Anda di halaman 1dari 4

PRAKTIKAL 6 Tajuk Pengenalan : Sabun :

Sabun ialah bahan pencuci yang dihasilkan melalui tindak balas antara larutan natrium hidroksida atau kalium hidroksida dengan lemak haiwan atau minytak sayuran. Tindak balas ini dikenali sebagai proses saponifikasi. Lemak dan minyak sayuran ialah ester semulajadi yang bermolekul besar. Apabila lemak atau minyak dididihkan dengan larutan alkali pekat seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida, proses saponifikasi berlaku dan ester ini dipecahkan kepada sabun dan gliserol. Saponifikasi ialah proses hidrolisis beralkali ester dengan menggunakan larutan alkali. Dari segi kimia, sabun ialah garam natrium atau kalium asid karbosilik yang mempunyai rantai hidrokarbon panjang (12 hingga 18 atom C).

Objektif

: Penyediaan sabun melalui proses sapoifikasi

Bahan/radas

: Minyak sawit, larutan sodium hidroksida, serbuk sodium klorida, kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, Benunu Bunsen dan tabung uji.

Prosedur

1. 10 cm3 minyak sawit dimasukkan ke dalam bikar. 2. 50 cm3 larutan natrium hidroksida (5 mol dm-3) dicampurkan ke dalam minyak

sawit. 3. Campuran dipanaskan sehingga mendidih. 4. Larutan itu dikacau menggunakan rod kaca. 5. Pendidihan diteruskan selama 10 minit.
6. Bikar dialihkan

50 cm3 air suling dan 3 spatula penuh natrium klorida

dimasukkan ke dalam larutan. 7. Larutan didihkan sekali lagi selama 5 minit. 8. Larutan dibiarkan sejuk. 9. Sabun dituraskan dan dibasuh dengan air suling.
10. Sabun itu ditekan dengan menggunakan akan kertas turas tersebut untuk

mengeringkannya.
11. Sabun itu diperiksa dengan menggosokkanya pada kulit tangan. Sedikit sabun

dimasukkan ke dalam tabung serta dicampurkan dengan air paip. Larutan tersebut digoncangkan. 12. Pemerhatian direkodkan.

Keputusan

: Pemerhatian

Digosok pada kulit tangan Digoncang dengan air

Perbincangan

1. Selepas penurasan, baki turasan yang berwarna putih adalah sabun kerana sifatnya yang licin dan membentuk buih apabila digoncang dengan air. 2. Sabun yang terbentuk dapat dimendakkan daripada larutan dengan

mencampurkan natrium klorida kepdanya dan dididih semula. 3. Ini kerana natrium klorida akan mengurangkan kelarutan sabun dalam air dan menyebabkannya termendak keluar. 4. Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian dalam eksperimen ini ialah mengawal nyalaan penunu Bunsen. Ini adalah kerana pendidihan campuran minyak sawit dengan larutan natrium hidroksida akan menghasilkan banyak buih.

Kesimpulan

Sabun boleh disediakan daripada minyak sayuran dengan larutan natrium hidroksida pekat melalui proses saponifikasi. Soalan :

1. Nyatakan ciri-ciri sabun yang dihasilkan.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?


3. Tuliskan persamaan perkataan bagi proses saponofikasi yang terlibat? 4. Ramalkan apa yang berlaku sekiranya air suling digantikan dengan air paip.

Terangkan jawapan anda?


5. Adakah sabun boleh dihasilkan dengan hidrolisis lemak atau minyak dalam

keadaan alkali? Terangkan jawapan anda? 6. Namakn 2 teknik berbeza yang digunakan untuk membuat sabun. 7. Apakah keburukan sabun komersial? 8. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat detergen?

Anda mungkin juga menyukai