Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Dari Surau SK Pekan Pagoh dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran
Peringkat Sekolah Tahun 2012.
Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tu
wassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin Waala alihi wasahbihi ajmain...

1. Yang Berusaha, En Mohd Dolit Bin Manap, Guru Besar SK Pekan
Pagoh.

2. Yang Dihormati En Sanusi Bin Kormain (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran)
En Hashim Bin Abas (Guru Penolong Kanan HEM)
_ Pn Noraini Binti Abu (Guru Penolong Kanan Ko KU)

3. Yang dihormati -
- Guru guru
- Kakitangan sekolah

4. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah 2012 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Surau SK
Pekan Pagoh pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan MajlisKhatam Al-Quran
Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu
agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid
dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang
seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca
Al-Quran sebagai satu budaya .Kesungguhan Panatia Pendidikan Islam serta guru-
guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan
oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan
En Hashim Bin Abas bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
- DOA

Amin amin ya rabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada En Hashim Bin Abas
atas bacaan doa itu tadi...

2. Majlis Khatam Al-Quran

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada
tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan _______________________ bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 46
orang murid-murid tahun 6 SK Pekan Pagoh bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan.

3. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad (ramai-ramai)

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini
diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan semua berdiri.

Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

4. Ucapan alu-aluan Guru Besar
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan
Guru Besar SK Pekan Pagoh, En Mohd Dolit Bin Manap. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
- UCAPAN -
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Dolit Bin
Manap atas ucapan beliau sebentar tadi.

5. Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Dan Miskin

Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian sumbangan. Pada tahun in
seramai 9 orang anak yatim. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala
hormatnya Yg Berusaha En. Mohd Dolit Bin Manap, GB SK PekaN Pagoh untuk
menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-PENYAMPAIAN SUMBANGAN-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Mohd Dolit Bin
Manap kerana sudi menyempurnakan majlis.

6. Penyampaian Cenderahati kepada Guru.
Hadirin hadirat yang diRahmati Allah. Dengan komitment dan usaha murni
kalangan guru-guru kita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan
baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka,cenderahati dihulur mengenang
bakti. Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.

7. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis
penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah Tahun 2012 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ke
majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang
berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir kata Ramadhan hampir melabuhkan tirai, Syawal pula hampir menjelma.
Diizinkan Allah bertemu lagi di lain majlis. Saya sudahi majlis dengan lafaz yang
mulia...Wabillah....Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai