Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 3 EDU 3043

Oleh: Ahmad Fitri bin Ayub 3PISMP Sains

Berdasarkan Lampiran 2 EDU 3043, terdapat dua pelajar berkeperluan khas iatu
Athia dan Saiful yang berada di dalam kelas inklusif yang berkapasiti 22 orang.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum menempatkan Athia dan
Saiful di dalam kelas iaitu tahap kesihatan mereka, tahap kognitif mereka dan tahap
pergaulan sosial mereka.
Dari aspek tahap kesihatan mereka, Athia merupakan seorang pelajar yang
mengalami masalah tulang rapuh yang kritikal menyebabkan kedudukan Athia
perlulah jauh daripada unsur-unsur ancaman seperti bucu meja, almari buku, dan
papan hitam. Bagi Saiful pula, dia mengalami masalah disleksia yang memerlukan
pemantauan daripada guru, maka kedudukan Saiful perlulah berada pada
kedudukan yang dekat dan mudah untuk gurunya memantau serta mengawasi
tingkah laku Saiful.
Seterusnya pula adalah aspek tahap perkembangan kognitif mereka, mereka masih
lagi berada pada tahap perkembangan kognitif konkrit, iaitu mereka masih lagi tidak
dapat membayangkan bahan yang abstrak. Oleh sebab itu, adalah penting untuk
guru mereka meletakkan mereka bersama-sama para pelajar yang turut mempunyai
tahap perkembangan yang sama agar mereka dapat sama-sama belajar untuk
menadaptasi dan mengasimilasi pengetahuan sedia ada yang diperoleh semasa
peringkat enaktif. Namun dalam kes Saiful, oleh kerana Saiful merupakan seorang
pelajar yang bermasalah disleksia, maka adalah penting untuk para guru
memastikan Saiful sentiasa fokus kerana pelajar bermasalah disleksia mempunyai
kecenderungan untuk hidup di dalam dunia dan visual mereka yang tersendiri.
Aspek terakhir yang perlu diambil kira adalah tahap pergaulan sosial mereka.
Berdasarkan situasi yang diberikan, dapat dipastikan bahawa Athia dan Saiful
merupakan pelajar yang introvert. Pelajar introvert merupakan pelajar yang lebih
banyak pendiam dan menyendiri disebabkan mempunyai perasaan rendah diri yang
ketara. Maka untuk mengatasi masalah ini, adalah penting untuk guru meletakkan
Athia dan Saiful bersama-sama pelajar-pelajar yang ekstrovert bagi membentuk
keyakinan diri mereka sekaligus meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Berdasarkan ketiga-tiga faktor tersebut, tempat duduk yang sesuai bagi Saiful
adalah di bahagian B, berhadapan dengan papan tulis. Hal ini kerana, meja
kumpulan B berada di tengah, menyebabkan Saiful tidak boleh lari ke meja
komputer, almari buku, keluar daripada kelas dan guru dapat memantau secara
terus tingkah laku Saiful di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Selain itu, apabila Saiful berada di meja B, secara tidak
langsung, dia dapat melatih dirinya untuk berinteraksi dengan rakan sekelasnya
disebabkan meja yang berkumpulan serta bersebelahan dengan meja kumpulan
lain.
Untuk kes Athia pula, kedudukan yang paling relevan dan sesuai untuk Athia adalah
di kumpulan meja C, di bahagian kiri belakang kumpulan C. Hal ini disebabkan
keadaan kesihatan dan fizikal Athia yang mengalami penyakit tulang rapuh. Apabila
Athia ditempatkan di bahagian tersebut, keselamatan Athia lebih terjamin
disebabkan kedudukan meja tersebut yang jauh daripada ancaman-ancaman seperti
bucu meja yang tajam, almari buku dan juga rakan sebaya yang mungkin secara
tidak sengaja menyebabkan kecederaan kepada Athia. Disebabkan Ahtia
mempunyai prestasi yang setara dengan rakan sebayanya, maka kedudukan meja
itu sudah memadai untuk Athia fokus di dalam kelas, selain kedudukan meja yang
berada di dalam kumpulan secara tidak langsung membantu Athia untuk
bekerjasama di dalam kumpulan apabila guru memberi tugasan berkumpulan,
sekaligus mengurangkan nilai introvert di dalam diri Athia yang mempunyai nilai
rendah diri yang tinggi.
Kesimpulannya, tidak kira di mana Athia dan Saiful diletakkan, pada akhirnya, gaya
pengajaran guru itu yang akan memainkan peranan yang penting untuk meletakkan
Saiful dan Athia. Jika guru itu menekankan gaya pembelajaran Ausubel (Berasaskan
guru) atau gaya pembelajaran Konstruktivisme(berasaskan pelajar) maka guru
tersebut perlulah peka mengenai kedudukan pelajar di dalam bilik darjah. Tidak
dapat dinafikan, jika guru gagal menitikberatkan soal para pelajar, maka kelas
tersebut akan berada di dalam keadaan yang huru hara. Maka seharusnya guru
perlu sentiasa peka dengan keadaan bilik guru.

Anda mungkin juga menyukai