Anda di halaman 1dari 2

Bahan Rangsangan

Langkah-langkah;
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah
kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan, 3/4 Perenggan Isi/huraian, 1 Perenggan Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ).
6. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan
gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Ciri-ciri karangan yang cemerlang
( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
1. Ayat yang gramatis.
2. Kosa kata yang luas dan tepat.
3. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
4. Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
5. Isi menepati kehendak soalan
6. Huraian isi matang dan berkembang.
7. Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
8. PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh
pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.
Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan
mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam
dalam tajuk bahan rangsangan.
Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [Ayat
Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam
sekitar.
[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat
Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan
kitar semula demi membendung pencemaran alam.
[ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. [Ayat
Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke
tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.
[ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat huraian/contoh]
Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena
pemanasan global dapat dikurangkan.
[ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-
tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus
melestarikan kesegaran udara.
[Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar
kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai