Anda di halaman 1dari 15

SUKATAN MATAPELAJARAN MPV (SENI REKA

TANDA)
1. ASAS REKA BENTUK
2. MUKA TAIP
3. PAPANTANDA GORESAN PERSPEK
4. PAPAN TANDA VINIL
5. SEMBURAN CAT
6. CETAKAN SKRIN UNTUK FABRIK DAN PERSPEK
7. SEMBURAN ANGIN (AIRBRUSH)
8. PAPAN TANDA BERLAMPU
9. MEMASANG PAPAN TANDA VINIL / BERLAMPU
10. REKA BENTUK BANTUAN KOMPUTER (CAS)
11. KEUSAHAWANAN

MODUL 1. ASAS REKA BENTUK


UNSUR-UNSUR SENI
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

GARISAN
JALINAN
RUPA
BENTUK
RUANG
WARNA

RODA WARNA
WARNA DALAM RODA WARNA
1. Warna asas (Primer)

= Merah, Biru, Kuning.

2. WarnaKedua (sekunder) = Kombinasi dua warna asas

3. Warna Ketiga ( Tertier )


warna sekunder

= Kombinasi satu warna asas dan satu

Cara Membuat roda Warna


1. Membuat dimensi roda warna mengikut ukuran dengan tepat dan
kemas
2. Bancuhkan warna asas, warnakan pada ruang/petak yang betul
dengan kemas dan seragam.
3. Bancuhkan campuran kombinasi 2 warna asas ( Sekunder),
warnakan pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam
4. Bancuhkan campuran kombinasi 1 warna asas dan satu warna
sekunder ( tertier ), warnakan pada ruang/petak yang betul dengan
kemas dan seragam
5. Untuk tujuan pengemasan semburkan cat kilat pada roda warna
yang telah siap.

LOGO
Sifat Logo yang baik
1. Direka seringkas mungkin
2. Mempunyai identiti tepat untuk sesuatu organisasi
3. Sebagai hak milik dari segi undang-undang (Registered trademark)
4. Dapat menyampaikan penerangan tentang asal, nilai dan kualiti.
5. Menggunakan warna yang minimun (dua atau tiga warna)

Jenis-jenis logo
1. Logo Huruf.
2. Logo Representasi
3. Logo Huruf dan Representasi

4. Logo Simbol

Contoh Logo yang sesuai / sempurna


1. saiz bersesuaian dengan logo
2. warna latar belakang logo dan penghurufan yang kontras
3. logo simbol yang digunakan berkaitan dengan penghurufan.
4. Muka taip yang sesuai digunakan (mudah dibaca)
4. kedudukan logo simbol dan penghurufan dalam keadaan simetri.

Contoh Logo yang tidak sesuai / tidak sempurna


1. Penggunaan simbol yang terlalu besar
2. huruf dan simbol yang tidak seimbang
3. penggunaan warna yang tidak sesuai
4. simbol yang tidak berkaitan dengan penghurufan

MODUL 2. TATA LETAK PENGHURUFAN (KAIN RENTANG)


Prosedur membuat kain rentang

Buat reka bentuk tata letak tulisan kain rentang dengan


menggunakan komputer.
Cetak rekaan kain rentang tadi pada tranferansi.
Rentangkan kain pada dinding dan klipkan .
Panca rekaan tadi menggunakan OHP pada kain rentang
Laraskan imej pada kain rentang supaya imej tepat/tidak kabur
Lakar imej yang terbentuk pada kain dengan mengunakan pensil
Tanggalkan kain rentang tadi dan hamparkan pada meja kerja.
Warnakan kain rentang tadi mengikut warna yang sesuai.
Biarkan ia kering

Kaedah membuat kain rentang

Menggunakan OHP
Menggunakan cetakan skrin
Menggunakan stensil
Menekap di atas kain rentang yang telah siap
Menggunakan injet ploter

Muka Taip

Serif
San Serif
Text
Skrip
Dekoratif

Penjagaan Berus Tanda Tulis

Jangan tinggalkan warna kering pada bulu berus


Basuh berus tanda tulis setiap kali selepas digunakan.
Keringkan bulu berus tanda tulis sebelum disimpan di dalam
kotak.
Urut dengan sedikit minyak bagi mengelakkan bulu berus
bersepah.
Jangan berdirikan berus dengan bulu ke bawah untuk
menggelakkan bulu berus bengkok.

MODUL 3. GORESAN DAN KERJA PERSPEK


Prosedur membuat papan tanda goresan perspek

Potong perspek mengikut ukuran yang diberi.


Buat rekabentuk grafik mengunakan komputer atau secara
manual
Cetak rekabentuk pada kertas.
Pindahkan rekabentuk dari kertas pada perspek dengan imej
terbalik mengunakan kertas karbon / KOTAK CAHAYA

Potong imej menggunakan pisau grafik mengikut warna yang


hendak dispray dahulu. Utamakan warna gelap dahulu kemudian
warna yang cerah.
Semburan cat secara berperingkat sekurang-kurangnya tiga
lapisan cat.
Biarkan ia kering.
Tanggalkan imej yang terpotong pada perspek.
Ulang langkah 6 dan 7 sehingga semua bahagian telah disembur
dengan cat mengikut warna yang dikehendaki

Langkah kerja memotong perspek dengan betul

Tandakan ukuran dan buat garisan pada perspek dengan


mengunakan pembaris .
Dengan menggunakan pembaris besi, letakkan ditepi garisan
dan potong dengan menggunakan pisau pemotong perspek.
Potong dengan perlahan dan tekanan yang sederhana.
Potong berulang-ulang sehingga kedalaman pemotongan 1/3
daripada ketebalan perspek.
Letakkan garisan pemotongan ditepi meja yang bersudut tepat
dan patahkan
Kikir pada tepi perspek untuk kemasan.

MODUL 4; PAPAN TANDA VINIL


Prosedur membuat papan tanda vinil

Potong policarbonat mengikut ukuran yang diberi.


Buat rekabentuk grafik menggunakan komputer atau secara
manual.
Potong vinil mengikut saiz policarbonat tadi atau mengikut imej.
Tanggalkan lapisan plastik pada policarbonat dan bersihkan.
Sembur air sabun pada permukaan policarbonat tadi sehingga
rata.
Tanggalkan kertas pada pelekat vinil.
Lekatkan vinil tadi pada permukaan policarbonat.
Dengan menggunakan skuji tolak gelembung udara pada
permukaan vinil tadi sehingga rata.
Lap dan biarkan ia kering
Letakkan pelekat pada belakang kertas rekabentuk
menggunakan spray mount dan biarkan ia kering seketika.

Potong vinil menggunakan pisau grafik pada lakaran rekabentuk


tadi.
Tanggalkan vinil yang tidak diperlukan.
Bersih dan kemaskan papan tanda vinil tersebut

MODUL 5. PAPAN TANDA SEMBURAN SEMBURAN CAT

Langkah keselamatan semasa membuat semburan cat

Gunakan mask topeng pernafasan semasa membuat semburan


cat.
Pakai pakaian yang sesuai
Pakai sarung tangan
Pakai kasut keselamatan
Suis on exzos fan dan buka tingkap bagi membolehkan
peredaran udara
Jangan bermain semasa membuat semburan cat.
Pastikan rakan anda berada jauh dari kawasan semburan.
Memberi tumpuan semasa membuat kerja semburan cat.

Prosedur membuat papan tanda semburan cat


Membuat semburan cat pada latar belakang papan tanda

Potong zink mengikut ukuran yang dikehendaki.


Gosok permukaan zink dengan kertas pasir dan bersihkan.
Pasangkan kompresor dan periksa sambungan supaya dipasang
dengan betul
Sambungkan hos angin pada tolok angin dan spray-gun.
Campurkan cat dengan tinner 1:1 mengikut kesesuaian kelikatan
cat, dalam takungan cat dan kacau sehingga rata.
Isikan penuh takungan cat pada spray-gun dan ketatkan.
Uji dan laras semburan sehingga mendapat atomization yang
sesuai.
Buat semburan cat pada zink secara berperingkat-peringkat.
Biarkan ia kering
Cuci spray-gun selepas digunakan dengan menggunakan bahan
pelarut

Langkah kerja membuat semburan cat pada imej dan


penghurufan

Reka bentuk imej dan penghurufan dengan menggunakan


komputer atau manual.
Potong vinil mengikut imej atau penghurufan dengan
menggunakan plotter atau secara manual.
Bersihkan permukaan panel dan tampalkan vinil dengan
menggunakan air sabun.
Laraskan imej dan penghurufan mengikut tata letak yang
bersesuaian.
Ratakan vinil dengan menggunakan skuji.
Biarkan ia kering.
Sediakan peralatan membuat semburan cat
Buat semburan cat pada panel dengan kaedah yang betul.
Sekurang-kurangnya tiga lapisan.
Biarkan ia kering
Tanggalkan vinil menggunakan penyepit/pisau dengan berhatihati.
Bersihkan dan buat kemasan pada tepi papan tanda semburan
cat.

Jika semburan tidak seimbang, kemungkinan sebab berikut

Kekurangan cat di dalam taking

Kedudukan taking serong

nozzle tersumbat

Paip penyedut longgar atau rosak

Seal yang rosak

Campuran cat terlalu pekat

Lubang angin pada takung tersumbat

Paip peyambung rosak atau tersumbat

Seal pada jarum rosak atau longgar.

MODUL 6 CETAKAN SKRIN


Langkah kerja cetakan skrin

Mereka Bentuk Hasil Kerja


Memindahkan Hasil Kerja Pada Kertas Surih
Membina Dan Memasang Skrin Kepada Kerangka
Menyapu Foto Emulsi Pada Skrin
Mendedahkan Imej Pada Skrin Foto Emulsi
Jenis Pencelup Dan Dakwat
Mencetak Imej Yang Ada Pada Skrin Ke Fabrik Atau Perspek
Membersihkan Skrin

Langkah kerja memasang sutera saring pada kerangka

Potong sutera dengan ukuran yang tepat dan


basahkannya
Renggangkan skrin sutera pada bingkai dan klipkan
dengan teknik yang mengikut urutan yang betul

Langkah menyapu foto emulsi pada skrin sutera

Sediakan campuran foto emulsi dan sensitizer dengan


nisbah 10:1 ( dilakukan di dalam bilik gelap dengan
bantuan cahaya merah.
Ratakan campuran emulsi ke atas skrin sutera dengan
menggunakan screen coater
Keringkan skrin sutera yang telah disapukan dengan
campuran foto emulsi menggunakan pengering rambut
atau kipas angin

Langkah kerja membuat bingkai

Potong kayu mengikut ukuran yang ditentukan.


Potong sudut 45 pada hujung kayu
Sambung kayu sehingga menjadi segiempat tepat dan pakukan.
Gosok dengan kertas pasir sehingga licin pada tepi kayu

Langkah kerja membuat pendedahan imej ke atas skrin foto


emulsi

Ambil kotak cahaya dan letak kertas surih yang telah dihitamkan
imejnya di atas cermin kotak cahaya.
letak skrin foto emulsi atas kertas surih tersebut
tutup skrin dan kertas surih tadi dengan kain yang bewarna
hitam atau gelap
buka lampu kotak cahaya mengikut waktu yang ditetapkan.
setelah sampai waktu yang sesuai, matikan lampu kotak cahaya
dan sembur skrin foto emulsi dengan pancutan air yang kuat dan
tajam untuk mendedahkan imej
setelah imej telah terdedah, jemur skrin foto emulsi itu sehingga
kering.

Langkah mencetak imej pada fabrik atau plastik

potong fabrik dan letak skrin foto emulsi atas fabrik itu dan
pencelup pewarna (dye) atas skrin foto emulsi
ratakan pencelup warna itu dengan sekuji
setelah imej telah dicetak, keringkan hasil cetakan dengan
pengering rambut atau menjemur di tengah panas.

Prosedur membuat kerja membuat cetakkan skrin

Mereka bentuk hasil kerja menggunakan komputer atau manual.


Memindahkan hasil kerja pada kertas surih atau tranferansi.
Menghitamkan imej
Buat bingkai menggunakan kayu yang dipotong mengikut
ukuran.
Basahkan kain sutera dan klipkan kain sutera tadi pada bingkai
mengikut turutan supaya kain sutera tadi menjadi regang.
Bancuh foto emulsi dan sensitiser mengikut nisbah 10:1
(dilakukan dalam bilik gelap)
Uji bancuhan tadi menggunakan bingkai yang lain untuk
mengukur masa yang tepat untuk pendedahan cahaya.
Menyapu dan meratakan campuran foto emulsi dengan kemas
pada skrin sutera.
Keringkan dengan menggunakan pengering hairdryer
Letakan hasilkerja reka bentuk tadi pada kotak berlampu.
Letakkan skrin sutera pada imej tadi.
Dedahkan pada cahaya mengikut masa yang ditentukan.

Semburkan dengan pancutan air yang sederhana pada imej


sehingga imej terbentuk pada skrin sutera.
Jemur hingga kering.
Bentangkan kain di atas meja dan regangkan.
Letakkan cetakan skrin tadi pada permukaan kain dan letakkan
perwarna (Fabrik dye).
Ratakan perwarna tadi menggunakan skuji.
Angkat cetakan skrin dan biarkan imej kering.

Jenis pencelup / dye

Bagi cetakan di atas kertas gunakan pencelup skrin kertas atau


warna poster atau warna air
Bagi cetakan di atas kain gunakan jenis pencelup kain (fabric
dye)
Bagi cetakan di atas plastik, kaca, perspek dan kulit gunakan
dakwat khas iatu dakwat pv (poli vinyl)
Bagi proses mencetak di atas kain dan mendapatkan kesan
timbul pada imej yang dicetak gunakan pencelup (emboss dye)
Bagi proses biaa mencetak tetapi ynruk mendapatkan kesan
lebih baik dari pencelup warna kain (fbric dye) gunakan pencelup
(rubber dye)
Bagi proses mencetak huruf dan pemukaan fabrik yang gelap
gunakan pencelup atau dakwat tanpa warna (white reducer)
Pencelup warna yang digunakan hendaklah pekat. Terdapat dua
jenis pencelup utama iaitu boleh dicuci dan dilarutkan dengan air
dan pencelup warna berminyak yang memerlukan spirit jernih
(wood spirit) untuk mencampur atau mencairkannya yang
bertujuan utk cuci skrin
Pencelup pv hendaklah menggunakan bahan kimia pembantut
retarder bertujuan untuk memperlambatkan masa pencelup itu
kering dan juga boleh digunakan untuk mencuci skrin sebagai
bahan penanggal.

MODUL 7 SEMBURAN ANGIN (AIR BRUSH)


Peralatan utama

Handpiece
Kompressor

Penapis

Jenis-jenis handpiece

Gravity feed
Bottom feed
Side feed

Jenis kompressor

Kompressor diaphgram
Kompressor piston

Penapis angin

Penapis between line

Langkah membuat semburan angin

Sediakan peralatan semburan angin dengan tekanan angin pada


35-40 psi
Pindahkan gambarajah pada bod ilustrasi
Melekat masking film pada gambarajah
Memotong garisan gambarajah dengan pemotong grafik
Menyembur gambarajah mengikut lapisan masking film

langkah membuat semburan pada sfera

potong ilustrasi bod, lukis petak dan lukis sfera di


dalamnya.kemudian tampal masking Film atas bod tersebut
potong masking film mengikut garisan bulatan
buka masking film bahagian bulatan yang telah dipotong tadi
tentukan kesan pengcahayaan pada bulata, semburkan tona
cerah berdekatan arah cahaya
semburkan tona gelap mengikut bentuk bulatan pada bahagian
yang jauh dari cahaya

sembur secara ringan dan secara berhenti-henti pada bahagian


gelap dan cerah dalam bulatan. buang semua masking film bila
semburan kering.

Langkah menyelenggara alatan semburan angin

Pastikan hand piece dicuci setiap kali digunakan


Elakkan daripada cat kering dalam takungan hand piece
Spray regulator, tip dan head hendaklah dibuka dan direndam
dalam cecair pembersih sehingga baki warna yang melekat
terkeluar.
Jarum mestilah dijaga dengan baik, dicuci dan dibersihkan
dengan kain lembut atau kertas tisu.
Apabila jarum dimasukkan, sebaiknya meletakkan jari tengah di
tepi lubang jarum dan masukkan pelahan-lahan.
Alat hand piece yang telah dicuci dengan cecair pembersih
hendaklah dibilas dengan air sebelum disimpan. Ini mengelakkan
daripada hakisan ammonia pada logam hand piece.
Paras minyak dalam kompresor hendaklah sentiasa diperiksa.
Tambah minyak jika perlu.

MODUL 8. PAPAN TANDA BERLAMPU

Langkah kerja membuat papan tanda berlampu

Menyediakan huruf dan grafik pada panel Tanda jenis tembus


cahaya pada kepingan perspek atau polikarbonat
Membuat kerja kimpalan arka ringan dalam penyediaan rangka
papan tanda berlampu
Membuat keja pendawaian lmpu pendaflour
Memasang panel tanda kepada kerangka
Memasang papan tanda berlampu

Langkah kerja membina kerangka PTB

Mulakan kerja dengan menyediakan dua kerangka penghujung


mengikut ukuran dengan tepat
Pastikan sudut kerangka adalah tepa 90 darjah.

Ukur dan potong tiub keluli mengikt panjag keseluruhan rangka


Lakukan kerja kimpalan arka untuk menyiapkan kerangka
berkotak
Menyediakan penyokong tetengah untuk memasang katu beloti
Klip 25mm dipasang pada kayu beloti untuk memegang tiau
lampu pendafflour
Kerangka dicat kemas dengan lapisan cat asas dan lapisan cat
penghabisan
Menutup sisi dan belakang kerangka dengan kepingan zink @
colorbond dengan rivet.

Langkah kerja membuat pendawaian pendaflour

Memasang komponen ditempat yang disediakan ( pada kayu


beloti bahagian dalam kerangka PTB)
Membuat pendawaian komponen mengikut cara pendawaian litar
yang betul
Membuang tebatan kabel dan pengakhiran pengalir di punca
komponen
Pembumian pada kerangka
Kesempurnaan pemasangan tiub berlampu
Membuat ujian keterusan
JANGAN MEMBERI BEKALAN ELETRIK pada lampu pendafflour
yang siap didawai tanpa pengetahuan guru

Modul 10. MEMASANG PAPAN TANDA


Kerja memasang panel tanda pada kerangka

Kepingan panel diletak atas kerangka untuk mendapatkan saiz


yang sama
Bingkai alluminium sudut L diukur dan dipotong mengikut saiz
permukaan hadapan kerangka
Pada empat penghujung kerangka dikemaskan dengan tanggam
serong
Pada tiga sisi kerangka, bingkai alluminium dirivet tetap,
Kecuali sisi penghujung dipasang skru supaya panel perspek
boleh digerakkan keluar dari kerangka.

Langkah kerja memasang papan tanda berlampu

Memilih tempat yang sesuai untuk memasang papan tanda


Tanda kedudukan braket pada permukaan tembok rata, pastikan
bahawa kedudukan lintang antara braket adalah sama aras
Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan tangga
da gerudi impact
Pilih mata gerudi mansory yang sesuai untuk saiz expansion
bolt yang digunakan
Papan tanda diletakkan pada braket yang telah siap dipasang
Pastikan bahawa papan tanda yang dipasang adalah kukuh.

MODUL 11. MENGURUS PERNIAGAAN


Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan)
1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh
tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajiankajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil
pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan
dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Kegunaan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan
perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti
berikut :
1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara
objektif, kritikal dan praktikal.
2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan
berdayamaju atau sebaliknya.
4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan
dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan

Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan


Statistik
Data ekonomi
Data perdagangan
Penyelidikan pasaran

Anda mungkin juga menyukai