Anda di halaman 1dari 1

Nama : NURUL KAMILAH BAHARI

IC. NO : 920910-06-5834
PENERANGAN LOGO

Rama-rama mempunyai nilai keindahan yang unik dan eksklusif. Ia memberi maksud
yang tertentu mengikut persepsi setiap individu. Justeru itu, saya memilih rama-rama
sebagai logo persatuan Performing Arts kerana saya berpendapat setiap individu
mempunyai kebolehan dan bakat tersendiri yang mana mungkin tidak diketengahkan
atau ditonjolkan bakat tersebut. Analoginya seperti seekor rama-rama yang cantik dan
indah tapi tidak menyedari bahawa dirinya cantik. Saya percaya setiap dari kami pasti
mempunyai bakat terpendam tapi malu atau terlalu merendah diri untuk menonjolkan
bakat yang dianugerahkan Tuhan. Maka, saya merasakan bahawa rama-rama
merupakan logo yang sesuai bagi persatuan ini. Tambahan pula, rama-rama sering
diabadikan pada hasil kerja seni, untuk dimiliki atau dinikmati oleh manusia yang
mengaguminya. Walaupun jangka hayatnya tidak panjang, namun sumbangan dan
kewujudan rama-rama kepada alam semesta tetap dirasai, dihargai dan dinantikan.
Begitulah yang saya harapkan dalam persatuan kami, sedia menyumbang bakti
walaupun sekecil-kecil sumbangan kerana apabila setiap dari kami bergabung bakat
yang ada pastinya akan mencetuskan fenomena yang hebat sepertimana percikkan
warna terang yang berwarna warni hingga terciptanya pemandangan yang cukup indah,
damai, aman dan harmoni apabila rama-rama berterbangan di udara.

Anda mungkin juga menyukai