Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan"memberi"kesan"secara"mendalam"kepada"aktiviti"manusia"dalam"semua"

bidang"kerana"ia"satu"proses"berterusan"dan"inovatif,"ia"membantu"membangunkan"
potensi" individu" supaya" mendatangkan" kebaikan" dan" mendorongkan" kemajuan"
masyarakat."Oleh"sebab"ini,"misi"pendidikan"Negara"kita"sepatutnya"ialah"membebas"
dan" memberi" inspirasi" kepada" potensi" individu," membangunkan" kebolehan"
menganalisis," memotivasikan" keyakinan" bagi" kebolehan" jasmani" dan" mental,"
mengajar" teknik" dan" ilmu," menjadikan" individu" berdinamik" dan" berinisiatif,"
memperjuangkan"kebaikan"bagi"sendiri"dan"masyarakat

Di sini saya ingin memaparkan diantara kebaikan-kebaikan peperiksaan terhadap pelajar-pelajar, iaitu:
1. Peperiksaan besar berkemungkinan akan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh
supaya dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berkelulusan tinggi. Kekadang peperiksaan mampu mengubah seseorang
pelajar yang tidak berakhlak dan bodoh kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui peperiksaan kita akan
dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan dan sesungguhnya kita akan dapat menilai dan merasakan bahawa usaha kita
menghulur tangan kepada sekalian cikgu dan keprihatinan kita yang sentiasa berjaga malam hanya kerana ingin mengulangkaji
tidak disia-sia.
2. Peperiksaan boleh mengajar seseorang pelajar bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan. Sebelum kita berjaya
melunaskan cita-cita kita tentu saja banyak dugaan yang mendatang seperti ada seorang pelajar bergelar otak cair yang
merupakan saingannya. Tentu mereka akan menemui pelbagai kesusahan kerana mempunyai kepandaian yang sama. Peperiksaan
akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang pelajar itu.
3. Peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar-pelajar yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang
sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan
seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi.
4. Peperiksaan juga dikategorikan sebagai satu pengajaran kerana pelajar akan dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan
semasa menulis atau membaca.
Keburukannya juga ada banyak seperti:
1. Peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana siang malam, setiap hari dan setiap ketika,
hanya satu kerjanya membaca, belajar, membaca, belajar. Oleh itu, ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk menolong pelajar
tersebut supaya tiada tekanan emosi dalam bidang pembelajaran.
2. Peperiksaan juga boleh merosakkan kebahagiaan seorang pelajar kerana kekadang ibubapa sering tidak ambil endah dan tidak
sesekali memberi sokongan moral terhadap anaknya sendiri. Lebih teruk lagi jika pelajar itu tidak pernah merasa kasih sayang
kedua ibu bapanya yang hanya mahukan kemegahan dan bersombong dengan keputusan yang disandang oleh anaknya.
3. Kesihatan pelajar juga boleh terjejas jika sentiasa meremeh-temehkan waktu menjamu selera kerana hendak mengulangkaji.
Bukankah sia-sia jika pelajar itu terlajak tidur kerana tidak cukup tidur ataupun kerana tidak sihat maka tidak hadir ke dewan
peperiksaan.
Itulah kebaikan dan keburukan yang dapat saya huraikan. Di sini saya ingin menekankan bahawa seseorang yang bergelar pelajar
seharusnya mengenal erti peperiksaan demi untuk mencapai cita-cita yang besar.

Anda mungkin juga menyukai