Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN BENGKEL

KHSR

PERATURAN KESELAMATAN AM

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel
supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar
dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum
menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk
dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam
bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan
pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku
kemalangan.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan
sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau
lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung
diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan
kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa
berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan
sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan
bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah
selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada
guru dengan segera.


PERATURAN KESELAMATAN ALATAN
DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan
dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru
tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang
selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah
dan mudah terbakar seperti petrol dan cat
serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di
dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan
berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan
alatan kepada guru dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai