Anda di halaman 1dari 7

jurnal mingguan

Jurnal Mingguan
Tarikh : 27 Januari - 31 Januari 2014

Sesi praktikum fasa 3 sudah mula saya jalani dari 27 Januari sehingga 25 April 2013.
Pada minggu pertama ini, saya banyak didedahkan dengan pentadbiran sekolah, iklim
sekolah serta aktiviti-aktiviti sekolah.

Pada hari pertama, saya dan rakan praktikum telah melaporkan diri kepada guru besar.
Sesi melaporkan diri dan perjumpaan dengan guru besar dan guru-guru penolong
kanan telah banyak memberikan input berguna kepada kami bagi menyediakan diri
kami untuk menjadi guru yang bervisi kelak. Tips-tips dan cadangan yang diberikan
amat menarik dan dapat diparktikkan dalam bilik darjah.

Kami juga ditempatkan di bilik guru sekolah. Cara ini dapat menggalakkan kami untuk
bergaul mesra dengan guru-guru di sekolah ini di samping dapat bertukar-tukar idea
dan pengalaman untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pendekatan kami untuk
digunakan dalam bilik darjah.

Pada minggu ini, saya belum memulakan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pada minggu ini juga saya diberikan kebenaran untuk melihat sendiri sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang dikendalikan oleh guru pembimbing. Hal ini bertujuan
untuk membolehkan saya membuat tinjauan awal terhadap kelas yang bakal saya ambil
alih.

Akhir sekali, saya berharap dapat memulakan sesi PdP yang bakal dimulakan pada
minggu hadapan dengan baik dengan baik.




jurnal mingguan
Jurnal Mingguan

Tarikh : 3 Februari - 7Februari 2014

TAJUK : MINAT MURID TERHADAP P&P
ISU / MASALAH

Setelah seminggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) bagi matapelajaran Bahasa Melayu, saya dapati dan berpendapat bahawa masih
ada lagi segelintir murid yang kurang berminat terhadap aktiviti pembelajaran dan
kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran.

Terdapat juga segelintif murid yang melakukan tingkah laku negatif, iaitu tidak
mengendahkan arahan guru dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal
sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan saya sendiri dalam
mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru
dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang
pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak
kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang
pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan
murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap
proses pengajaran.

ANALISIS MASALAH
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising,
perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang
kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising
dalam kelas atau bilik darjah contohnya, akan menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
jurnal mingguan
Jurnal Mingguan
menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara
faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-
murid yang kurang berminat untuk belajar.


Menurut Mok Soon Sang :
Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.

Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses
interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan
autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,
interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

CADANGAN

Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok
Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di
dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung
(samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan
demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan
murid-muridnya:

jurnal mingguan
Jurnal Mingguan
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa
yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif,
serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang
berkomunikasi.Mok Soon Sang (2003)

Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar,
guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.


RENUNGAN

Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan,
guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan
bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.





jurnal mingguan
Jurnal Mingguan


Tarikh : 10 Februari - 14Februari 2014

TAJUK : LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID
ISU / MASALAH
Masalah yang kerap kali dihadapi oleh guru-guru di sekolah temasuklah guru pelatih
seperti saya ialah masalah sesetengah murid yang seringkali mengabaikan latihan
dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. Pelbagai sebab dan
punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua
sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil
lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang
diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latian
yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga tidak
menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa
buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini
seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk
murid yang cemerlang serta berkaliber.

ANALISIS MASALAH

Terdapat segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan
kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Murid-murid ini sering
menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan dan lembaran kerja
dengan berbual-bual dengan rakan atau bermain.
jurnal mingguan
Jurnal Mingguan

Tindakan ini juga bukan sahaja merungsingkan guru tetapi turut mengganggu
murid-murid lain yang ingin membuat kerja atau latihan. Apabila ditanya tentang
masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan
mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi
untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti lupa membawa buku,
tidak sempat menyiapkan kerja, tidak faham soalan dan sebagainya.

Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan
untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan
beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan murid cerdas dan ianya
kerap berlaku bagi kumpulan murid yang lemah. Dalam hal yang sedemikian sebagai
seorang guru tiada pilih kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu
pengetahuan yang berguna.

CADANGAN
Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering
tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang
bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti murid-
murid ini. Teguran akan diberikan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya
akan menggunakan sistem demerit untuk menolak markah kumpulan mereka. Hal ini
secara tidak langsung meletakkan tanggungjawab bagi murid lain untuk mendorong
rakan mereka menyiapkan kerja. Kadang-kala saya juga akan menyuruh mereka
membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan
kerja mereka dan memastikan mereka menyiapkan kerja yang diberi.
jurnal mingguan
Jurnal Mingguan

Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid murid, saya akan
memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila
menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan
mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran.
Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid
untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana
mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.

TINDAKAN SUSULAN

1. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti
murid-murid yang sering tidak menghantar buku-buku mereka.
2. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid
yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan
motivasi.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi
isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P sapa. Murid-
murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada
masa akan datang. Tuntasnya, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya,
terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai