Anda di halaman 1dari 18

Oleh: Ahmad Fitri Bin Ayub

Bertujuan membantu pelajar menajamkan


pemikiran melalui interaksi dengan orang lain
serta cara bekerjasama dengan individu lain
secara produktif serta berfungsi sebagai ahli
dalam suatu kumpulan/kumpulan.
Lebih menekankan kepada penyiasatan atau
penerokaan secara kumpulan seperti
pembelajaran koperatif dan main peranan( role
play).
Mengikut Joyce et al. (2001), model sosial melatih
pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan
memahami konteks, menyusun maklumat serta
merta dan merangka soalan untuk mendapat data
dan menggabungkan semua maklumat untuk
penyelesaian masalah.
Membantu pelajar dalam menguasai
kandungan pembelajaran dan membantu
mereka memperoleh kemahiran dari aspek
sosial dan hubungan manusia.
Arends ( 2001) berkatafokus utama gaya
pembelajaran ini berkisar kepada tiga
komponen utama iaitu pencapaian akademik,
penerimaan kepelbagaian dan kemahiran
sosial.
Slavin (2005) mengatakan pembelajaran aktif
yang berupaya mengubah suatu situasi
pembelajaran yang pasif kepada suatu yang
dinamis serta berpusatkan pelajar (student
centric).
Umumnya, pembelajaran ini bertujuan
mengubah norma dalam kalangan pelajar
muda agar mereka menerima hakikat untuk
mencapai kecemerlangan dalam
tugasan&pembelajaran.
5 konsep asas pembelajaran koperatif:
1. Pasukan-mengandungi 3-4 orang, berkekalan
untuk satu tempoh masa dan terdiri daripada
ahli yang cerdas, sederhana dan lemah. Juga
terdiri dari pelbagai etnik.
2. Pengurusan pembelajaran koperatif- Kagan
(2004) menyarankan kemahiran pengurusan
yang efisien untuk mewujudkan situasi yang
kondusif untuk melaksanakan pembelajaran
koperatif.
3. Keinginan bekerjasama terdapat tiga cara
untuk mewujudkan keinginan bekerjasama
dan mengekalkannya iaitu pembentukan
pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan
sistem ganjaran/penghargaan.
4. Kemahiran bekerjasama- dapat dipupuk
melalui pemerhatian, pemodelan, main
peranan, penerangan, peneguhan dan
latihan/amalan kemahiran sosial. Kagan
berpendapat empat kaedah paling penting
ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan
main peranan, penstrukturan dan refleksi.
5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif-4
prinsip asas iaitu kebergantungan positif,
interaksi bersemuka, penglibatan seimbang
dan akauntabiliti individu.

Memupuk pencapaian tinggi, bukan
pembelajaran bercorak persaingan dan
individualistik tanpa mengira umur, bidang
dan tugasan
Membawa manfaat kepada pelajar lemah yang
mendapat bantuan daripada pelajar cerdas.
Membawa hubungan baik dari aspek
perhubungan etnik.
Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial
dan perhubungan sosial secara positif dalam
kalangan pelajar.
Menunjukkan peningkatan signifikan konsep
kendiri pelajar.
Pelajar mempunyai kawalan diri
dalaman&mempunyai motivasi intrinsik.
Pelajar lebih berminat dengan bilik darjah.
Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar
dalam memainkan peranan dalam aktiviti
kognitif dan efektif.

Model Main Peranan
Merupakan kaedah berkumpulan yang
berorientasikan proses yang memberi peluang
pelajar berlakon dan mensimulasikan situasi
kehidupan sebenar.
Boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan
melibatkan semua atau sebahagian pelajar.
Memberi peluang kepada pelajar melibatkan
diri dalam lakonan dan perbincangan , serta
melatih mereka melakonkan pelbagai watak
dan mengalami sesuatu situasi.
Dapat membantu pelajar pasif melibatkan diri
dalam aktiviti main peranan dan membina
keyakinan diri.
Senario
Peranan
Taklimat latar
Masa (15-20 minit)
Pemerhati
1. Memerihal satu cara berkomunikasi yang
menerangkan suatu situasi/masalah.
2. Demonstrasi - menunjukkan cara melakukan
suatu tingkah laku/perlakuan agar dicontohi
pelajar lain.
3. Latihan - memberi pendedahan kepada
pelajar tentang penguasaan kemahiran
komunikasi.
4. Cerminan pelajar ditunjukkan bagaimana
tingkah laku mereka dilihat orang lain.
5. Kepekaan memberkan kesedaran kepada
pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-
satu situasi.

Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan
dapat dibentuk dan dipersembahkan di dalam
bilik darjah
Percubaan menyamakan keadaan sebenar
dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat
menguasai konsep yang diajar dan berupaya
memindahkannya ke situasi sebenar.
4 fasa simulasi:
1. Fasa orientasi- konsep, topik, gambaran
umum permainan.
2. Fasa permainan- peraturan, peranan,
prosedur, cara mendapat mata jenis keputusan
dan matlamat simulasi.
3. Fasa penglibatan- pelajar melibatkan diri
sebagai pemain, guru sebagai juri.
4. Fasa kesimpulan- perbincangan pelajar selepas
simulasi tentang hasil pembelajaran, proses
simulasi dan banding beza, hubung kait
aktiviti dengan kandungan kursus.
Peniruan melalui main peranan dan simulasi
dapat menonjolkan tingkah laku positif secara
tidak langsung.
Peranan guru selaku rol model harus
memastikan dan mempunyai tingkah laku
serta perwatakan positif supaya diikuti pelajar.
Peniruan juga dapat dilakukan melalui filem
dan televisyen dan guru berperanan
menasihati pelajar memilih program yang
sesuai ditonton.

Anda mungkin juga menyukai