Anda di halaman 1dari 6

SOLAT FARDHU

PENGERTIAN SOLAT
Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri
dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM : WAJIB dan FARDHU AIN kepada setiap individu yang mukallaf.
WAKTU SOLAT
Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari dalam waktu
yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan f iman Allah SWT :
Solat Waktu Masuk Waktu Akhir
Zuhur
Gelincir matahari ke arah barat
iaitu apabila sesuatu benda
mempunyai bayang di sebelah
timur
Apabila bayang sesuatu benda
lebih sedikit daripadanya


Asar
Apabila bayang sesuatu benda
lebih sedikit daripadanya
Terbenamnya seluruh bulatan
matahari

Maghrib
Terbenamnya seluruh bulatan
matahari
Hilang cahaya merah di kaki
langit


Isya
Hilang cahaya merah di kaki
langit
Terbit fajar sadiq
Subuh Terbit fajar sadiq Terbit matahari

RUKUN SOLAT
1. Takbiratul Ihram
2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
11. Membaca Selawat kepada Rasulullah SAW
12. Salam
13. Tertib

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
1. Islam tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas

SYARAT SYARAT SAH SOLAT
1. Yakin masuk waktu solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
3. Suci drp hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Mengadap kiblat.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan salah satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar.
4. Terkena najis pada pakaian @ badan.
5. Terbuka aurat dgn sengaja.
6. Ketawa mengeluarkan suara.
7. Berubah niat.
8. Makan @ minum dgn sengaja.
9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
10. Berpaling dada dari arah kiblat.
11. Murtad.
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada 2 iaitu ;
1. SUNAT ABAD Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika
melakukannya. Jika tertinggal,tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn
SUJUD SAHWI. Ia terdiri drp ;
a) Membaca tasyahud awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut.
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika
melakukannya. Jika tertinggal,tidak membatalkan solat. Ia terdiri drp ;
a) Membaca doa Iftitah.
b) Membaca Taawuz.
c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah.
d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud
f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram
g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud
j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain
daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah
maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1.Fardhu ain pada solat Jumaat;
2.Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3.Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah
padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta
hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada
pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan
fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,
mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat
yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa
atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi
sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu
berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan
solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak
mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan
Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya
Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran
tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda
Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung,
mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat
27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi
semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Kepentingan Solat Berjemaah
Solat jemaah adalah kunci membina kekuatan dan t amadun umat.
Solat berjemaah di masjid membuka ruang berkenal-kenalan dan
berukhuwwah.
Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim yang lain.
Solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan
kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam.
Berjemaah menyedarkan kita satu realiti, iaitu kita ini sama sahaja pada pandangan
AllahSWT.
Solat berjemaah mengajar prinsip mengiktiraf hak orang lain.
Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum
dan mengambil kira keupayaan makmum.
Solat jemaah mengajar kita konsep kepimpinan
Pemimpin bertanggungjawab untuk memimpin dengan adil, bijak dan bertimbang
rasa.Sementara pengikut pula bertanggungjawab untuk mentaati pemimpin pada
perkara yang tidak melanggar batas Syariat.
Makmum perlu mengikut imam. Solat tidak sah jika seseorang makmum
mendahului imam dengan sengaja.
Membantu membina kerukunan hidup bermasyarakat.
Ia umpama bata yang melengkapi satu binaan. Bata yang tidak seimbang ikatannya
akan mengakibatkan keruntuhan sesebuah bangunan.
Solat jemaah membina keseimbangan sosial.
Seseorang yang dalam situasi kesusahan seperti kematian, sakit,bersalin, berpindah
dan sebagainya akan cepat diketahui melaluiinstitusi solat jemaah. Saudara yang
bermusibah akan segera pula menerima bantuan.

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-
ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat"
(HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah
fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat
muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat
berjamaah, dikenali sebagai masbuq.
Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari
raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib
dikerjakan secara berjemaah.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
1. Berniat mengikut/menjadi imam.
2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum
perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,
Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki),
makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam
perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
Antara syarat untuk menjadi imam:
Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
Imam itu sudah mumaiyiz.










FIQH SOLAT BERJEMAAH
12 Syarat Sah Menjadi Makmum
1.Berniat makmum-dengan berjemaah atau
mengikut imam
2.Berada bersama imam di satu tempat
3.Makmum mengikut imam pada perbuatan
sunat (yang sekiranya makmum
menyanggahi imam ia adalah perbuatan
keji dalam solat)
4.Makmum tidak ketinggalan dari imam
sebanyak 2 rukun perbuatan
5.Makmum bertakbiratul Ihram kemudian
dari imam
6.Makmum menganggap solat imam
sebagai sah
7.Solat imam tidak diulangi
8.Imam tidak menjadi makmum kepada
orang lain
9.Imam lebih kedudukan/ martabat dari
makmum
10.Tumit makmum di belakang tumit imam
11.Makmum tahu perpindahan rukun
perbuatan imam
12.Solat makmum sama perbuatannya
dengan perbuatan solat imam

Anda mungkin juga menyukai