Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG

TUJUAN
1. Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah.
OBJEKTIF
2. Objektif Guru Penyayang

Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

Mengisafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah.

Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

KAEDAH

Menyambut kedatangan murid ;

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria


b. Bersikap mesra, berbudi bahasadan menghormati murid.
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid

Membuat sapaan

a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah.


Contoh selamat pagi selamat datang jemput masuk
b. Lambaian pulang
Contoh selamat pulang jaga diri baik-baik jumpa lagi
c. Bertanya khabar
Contoh apa khabar hari ini? dah makan ke belum?

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah


Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dan lain-lain.

Membuat publisiti / promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan


menyediakan kain rentang.

Contoh Kehadiran Anda Impian Kami

Anda mungkin juga menyukai