Anda di halaman 1dari 7

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Cara Membuat Topeng


Dalam kerja kursus Seni Dalam Pendidikan yang berkod WAJ 3107 ini, kami adalah dikehendaki untuk membuat satu topeng haiwan untuk mempersembahkan satu drama. Oleh itu, kumpulan kami pun memilih untuk membuat drama yang bertajuk Sang Harimau Yang Tamak Haloba. Saya adalah bertanggungjawab untuk memainkan watak Sang Kancil. Untuk membuat topeng Sang Kancil ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dan saya telah memilih kaedah belon untuk membuat topeng Sang Kancil tersebut. Terdapat beberapa langkah yang penting untuk membuat topeng tersebut. Langkah yang pertama adalah meniup satu belon yang saiznya adalah sama dengan saiz kepala saya.

Belon yang ditiup

oleh saya.

Selepas habis meniup belon tersebut, langkah yang seterusnya pula adalah untuk menampalkan surat khabar yang basah ke atas belon tersebut. Sebelum ini, saya telah memotong helaian surat khabar tersebut kepada beberapa kerat demi memudahkan proses penampalan ke atas belon.

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Surat khabar yang dipotong kepada beberapa kerat.

Proses penampalan surat khabar yang basah ke atas belon.

Apabila habis menampal surat khabar yang merupakan lapisan pertama ke atas belon, saya terus dengan menampal surat khabar lapisan yang kedua dengan serta-merta. Langkah ini diteruskan sehinggalah ke surat khabar lapisan yang keempat siap ditampal di atas belon. Selepas itu, saya pun membiarkan belon yang ditampal dengan surat khabar yang basah tersebut kering selama 1 jam. Selepas 1 jam, saya pun meneruskan langkah di atas, iaitu menampal surat khabar ke atas belon tersebut. Tetapi kali ini saya menggunakan gum P.V.A untuk menampal surat khabar ke atas belon tersebut. Tujuan saya menggunakan gum P.V.A kali ini adalah untuk mengukuhkan serta mengeraskan bentuk asas, iaitu bulat yang dibuat daripada surat khabar tersebut. Selain itu, ini

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

turut akan memudahkan proses untuk mengeluarkan belon tanpa menjejaskan bentuk bulat yang dibentuk nanti.

Gum P.V.A yang digunakan untuk menampal surat khabar ke atas belon.

Gambar menunjukkan cara saya

menampal surat khabar ke atas


belon dengan menggunakan gum P.V.A.

Saya menampal suratkhabar ke atas belon dengan menggunakan P.V.A sebanyak tiga lapisan berbanding dengan empat lapisan yang dibuat dengan suratkhabar yang ditampal menggunakan air. Selepas habis tampal tiga lapisan

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

tersebut, maka saya pun membiarkan belon itu kering selama 2 jam sebelum meneruskan langkah yang seterusnya. Langkah yang seterusnya pula adalah untuk menampalkan kertas A4 menggunakan gum P.V.A ke atas belon. Tujuan menampal kertas A4 adalah untuk mencantikkan permukaan bentuk bulat yang akan dijadikan topeng nanti selain daripada mengeraskan lagi surat khabar yang digunakan untuk menampal belon awal tadi. Setelah kertas A4 siap ditampal, maka saya pun membiarkan ia kering selama 1 jam. Selepas itu, saya pun melepaskan angin belon tadi. Kelihatan satu bentuk bulat mimik belon sudah pun terhasil. Dengan berhati-hati, saya pun mengeluarkan sebahagian surat khabar yang ditampal dengan air tadi yang sudah pun tidak berapa melekat. Selepas itu, saya pun menggunakan pisau pemotong untuk mengerat bentuk bulat tersebut supaya ia sesuai dengan saiz bentuk muka saya. Tanpa melengahkan masa, saya pun memotong dua bulatan yang melambangkan mata pada bentuk bulat tersebut. Ini diteruskan dengan proses menghasilkan sepasang telinga serta hidung dan mulut Sang Kancil dengan menggunakan surat khabar. Setelah siap melipat, saya pun menggunakan masking tape untuk melekatkan bahagian-bahagian tersebut pada model saya. Setelah habisnya langkah-langkah di atas, maka pun tibalah masanya untuk saya menyembur model saya. Saya menggunakan penyembur yang berwarna perang tua untuk menyembur model saya. Selepas habis menyembur, saya pun membiarkan model saya kering selama 2 jam. Maka pun terhasillah topeng Sang Kancil saya.

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Hasil produk, topeng Sang Kancil saya.

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Refleksi
Semasa saya menerima kerja kursus berkod WAJ 3107 yakni Seni Dalam Pendidikan ini, saya berasa agak gelisah. Ini adalah kerana kerja kursus ini meminta kami untuk membuat satu topeng haiwan selain daripada mempersembahkan satu drama selama 10 minit secara kumpulan. Namun, dengan bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah saya, Cik Junaidah, dapatlah saya menyempurnakan kerja kursus ini dapat menghantar tepat pada masanya. Melalui kerja kursus ini, adalah tidak dinafikan bahawa saya telah dapat mempelajari beberapa perkara yang baru. Antaranya adalah kepentingan seni dalam pendidikan diaplikasikan dalam proses P&P di sekolah kelak. Ini adalah kerana melalui lakonan drama seperti yang dilakukan oleh kami, proses P&P akan menjadi lebih menarik lalu menjadikan murid-murid gembira untuk mempelajari pembelajaran dalam kelas. Lakonan ini ditambah dengan kemasukan nilai-nilai moral yang dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang lebih mudah serta efisien. Selain itu, buat julung kalinya, saya turut dapat mempelajari tentang caracara untuk membuat topeng yang tidak diajar semasa kuliah. Oleh itu, kerja kursus ini sedikit banyak memberikan pendedahan kepada saya dari segi penggunaan teknik serta warna yang sesuai dalam membuat satu topeng yang cantik dan menarik. Tambahan pula, saya juga dapat menghayati keindahan serta nilai estetik seni melalui pembuatan topeng tersebut. Namun, terdapat juga perkara yang harus saya memperbaiki pada masa kelak. Antaranya adalah penggunaan warna yang salah pada topeng saya. Hasilnya topeng saya lebih menyerupai seekor anjing daripada seekor sang kancil. Ini adalah kerana saya kurang mahir lagi dalam proses penyemburan tersebut. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan maaf kepada segala masalah yan timbul atas kesilapan saya kali ini. Saya berjanji bahawa saya akan mengingati kesilapan kali ini serta tidak mengulanginya lagi pada masa kelak.

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Secara konklusinya, pengintegrasian unsur seni dalam pendidikan merupakan suatu strategi pengajaran yang cukup sesuai sekali, khasnya bagi murid-murid hari ini yang semakin berminat terhadap objek-objek yang berwarna-warni. Oleh itu, sebagai seorang penyebar ilmu, kami haruslah mengaplikasikan unsur seni ini dalam pengajaran kita kelak.

Anda mungkin juga menyukai