Anda di halaman 1dari 1

LATAR BELAKANG

Seramai 22 orang guru pelatih Semester 5 (G5.2) PISMP Ambilan Januari 2011 yang
mengikuti kursus WAJ3112 (Kokurikulum Olahraga) terlibat dalam pengelolaan dan
pengurusan kejohanan mini olahraga, di bawah bimbingan pensyarah kursus iaitu En.
Kahar b. Zainudin. Anjuran mini olahraga juga berperanan untuk memupuksemangat
kemasyarakatan dan perpaduan ke arah Satu (1) Malaysia di samping menyemai
dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.
MATLAMAT
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan
olahraga.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii) Kejohanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada
semua pelajar ataupun guru pelatih dalam usaha belajar secara berkesan
iv) Dapat meningkatkan kemahiran mengurus, kemahiran mengelola, kemahiran
melatih dan kemahiran kepegawaian (4K) sesuai dengan halatuju Standard
Guru Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai