Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang berhormat,

Dato’ Kiyai HjSohali bin Solihin, Mudir dan Pengasas Pusat Pengajian Pondok Kiyai
Hj Sohali Solihin, Sri Merlong, Rengit.

Yang dihormati,

Barisan Ahli Jawatankuasa Surau Nur Qalam.

Seterusnya,

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

1. Alhamdulillah  bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita berkumpul lagi pada tahun ini bagi menyambut peristiwa
penting di dalam Kalendar Islam iaitu Majlis SambutanMaulidur Rasul 1444 H
pada tahun ini. Selawat dan Salam kepada junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W, penghulu segala Rasul, pembawa rahmat sekalian alam.

2. Rabiulawal merupakan tarikh keramat yang amat penting bagi umat islam di
seluruh dunia. Tarikh penting bagi memperingati insan agung iaitu Nabi
Muhammad saw yang diutus untuk memimpin umat manusia keluar dari dunia
kejahilan kepada satukehidupan yang bersyariat.

3. Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah addin atau cara hidup,
dengan mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t, umat islam akan berada dalam
landasan yang benar dan diredhai-nya.
Hadirin sekalian,

4. Rasulullah SAW adalah contoh kepada kehidupan sebena rseorang muslim.


Sifat-sifat kenabian baginda iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh
(menyampaikan) dan fathanah (bijaksana) perlu menjadi contoh dan
tauladan kepada seluruh umat islam. Malah keindahan akhlak baginda turut
disebut dalam al-quran,Surah Al Qalam, ayat 4;

“dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai


akhlak yang amat mulia.”

5. Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah saw terus dikagumi umat islam
walaupun baginda telah lama wafat. Bahkan, Allah swt menyuruh kita
mencontohi dan meneladani akhlak baginda saw kerana kesempurnaan
akhlak yang dimiliki baginda itu dapat mendorong kita menjadi insan yang
berjaya di dunia dan akhirat.

6. Sesungguhya kelahiran Rasulullah S.A.W adalah rahmat kepada sekalian
alam seperti Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ambiya’ ayat 107
yangbermaksud :

“dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

7. Justeru, marilah kita menjadi umat kesayangan baginda dengan mencontohi


keperibadian baginda yang begitu indah dan mengenang kembali segala jasa
dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda kerana

8. Tanpa rindu dan cinta baginda saw kepada kita, tidak mungkin kita dapat
mengecapi nikmat terbesar yang Allah swt sediakan iaitu iman dan islam.
Malah ketika Siti Aisyah r.a ditanya oleh para sahabat tentang akhlak
Rasulullah saw, beliau menjawab dengan singkat; “akhlak Rasulullah saw
adalah al-quran.”
Hadirin hadirat yang dirahmati oleh Allah,

9. Sebagai pengakhir kata saya selaku Pengerusi Surau Nur Qalam


merakamkan setinggi-tinggi pengahargaan kepada seluruh Ahli Jawtankuasa
Surau Nur Qalam, ahli kariah Kg Dato’ Onn, kepada semua yang telah
member sumbangan sama ada buah fikiran, tenaga dan kewangan bagi
menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

10. Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Surau Nur Qalam menyusun jari sepuluh,
mohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan serta tingkah laku dan
tutur kata yang tidak sesuai sepanjang kita bersama-sama menjayakan majlis
ini.

Sekian, Terimakasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai