Anda di halaman 1dari 1

AMALI 6 : SABUN DAN DETERGEN

Tujuan : Menyediakan sabun menggunakan proses saponifikasi


Bahan dan Radas : Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium klorida,
kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai,
tungku kaki tiga, penunu bunsen, tabung uji.

Prosedur:
1. Tuang10cm
3
minyak kelapa sawit ke dalam bikar.
2. Tambah 50cm
3
, 5 mol dm
-3
larutan natrium hidroksida ke dalam minyak kelapa sawit.
3. Panaskan campuran sehingga mend idih.
4. Kacau campuran dengan menggunakan rod kaca.
5. Biarkan campuran mendidih selama 10 minit.
6. Selepas pemanasan,tambah 50cm
3
air suling dan tiga spatula natrium klorida ke dalam
campuran.
7. Panaskan campuran selama 5 minit.
8. Biarkan campuran menyejuk.
9. Tapis pepejal putih yang terhasil dan sabun dan basuhnya dengan sedikit air suling.
10. Tekankan pepejal putih diantara sekeping kertas turas untuk dikeringkan.
11. Sentuh pepejal putih dengan menggunakan jari dan buat pemerhatian. Letakkan sedikit
pepejal putih ke dalam tabung uji. Tambahkan air paip ke dalam tabung uji dan goncangkan
campuran tersebut.
12. Rekodkan pemerhatian.



Soalan :
1. Terangkan ciri-ciri sabun yang dihasilkan.
2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?
3. Tuliskan persamaan perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen ini.
4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan air suling dalam prosedur
11.Terangkan jawapan anda.
5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas hidrolisis lemak atau minyak dalam keadaan
berasid? Terangkan jawapan anda.
6. Namakan 2 teknik untuk menghasilkan sabun.
7. Apakah kelemahan sabun komersial?
8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen?

Anda mungkin juga menyukai