Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan Solat 5 Waktu

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersolat Subuh
(pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah
dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan perjanjian).
(Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh
Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah
menyembahkan mukanya ke dalam api neraka. (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang
menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan
(tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab
oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada
hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab
oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada
hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada
solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk
berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah
para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud
kepada matahari. (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak,
perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka
sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila
sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika
matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu
tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan,
rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh.
Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun
dengan merangkak. (Muttafaqun Alaih)


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/kelebihan-solat-5-waktu-terutama-
solat.html#ixzz31GoBeC6U
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Anda mungkin juga menyukai