Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Bahasa Melayu Kontekstuel


Komunikasi yang berkesan ditentukan oleh tujuh ciri-ciri asas supaya halangan dapat
dihindarkan. J elaskan lima daripada ciri-ciri yang menjadi asas tersebut.
Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima maklumat daipada dua
belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual-bual, maklumat telah disampai
daripada kedua-dua pihak. Tujuan komunikasi ini ialah menyampaikan sesuatu maklumat.
Kontekstuel ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman
harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ini akan membentuk seusatu komunikasi dalam
kehidupan seharian.
Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat
terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah sapaan
ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang
lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua
pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan
membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi
dan menerima maklumat juda telah berlaku dengan bermulanya salam sdan sapaan terhadapa
seseorang.
Bukan dengan sapaan dan salam sahaja yang menjadi asas kepada komunikasi. Sikap ikhlas dan
jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas,
maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai
seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas
sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika
jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi
diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya
komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.
Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan oleh ciri berikutnya iaitu mendengar
dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita
menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang
pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa
yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu
berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu
akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan
mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat
yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan
sesuatu maklumat.
Ciri kamonikasi yang menjadi asas ialah megemukakan soalan yan disukai oleh pihak yang lain.
Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang
lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan
kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan
diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan
membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan
komunikasi seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.
Senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak.
Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati
orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air
muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi
dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka
terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman
menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan adanya ciri-ciri asas yang
dinyatakan tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat
dihindarkan semasa berkomunikasi.
Halangan dalam komunikasi dapat mengelakkan secara berkesan dalam organisasi.
Huraikan bagaimana halangan tersebut berlaku.
Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap iaitu yang pertama pihak atasan ke pihak
bawahan. Kedua pihak bawahan ke pihak atasan dan yang ketiga adalah mendatar.
Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan
maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang
terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum
balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang
menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat
peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak
atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang
timbul daripada kedua-dua belah pihak.
Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat
maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak
semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima
subordinan dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana
perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu,
ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala
pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang
sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah
berlaku dalam sesebuah organisasi.
Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar
ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan
maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah.
Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi
diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi
lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu
sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini.
Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara
kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran
yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang
komunikasi ini.
Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa
komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat
mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-hari.
http://shukri.edublogs.org/ciri-ciri-komunikasi-berkesan/
http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&sqi=2&ved=0CFIQFjAJ&url=ht
tp%3A%2F%2Fmekkelate.files.wordpress.com%2F2008%2F03%2Fkomunikasiberkesan.pdf&ei=Xy70Usr
QI66RiQf5-YHgCw&usg=AFQjCNErEcGDvg0Bo9BbE1JDsecdLvMPLQ&bvm=bv.60983673,d.aGc&cad=rja
http://www.utem.edu.my/pusat_komputer/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=100
&Itemid=58 UTEM

Anda mungkin juga menyukai