Anda di halaman 1dari 2

Untungnya ada cuti sempena pilihan raya.

Selain menunaikan tanggungjawab kepada agama,


saya manfaatkan cuti tersebut untuk hilangkan stress sebelum exam. Kali ni semua ahli keluarga
balik tak kira yang mengundi ataupun tidak.

Kesempatan ini kami gunakan untuk bertukar-tukar pengalaman mengaji di perantauan. Masing-
masing berebut untuk bercerita, sebagai abang yang prihatin saya lebih banyak jadi pendengar
yang setia sahaja. Antara yang menarik, pengalaman adik saya yang mengaji di Alor Setar.

Satu hari, gurunya Ustaz Rais masuk ke kelas dengan satu set induksi yang sangat mengundang
perhatian. Kalau pun tidak lebih hebat dari student IPG, saya kira setaraf.

Dia masuk ke kelas dengan kedua belah tangan menghunus parang panjang yang biasanya
tokwan kita simpan dibawah almari sahaja zaman sekarang. Tak cukup dengan itu, pinggangnya
disisipkan dengan sepotong kayu yang agak tebal. Wah, memang suspens.

Anak-anak, tengok sini. Di tanganku ada dua bilah parang, satu telah aku asah dengan sangat
tajam sedangkan yang satu lagi tumpul dan berkarat, sambil kayu yang tadinya diikat kemas
dipinggangnya telah dilepaskan ke atas lantai.

Suasana khali. Senyap. Setiap anak mata dalam kelas tersebut tidak melepaskan setiap satu pun
gerak geri yang dilakukan Ustaz Rais. Bahkan ada yang sampai ternganga luas begitu khusyuk
menanti pertunjukan yang akan dilakukan ustaz berketurunan Pattani-Kelantan ini.

Nah, sekarang cuba lihat. Ustaz Rais mengambil parang tajam yang telah diasah sambil
memegang tongkat kayu disebelah tangan kiri. Parang itu diangkat tinggi melepasi ubun
kepalanya. Bila-bila masa kalau dihayun saja parang itu, pastilah akan putus kayu yang
dipegangnya.

Semua orang menunggu jurus ustaz yang seterusnya. Tetapi, sedetik sebelum menyentuh kayu,
parang itu terhenti diudara. Ustaz Rais sekonyong-konyong mengurungkan niat memperlihatkan
jurusnya dan menyapu pandangan ke arah kelas.

Aneh, tiba-tiba beliau berbicara mengenai budu yang mereka makan pagi tadi sampai
mengundang tawa. Dengan dialek Kelantan bercampur loghat Kedahnya yang melucukan, seisi
kelas hampir terlupa episod parang panjang dan bongkah kayu tadi.

Namun, akhirnya beliau mencapai kembali parang tersebut dan mencantas kayu yang sudah
tersedia, tanpa melihat ke arah kayu. Secara bersahaja. Sambil mulutnya terus bercerita tentang
budu. Terdengar suara berderak ketika parang mencapai sasaran. Tapi kayu tersebut tidak juga
putus-putus. Murid-murid terus menanti dengan sabar.

Baik, cuba perhatikan sekali lagi. Kali ini Ustaz Rais mengambil parang berkarat. berbeza
dengan yang tadi, kali ini wajah Ustaz Rais sangat serius. Tidak ada sebuah senyuman pun. Lalu
dengan segenap perasaan dia menghayun parang berkarat itu ke arah kayu.

Tidak terjadi apa-apa. Libasan tadi cuma melukakan sedikit sahaja kulit kayu. Ustaz Rais
menarik tangannya lagi, dan melibas tongkat itu lagi buat kali keduanya, kali ketiga, kali
keempatbertubi-tubi ke arah kayu tadi.

Tapi masih belum putus, dengan sabar Ustaz Rais terus menghayun tangannya. Nafasnya sampai
turun naik. Ahh, kasihan pula anak-anak muridnya melihat keadaan ini. Dahi dan lehernya sudah
dibasahi keringat.

Selepas kesekian kalinya menghayun dengan tekun.plakakhirnya kayu itu patah dua. Dia
menyeka peluh dengan sapu tangan putih sejenak sambil menekur nafas. Lalu Ustaz Rais
mengangkat kembali parang berkarat dan tumpul itu tinggi-tinggi. Anak-anak muridnya masih
tidak mengerti.

Lihatlah anak-anak sekelian. Ini jurus yang handal sakti, bukan untuk kalian praktikkan dengan
tangan, tapi untuk kalian hidupkan dan amalkan dengan jiwa.

Cuba bayangkan. Kalian yang dikurniakan dengan bakat dan otak yang cerdas adalah seperti
parang yang tajam berkilat. Tapi kalau usaha sambil lewa, tidak sepenuh tenaga dan malas, maka
hidup kalian tidak akan sampai ke tahap maksima. Bahkan tidak akan berhasil, kayu tidak akan
patah. Sambil bercerita pasal budu, sambil memotong kayu? Mana mungkin hasilnya
maksimum!

Lihat pula parang yang tumpul dan berkarat itu. Dengan kerja keras, berusaha dengan tekun,
sabar dalam proses perjuangan dan tidak menyerah, maka halangan setinggi mana pun lambat
laun akan berjaya diatasi. Aku sudah buktikan dengan parang yang tumpul pun, kayu itu tetap
putus sekiranya dilakukan berkali-kali tanpa lelah."

Sempena musim peperiksaan, ingatlah teman usaha keras yang anda lakukan pasti akan dinilai
oleh Allah. Kalau Allah tak makbulkan sekarang, jawabnya akan datang. Kalau tak kunjung tiba
juga, Allah sebenarnya menggantikan permintaan dan usaha kita dengan buah yang lebih baik.

Teringat kepada pepatah arab yang tokwan saya ajarkan dalam subjek Mahfuzhat di sekolah
fardhu ain dulu, man jadda wa jada dan man sabara zhafira. Maksudnya siapa bersungguh pasti
akan dapat, dan siapa bersabar pasti beruntung. Itu hukum alam, pasti!

Anda mungkin juga menyukai