Anda di halaman 1dari 3

KOLEKSI

MUTIARA
KATA
Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.
Setenang mana pun sebuah sungai itu, satu hari pasti akan melalui
bahagian yang deras, berbatu, cerun dan sebagainya. Airnya juga akan
terus mengalir ke depan (hilir) tanpa berpatah balik ke belakang (hulu).

Begitu juga dengan kehidupan, tidak ada orang yang tidak merasai erti
kesusahan sedikit pun sepanjang kehidupannya dan kita tidak akan
dapat kembali ke masa dahulu lagi. Tetapi sebuah perjalanan pasti ada
destinasinya. Ingatlah, destinasi sungai ialah ke laut, dan destinasi
manusia ialah kepada Penciptanya.

Anda mungkin juga menyukai