Anda di halaman 1dari 3

Bidang Linguistik

BIDANG LINGUISTIK

Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang
mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan
ilmu pendidikan dan psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan
teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan
bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan
makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur
bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan
bahan-bahan mengajarkan bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah
terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa
asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik
gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita
hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara
universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin
ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik
dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan
peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.



Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu
cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa
supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-
bahasa itu.
"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-
bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah
berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang
bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem
morfologi, sintaksis, dan leksikon.
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-
perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau
morfologi, dijangka amat tetap.
Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu
berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan
perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang
seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu
berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik
perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,
khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui
masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang
tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul(etimologi) sesuatu bahasa.
Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi
sejarah yang dilaluinya melalui masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk
mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau
hingga kini.
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah
untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang
sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau
seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini
memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini
disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek
yang dibandingkan itu.

Linguistik Kontekstual
Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras
mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang
linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi
dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik
merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik
dengan masyarakat pada keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah
berinteraksi dengan linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan
dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk
pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains
kognitif.

Anda mungkin juga menyukai