Anda di halaman 1dari 2

Seseorang pasti bertanya, apakah pentingnya bahasaMelayu ?

Yang jelas, sebagai sebuah negara


berbilang kaum dan agama, adalah penting mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain,
dan hubungan yang baik ini hanya wujud apabila perpaduan wujud antara masyarakat berbilang
kaum dan agama. Salah satu cara ke arah mencapai perpaduan ini ialah dengan mengunakan satu
bahasa penghantar yang sama, iaitu bahasa Melayu. Menerusi perlembagaan, secara jelasnya telah
termaktub bahawa bahasa Melayu memang telah menjadi kewajipan setiap warganegara Malaysia
untuk mengetahuinya. Tetapi bagaimana pula cara pelaksanaan untuk menjadikan ia bahasa
kebangsaan? Adakah bahasa Melayu benar benar menjadi bahasa kebangsaan sedangkan generasi
muda masyarakat bukan Melayu kini tidak menganggap bahasa Melayu sebagai sesuatu yang perlu
dibanggakan sebagai seorang rakyat Malaysia. Walaupun pada masa sekarang, kestabilan dan
kemakmuran antara kaum jelas kelihatan, namun, adakah ianya akan berkekalan pada masa akan
datang jika tiada langkah-langkah segera diambil dalam menyepadukan masyarakat yang berbilang
kaum dan agama ini.
Sebagai contoh, United Kingdom adalah negara yang majoritinya berbangsa English, namun terdapat
ramai masyarakat yang berasal dari India, Pakistan dan China yang menetap dan menjadi
warganegara United Kingdom. Jika dilihat dari dekat, kita dapat lihat bagaimana mesranya hubungan
antara penduduk tempatan dengan golongan pendatang ini. Malah, anak-anak mereka berrmain
antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit. Hubungan yang begitu intim ini menjamin
perpaduan antara kaum dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di United Kingdom. Salah satu
faktor yang membawa ke arah perpaduan ini ialah dengan menggunakan satu bahasa perantaraan
yang sama antara satu sama lain. Sistem pendidikan mereka yang menggunakan satu bahasa sebagai
bahasa rasmi juga menyemai sifat bersatu padu dikalangan pelajar-pelajar yang menjadi teras
keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di United Kingdom.
Berbalik kepada situasi kita di Malaysia. Sejak dahulu lagi, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh
kerajaan kita dalam usaha mewujud dan mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang
kaum dan agama di Malaysia. Namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan,
mahupun oleh setiap individu yang sayangkan keharmonian.
Antaranya,saya mengesyorkan supaya sistem pendidikan negara kita dikaji semula. Ini kerana, pada
masa sekarang, sekolah kerajaan terdiri daripada sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis
kebangsaan. Pada pendapat saya, demi perpaduan, adalah wajar supaya semua sekolah ini disatukan
dan hanya menjadi sekolah kebangsaan, iaitu tiada lagi sekolah jenis kebangsaan. Pelajar pelbagai
kaum dan agama akan diterima masuk ke dalam sekolah kebangsaan ini. Hanya dengan ini sajalah
semua pelajar tidak kira melayu, cina mahupun india, akan dapat bergaul secara lebih rapat lagi
antara satu sama lain dan dapat memupuk persefahaman sejak di bangku sekolah lagi. Jika sistem
yang ada sekarang dikekalkan, maka, dengan jelas dapat dilihat, pelajar melayu hanya mempunyai
rakan melayu, cina hanya mempunyai rakan cina dan pelajar india hanya mempunyai pelajar india
sebagai kawannya. Jika dari peringkat persekolahan lagi mereka telah diasingkan sebegini,
bagaimana perpaduan antara kaum dapat dibentuk? Saya berpendapat, sekaranglah masanya yang
sesuai untuk mengkaji semula sistem ini memandangkan seluruh rakyat telah sedar betapa
pentingnya perpaduan antara kaum dalam mengejar cita-cita negara dan betapa pentingnya
generasi muda ini diterapkan dengan nilai-nilai perpaduan ini.
Bagaimana pula perlaksanaan Sekolah Wawasan? Walaupun semua sekolah, kebangsaan, jenis cina
dan india akan digabungkan, namun, setiapnya akan menjadikan bahasa masing-masing sebagai
bahasa penghantar dan bukannya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Apakah ini
yang akan dapat menjamin perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia kelak?
Saya yakin, seluruh rakyat yang berbilang kaum akan setuju dengan cadangan menggunakan satu
bahasa sebagai bahasa penghantar. Ini kerana pada masa sekarang inipun, telah jelas bahawa ramai
pelajar berbangsa cina dan india, telah dihantar oleh ibu bapa mereka, untuk belajar di sekolah
kebangsaan yang majoritinya pelajar melayu walaupun sekolah jenis kebangsaan juga terdapat
berhampiran kawasan kediaman mereka. Tambahan pula, matapelajaran yang diajarkan di sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan adalah sama, cuma bahasa penghantarnya sahaja yang berlainan.
Tambahan pula, pihak kementerian sedang mengkaji untuk memperkenalkan matapelajaran bahasa
mandarin, arab dan mungkin juga bahasa tamil, sebagai mata pelajaran tambahan bagi mereka yang
ingin mempelajarinya. Ini adalah satu langkah yang bijak dalam marapatkan hubungan antara kaum.
Namun, jika pihak kerajaan masih mewujudkan sistem sekolah jenis kebangsaan, cita-cita untuk
mengeratkan integrasi antara kaum mungkin tidak tercapai sepenuhnya.
Oleh itu, pihak kementerian hendaklah mengkaji sistem persekolahan yang ada sekarang supaya
hanya satu jenis sekolah sahaja yang wujud. Dengan ini, pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama akan dapat mewujudkan suasana perpaduan yang akan menjamin kemakmuran
masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Kerajaan yang berwawasan seharusnya menjadi
perintis dan contoh ikutan dalam usaha mewujudkan perpaduan antara kaum

Anda mungkin juga menyukai