa
utama.


Ayat (14) dan (15) ialah ayat keterangan kerana kehadiran kata hubung jika dan apabila. Kata
hubung tersebut menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Klausa yang
menjadi keterangan ini dapat disongsangkan. Beberapa contoh kata hubung keterangan yang lain ialah
kalau, sehingga, tatkala, agar, semoga, sewaktu, untuk, setelah, supaya, walaupun, kerana, hingga,
meskipun, kendatipun, dan sebagainya.





Bagaimanakah anda dapat membezakan kata hubung untuk sebagai kata hubung komplemen
dengan kata hubung keterangan seperti ayat yang berikut:
a. Amat mustahil untuk kami melakukannya.
b. Kami akan ke sekolah itu untuk mula melakukan kajian.
Kata Tugas| 162


8.5 Kata Praklausa
Kata praklausa terletak di depan klausa atau ayat. Kata praklausa bertugas untuk menimbulkan seruan,
pertanyaan, perintah, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. Jenis kata praklausa
ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.


8.5.1 Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan berbagai-bagai perasaan, dan digunakan dalam
ayat Dalam tulisan, kata seru lazimnya diletakkan di awal ayat dan selepas kata seru tersebut digunakan
tanda koma. Tanda seru berada di akhir ayat. Contoh kata seru ialah eh, cis, wah, nah, aduh, amboi,
aduhai, oi, syabas, celaka, dan sebagainya. Penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut:


(16) Tuhanku!
(17) Aduh, sakitnya!
(18) Amboi, comel betul bayi itu!
(19) Eh, kita menang!
(20) Wahai, orang-orang yang beriman!





8.5.2 Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan.
Yang ditanyai itu boleh tentang sesuatu benda, tempat, cara, jumlah, sebab dan sebagainya. Kata tanya
hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.


siapa untuk menanyakan orang atau nama orang
apa untuk menanyakan benda, binatang, hal atau perkara
mana untuk menanyakan masa, tempat atau lokasi
kenapa, mengapa untuk menanyakan sebab
bagaimana untuk menanyakan sebab atau cara
berapa untuk menanyakan jumlah atau urutan
bila untuk menanyakan masa








Apakah perbezaan antara kata tanya adakah dengan apakah?
Kata Tugas| 163


8.5.3 Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan, keinginan,
harapan, atau larangan untuk melakukan sesuatu. Contoh kata perintah ialah sila, jemput, jangan, usah,
tak usah, minta, tolong, harap, mohon, mari. Kata perintah boleh dilembutkan dengan partikel lah.
Yang berikut ialah fungsi dan jenis kata perintah:

permintaan : tolong, minta, mohon, harap
silaan : sila, jemput, sudi
larangan : usah, jangan, tak usah
ajakan : mari, ayuh
pembiaran : biar



8.5.4 Kata Pembenar
Kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu perkara atau pernyataan. Contoh kata pembenar dalam
bahasa Melayu ialah ya, benar, dan betul. Contohnya:

(21) Ya, bapa saya memang baik.
(22) Benar, dia tidak bersalah.
(23) Betul, merekalah yang datang tadi.






Apakah fungsi perkataan benar dan betul dalam ayat yang berikut:
(1) Kejadian itu benar.
(2) Laporan itu betul.
(3) Pemandangan di tepi pantai itu indah benar.
(4) Peninju itu kuat betul.



8.5.5 Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah kata yang berada di bahagian awal ayat yang berfungsi untuk melancarkan idea
dan ayat-ayat dalam wacana. Kata pangkal ayat banyak terdapat dalam bahasa klasik. Contoh kata
pangkal ayat ialah hatta, maka, kalakian, syahdan, alkisah, arakian, sebermula, adapun dan sebagainya.


(24) Hatta istana itu pun siaplah.
(25) Maka hari pun malam.
(26) Arakian, baginda berangkatlah ke peraduan.
(27) Kalakian berlakulah permusuhan antara pembesar-pembesar
Kata Tugas| 164






Bolehkah kata pangkal ayat ini dianggap sebagai penanda wacana? Berikan alasan anda.



8.6 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan atau selepas frasa, sama ada
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa terdiri daripada kata bantu, kata
penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata bilangan dan kata
adverba. Namun, kata penguat, kata penegas dan kata adverba boleh hadir selepas frasa, dan bertugas
sebagai kata pascafrasa.


8.6.1 Kata bantu
Kata bantu ialah perkataan yang memberi keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Kata
bantu dapat dianggap sebagai sejenis kata adverba juga, maka ada ahli bahasa memasukkannya ke
dalam golongan kata adverba. Kata bantu hadir sebelum frasa. Selain itu, kata bantu juga bertugas
membantu frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:


(28) Pekerja itu telah pulang. (FK)
(29) Awak harus cepat. (FA)
(30) Maizura akan ke sana. (FSN)




Kata bantu terbahagi kepada dua jenis berdasarkan maknanya, iaitu:


(a) Kata bantu ragam
Kata bantu ragam menerangkan kemahuan atau perasaan orang bercakap berkait dengan perbuatan yang
dilakukan. Antara kata bantu ragam adalah seperti: boleh, mesti, ingin, hendak, enggan, patut, mungkin,
dapat, mahu, harus dll. Contohnya dalam frasa:

boleh datang mesti memberi perhatian ingin berderma
hendak tidur enggan membantu patut datang
mungkin makan dapat pulang mahu belajar
harus berwaspada.
Kata Tugas| 165


(b) Kata bantu aspek
Kata bantu aspek menerangkan perbezaan masa dilakukan, sama ada masa itu belum berlaku, masih
berlaku atau telah berlaku. Contohnya:

Masa belum berlaku : akan bermain, belum bersiap
Masa sedang berlaku : sedang tidur, mula bergerak, masih membaca, tengah memasak (tengah
hanya sesuai dalam bahasa lisan), sedang bersiap
Masa telah berlaku : telah berkerja, sudah mandi, pernah berguru, baru tiba







Kata bantu aspek dan kata bantu boleh digunakan bersama-sama. Bina lima ayat dengan
menggunakan kedua-dua kata bantu tersebut secara serentak.



8.6.2 Kata penguat
Kata penguat ialah perkataan yang digunakan bersama-sama kata adjektif, yang berfungsi untuk memberi
tekanan maksud pada kata adjektif. Sesetengah ahli bahasa memasukkan kata penguat ke dalam
golongan kata adverba kerana kata penguat menerangkan kata adjektif. Ada tiga jenis kata penguat, iaitu:
(a) kata penguat hadapan (berada di hadapan kata adjektif dan tidak boleh dipindahkan ke belakang
kata adjektif). Contohnya: terlalu pandai, paling baik, agak selesa, cukup mahal, makin kaya,
kurang manis, lebih dalam


(b) belakang (berada di belakang kata adjektif).
Contohnya: baik sekali, lambat benar, indah nian, hodoh betul


(c) bebas (letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif).
Contohnya: amat rajin atau rajin amat, sangat bersih atau bersih sangat, dan sungguh murah atau
murah sungguh





Apakah jenis kata tugas yang hadir dengan kata penguat seperti yang dicondongkan?
(1) Penjelasan itu sudah amat jelas.
(2) Kedatangannya masih awal sangat.
(3) Buah mangga itu belum masak benar.
(4) Kedatangannya masih awal sangat.
Kata Tugas| 166


8.6.3 Kata penegas
Kata penegas dikenali juga sebagai partikel atau kata penyerta. Kata penegas berfungsi untuk
menekankan bahagian-bahagian ayat tertentu. Dua kata penegas boleh digunakan dalam ayat untuk
menegaskan lagi ayat. Ada dua jenis kata penegas iaitu kata penegas yang menegaskan maksud
perkataan yang bercantum dengannya, dan kata penegas yang menegaskan subjek dan predikat.


(a) kata penegas yang menegaskan maksud perkataan yang bercantum dengannya
Kata penegas jenis ini menegaskan frasa predikat apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang
ditegaskan itu mengalami penyongsangan. Kata penegas jenis ini ialah lah, -kah, dan -tah. Contohnya:



(31) Dialah yang datang.
(32) Siapakah yang datang?
(33) Apatah daya kita.



(b) kata penegas yang menegaskan subjek dan predikat.
Kata penegas jenis ini memberikan penekanan pada bahagian subjek atau predikat. Kata penegas jenis ini
ialah pun, lagi, memang, hanya, juga, jua, sahaja dan saja Contohnya:


(34) Kami juga ingin bermain. (juga menekankan subjek)
(35) Kami ke sana juga. ( juga menekankan predikat)
(36) Memang lelaki itu bapa Mastura. (memang menekankan subjek)
(37) Ayah Jamal memang sudah meninggal (memang menekankan predikat)
(38). Dia lagi belum bangun tidur. (lagi menegaskan subjek)
(39) Adik belum bangun lagi. (lagi menegaskan predikat)
(40) Hanya Ali belum datang.(hanya menegaskan subjek)
(41) Yang tidak perlu pun dibelinya juga.(pun menegaskan subjek dan juga
menegaskan predikat)






Nyatakan bahagian ayat yang ditegaskan oleh kata penegas dalam ayat yang berikut.
(1) Ainon hanya datang jika dijemput.
(2) Ketua mereka pun datang, tentu sekali pekerja-pekerjanya adakan datang juga.
(3) Hanya Munirah seorang yang hadir dalam majlis itu.
Kata Tugas| 167


8.6.4 Kata nafi
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan sesuatu. Kata nafi hadir sebelum frasa predikat, dan
menjadi unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua kata nafi, iaitu bukan,
dan tidak.

Kata nafi bukan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi (42)-(43). Kata nafi tidak menafikan
frasa kerja dan frasa adjektif (44)-(45).

(42) Shukri bukan polis.
(43) Anis bukan ke sekolah.
(44) Saya sudah tidak merokok.
(45) Baju itu tidak mahal.




Namun begitu, kata nafi bukan boleh berada di depan frasa kerja atau frasa adjektif dalam ayat
majmuk yang membawa makna pertentangan seperti yang berikut:

(46) Saya tidak membeli buku.
(46a) Saya bukan membeli buku tetapi membeli pen.
(47) Baju itu tidak hitam.
(47a) Baju itu bukan hitam tetapi kelabu.






8.6.5 Kata pemeri
Kata pemeri dalam Tatabahasa Dewan (2008) ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Ada dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah digunakan apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama, dan digunakan untuk
menyampaikan maksud persamaan atau ekuatif. Dalam hal ini, subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
Contohnya:


(48) Mamalia ialah haiwan berdarah sejuk.
(48a) Haiwan berdarah sejuk ialah mamalia.
(49) Sintaksis ialah bidang yang mengkaji ayat.
(49a) Bidang yang mengkaji ayat ialah sintaksis.
Kata Tugas| 168





Kata pemeri adalah pula digunakan untuk ayat yang predikatnya frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Selain itu, adalah digunakan untuk memberikan huraian atau penjelasan tentang subjek. Contohnya:

(50) Kangar adalah ibu negeri Perlis. (frasa nama)
(51) Peristiwa itu adalah benar. (frasa adjektif)
(52) Usaha gigih adalah penting untuk berjaya. (frasa adjektif)
(53) Bungkusan itu adalah untuk anak yatim. (frasa sendi nama)




8.6.6 Kata sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang berfungsi sebagai kata depan sesuatu perkataan atau kumpulan
perkataan yang tergolong sebagai kata nama atau frasa nama. Kata sendi juga boleh hadir di depan kata
kerja dan kata adjektif.


Dari segi bentuk, kata sendi nama boleh dalam bentuk kata akar, gabungan kata akar, dan kata
terbitan. Contohnya:
(a) kata sendi nama dalam bentuk kata akar. Contohnya: dari, ke, di, oleh, untuk, pada, serta, seperti

(b) kata sendi nama dalam bentuk gabungan kata akar. Contohnya: dari + pada daripada, ke + pada
kepada, dari + hal darihal

(c) kata sendi nama daripada kata terbitan. Contohnya: sebagai, menurut, selain, terhadap, bagaikan,
mengenai, berkenaan, menerusi

Ada beberapa kata sendi nama yang dapat menganggotai golongan kata yang lain apabila ditinjau
dari segi penggunaannya dalam ayat. Perkataan yang dicondongkan selain sebagai kata sendi, berfungsi
juga sebagai golongan kata yang lain. Contohnya:



(54) Saya tidak tahu akan perkara itu. (kata sendi)
(55) Saya akan pergi ke sana. (kata bantu)
(56) Hadiah ini untuk ibu. (kata sendi)
(57) Sukar bagi Ali untuk membuat keputusan. (kata hubung)
Kata Tugas| 169


Sementara itu, terdapat pula kata kerja yang dapat berfungsi sebagai kata sendi. Contohnya:



(58)Cerita itu mengenai kekejaman perang.
(59) Mereka mengemukakan cadangan melalui jurucakap mereka.
(60) Idea-idea tersebut dikumpulkan menerusi beberapa rencana.
(61) Menurut Islam, manusia berasal daripada tanah.




Kehadiran kata sendi nama dalam ayat mempunyai makna tertentu. Antara makna yang didukung oleh
kata sendi ialah:

(i) tempat



di (Murad berada di rumah.)
ke (Sabarudin ke masjid)
dari (Nasir pulang dari pejabat.)
antara (Maryam duduk di antara Siti dengan Mei Lin.)
pada (Lembu Ramasamy diikat pada batang pokok kelapa.)




(ii) peruntukan

bagi (Derma bagi mangsa gempa bumi sedang dipungut.)
untuk (Hadiah ini untuk Anis.)





(iii) cara atau kesertaan


dengan (Hanif datang dengan Hazim.)



(iv) pelaku

oleh (Kuih itu dibuat oleh Asiah.)
Kata Tugas| 170





(v) waktu atau masa

ke ( Suzana sentiasa taat pada suaminya ke saat ini.)
dari (Dia belum datang dari tadi.)
sejak (Mereka di sana sejak semalam.)
pada (Adawiah ada di sana pada pagi tadi.)
hingga (Maizurah belajar hingga larut malam.)
dalam (Pekerjaan ini akan selesai dalam beberapa hari lagi.)




(vi) hal

tentang/mengenai (Ahli forum berbincang tentang/mengenai masalah remaja.)
terhadap (Aluminium hidroksida mempunyai kuasa jerapan terhadap kotoran.)
perihal (Mereka berbincang perihal bola sepak Piala Dunia.)
akan (Anis sayang akan ibunya.)
daripada (Akhirnya kami terlepas daripada segala kesulitan itu.)





(vii) milik

daripada (Ucapan daripada Perdana Menteri perlu kita hayati.)




(viii) punca atau asal kejadian

daripada (Meja itu dibuat daripada kayu.)




(ix) perbandingan

seperti (Hati budak itu keras seperti batu.)
laksana (Pemuda itu berlagak laksana jutawan.)
daripada (Muaz lebih baik daripada Kamal.)
dengan (Baju Hajar sama dengan baju Kharsiah.)
Kata Tugas| 171


(x) tujuan dan kekhususan

untuk (Mereka ke sini untuk berbincang.)
demi (Patuhilah disiplin sekolah demi keharmonian sekolah.)


(xi) arah






(xii) sasaran


ke ( Mereka berjalan ke sekolah)
dari (Maisarah menyapu sampah dari sudut kanan bilik itu.)

kepada (Berikan makanan itu kepada kucing.)




Ada kata sendi terdiri daripada kata berimbuhan. Kata berimbuhan itu pada asalnya ialah kata
kerja tetapi berfungsi sebagai kata sendi kerana berada di depan kata nama atau frasa nama. Kata sendi
dalam (66)-(67) menunjukkan rujukan, manakala dalam (68) tentang perantaraan. Kata sendi mengenai
dalam ayat (66) juga dapat bertukar ganti dengan kata sendi tentang.



(62) Cerita itu mengenai kekejaman perang.
(63) Mereka mengemukakan cadangan melalui jurucakap mereka..
(64)Menurut Islam, manusia berasal daripada tanah.





Bagi ayat (69)-(71), kata berimbuhan yang dicondongkan itu bukanlah kata sendi tetapi kata kerja
kerana kata tersebut menunjukkan perbuatan yang dilakukan, selain ayat itu dapat dipasifkan.


(65) Bola itu mengenai palang gol.
(66) Kami melalui jalan yang sunyi itu.
(67) Anak itu menurut saja cakap bapa.



Yang berikut antara contoh penggunaan kata sendi nama yang berasal daripada kata berimbuhan dan
makna yang didukung oleh kata sendi tersebut.
Kata Tugas| 172






(68)Jangan mengambil tindakan mengikut nafsu. (Makna mengikut)
(69)Kereta itu bergerak menuju utara. (Makna arah)
(70)Kakak akan pulang dari Mesir menjelang hari raya. (Makna masa)
(71)Selain pegawai dilarang masuk. (Makna kecuali)
(72) Seluruh dunia gempar ketika peristiwa Tsunami. (Makna semua)
(73)Budak itu sungguh bijak semasa kecil. (Makna masa)
(74)Pokok bunga ditanam sepanjang jalan ke istana. (Makna menyeluruh)
(75)Kami melantik Ali sebagai ketua. (Makna menjadi)
(76)Gadis itu cantik bagaikan bidadari. (Makna seperti)
(77)Kita tidak boleh main-main terhadap guru itu. (Makna sasaran)







Bagaimanakah anda dapat membezakan penggunaan perkataan dengan dan kerana dalam ayat
yang berikut sebagai kata sendi dan kata hubung?
1. Munirah datang ke kampung saya dengan bas.
2. Munirah datang ke kamoung saya dengan menaiki bas.
3. Saya datang kerana dia.
4. Saya datang kerana saya dijemput.





8.6.7 Kata arah
Kata arah sering berpasangan dengan kata sendi bagi menunjukkan ciri arah atau jurusan. Kedudukan
kata arah dalam frasa ialah selepas kata sendi dan sebelum frasa nama. Antara contoh kata arah ialah
dalam, atas, sekitar, belakang, depan, bawah, antara, sisi, penjuru, sudut, selatan, hadapan, tengah dan
sebagainya. Contohnya:

(78)Buku itu di dalam laci.
(79)Beg itu di atas meja.
(80)Mereka berjalan di sekitar kampung.
(81) Abang pulang dari luar negara.
(82) Kereta api itu menuju ke utara Semenanjung Malaysia.
Kata Tugas| 173




Apakah fungsi perkataan yang dicondongkan dalam ayat yang berikut?
a. Pokok rambutan ada di belakang rumah.
b. Belakang parang jika diasah akan menjadi tajam juga.
c. Rumah Salman di tepi sungai itu.
d. Dia mengoyak-ngoyakkan tepi kain itu.





8.6.8 Kata bilangan
Kata bilangan adalah kata yang digunakan untuk menghitung jumlah bagi sesuatu. Yang dihitung itu boleh
sesuatu kata nama konkrit atau kata nama abstrak. Dari segi bentuk, kata bilangan boleh terdiri daripada
kata asal, seperti: lima, dua puluh, lima ratus, suku, semua, ramai, banyak; kata terbitan, seperti sekalian,
seluruh, setengah, pertama, ribuan, ketiga; atau kata ganda, seperti tiap-tiap, segala-gala, masing-masing,
berpuluh-puluh, beberapa, sesetengah.


Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu (i) kata bilangan tentu, (ii) kata bilangan tak tentu, (iii) kata
bilangan pecahan, (iv) kata bilangan pisahan, (v) kata bilangan himpunan, dan (vi) kata bilangan tingkat.

(i) Kata bilangan tentu
Kata bilangan tentu atau bilangan kardinal ialah kata bilangan yang telah ditentukan jumlahnya. Jumlah
tersebut adalah nombor atau angka dalam matematik, yang tidak termasuk di dalamnya pecahan.
Misalnya: satu, dua, tiga, sepuluh, dua puluh, satu ratus, dua ratus, seribu, sejuta dan sebagainya.



(83) Kami ke Melaka satu hari saja.
(84) Polis menangkap dua orang perompak.
(85) Pelajar di kolej itu mencecah lima ribu orang.



(ii) Kata bilangan tak tentu
Kata bilangan tak tentu ialah kata bilangan yang tidak ditentukan atau tidak jelas jumlahnya. Antara contoh
kata bilangan tak tentu adalah seperti banyak, para, sebahagian, sebilangan, setengah-setengah, semua,
sekalian, beberapa, seluruh, sesuatu, setengah-setengah, segenap, pelbagai dan sebagainya. Contohnya:

(90) Para pelajar diingatkan supaya hadir di majlis itu.
(91) Beberapa acara diadakan pada pesta itu.
(92) Semua peserta perlu mendaftarkan diri.
(93) Sedikit garam diperlukan untuk menjadikan masakan itu enak.
(94) Saya tidak memerlukan banyak pembantu dalam melaksanakan projek itu.
Kata Tugas| 174


(iii) Kata bilangan pecahan
Kata bilangan pecahan merupakan kata bilangan yang mengandungi pecahan. Kata bilangan pecahan
boleh dalam bentuk pecahan seperti suku, setengah, separuh, setengah, atau memakai per- bersama-
sama bilangan, seperti tiga perempat (3/4), satu perseribu (1/1000), sepertiga (2/3). Contohnya:



(95) Separuh pelajar di dalam kelas itu tidak membuat latihan.
(96) Dia menjawab soalan itu selama suku jam.
(97) Bapa memperuntukkan tiga perempat daripada pendapatannya untuk
simpanan.



(iv) Kata bilangan pisahan
Kata bilangan pisahan dibentuk dengan cara mengulang kata bilangan. Misalnya, masing-masing, tiap-tiap
dan setiap. Contohnya:

(98) Masing-masing ada pendapat yang tersendiri.
(99) Tiap-tiap manusia akan menemui kematian.
(100) Setiap ahli perlu membayar yuran.





(v) Kata bilangan himpunan
Kata bilangan himpunan ialah bentuk bilangan yang dihimpunkan atau dikumpulkan dalam jumlah yang
banyak atau besar. Bentuk kata bilangan ini kebanyakannya mempunyai awalan ber- atau ke- yang
digandingkan bersama-sama kata ganda, atau dengan akhiran an sahaja. Contohnya berpuluh-puluh,
beratus-ratus, kedua-dua, kelima-lima.

(101) Negara itu telah dijajah beratus-ratus tahun lamanya.
(102) Ketiga-tiga orang gadis itu anak Pak Mat.
(103) Remaja belasan tahun didapati suka melepak.
(104) Ribuan penonton membanjiri dataran tersebut.




Kata bilangan himpunan yang berawalan ber- yang digandingkan bersama-sama kata ganda
mendukung makna yang sama dengan kata bilangan himpuan yang berakhiran an. Contohnya, beratus-
ratus, beribu-ribu, berjuta-juta sama makna dengan ratusan, ribuan, jutaan.

(vi) Kata bilangan tingkat
Kata bilangan tingkat merujuk kepada urutan atau kedudukan. Kata bilangan tingkat mengandungi awalan
ke-, kecuali satu yang menggunakan per- iaitu pada perkataan pertama. Kata bilangan tingkat secara
pilihan boleh didahului oleh kata yang. Contohnya:
Kata Tugas| 175




(105) Anis mendapat tempat kedua dalam perlumbaan itu.
(106) Maizurah merupakan anak yang kelima Suzana.
(107) Hazim anak yang pertama Sabarudin.



8.6.9 Kata adverba
Kata adverba merupakan salah satu jenis kata tugas. Huraian mendalam tentang kata adverba telah
dibincangkan dalam unit 7. Sila rujuk pada unit 7.



8.7 Kata Pascakata
Kata pascakata ialah kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah nya,
yang dapat berfungsi sebagai penekan dan pembenda.


8.7.1 Kata Penekan
Kata penekan ialah kata yang memberi penekana kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya:


(108) Sesungguhnya, pengorbaan perlu jika ingin berjaya.
(109) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
(110)Cuaca nampaknya semakin gelap.




8.7.2 Kata Pembenda
Kata pembenda berfungsi untuk menukar golongan kata yang bukan kata nama sebagai kata nama. nya
yang mendukung fungsi pembenda ini kerap menduduki subjek ayat. Contohnya:

(111) Lajunya ialah 100 km sejam.
(112) Dia berhujah dengan lantangnya.
(113) Datangnya secara mendadak.
(114) Tingginya ialah 5 kaki.






Senaraikan perkataan yang menerima nya sebagai kata pembenda, dan kata penekan.
i. Usah ditangisi pemergiannya kerana sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya.
ii. Indahnya pemandangan di tepi tasik itu menyebabkan dia lazimnya ke situ untuk
menenangkan fikirannya.
Kata Tugas| 176




KATA KUNCI

1. kata minor
2. kata major
3. kata tugas
4. tugas sintaksis




PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata sendi dan kata hubung dalam ayat.
dengan sudah seperti selain
melalui kerana merupakan berkenaan
untuk bahawa yang jika



2. Pilih ayat yang mengandungi kata arah. Kemudian, garisi kata arah tersebut.
a. Ramai dalam kalangan kawannya memasuki universiti.
b. Buku itu ada di dalam beg.
c. Bas itu menuju ke selatan Johor.
d. Kamal berdiri di hadapan orang itu.
e. Gadis itu datang dari luar negara.
f. Dalam hal ini, kita semua bersetuju.
g. Mereka berbincang antara adik-beradik.
h. Rumah Ali terletak di antara masjid dengan sekolah.



3. Senarai kata penguat, kata bantu dan kata penegas daripada perkataan di bawah.
sungguh sangat akan pernah
agak sahaja mahu sekali
dapat sedang benar sekali
memang lagi juga masih


4. Nyatakan jenis kata bilangan bagi perkataan yang berikut:
berdua-dua segala kebanyakan
sebahagian keempat-empat berguni-guni
separuh setiap sesetengah
seperempat masing-masing setiap
Kata Tugas| 177




5. Kenal pasti kata tugas dalam ayat yang berikut, dan nyatakan jenis kata tugas tersebut.


Ali sudah agak lama berpindah di bandar, namun dia masih terkenang akan kampung
halamannya.







RUJUKAN


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mod Nor. (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors.


Arbak Othman. (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Asraf. (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.


Zainal Abidin Ahmad (Zaba) 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 178





UNIT 9
IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU




HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengetahui bentuk-bentuk imbuhan asing
2. menyenaraikan imbuhan asing dalam bahasa Melayu
3. menggunakan imbuhan asing dalam pertuturan dan penulisan dengan betul



9.0 Pengenalan
Pada unit yang lalu, kita telah mempelajari jenis, bentuk dan makna imbuhan yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Dalam unit ini, kita akan mempelajari imbuhan asing yang telah dipinjam oleh bahasa Melayu
untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman.


Ada dua cara imbuhan asing ini dipinjam, iaitu dengan cara imbuhan asing itu diterima
sepenuhnya, atau dengan diubah suai imbuhan asing itu mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.
Terdapat tiga golongan imbuhan asing dalam bahasa Melayu, iaitu:


(i) imbuhan Sanskrit
(ii) imbuhan Arab-Parsi
(iii) imbuhan Inggeris





9.1 Awalan Pinjaman

9.1.1 Awalan Sanskrit

(I) Bentuk awalan Sanskrit
Awalan Sanskrit terdiri daripada maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-,pasca, dan panca. Kata dasar
yang bergabung dengan awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan. Semua awalan Sanskrit
membentuk kata nama.
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 179


(II) Makna awalan Sanskrit
(a) pra- membawa pengertian sebelum. Contohnya:


prasejarah, prauniversiti, prakata



(b) pasca- membawa pengertian selepas. Contohnya:


pascasiswazah, pascakolonial, pascamerdeka



(c) tata- membawa pengertian peraturan atau susunan. Contohnya:


tatabahasa, tatanegara, tatatertib



(d) maha- membawa pengertian tahap yang paling tinggi. Contohnya:


mahaguru, mahasiswa, maharani





maha juga dapat diikuti oleh kata adjektif. Dalam hal ini, kata maha bukanlah imbuhan tetapi sebagai satu kata
yang tersendiri, dan penulisannya hendaklah dijarakkan. Contohnya: maha besar, maha agung, maha mulia


(e) swa- membawa pengertian sendiri. Contohnya:


swadaya, swasta, swalayan



(f) tuna- membawa pengertian tiada atau tidak mempunyai. Contohnya:


tunakarya (penganggur), tunakarna (tuli), tunawisma (tiada
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 180


(g) Awalan eka-, dwi-, tri-, dan panca- mendukung makna bilangan, iaitu eka- (satu), dwi- (dua), tri- (tiga) dan
panca (lima). Contohnya:


ekabahasa, dwibahasa, tribulan, pancaindera





9.1.2 Awalan Arab-Parsi

(I) Bentuk awalan Arab-Parsi
Awalan bi- apabila bergabung dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan. Terdapat hanya satu
awalan Arab-Parsi, iaitu bi-, dan membentuk kata adjektif.


(II) Makna awalan bi-
Awalan bi- membawa pengertian tidak. Contohnya:


bilazim, binormal, biadab


9.1.3 Awalan Inggeris
(I) Bentuk awalan Inggeris
Awalan Inggeris terdiri daripada pro-, sub-, supra-, anti-, poli-, dan auto-. Kata dasar yang bergabung dengan
awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan.
Awalan pro- dan anti- membentuk kata adjektif, manakala sub-, supra-, poli- dan auto- membentuk kata nama.



(II) Makna awalan Inggeris
(a) pro- membawa pengertian bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak.. Contohnya:


prokerajaan, propembangkang, probarat



(b) sub- membawa pengertian sebahagian. Contohnya:


subtajuk, subbidang, subgolongan



(c) supra- membawa pengertian melebihi atau mengatasi. Contohnya:


suprasegmen, supranasional, suprakategori
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 181


(d) anti- membawa pengertian menentang, melawan atau membantah. Contohnya:



antikerajaan, antisosial, antikemajuan


(e) poli- membawa pengertian banyak. Contohnya:


politeknik, poliklinik, polisemi



(g) auto- membawa pengertian secara bersendirian. Contohnya:


automatik, autonomi, autograf






9.2 Akiran Pinjaman

9.2.1 Akhiran Sanskrit

(I) Bentuk akhiran Sanskrit

Akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit ialah -wan, -man, -wati,dan -nita. Semua akhiran ini
membentuk kata nama.


(II) Makna akhiran Sanskrit

(a) wan dan -man membawa pengertian pakar, pelaku, pekerjaan atau tugas. Contohnya:


seniman, budiman, ilmu(w)an



(b) -wati, -nita membawa pengertian jantina yang merujuk kepada wanita. Contohnya:


seniwati, angkasawati, biduanita
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 182


9.2.2 Akhiran Arab-Parsi

(I) Bentuk akhiran Arab-Parsi
Akhiran Arab-Parsi terdiri daripada wi, -i, -iah, -in, -at, dan ah. Akhiran in, -at dan ah membentuk kata
nama, manakala akhiran wi, i, -iah membentuk kata adjektif.



(II) Makna akhiran Sanskrit
(a) -in, -at dan ah membawa pengertian jantina. Contohnya:


-in merujuk kepada lelaki, misalnya muslimin, hadirin, munafikin



-at dan ah merujuk kepada perempuan,
seperti muslimat, munafikat, hadirat, qariah, salihah




(b) wi, i, dan -iah membawa pengertian sifat atau ciri seperti yang terkandung dalam kata dasar.
Contohnya:


sejarahwi, duniawi, azali, abadi, lahiriah, ilmiah






9.2.3 Akhiran Inggeris
(I) Bentuk akhiran Inggeris
Akhiran Inggeris antara yang produktif terdiri daripada isme, -ik, is dan logi, dan membentuk kata nama.



(II) Makna akhiran Inggeris
(a) -isme membawa pengertian fahaman. Contohnya:


kapitalisme, realisme, nasionalisme, komunisme



(b) -ik membawa pengertian bidang kajian. Contohnya:


fonemik, saintifik, linguistik
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 183




(c) -is membawa pengertian orang yang mempunyai atau mengeluarkan. Contohnya:

cerpenis, ekonomis, kritis, sistematis




(d) logi membawa pengertian bidang ilmu. Contohnya:


psikologi, meteorologi, biologi, teknologi







KATA KUNCI
1. Imbuhan
2. Imbuhan Arab-Parsi
3. Imbuhan asing
4. Imbuhan Inggeris
5. Imbuhan pinjaman
6. Imbuhan Sanskrit




PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan imbuhan asing yang lain yang tidak terdapat dalam modul ini. Berikan makna bagi
imbuhan tersebut.


Awalan :
Makna :
Akhiran
Makna:





2. Mengapakah bahasa Melayu meminjam imbuhan asing dalam membentuk perkataan?
Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 184




RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.


Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 185





UNIT 10
KESALAHAN BAHASA DAN PENGEDITAN TEKS




HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengetahui konsep kesalahan bahasa
2. mengesan dan membetulkan kesalahan morfologi dalam petikan
3. mengedit petikan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa



10.0 Pengenalan

Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Dalam
menggunakan bahasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan atau kesilapan. Namun begitu,
kita perlu belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Untuk tujuan tersebut, pelajar harus tahu dan perlu
diberitahu tentang kesalahan bahasa yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pembetulan kesalahan
merupakan satu bentuk maklum balas kepada pelajar tentang penguasaan bahasa mereka.


10.1 Konsep Kesalahan Bahasa

Kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan yang telah dipersetuji
bersama. Ini bermakna bahawa kesalahan berlaku kerana ketidakfahaman atau kejahilan seseorang
terhadap tatabahasa yang dipelajarinya.


Di sekolah, kesalahan bahasa berlaku dalam kalangan pelajar yang sedang menguasai bahasa
pertama dan bahasa kedua. Seorang penutur asli itu pada dasarnya sudah pun menguasai sistem
bahasanya sewaktu kecil. Apabila penutur asli ini menggunakan sesuatu bentuk yang lain secara tekal,
maka mereka juga melakukan kesalahan bahasa.


Kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar yang hendak menguasai bahasa kedua pula berlaku
kerana individu berkenaan masih belum mampu menguasai seluruh sistem bahasa kedua yang
dipelajarinya. Ini bermkana bahawa pelajar tersebut tidak mempelajari bentuk bahasa yang betul.
Sehubungan dengan itu, analisis kesalahan merupakan satu proses menganalisis yang didasarkan kepada
kesalahan pelajar dalam proses penguasaan selok-belok bahasa.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 186





Apakah perbezaan antara kesalahan bahasa dan kesilapan bahasa? Berikan dua contoh bagai kedua-
duanya.




10.2 Tujuan Analisis Kesalahan

1. Analisis kesalahan merupakan sumber maklumat yang amat bernilai kepada guru. Analisis kesalahan
memberikan maklumat tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, mengenal pasti jenis-
jenis kesalahan serta mencari punca kesalahan tersebut. Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu
guru membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.


2. Analisis kesalahan juga membantu guru bahasa untuk mengetahui keberkesanan teknik pengajaran
mereka. Guru juga dapat mengenal pasti bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang belun berjaya
diajarkannya secara berkesan dan sempurna. Analisis ini akan membantu seseorang guru membuat
keputusan sama ada meneruskan pengajaran tajuk baharu ataupun mengajar semula aspek yang telah
diajarnya dengan membuat pengubahsuain teknik dan pendekatan pengajarannya.


3. Analisis tentang kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dapat memberikan maklumat yang
berguna kepada guru-guru tentang aspek kesalahan yang memerlukan aktiviti-aktiviti pemulihan.
Maklumat-maklumat seperti ini boleh dijadikan titik permulaan bagi guru-guru untuk memberi perhatian
kepada aspek-aspek yang memerlukan peneguhan yang lebih. Dengan itu, masa dan tenaga tidak akan
terbuang begitu sahaja untuk mengajar aspek-aspek yang kurang menimbulkan masalah dalam kalangan
pelajar.


4. Dari aspek teori pula, analisis kesalahan dapat membantu ahli bahasa menentukan kesahihan
teori-teori yang diterapkan untuk pengajaran bahasa.




10.3 Jenis Kesalahan Bahasa

Kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pengajaran bahasa, tetapi biasanya
seseorang guru lebih mudah mengukur atau mengetahui kesalahan bahasa pelajarnya daripada hasil
karangan atau tulisan mereka. Kesalahan bahasa dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari
beberapa aspek, seperti ejaan, tanda baca, fonologi, intonasi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Dalam
modul ini, aspek kesalahan morfologi akan diberikan huraian dan penjelasan.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 187




10.4 Kesalahan Ejaan

(i) Kata berakhiran i
Kesalahan penggunaan akhiran ki bagi menggantikan akhiran i pada kata dasar yang berakhir dengan
huruf k. Contohnya:

memasukki sepatutnya memasuki
menaikki sepatutnya menaiki
mendudukki sepatutnya menduduki






(ii) Kata berakhiran an
Kesalahan ejaan terjadi apabila akhiran kan digunakan pada kata nama terbitan yang kata dasarnya
berakhir dengan huruf k. Contohnya:



banyakkan ( X ) kebanyakan ( )
galakkan ( X ) galakan ( )
penyemakkan ( X ) penyemakan ( )





(iii) Awalan pinjaman
Kesalahan ejaan berlaku apabila awalan pinjaman seperti pra-, dwi, pro-, dan anti- dieja terpisah daripada
kata dasar, atau dengan sempang. Contohnya:

pra kata atau pra-kata ( X ) prakata ( )
dwi tahunan atau dwi-tahunan ( X ) dwitahunan ( )
pro pembangkang atau pro-pembangkang ( X ) propembangkang ( )
anti sosial atau anti-sosial ( X ) antisosial ( )





(iv) Kesalahan tidak merangkaikan awalan pinjaman dengan kata dasar yang bermula dengan huruf besar
bagi kata nama khas dengan tanda sempang. Contohnya:
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 188




Pro Amerika ( X ) anti Israel ( X )
pro-Amerika ( ) anti-Israel ( )




(v) Menjarakkan penulisan kata ganti diri singkat (kau, mu dan ku). Contohnya:



(1) *Jawapan yang kau berikan itu tepat.
Jawapan yang kauberikan itu tepat.
(2) *Kerja itu sudah ku siapkan.
Kerja itu sudah kusiapkan.
(3) *Ambillah pemberian ku ini.
Ambillah pemberianku ini.
(4) *Aku bertemu dengan sahabat mu tadi.
Aku bertemu dengan sahabatmu tadi.




(vi) Kata mu dan nya yang digunakan bagi mengganti nama Tuhan tidak ditulis dengan huruf besar di
pangkal kata itu serta tidak diberi tanda sempang.


(5) *Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
(6) *Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Allah.
Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Allah.




10.5 Kesalahan Pengimbuhan
Tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan
a. Kesalahan penggunaan awalan meN-. Contohnya:

mempastikan ( X ) memastikan ( )
memerhatikan ( X ) memperhatikan ( )
mengenepikan ( X ) mengetepikan ( )
mengkagumkan( X ) mengagumkan ( )
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 189


b. tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan. Contohnya:


(7) *Kakak mengambil bapa segelas air.
Kakak mengambilkan bapa segelas air.



(8) *Lim menaikkan bendera sambil menyanyi lagu Negaraku.
Lim menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku.



(9) *Sampah-sarap mengotorkan kawasan di belakang rumah.
Sampah-sarap mengotori kawasan di belakang rumah.





c. kata adjektif sebagai kata dasar bagi kata terbitan yang berawalan rangkap memper- disertai akhiran
kan. Contohnya:

memperlebarkan jalan ( X) memperlebar jalan ( )
memperbesarkan bilik ( X ) memperbesar bilik ( )



10.6 Kesalahan Penggandaan
(i) menjamakkan kata ganda yang membawa makna jamak. Contohnya:


(10) *Pepohon-pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan.
Pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan.





(11) *Beberapa banyak dedaun kering bertaburan di jalan itu.
Dedaun kering bertaburan di jalan itu.




(ii) menggunakan kata sangat/amat dan saling bagi kata ganda yang sudah membawa makna sangat
atau makna saling. Contohnya:

(12) *Rambut lelaki itu amat kusut-masai kerana baru bangun tidur.
Rambut lelaki itu kusut-masai kerana baru bangun tidur.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 190



(13) *Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong di lebuh
raya.
Pelumba-pelumba motosikal itu saling memotong di lebuh raya.


(iii) terdapat dua kata ganda berimbuhan


(14) *Adik menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh
bapa.
Adik menggaru-garu kepalanya apabila disoal oleh bapa.


(iv) tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda kerana keliru antara kata ganda dengan kata
majmuk. Contohnya:


serta merta ( X ) serta-merta ( )
saudara mara ( X ) saudara-mara ( )






10.7 Kesalahan Pemajmukan
Ejaan kata majmuk yang salah. Contohnya:


kaki tangan ( X ) kakitangan ( )
tanggung jawab ( X ) tanggungjawab ( )
urusetia ( X ) urus setia ( )
aturcara ( X ) atur cara( )






10.8 Kesalahan Kata Ganti Nama
(i) penggunaan beliau untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang. Contohnya:


(15) *Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah.
Dia/Ia ditangkap kerana mengedarkan dadah.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 191


(ii) penggunaan dia dan mereka untuk binatang dan benda. Contohnya:


(16) *Kucing itu sakit. Ia/dia asyik tidur.
Kucing itu sakit. Kucing itu asyik tidur.
(17) *Barang-barang ini berat. Mereka tidak terangkat oleh saya.
Barang-barang ini berat, tidak terangkat oleh saya.




(iii) Mengulang kata ganti diri ketiga yang membawa maksud jamak. Contohnya:


(18) *Mereka-mereka itu jiran saya.
Mereka itu jiran saya.



(iv) Menggandingkan kata ia dengan nya untuk membentuk ianya. Contohnya:


(19) *Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk
pernafasan.
Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan.



(v) Menyamakan kata ganti tak tentu dengan kata ganti tanya. Contohnya:


(20) *Apa yang diberitahukannya itu tidak benar.
Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar.
(21) *Pilihlah yang mana kamu suka.
Pilihlah yang mana-mana kamu suka.

(22) *Siapa yang menceroboh akan didakwa.
Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa.





10.9 Kesalahan Kata Bilangan
(i) Kata bilangan tentu didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Contohnya:

dua suku jam ( X ) dua jam suku ( )
satu setengah tahun ( X) satu tahun setengah ( )
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 192


(ii) Kata bilangan tak tentu yang sudah membawa makna jamak diulang. Contohnya:

para-para pelajar ( X ) para pelajar ( )


(iii) Mengulang kata nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak.
Contohnya:


dua orang pelajar-pelajar ( X ) dua orang pelajar ( )
semua pekerja-pekerja ( X ) semua pekerja ( )
setiap peserta-peserta ( X ) semua peserta ( )
ribuan peminat-peminat ( X ) ribuan peminat ( )



(iv) Kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan pisahan disingkatkan. Contohnya:


setengah ( X ) sesetengah/setengah-setengah ( )
kedua ( X ) kedua-dua ( )
berbagai ( X ) berbagai-bagai ( )



(v)Tidak menggandakan kata bilangan himpunan yang berawalan ke-. Contohnya:


(22) *Kedua orang itu guru.
Kedua-dua orang itu guru.



(vi) Kata bilangan himpunan tidak diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya:


(23) *Ketiga-tiga anak Pak Mat berkelulusan universiti.
Ketiga-tiga orang anak Pak Mat berkelulusan universiti.





10.10 Kesalahan Penjodoh Bilangan
(i) Penjodoh bilangan digunakan untuk kata nama abstrak. Contohnya:


sebuah kehidupan ( X ) satu kehidupan ( )
beberapa buah pendapat ( X ) beberapa pendapat ( )
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 193


(ii) Penjodoh bilangan digunakan dengan beberapa kata bilangan tertentu, yang sepatutnya tidak
perlu disertai dengan penjodoh bilangan. Contohnya:


setiap orang pelajar ( X ) setiap pelajar ( )
seluruh buah negeri ( X ) seluruh negeri ( )





10.11 Kesalahan Kata Kerja

(i) Menggugurkan awalan pada kata kerja tak transitif. Contohnya:

(24) *Dia senyum kepada saya.
Dia tersenyum kepada saya.
(25) *Jangan lompat di situ.
Jangan melompat di situ.
(26) *Dia tanya kepada saya.
Dia bertanya kepada saya.



(ii) Menggugurkan awalan pada kata kerja transitif. Contohnya:

(27) *Dia sedang baca buku.
Dia sedang membaca buku.
(28) *Kamal tendang bola itu.
Kamal menendang bola itu.





10.12 Kesalahan Kata Adjektif
Kata penguat yang menunjukkan darjah kepalingan digunakan serentak pada kata adjektif. Contohnya:


(29) *Ravi paling tinggi sekali di kelas nya.
Ravi paling tinggi di kelas nya.
Ravi tinggi sekali di kelas nya.
(30) *Baju-baju di butik itu amat cantik sekali.
Baju-baju di butik itu amat cantik.
Baju-baju di butik itu cantik sekali.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 194


10.13 Kesalahan Kata Tugas
10.13.1 Kata hubung
(i) Menggunakan kata yang bukan jenis kata hubung sebagai kata hubung. Contohnya:


(31) *Novel itu adalah karangan A. Samad Said yang mana dikarang ketika beliau di luar
negeri.
Novel itu adalah karangan A.Samad Said yang dikarang ketika beliau di luar negeri.
(32) *Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.
Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.





(ii) Perkataan daripada golongan kata yang lain digunakan sebagai kata hubung. Contohnya:


(33) *Dia pulang bila hari sudah senja.
Dia pulang apabila hari sudah senja.
(34) *Ali datang lambat sebab ketinggalan bas.
Ali datang lambat kerana ketinggalan bas.



(iii) Menggunakan dua kata hubung serentak. Contohnya:

(35) *Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh.
Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh.
(36) *Laporan itu perlu dihebahkan agar supaya masyarakat akan tahu.
Laporan itu perlu dihebahkan agar masyarakat akan tahu.
Laporan itu perlu dihebahkan supaya masyarakat akan tahu.





10.13.2 Kata Sendi
(i) Kata sendi di atau kepada digunakan pada tempat ke. Contohnya:


(37) *Gelas itu dihempaskannya di/kepada tanah.
Gelas dihempaskannya ke tanah.
(38) *Ali sudah berpindah di Ipoh.
Ali sudah berpindah ke Ipoh.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 195


(ii) Kata sendi ke atau frasa sendi ke atas digunakan pada tempat kepada. Contohnya:


(39) *Buku itu dipulangkan ke pustakawan.
Buku itu dipulangkan kepada pustakawan.
(40) *Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk kepada
adiknya.
Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas
adiknya.



(iii) Kata sendi daripada digunakan pada tempat dari. Contohnya:


(41) *Saya datang daripada Johor.
Saya datang dari Johor.
(42) *Kami menunggu Ali daripada pukul dua.
Kami menunggu Ali dari pukul dua.



(iv) Kata sendi dari digunakan pada tempat daripada. Contohnya:

(43) *Hadiah ini dari abang.
Hadiah ini daripada abang.
(44) *Kasut ini dibuat dari kulit.
Kasut ini dibuat daripada kuli



(v) Kata sendi dengan digunakan pada tempat oleh. Contohnya:


(45) *Kami tertarik dengan keindahan pantai itu.
Kami tertarik oleh keindahan pantai itu.



(vi) Kata sendi di dan dengan digunakan pada tempat pada. Contohnya:


(46) *Para nelayan tidak ke laut di musim tengkujuh.
Para nelayan tidak ke laut pada musim tengkujuh.
(47) *Nota itu ada dengan Ali.
Nota itu ada pada Ali.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 196


(vii) Kata nama atas digunakan pada tempat pada. Contohnya:


(48) *Hidupnya masih bergantung atas orang tuanya.
Hidupnya masih bergantung pada orang tuanya.



(viii) Pengunaan di dalam di hadapan kata nama abstrak. Contohnya:


(49) *Perkara itu perlu dihebahkan di kalangan masyarakat.
Perkara itu perlu dihebahkan dalam kalangan masyarakat.



(ix) Penggunaan dua kata sendi berurutan dalam ayat. Contohnya:


demi untuk negara ( X ) demi negara ( ) untuk negara ( )
mengenai dengan hal itu ( X ) mengenai hal itu ( )


(x) Kata pemeri
a. Kata pemeri hadir bersama-sama kata nafi. Contohnya:

(50) *Arahan itu adalah bukan untuk semua pelajar.
Arahan itu bukan untuk semua pelajar.


b. Kata pemeri hadir di hadapan ayat. Contohnya:


*Adalah dimaklumkan bahawa
Dimaklumkan bahawa



c. Penggunaan kata pemeri di depan frasa kerja. Contohnya:


(51) *Novel itu adalah ditulis oleh A. Samad Said.
Novel itu ditulis oleh A. Samad Said.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 197





10.14 Bentuk Lewah dalam Bahasa
Dalam Kamus Dewan (1989), maksud lewah ialah berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan
sebagainya yang tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Oleh itu, lewah dapat
dianggap sebagai unsur bahasa yang memperlihatkan keadaan yang berlebih-lebih, yang selalunya
melibatkan penambahan atau pengulangan unsur yang sudah pun ada, dan pada hakikatnya tidak
diperlukan lagi. Sama ada disedari atau tidak, amalan tersebut ternyata tidak seiring dengan tatabahasa
bahasa Melayu dan wajar dibetulkan. Yang berikut merupakan antara contoh lewah dalam bahasa.



(52) *Syarikat itu memperolehi keuntungan yang besar pada tahun ini.
Syarikat itu memperoleh keuntungan yang besar pada tahun ini.
(53) *Razak sedang memperbaiki kerosakan motokarnya.
Razak sedang membaiki kerosakan motokarnya.
(54) *Ibu bapa sanggup bekerja keras demi untuk masa depan anak-anak.
Ibu bapa sanggup bekerja keras demi masa depan anak-anak.
(55) *Pasangan itu saling percaya-mempercayai antara satu sama lain..
Pasangan itu saling mempercayai/percaya mempercayai antara satu sama lain.
(56) *Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak ramai dengan baik.
Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak dengan baik.
(57) *Kos perbelanjaan untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan.
Kos untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan.
(58) *Kebanyakan para pelajar mahir menggunakan komputer.
Kebanyakan pelajar mahir menggunakan komputer.
(59) *Pada waktu dan ketika ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan.
Pada waktu ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan.
(60) *Para-para guru berkhidmat dengan dedikasi.
Para guru berkhidmat dengan dedikasi.








Berikan beberapa contoh kelewahan dalam morfologi, dan buatkan pembetulannya.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 198


10.15 Pengeditan Teks
Sebagai guru, anda seharusnya sudah dapat mengesan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan
bercetak. Anda boleh memanfaatkan pelbagai teks bertulis untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun, anda perlu terlebih dahulu mengedit teks itu supaya bebas daripada kesalahan
bahasa. Yang berikut merupakan contoh perenggan yang diedit dari aspek morfologi.




Walaupun usaha untuk menggalakan pelajar agar menyertai aktiviti ko kurikulum telah
dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk
menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli belah. Selain dari itu, terdapat juga ibu
bapa yang beranggapan yang aktiviti ko kurikulum membuang masa. Mereka tidak
menyedari yang aktiviti ko kurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh.
Dengan berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang
boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat
menjauhkan diri dari bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah anti-sosial di
dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan perkataan lain, aktiviti ko kurikulum
banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri pelajar.





Pembetulan





Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti kokurikulum telah
dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya.
Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah,
terutama lepak di pusat beli-belah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan
bahawa aktiviti kokurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari hawa aktiviti
kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat demikian juga,
pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh merosakkan masa depan
mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Dari
aspek yang lain pula, masalah antisosial dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan
lain perkataan, aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati
diri pelajar.
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 199


KATA KUNCI


1. kesalahan bahasa
2. kesilapan bahasa






PENILAIAN KENDIRI


1. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam petikan yang berikut. Kemudian berikan sebab kesalahan dan
pembetulannya.


Dewasa ini, kes cetak rompak yang melibat rakyat negara ini berlaku secara berleluasa.
Selain daripada cakera padat, bahan-bahan bertulis, khususnya buku turut juga di cetak
rompak. Walau pun usaha membanteras kegiatan ini telah dijalankan, namun masalah
tersebut tidak juga berkurang. Kegiatan yang dilakukan oleh mereka ini tidak dapat dikesan
oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengenalpasti faktor-faktor ini
berlaku di negara kita agar supaya masaalah tersebut tidak menghantui kepada rakyat
negara ini.





2. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam ayat yang berikut, dan buat pembetulannya.
i. Perokok tegar akan berusaha untuk memberhentikan tabiat yang merugikan ini apabila
menyedari yang kos untuk membeli rokok terlalu tinggi sekali.
ii. Langkah kerajaan menaikkan cukai rokok dilihat sebagai pendekatan yang baik ke arah
mengwujudkan masyarakat yang sihat sekaligus membendung gejala ini di kalangan remaja.



3. Cari satu perenggan dalam apa-apa petikan. Kemudian, kenal pasti kesalahan morfologi, nyatakan
sebab kesalahan dan buatkan pembetulannya. (Sebaik-baiknya dalam perenggan itu mengandungi antara
5 hingga 6 kesalahan.)
Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 200








RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai