Anda di halaman 1dari 4

115

Kedudukan Badan pada Kontak ( Body Position at Contact )


Bahu adalah persegi kepada jaring.
Kepala lebih kurang berbaris dengan lengan.
Untuk ATTACK block , memanjangkan lengan sepenuhnya dan jari dilebarkan
dengan sudut yang melebihi jaring serta tapak tangan menghadap ke gelanggang
pihak lawan.
Untuk SOFT block , memanjangkan lengan dengan lurus dan jari dilebarkan serta
tapak tangan menghadap ke atas.
Kenalan dengan Bola ( Contact with the Ball )
Untuk ATTACK block , bola disentuhkan oleh tangan atau lengan. Semasa
berlakunya sentuhan pada tangan dengan bola atlet haruslah melenturkan
pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke bawah.
Untuk SOFT block, bola disentuhkan oleh tangan. Pada sentuhan dengan bola,
pergelangang tangan atlet akan menyerap daya gerak (momentum) daripada bola,
mengarahkan ke atas dan belakang.
Pemulihan dan Pendaratan ( Recovery and Landing )
Untuk ATTACK block , atlet hendaklah tarik kembali lengan daripada sebelah
gelanggang pihak lawan tanpa menyentuh pada jaring.
Pemain haruslah mendarat dengan dengan kedua-dua kaki, mengimbangkan dan
bersentuh dengan lantai. Melenturkan lutut untuk menyerap daya gerak bola.
Suatu pendaratan yang seimbang adalah penting supaya pergerakan yang
seterusnya seperti peralihan kepada kesalahan mungkin dicapaikan.
Memposisikan Hadangan ( Positioning the Block )
Bentuk menghadang yang terbaik adalah menilai sedikit kecuali hadangan diletakkan dalam
kedudukan untuk menahan serangan daripada penyerang. Adalah penting untuk
menekankan bahawa hadangan mestilah diletakkan mengikut arah bola melintasi jaring.
Urutan berikutnya haruslah digunakan oleh seseorang penghadangan yang baru untuk
membantunya berada dalam kedudukan yang betul.
1. Sekiranya bola dihantar kepada pengumpan pihak lawan, penghadang hendaklah melihat
kepada penyerang yang nereka ditugaskan untuk menghadang.
2. Penghadang akan fokus untuk melihat kepada bola kerana arah bola ditetapkan oleh
pengumpan pihak lawan untuk menentukan trajektori dan destinasi akhir.

116

3. Sekiranya trajektori telah ditentukan, penghadang memandang kepada penyerang dan
kemudian cuba untuk meletakkan titik berlepasan mereka bertentangan arah kaki penyerang.
Selepas penyerang melompat, penghadang hendaklah fokus kepada lengan penyerang
supaya mendapat pentunjuk arah bola dan kelajuan serangan.
4. Akhirnya, penghadang haruslah memandang kepada bola daripada masa bola disentuh
oleh penyerang sehingga melengkapkan hadangan.

Pemilihan waktu untuk Menghadang ( Timing the block )
Melompat untuk menghadang akan dipengaruhi oleh jenis serangan dan perwatakan pada
setiap penyerang. Peraturan asas adalah penghadang perlu melompat hanya selepas
penyerang dalam kebanyakkan set. Faktor yang lain ialah mengambil kira masa
menghadang adalah jarak jauh penyerang daripada jaring. Semakin jauh jarak daripada
jaring, semakin lama penghadang perlu menunggu. Untuk bola set berhampiran dengan
garisan penyerang, penghadang perlu menunggu sehingga penyerang bermula melakukan
tindakan rejaman sebelum melakukan lompatan.

Teknik Ansur Maju untuk Menghadang
Langkah 1. Kedudukan semasa bermula
Tujuan
Untuk belajar kedudukan bermula bagi teknik menghadang dengan tepat.
Huraian
Atlet menganggap satu kedudukan pada jaring dalam kedudukan permulaan
yang dijelaskan seprti di atas.
Isi pengajaran, Kesalahan Umum dan Pembetulan
Atlet akan mempunyai keupyaan untuk mendekati atau menjauhi daripada
jaring. Satu garis panduan yang baik untuk pengukuhan kedudukan semasa
di gelanggang adalah atlet berdiri sedikit jauh daripada ketinggian lengan
atas mereka daripda jaring.
Lutut mestilah dibengkokkan sedikit tetapi tidak terlalu bengkok. Atlet perlulah
berasa selesa dengan sudut bengkok yang dilakukan.
Sebahagian atlet akan meletakkan kaki mereka secara berperingkat supaya
mereka boleh menggunakan langkah ke hadapan untuk melakukan lompatan.
Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah dengan mereka cenderung
untuk mendarat pada jaring semasa mereka ingin melompat. Mereka perlu
meletakkan tapak kaki seiring dengan garisan tengah.

117

Terdapat juga pamain akan membenkokkan ke hadapan pada bahagian
pinggang semasa melompat dibanding dengan mengekalkan batang secara
lurus.

Langkah 2. Tindakan Attack blocking ( The Attack Blocking Action )
Tujuan
Belajar tindakan menghadang yang betul untuk mengarahkan bola ke lantai
dan biasa dengan menyentuhkan bola dengan tangan.

Huraian
Atlet menganggapnya berdiri dengan memanjangkan
lengan di atas kepala dan tangan menghadap sedikit
ke bawah dan melebarkan jari. Pada set pertama,
rakan sepasangan akan melambung bola kepada
tangan penghadang. Setelah itu, penghadang akan
menekankan tangan ke hadapan untuk mengarahkan
bola ke atas lantai. Untuk set yang berikutnya, rakan
sepasangan akan merejam bola kepada tangan
penghadang, seperti gambar 7.2, meningkatkan
penyebaran serangan secara beransur-ansur.

Sets = 3
Ulangan = 10
Kriteria untuk berjaya = 90% bola akan disentuh dengan betul dan
menjatuh ke lantai secara langsung.
Teknik Mengajar, Kesilapan Umum dan Pembetulan
Pemain yang baru mempunyai masalah yang paling besar adalah mereka akan
menutup mata semasa menghadang. Rakan sepasangan tidak akan memukul bola
dengan keras sehingga penghadang yakin untuk membuka matanya untuk
melakukan hadangan.
Kesilapan yang umum juga adalah penghadang akan turut menyekatkan jarinya
bersama-sama (untuk melindungi mereka sendiri) dan bukanya melebarkan jarinya.
Perlulah mengingatkan pemain-pemain supaya melebarkan jarinya.


118

Penghadang selalunya menampar bola dan bukannya menekan bola ke bawah.
Kuncinya adalah mereka haruslah digalakkan daripada mengacungkan bahagaian
pergelangan tangan terlalu jauh semasa bersedia untuk menghadang.
Jika rakan sepasangan mempunyai masalah untuk memukul bola kepada tangan
penghadang, merekan haruslah bergerakkan ke sebelah kanan sedikit. Ini akan
memudahkannya untuk memukul bola kepada tangan penghadang tanpa bola
memantul kembali ke muka penyerang.

Step 3. Tindakan Soft Bolcking ( The Soft Blocking Action )
Tujuan
Belajar tindakan menghadang yang betul dengan memesongkan bola
kembali dan ke atas dan menjadikannya biasa dengan disentuh oleh
tangan mereka.

Huraian
Atlet menganggap suatu kedudukan berlutut dengan
memanjangkan tangannya sepenuhnya di atas kepala
and tangan menaikkan ke belakang. Pada set pertama,
rakan sepasangan melemparkan bola turun ke tangan
penghadang. Penghadang akan menyerap daya gerak
bola dan memesongkan bola ke atas dan kembali.
Untuk set yang berikutnya, rakan sepasangan akan
merejam bola kepada tangan penghadang, seperti
gambar 7.6, meningkatkan kelajuan serangan secara
beransur-ansur.

Anda mungkin juga menyukai