Anda di halaman 1dari 20

Membantu Murid Menguasai Konsep Menolak Dengan Mengumpul

Semula Dalam Matematik Dengan Menggunakan Bahan Manipulatif


Berupa Segi Tiga Ajaib
Oleh:
Lee Yih Chuinn

1.0 Pendahuluan
Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang
ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini bersesuaian dengan harapan
untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai
bidang.
Oleh itu penguasaan Matematik adalah menjadi tunjang kea rah pencapaian
matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai
bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi.
Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang untuk menceburi pelbagai
bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains computer dan teknologi.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan Matematik amat berguna
dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,
arkitek dan lebih-lebih lagi sebagai pelajar. Maka adalah menjadi tanggungjawab para
pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik di sekolah berjaya.
Bagi mencapai hasrat tersebut, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang hendaklah menggunakan pendekatan yang berfokuskan murid dengan
menggunakan kepelbagaian teknik dan sumber pembelajaran untuk menghasilkan
keberkesanannya. Selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, didapati
corak pembelajaran perlu memberi banyak ruang dan peluang kepada murid untuk
mendapatkan sendiri ilmu sementara guru perlu menjadi pendamping atau fasilitator
sahaja.
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kesan penggunaaan bahan bantu
mengajar jenis Segi Tiga Ajaib dalam membantu murid-murid bermasalah dalam
menolak dengan mengumpul semula dalam Matematik. Diharap usaha ini akan
mendorong guru-guru Matematik mengintegrasikan penyelidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah yang sama.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Semasa saya menjalankan praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah
Pontian, saya mendapati murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah dalam
Matematik. Murid-murid Sekolah Kebangsaan adalah lebih lemah dalam Matematik
berbanding subjek lain. Saya telah mengesan perkara ini semasa saya mengajar murid-
murid kelas saya bagi mata pelajaran Matematik di bawah tajuk menolak dengan
mengumpul semula.
Selain itu, saya juga dapat memerhati bahawa murid-murid suka dengan objek
yang konkrit dan berwarna-warni. Melalui pemerhatian saya, mereka akan lebih
bersemangat untuk belajar dengan adanya penggunaan bahan bantu mengajar yang
berbentuk konkrit dan berwarna-warni dalam proses P&P. Murid-murid juga akan
bertambah seronok untuk belajar sekiranya guru melibatkan mereka dalam proses P&P
yang adanya bahan bantu mengajar jenis konkrit tersebut. Tambahan pula, murid-murid
juga akan lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan oleh
guru. Oleh itu, keadaan dan situasi ini amat menarik perhatian saya. Saya percaya
bahawa sekiranya penggunaan bahan bantu mengajar dapat dilaksanakan dengan lebih
sistematik lagi dan melalui bimbingan guru, murid-murid akan dapat meningkatkan
keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu konsep dengan lebih baik lagi.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan
manipulatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya termasuklah Patrick
W.Thompson (1994), Matthew Boggan, Sallie Harper dan Anna Whitmire (2009). Oleh
itu dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan bahan manipulative dalam proses
mengajar demi meningkatkan keupayaan seseorang murid untuk menyelesaikan soalan
tolak jenis mengumpul semula dalam lingkungan 10000 bagi subjek Matematik. Dalam
perkara ini bahan bantu mengajar digunakan bersama-sama dengan bimbingan yang
diberikan guru semasa pengajaran dijalankan. Saya berharap bahawa dapatan kajian ini
akan dapat menghasilkan ilmu baru kepada saya dan memberi sumbangan kepada
peningkatan keberkesanan pengajaran Matematik dalam bilik darjah.

2.0 Isu Keprihatinan
Melalui praktikum Fasa III ini, saya telah mendapati murid-murid kelas saya yang
mengalami masalah untuk mengalami konsep asas penolakan. Saya dapat mengesan
masalah murid-murid tersebut semasa mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 3.
Ada sebanyak empat orang murid saya yang tidak dapat menyelesaikan soalan tolak
dengan betul, khususnya bagi soalan tolak dengan mengumpul semula. Melalui ujian
diagnostik yang dijalankan di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa mereka tidak
dapat menguasai konsep asas tolak dengan sepenuhnya.
Menyedari akan masalah murid-murid ini, saya pernah menggunakan dekak-
dekak sebagai bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep asas bagi penolakan
dengan mengumpul semula. Namun, mereka tetap akan menghadapi masalah semasa
menyelesaikan soalan tolak dengan kumpul semula. Perkara yang sama berlaku
dengan pengajaran mengira dengan menggunakan jari tangan ataupun melukiskan
bulatan di tepi soalan. Oleh itu, saya pun terpaksa mencari satu lagi alternatif dan jalan
penyelesaian yang lebih sesuai untuk murid-murid tersebut.
Selepas membuat beberapa carian dan rujukan di Internet, akhirnya saya dapat
satu cara yang difikirkan efektif untuk membantu murid-murid yang bermasalah tersebut.
Saya memutuskan untuk membuat satu bahan bantu mengajar berbentuk segi tiga
untuk membantu murid-murid menguasai konsep asas tolak dengan mengumpul semula.
Saya mengelar bahan bantu mengajar tersebut sebagai Segi Tiga Ajaib. Disebabkan
keempat-empat murid saya tidak menghadapi masalah dalam tajuk tambah, maka saya
pun cuba menggunakan kemahiran tersebut dalam bahan bantu mengajar saya kali ini.
Mula-mula, setiap murid akan diberikan satu Segi Tiga Ajaib. Mereka
diterangkan bahawa sudut di atas adalah seluruh manakala sudut di kedua-dua sisi
adalah bahagian-bahagian daripada seluruh tersebut. Murid-murid kemudian diminta
meletakkan simbol tambah di tengah Segi Tiga Ajaib tersebut. Selepas itu, guru
menyuruh murid-murid untuk menuliskan nombor bulat di dalam sudut kedua-dua sisi
tersebut. Contohnya, 7 dan 8. Dengan adanya nombor tersebut, murid-murid pun
diminta menambahkan kedua-dua nombor bulat tersebut dan menuliskan jawapan di
dalam sudut atas.
Guru kemudian mengingatkan murid-murid 7 dan 8 adalah sebahagian daripada
15. Dengan erti kata yang lain, 7 tambah 8 adalah sama dengan 15, disebabkan oleh
simbol tambah di tengah segi tiga tersebut. Oleh itu, guru pun cuba menukarkan simbol
tambah dengan simbol tolak dan meminta murid-murid untuk cuba menuliskan ayat
Matematik yang betul daripada segi tiga tersebut. Selepas murid-murid siap menuliskan
ayat Matematik tolak, guru pun akan menerangkan kepada murid-murid bahawa operasi
tambah adalah terbalik dengan operasi tolak, di mana nombor yang lebih kecil ditambah
untuk mendapatkan nombor yang besar bagi operasi tambah manakala nombor yang
besar menolak nombor yang kecil bagi operasi tolak.
Saya memilih Segi Tiga Ajaib ini sebagai bahan bantu mengajar saya kali ini
adalah kerana ianya adalah lebih interaktif dan dapat menarik minat murid-murid untuk
belajar selain daripada membantu murid untuk menguasai kemahiran asas tolak secara
tidak langsung.









Whole / Seluruh
Part / Bahagian
7 + 8 = 15












3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
Membantu murid dalam menyelesaikan konsep masalah tolak dengan
mengumpul semula dengan menggunakan Segi Tiga Ajaib
Menambahbaik amalan p&p saya melalui penggunaan Segi Tiga Ajaib untuk
membantu murid menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula

7
8
+
7
8
15
+
15 8 = 7 / 15-7 =8
15
7
8
-
4.0 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:
Bagaimanakah Segi Tiga Ajaib dapat membantu peserta kajian dalam
menyelesaikan konsep masalah tolak dengan mengumpul semula?
Bagaimanakah Segi Tiga Ajaib dapat menambah baik amalan kendiri saya
dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkaitan dengan
menyelesaikan konsep masalah tolak dengan mengumpul semula untuk mata
pelajaran Matematik Tahun 3?

5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di salah
sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Pontian. Subjek kajian adalah empat orang
bermasalah pembelajaran yang berumur 9 tahun. Murid-murid ini adalah dipilih di
kalangan murid-murid lain yang diajar oleh guru.
Peserta kajian adalah dipilih berdasarkan ujian diagnostik dan pemerhatian.
Empat orang yang berpencapaian rendah dalam ujian diagnostik yang diberikan oleh
guru telah dipilih sebagai subjek. Subjek kajian yang dipilih turut suka akan bahan
manipulatif dan tidak bersikap menentang sekiranya bahan manipulatif digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Hasil dapatan maklumat yang diperoleh
daripada buku rekod maklumat murid turut menunjukkan bahawa kesemua mereka
adalah tergolong di kalangan keluarga berpendapatan sederhana. Keempat-empat
murid tersebut adalah merupakan murid berbangsa Melayu.
6.0 Pelaksanaan Kajian
6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
Sebelum kajian dijalankan, guru memberikan murid-murid lembaran kerja
berkaitan dengan soalan tolak dengan mengumpul semula. Setelah menyemak hasil
kerja murid-murid, guru pun mendapati ada di kalangan murid-murid yang memberikan
jawapan yang salah bagi soalan-soalan tersebut.



Contoh Jawapan Murid A
Lampiran 1 pula menunjukkan ujian pra yang diberikan kepada murid sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Lampiran 1 menunjukkan contoh-
contoh soalan tolak dengan mengumpul semula. Seterusnya empat orang murid yang
paling lemah telah dipilih sebagai subjek bagi kajian ini. Bilangan murid yang dipilih
adalah sedikit sahaja demi membolehkan penyelidik memberikan tumpuan yang
sepenuhnya kepada murid yang paling lemah dalam kelas. Ujian pra diberikan bertujuan
untuk mengesan tahap pencapaian murid dan menentukan tahap penguasaan mereka
sebelum memberikan rawatan yang bersesuaian. Ujian pra dijalankan secara individu
supaya keputusan murid bagi ujian pra tersebut akan menjadi lebih tepat dan jitu.
Keadaan ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada meniru jawapan murid-murid
yang lain.
Selepas mengenal pasti tahap pencapaian murid, murid-murid akan didedahkan
dengan Segi Tiga Ajaib yang disediakan pada minggu pertama. Sesi rawatan
dijalankan selama 2 hari dalam seminggu dan setiap sesi mengambil masa 30 minit.
Guru memperkenalkan Segi Tiga Ajaib kepada murid-murid dan menerangkan
penggunaan Segi Tiga Ajaib tersebut kepada murid-murid. Guru kemudian
menunjukkan cara menggunakan Segi Tiga Ajaib tersebut untuk mendapatkan
jawapan. Murid-murid kelihatan teruja dengan Segi Tiga Ajaib tersebut tetapi masih
belum dapat menguasai konsep menolak dengan mengumpul semula lagi. Pada minggu
kedua, guru memberikan setiap orang murid satu set Segi Tiga Ajaib tersebut dan
murid dibenarkan berinteraksi dengan set tersebut. Guru kemudian mendemonstrasikan
sekali lagi cara menggunakan Segi Tiga Ajaib tersebut sambil diikuti oleh murid-murid
dengan set masing-masing. Guru turut mengambil peluang ini untuk mengajar murid-
murid tolak dengan mengumpul semula dalam lingkungan 100.
Pada minggu ketiga ini pengkaji akan menyuruh murid-murid menggunakan
Segi Tiga Ajaib ini untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan tolak dengan
mengumpul semula. Guru akan membuat pengulangan demi mengukuhkan ingatan
murid-murid tentang pengajaran pada minggu lepas. Soalan dengan nilai tempat hingga
ratus diberikan. Murid belajar menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula
dalam lingkungan 1000. Sesi rawatan diperbaiki dengan memberikan rawatan kumpulan
disusuli dengan rawatan secara individu. Murid yang lebih lemah akan diajar secara
individu dan berasingan selepas sesi rawatan berkumpulan.
Pada minggu keempat pengkaji masih menggunakan bahan bantu mengajar
yang sama tetapi penambahan soalan yang lebih mencabar lagi. Murid diajarkan tolak
dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10000 sebelum dikehendaki
menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula yang melibatkan nilai tempat
puluh, ratus dan ribu yang diajar dalam keempat-empat minggu ini. Guru menggunakan
ganjaran untuk mengukuhkan ingatan murid-murid tentang tolak dengan mengumpul
semula yang betul.
Pada hujung setiap sesi rawatan, murid-murid akan diberikan satu latihan
penilaian ringkas yang digunakan untuk mengesan tahap kemajuan murid. Rekod
kemajuan murid akan direkod dengan menggunakan borang seperti dalam Lampiran 2
untuk digunakan sebagai satu indikator. Semasa sesi rawatan, rakaman video turut
dibuat untuk merakamkan interaksi murid dengan rakan dan dengan guru dan segala
proses yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selepas tamat sesi rawatan, murid-murid diberikan ujian pasca seperti dalam
lampiran 3 untuk menentukan tahap penguasaan murid terhadap tolak dengan
mengumpul semula dalam Matematik.



6.2 Perancangan cara mengumpul data
6.2.1 Ujian
Ujian pra diberikan kepada murid sebelum tindakan pembelajaran menggunakan
Segi Tiga Ajaib dijalankan. Ujian pra mengandungi ujian menyelesaikan soalan
Matematik tolak dengan mengumpul semula. Seterusnya ujian tolak yang menguji
kemahiran murid dalam soalan tolak dengan mengumpul semula juga akan diberikan
selepas sesi pembelajaran menggunakan Segi Tiga Ajaib ditamatkan.

6.2.2 Pemerhatian melalui rakaman video
Dalam kajian ini pemerhatian akan dijalankan dengan menggunakan rakaman
video. Rakaman video yang dijalankan akan merakamkan aktiviti yang terlibat dalam
proses pengajaran untuk membolehkan penyelidik mengkaji tingkahlaku murid, peranan
penyelidik, menganalis kekuatan dan kelemahan penyelidik sepanjang proses p&p dan
seterusnya untuk membolehkan penyelidik membuat penambahbaikan terus menerus
sepanjang kajian dijalankan. Melalui rakaman video penyelidik boleh menganalisis dan
menjawab persoalan bagaiamana penggunaan Segi Tiga Ajaib membantu murid untuk
meningkatkan keupayaan mereka bagi menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul
semula dalam Matematik.

6.3 Rekod kemajuan murid
Rekod kemajuan murid merupakan catatan kemajuan yang dicapai oleh murid
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu jadual yang
digunakan untuk merekod kemajuan yang dicapai dan memberi peluang kepada
penyelidik untuk memberi ulasan dan membuat catatan terhadap kemajuan yang dicapai.
Melalui rekod ini penyelidik dapat membuat refleksi terhadap kemajuan murid,
merancang langkah yang akan diambil seterusnya dan boleh mengubah strategi
pengajaran dan pembelajaran sekiranya murid tidak menunjukkan sebarang kemajuan.
Di samping itu ia memberi peluang kepada penyelidik untuk memberi perhatian dan
tumpuan terhadap kemahiran yang belum dikuasai oleh seseorang murid dan memberi
perhatian khusus terhadap perkara tersebut. Akhirnya rekod ini memberi maklumat
kepada penyelidik samada murid telah mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan
sebelum ini dan samada kajian telah pun boleh ditamatkan.

7.0 perancangan cara menganalisis data
Analisis yang dibuat melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir
yang asas untuk menganalisis sesuatu data supaya data dapat ditaksir dan difahami
dengan jelas. Analisis data perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan bersifat deskriptif.
Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan pemahaman dan
menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui (Poh, 2005).


7.1 Analisis ujian
Dalam kajian ini prestasi murid dalam ujian ditunjukkan oleh markah yang
mereka perolehi dalam ujian pra dan ujian pasca. Markah ujian pra menunjukkan
prestasi mereka sebelum pembelajaran menggunakan Segi Tiga Ajaib dijalankan.
Sementara markah ujian pasca menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran
dengan Segi Tiga Ajaib dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan
ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam prestasi di kalangan murid-murid dan
menunjukkan keberkesanan penggunaan Segi Tiga Ajaib tersebut.

7.2 Analisis rekod kemajuan murid
Rekod kemajuan murid dianalisis berdasarkan kemajuan yang telah mereka
capai berdasarkan catatan yang dibuat. Analisis dibuat secara kualitatif di mana
penyelidik membuat analisis berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh seseorang
murid bukannya skor markah yang diperolehi. Melalui pendekatan ini penyelidik boleh
memahami secara mendalam masalah yang dihadapi oleh seseorang murid dan
membantunya menyelesaikan masalah tersebut dan meningkatkan prestasinya. Di
samping menentukan kemajuan murid, ia membolehkan penyelidik memberi tumpuan
kepada masalah yang dihadapi oleh murid dan menumpukan perhatian kepada aspek-
aspek yang belum dikuasai murid.





















8.0 Perancangan pelaksanaan tindakan
Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan

Carta Gantt Perancangan Kajian

Aktiviti
Jan 2013 Feb 2013 Mac 2013
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Membina ujian diagnostik
2 Mentadbir ujian diagnostik
3 Menganalisis ujian diagnostik
4 Membina ujian pra dan pasca
5 Membina Segi Tiga Ajaib
Melaksanakan ujian pra
6 Melaksanakan sesi P&P
7 Merekod sesi pengajaran
8 Menjalankan ujian Pasca
9 Menganalisis dapatan
10 Menulis Laporan
11 Pemurnian Laporan
12 Penjilidan


9.0 Kos Kajian
Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual
kos kajian di bawah.

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x
HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1. Fotostat bahan ujian
dan laporan kajian
RM10.00
2. Segi Tiga Ajaib 5 X RM10.00 RM50.00
JUMLAH RM60.00











Lampiran 1: Ujian Pra
Nama murid: ________________________________________

a. 2316 b. 4820 c. 1008
- 8 - 9 - 57




d. 2513 e. 5024 f. 4715
- 58 - 986 - 389




g. 7000 h. 6045 i. 8032
- 2815 - 2534 - 1099


Menguasai Tidak menguasai
Lampiran 2: Rekod Kemajuan Murid

Bil Nama Murid Minggu
1
Minggu
2
Minggu
3
Minggu
4













Lampiran 3: Ujian Pasca
Nama murid: ________________________________________

a. 2316 b. 4820 c. 1008
- 8 - 9 - 57




d. 2513 e. 5024 f. 4715
- 58 - 986 - 389




g. 7000 h. 6045 i. 8032
- 2815 - 2534 - 1099



Menguasai Tidak menguasai
Bibliography

Ahmad Rizal Madar, *Yahya Buntat . (2006). KEUPAYAAN VISUALISASI DAN GAYA
KOGNITIF PELAJAR MELALUI PERISISAN MULTIMEDIA. Seminar TVE06 .
Dahl, L. (2011). THE IMPACT OF MANIPULATIVES ON LEARNING IN THE
ELEMENTARY AND MIDDLE SCHOOL MATHEMATICS CLASSROOM.
Dr. Mohd Mustafa al-Absi, Dr. Mohd Baker Nofal. (2010). The Effect of Using
Manipulatives on the Mathematical Achievement of the First Grade Students.
Damascus University Journal, Vol. 26, No (4), 2010.
Ebert, A. K. (n.d.). Behaviorism vs. Constructivism in the Technological Secondary
Education Classroom.
Handal, B. (2003). Teachers Mathematical Beliefs: A Review. The Mathematics
Educator 2003, Vol. 13, No.2, 47-57.
Ikhsan Othman, Rohizani Yaakub. (2010). APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI
DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol. 25, 2132, 2010.
Matthew Boggan, Sallie Harper, Anna Whitmire. (2009). Using manipulatives to teach
elementary mathematics . Journal of Instructional Pedagogies.
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin, Siti Hazwani Mohamed Rozi . (2010).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN
AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS.
Nur Jauharatudini binti Noordin, Samsiah binti Hapi, Damsiah binti Darlis. (n.d.). Folio-
Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi
mata pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. KPR
5063:KAJIAN TINDAKAN DALAM PENYELIDIKAN.
Sihes, A. J. (2005). TEORI PEMBELAJARAN.
Siti Rahaimah Bt Hj Ali, Noraini Idris. (2011). A MODEL TO IDENTIFY THE LEVEL OF
NUMERACY UNDERSTANDING OF PRIMARY SCHOOL PUPILS : A CASE
STUDY. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA.
SITI RAHAYAH ARIFFIN, ROSENI ARIFFIN, HAFSA MOHAMED MAKKI. (2008).
Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar Remaja . Jurnal
Pendidikan 33 (2008) 35-46.
Suhendri, H. (2012). PENGARUH KECERDASAN MATEMATIS-LOGIS, RASA
PERCAYA DIRI, DAN KEMANDIRIAN BELAJAR TERHADAP HASIL BELAJAR
MATEMATIK. PROSIDING ISBN : 978-979-16353-8-7 .
Wen-Long Chang, Yuan Yuan, Chun-Yi Lee, Min-Hui Chen, Wen-Guu Huang. (2013).
Using Magic Board as a Teaching Aid in Third Grader Learning of Area Concepts.
Chang, W.-L., Yuan, Y., Lee, C.-Y., Chen, M.-H., & Huang, W.-G. (2013). Using
Magic Board as a Teaching Aid in Third .
Yeni, E. M. (2011). PEMANFAATAN BENDA-BENDA MANIPULATIF UNTUK
MENINGKATKAN PEMAHAMAN KONSEP GEOMETRI DAN KEMAMPUAN
TILIKAN RUANG SISWA KELAS V SEKOLAH DASAR. Edisi Khusus No. 1,
Agustus 2011.











Jurnal Reflektif
Semasa saya menerima kerja kursus ini, saya berasa agak teragu-ragu dengan
kemampuan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ini adalah kerana ini adalah kali
pertama saya dikehendaki untuk membuat kertas cadangan bagi sesuatu penyelidikan
tindakan. Tambahan pula, tidak pernah saya dapat imaginasikan bahawa saya akan
menghasilkan jurnal-jurnal pendidikan seperti yang pernah saya nampak ataupun muat
turun daripada Internet sebelum ini. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Encik Sukiman
bin Saad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang proses ini.
Untuk menghasilkan sesuatu kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan
sememangnya satu proses yang susah dan bukan boleh diselesaikan dalam satu dua
hari sahaja. Oleh itu, saya nak mengucapkan sejuta-juta penghargaan kepada
pensyarah bimbingan saya kali ini, Puan Norrila binti Satari atas idea dan cadangan
penambahbaikan yang diberikannya. Tidak lupa juga kepada rakan saya, Chua Hooi
Hien, Lee Kezin dan Ng Yi Mei yang menjalankan praktikum di sekolah yang sama
dengan saya. Kami telah menjalankan sesi perbincangan bagi penyiapan kerja kursus
sepanjang masa.
Penyelidikan tindakan ini adalah penting kepada kita sebagai seorang bakal guru.
Ini adalah kerana guru adalah juga merupakan seorang penyelidik, dan semua guru
perlulah tahu bagaimana untuk menyelidik. Dapatan kajian dapat membantu individu,
kumpulan ataupun sesuatu organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan
juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam konteks bilik darjah,
guru-guru perlu membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
masing-masing dari semasa ke semasa. Dengan ini, barulah kelemahan yang dikenal
pasti dapat diperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa
terhadap amalan kita.
Selain itu, penyelidikan turut dapat membantu guru-guru memberi penjelasan
terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam amalan P&P, pengurusan bilik darjah
dan pengurusan organisasi pendidikan. Kita sebagai guru yang berperanan sebagai
pengurus pembelajaran dan pengurus pentadbiran sekolah sudah tentulah akan
senantiasa menghadapi fenomena tertentu sepanjang menjalankan tugas. Ada di
kalangan fenomena tersebut akan memberikan impak positif dan sebaliknya. Sering kali
kita sendiri pun tidak dapat memahami kenapa keadaan sedemikian berlaku. Maka
menerusi penyelidikan ini ia pun dapat membantu memberikan kita penjelasan
sekiranya sesuatu fenomena tersebut perlu ditangani dengan cara yang betul.
Tambahan pula, melalui penyelidikan juga deskripsi sesuatu fenomena
(description) dapat disediakan dengan jelas dan terperinci berkaitan dengan bidang
yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena tersebut. Penyelidikan juga
dapat membantu guru untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
melaksanakan tugas harian. Sekiranya kita menyelesaikan masalah tanpa mencari
punca masalah sebenarnya, kemungkinan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan
dengan baik, malahan masalah lain yang rumit turut akan menyusul.
Seterusnya, ungkapan seperti guru adalah pengamal reflektif yang sering
kedengaran turut menunjukkan bahawa dalam era kualiti diukur dan akauntabiliti ditekan
ini, pemastian kualiti pendidikan adalah penting. Maka penyelidikan pun adalah
merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar pemastian kualiti
pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat Negara dan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Secara kesimpulannya, meskipun penyelidikan tindakan ini merupakan satu hasil
kerja yang mencabar dan memakan masa, namun adalah tidak dapat dinafikan bahawa
ia dapat melatih kita untuk menjadi seorang guru yang lebih unggul lagi. Guru
merupakan satu watak yang tidak boleh berkurangan dalam melahirkan tonggak Negara
masa depan, maka kita sebagai guru haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan dan berwawasan demi
memastikan wawasan 2020 negara kita dapat dicapai. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai