Anda di halaman 1dari 1

KERJASAMA DI ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Seperti sedia maklum, institusi pendidikan ditubuhkan berlandaskan kehendak


masyarakat. Manakala, perkembagan dan kemajuan masyarakat pula bergantung
kepada sekolah. Maka, sekolah dan masyarakat adalah saling memerlukan antara satu
sama lain untuk berkembang.
Oleh itu, sekolah boleh berkhidmat kepada masyarakat melalui perkhidmatan pasukan
pakaian seragam seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri,
Persatuan St John, Pancaragam Sekolah, serta tenaga guru yang disumbangkan untuk
apabila mereka menganjurkan aktiviti perayaan dan kebudayaan dari semas ke
semasa. Selain itu, kemudahan sekolah seperti dewan, gelanngang dan padang boleh
dipinjam untuk aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan masyarakat. Masyarakat juga
bekerjasama dengan sekolah dengan menyalurkan derma dan bantuan untuk projek
dan pembangunan sekolah, membekalkan kemudahan awam seperti dewan, padang,
perpustakaan, dan stadium untuk sekolah.
Peluang sosial yang terdapat dalam masyarakat merupakan salah satu pengaruh sosial
yang mempengaruhi prestasi pencapaian sekolah pelajar. Kemudahan sosial seperti
kelas tadika, kelas bimbingan, pusat tuisyen dan perpustakaan akan membuka peluang
kepada pelajar sebagai pendedahan yang lebih luas serta berkesan dalam bidang
pendidikan mereka. Para pelajar yang dapat merebut peluang sosial tersebut secara
optimum pasti dapat pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak
bernasib baik.

Anda mungkin juga menyukai