Anda di halaman 1dari 44

PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN
Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya sebagai sikap, nilai, kepercayaan dan tingkah
laku yang dimiliki oleh sekelompok manusia. Manakala, menurut Ogbu (1990) kebudayaan
adalah satu pemahaman manusia secara keseluruhan kepada sosial, fizikal atau kedua-duanya
sekali. Kamus Dewan (2005) menyifatkan budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir) berkelakuan dan sebagainya. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep
menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat.Setiap negara mempunyai pelbagai etnik, setiap etnik mempunyai
pelbagai kepercayaan,pegangan agama dan juga budaya. Budaya merupakan sesuatu yang boleh
dipelajari, ia tidak lahir dengan sendiri.
Setiap manusia belajar bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang
yang lebih tua dan lain-lain. Budaya juga boleh diwarisi, yang mana ia boleh diperturunkan
daripada satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Contohnya; budaya dan adat orang
melayu, cina atau india adalah merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu. Selain itu,
budaya sesuatu etnik juga boleh dikongsi kepada etnik-etnik yang lain dan ia juga boleh berubahubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Setiap manusia seharusnya menghormati
budaya etnik-etnik tersebut. Silang budaya akan terwujud apabila terdapat individu daripada
berlainan budaya di sesuatu tempat atau situasi. Masalah akan timbul sekiranya individu
berlainan budaya ini tidak memahami dan menghormati budaya etnik yang lain. Justeru itu,
kaunselor memainkan peranan untuk memahami silang budaya tersebut dan sekaligus
memastikan isu silang budaya akan dapat diselesaikan secara aman dan harmoni. Secara

PELBAGAI BUDAYA

lazimnya, adalah sangat mustahak kepada kaunselor untuk memahami sesuatu budaya itu
terlebih dahulu sebelum menyelesaikan isu silang budaya. Seorang kaunselor yang
mengendalikan isu silang budaya haruslah keluar daripda sifat atau cara tradisional yang wujud
dalam diri mereka. Mereka seharusnya memberi penumpuan kepada isu-isu yang melibatkan
budaya dan keluarga dan sewajarnya dilatih untuk memahami budaya masyarakat yang berbeza.
Pelbagai pandangan telah diberikan oleh kaunselor dan individu tentang jalan
penyelesaian isu silang budaya ini. Antaranya ialah penggunaan satu teknik atau teori universal
yang boleh diaplikasikan oleh semua ahli terapi. Sistem universal yang telah dikenalpasti adalah
Teori Pemusatan Insan oleh Carl Rogers. Perkara utama yang dititikberatkan ialah menghormati
klien. Teori ini mengambil kira tentang kepercayaan terhadap klien yang mampu mengubah
dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang
difikirkan benar. Empati juga merupakan komponen utama yang perlu dimainkan oleh kaunselor
dalam mengendalikan isu silang budaya ini. Kaunselor yang berempati akan berupaya memasuki
dan memahami dunia klien dan kepercayaan serta budaya mereka. Namun, sekiranya perasaan
empati tiada dalam diri kaunselor, maka agak sukar untuk klien meluahkan serta berkongsi
pendapat serta masalah dengan kaunselor, maka, sesi penerokaan akan terbantut dan matlamat
tidak tercapai.
Selain itu, komunikasi juga merupakan antara komponen terpenting dalam kehidupan.
Majoriti masalah yang terwujud adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang timbul
dikalangan manusia. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk bersedia dari segi mental dan fizikal
serta komunikasi apabila berhadapan dengan klien kelak. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue , 1990

PELBAGAI BUDAYA

memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani
sesi kaunseling silang budaya. Apabila kaunselor mempraktikkan komunikasi yang baik dan
positif, maka ia akan memudahkan proses kaunseling itu berlaku. Klien juga akan lebih bersikap
terbuka dan dapat menilai dirinya sendiri apabila diteroka oleh kaunselor yang mempraktikkan
kemahiran-kemahiran kaunseling yang efektif seperti penerimaan tanpa syarat, serta membantu
klien berkembang dengan sendiri.
Penstrukturan juga sangat penting dalam proses kaunseling. Ini akan terjadi apabila klien
yang datang dari budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara
mengingatkan peranan yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses
ini dapat membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus
kepada isu yang dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan
sistematik.
Rasionalnya, gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam
memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang
belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang wujud dalam diri setiap klien.

PELBAGAI BUDAYA

Ulasan Jurnal (1)


Tajuk

: Sensitiviti Budaya Di Dalam Kaunseling: Sabah

Penulis

: Sapora Sipon (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Pendahuluan :
Kajian yang dijalankan bertujuan melihat situasi silang budaya dan kepelbagaian budaya
yang dilalui oleh masayarakat yang berbilang kaum, etnik dan budaya. Sebahagian penyelidik
telah mengadakan penyelidikan berkaitan implikasi yang dihadapi terhadap factor social dan
budaya di dalam hubungan kaunseling. Carkhuff dan Pierce (1967), Bloobaum, Yamamoto dan
Jansen(1968), Caesar dan San Miguel (1993) telah mendapati bahawa banyak artikel daripada
jurnal berkaitan isu-isu silang budaya dan kepelbagaian budaya yang telah diperbincangkan pada
zaman lampau. Maka, pelbagai teori dan teknik telah dibangunkan untuk mengenalpasti
implikasi kepada kepelbagaian budaya di dalam kaunseling.
Implikasi budaya di dalam sesi kaunseling telah dikenalpasti melalui Pembangunan
Terapi Kaunseling oleh Ivey kepada Terapi Paradigm ( Ivey, 1991), di mana beliau telah
menyatakan bahawa kesedaran kepelbagaian budaya adalah perkara utama yang perlu ada di
dalam kaunseling dan terapi. Selain itu, nama-nama besar kaunselor pendidik seperti Paul
Pedersen, Darrel Wong Sue, dan Allen Ivey turut menyumbang kepada pemurnian kaunseling
pelbagai budaya. Di dalam penulisan jurnal ini, usaha telah dilakukan untuk mengenengah dan
membincangkan definisi kaunseling, kepentingan dan aspek budaya di dalam kaunseling dan
juga kepelbagaian budaya di dalam kaunseling. Penulis juga ingin melihat secara spesifik ke atas
sensitivity budaya kaunseling di Negeri Sabah. Ini kerana, populasi rakyatnya mempraktikkan
pelbagai jenis budaya, agama, bahasa, dan aktiviti sosio ekonomi yang lain. Selain itu,

PELBAGAI BUDAYA

persediaan kaunselor pelbagai budaya dalam mengaplikasikan kaunseling pelbagai budaya juga
turut di perbincangkan di dalam jurnal ini. Walaupun begitu, jurnal ini bukanlah komprehensif,
malah banyak perkara perlu dilaksanakan dan penulis berharap apa yang telah dicatatkan di
dalam penulisan ini adalah sebahagian daripada nilai kaunseling

Kaunseling:
Velleman (1992) menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu aktiviti penting yang
bertujuan untuk membantu individu menangani pelbagai masalah kesihatan. Sykes (1987)
mendefinisikan kaunseling sebagai satu bentuk memberi nasihat atau konsultasi. Rogers( 1942)
pula mencadangkan bahawa kaunseling merangkumi hubungan yang pasti, berstruktur, dan
bebas, yang mana ia membenarkan klien untuk memahami dirinya dan bertindak positif.
Manakala, Hahn dan Maclean (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses yang
melibatkan perhubungan dua individu.
Salah seorang individu tersebut menghadapi masalah dan tidak mampu untuk
menanganinya seorang diri, dan memerlukan perkhidmatan professional yang terlatih,
berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu individu yang menghadapi pelbagai jenis
masalah peribadi. Kaunseling melibatkan pertemuan secara privasi antara klien dan kaunselor,
dan klien digalakkan untuk bercakap secara bebas dan terbuka tentang kesukaranyang mereka
hadapi, penderitaaan yang dialami dan ketidakpuasan tentang kehidupan atau hilang arah tujuan.

Peranan Budaya Di Dalam Kaunseling:


Johnson (1990) menyatakan bahawa fungsi budaya ialah untuk menyediakan rangka kerja
kepada kaunselor bagi mengukuhkan sistem perhubungan yang melibatkan kepelbagaian budaya

PELBAGAI BUDAYA

di dalam kaunseling. Sue dan Zane (1987) pula menyatakan bahawa kebolehan kaunselor untuk
memberi rawatan kaunseling budaya adalah merupakan alasan yang sangat penting kepada
kekurangan golongan kecil etnik berkhidmat di perkhidmatan kesihatan mental. Kepentingan
budaya di dalam kaunseling adalah sangat jelas. Axelson (1990) menyatakan bahawa budaya
merupakan sesuatu yang sangat kritikal dan tidak dapat dielakkan pengaruhnya di dalam tingkah
laku seseorang individu.
Kaunselor yang efektif haruslah memahami peranan sesuatu budaya di dalam
kehidupannya dan juga kehidupan kliennya. Hoare (1991) menyatakan bahawa identiti seseorang
individu itu tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh realiti budaya yang dilaluinya dan harus
objektif di dalam memahami identiti budaya individu lain. Menurut beliau lagi, budaya
memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan identiti seseorang individu dan
kaunselor harus bijak memahami kesan atau implikasi sesuatu budaya ke atas kehidupan
manusia.

Negeri Sabah
Negeri Sabah dikenali sebagai negeri di bawah bayu. Sabah terletak di Utara Timur
Pantai Borneo, memiliki 733,711 km persegi di sempadan Sarawak dan di bahagian barat Brunei
Darussalam dan selatan Kalimantan. Negeri Sabah telah digabungkan di dalam Malaysia pada
tahun 1963 bersama negeri Sarawak, dan dengan itu telah membentuk dua negeri timur
Malaysia, selain negeri-negeri di kawasan semenanjung Laut China Selatan telah memisahkan
Semenanjung Malaysia daripada Negeri Sabah. Jika di Semenanjung Malaysia, kebanyakan etnik
adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India,dan Orang Asli.Sawo (1992) menyatakan
bahawa terdapat 39 jenis kumpulan etnik yang tersenarai di bawah Negeri Sabah (1984).

PELBAGAI BUDAYA

Pada tahun 1970, laporan Cencus telah mengesahkan bahawa kaum Dusun/Kadazan
merupakan kaum asli yang terbesar, iaitu sebanyak 28.3% populasi, diikuti kaum Bajau dan
Murut, sebanyak 4.8%. Selain itu, kaum Melayu Brunei, Lotud, Rungus, Tambonou, Paitan,
Suluk , Orang Sungai, Bonggi, Lun Dayeh, Illanun dan Sino Sabah turut terdapat di Negeri
Sabah. Ia merangkumi 19.2% populasi, Cina merangkumi 21.4% populasi manakala Eurasia,
India, Pakistan dan yang lain-lain adalah sebanyak 7%.

Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Othman Wherly (1995) mengatakan bahawa Kaunselor Malaysia seringkali dipanggil
untuk mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, etnik, agama dan latar belakang sosio
ekonomi. Sensitiviti kepada kepelbagaian populasi ini merupakan aset terbesar kepada kaunselor
dan para penolong professional. Kaunseling pada ketika itu merupakan perkhidmatan yang baru,
dan tiada kaunselor wujud pada tahun 1965 di Malaysia. Kepelbagaian etnik budaya di dalam
populasi masyarakat, akan menyebabkan kaunselor yang memahami pelbagai fokus budaya
diperlukan.

Kepelbagaian Budaya Di Negeri Sabah


Isu kaunseling pelbagai budaya, seperti di Negeri Sabah adalah agak sukar untuk
diterjemahkan berbanding isu kepelbagaian budaya yang lain. Ini kerana, Negeri Sabah
merupakan sebuah negeri yang didiami pelbagai bangsa, yang mengamalkan pelbagai pelbagai
aspek dan level budaya, agama, bahasa, dan aktiviti sosio ekonomi. Negeri Sabah, seperti negerinegeri yang lain di Malaysia, masyarakatnya mendapat kebebasan untuk mengamalkan cara
hidup kesukaan mereka. Sebagai contoh, bangsa Melayu bebas untuk mengamalkan agama

PELBAGAI BUDAYA

Islam, kaum cina adalah bebas untuk berkomunikasi di dalam bahasa cina dan mengamalkan
agama Buddha atau Taosim, dan kaum India pula bebas berkomunikasi di dalam bahasa Tamil.

Sensitiviti Budaya Di Dalam Kaunseling : Sabah


Terdapat 4 jenis seting di dalam kaunseling silang budaya. Perhubungan yang besar
melibatkan kaunselor dan klien yang datang daripada bangsa dan agama yang sama. Oleh yang
demikian, penerangan kepada perhubungan kaunseling di Negeri Sabah, boleh dibahagikan
kepada

Perhubungan

Silang

Agama

dan

Perhubungan

kaunseling

Silang-Kaum

kaunseling.Contohnya adalah seperti berikut:


Setting 1

Setting 2

Kaunselor Daripada Kaum asli

Kaunselor Daripada Kaum Asli

Klien Daripada Kaum Asli


Setting 3

Klien Daripada Bukan Kaum Asli


Setting 4

Kaunselor Bukan Dari Kaum Asli

Kaunselor Bukan Dari Kaum Asli

Klien Daripada Kaum Asli


Klien Bukan Dari Kaum Asli
Figure 1 : Perhubungan Kaunseling Silang-Kaum di Negeri Sabah
Setting 1

Setting 2

Kaunselor Muslim

Kaunselor Muslim

Klien Muslim
Setting 3

Klien Bukan Muslim


Setting 4

Kaunselor Bukan Muslim

Kaunselor Bukan Muslim

Klien Muslim
Klien Bukan Muslim
Figure 2 :Perhubungan Kaunseling Silang Agama di Negeri Sabah
Komuniti masyarakat Orang Asli adalah seperti ; Malayu-Brunei, Dusun/Kadazan, Bajau,
Murut, Lotud, Rungus, Tambonou, Paitan, Suluk, Orang Sungai, Bonggi, Lun Dayeh Illanu dan

PELBAGAI BUDAYA

Sino Asli. Bagi Komuniti Bukan Orang Asli, terdiri daripada masyarakat kaum Cina, India,
Eurasia, Pakistan dan lain-lain. Komuniti Muslim pula terdiri daripada kaum Bajau, Dusun,
Murut, lotud, Tambanou, Bonggi dan Lun Dayeh.
Di dalam Figure 1 dan 2 di atas, terdapat 4 jenis kaunseling setting yang melibatkan
perhubungan kaunseling silang kaum dan perhubungan kaunseling silang agama yang terdapat di
Negeri Sabah. Setting yang pertama menunjukkan perhubungan antara kaunselor dan klien
adalah sama dari segi agama dan jenis kaum atau keturunan. Secara dasarnya, kaunselor dan
klien tidak akan menghadapi sebarang masalah yang besar berkaitan hal agama dan budaya.
Kategori kedua pula mengenengahkan perhubungan silang agama dan silang kaum yang terdapat
seperti Setting 2 dan 3 (Figure 2). Pada situasi ini, kaunselor dan klien adalah daripada latar
belakang agama dan budaya yang berbeza. Sehubungan itu, pelbagai isu berkaitan budaya akan
timbul di dalam situasi sebegini. Sebahagian masalah yang timbul mungkin disebabkan oleh
masalah bahasa, kurang pengetahuan agama dan budaya dan masalah pembahagian kaum dan
masalah etnik. Kategori yang terakhir ialah perhubungan bukan kaum asli, yang mempunyai
ketidaksamaan yang tinggi dari segi kepelbagaian budaya yang merangkumi pelbagai jenis
kumpulan etnik seperti Kadazan, Rungus, Lotud dan Melayu Brunei.
Sepanjang pengalaman penulis, kebanyakan perhubungan kaunseling adalah melibatkan
kumpulan individu yang sama agama dan keturunan. Klien berasa lebih selesa dan selamat untuk
berkongsi masalah dengan kaunselor yang memilki latar belakang yang sama dengan beliau,
seperti keturunan dan agama. Contohnya, individu yang berketurunan Bugis, berasa lebih selesa
untuk meluahkan perasaan dan masalah apabila bertemu kaunselor yang mempunyai
latarbelakang budaya atau agama yang sama. Justeru itu, penulis berpendapat bahawa bagi
memperolehi sesi kaunseling yang efektif serta berkesan kepada kaunselor dan klien di Negeri

PELBAGAI BUDAYA

Sabah, maka adalah sangat signifikan kepada para kaunselor untuk memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi serta lebih berkemahiran. Hall( 1981) turut menyatakan bahawa masih terdapat
individu yang gagal untuk mentafsir tingkah laku individu lain berdasarkan budaya yang
diamalkan mereka.
Penulis berpendapat bahawa masyarakat Sabah adalah termasuk di dalam budaya Alpha.
Pederson (1957) menyatakan bahawa ketidaksamaan status dan kuasa di kalangan masyarakat
Sabah adalah diterima. Di dalam budaya Alpha, masyarakat yang lebih bijak, dapat memberi
alasan yang munasabah dan kukuh serta tidak mudah berbalah sesame masyarakat adalah sangat
dihormati dan diterima. Penulis juga menekankan bahawa ketidaksamaan dilihat perlu, penting
dan tiada sebarang perbalahan atau ketidakpuasan hati berkaitan perkara tersebut.Sikap
ketidakpuasan golongan bawahan terhadap golongan atasan terhadap sesuatu perkara juga adalah
situasi biasa di dalam budaya ini. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sebahagian masyarakat
yang menolak segala kekuasaan sebagai tanda tidak suka kepada kebergantungan. Di dalam
budaya Alpha, guru sekolah dilihat sebagai mempunyai kuasa dan kekuatan. Guru memainkan
peranan yang penting di dalam masyarakat. Pelajar dilihat sangat menghormati guru sekolah
mereka. Ini dapat dilihat apabila para pelajar akan berdiri apabila guru memasuki kelas. Ini
merupakan salah satu cara hormat yang ditunjukkan oleh para pelajar. Para pelajar didapati
hanya akan bercakap apabila dibenarkan dan mereka tidak berani untuk mengkritik guru mereka.
Budaya Alpha mempunyai hierarki di dalam dunia pekerjaan. Pekerja bawahan akan
dimaklumkan tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Hofstede
(1991) telah menyenaraikan jenis-jenis atau kategori Budaya Alpha yang terdapat di dalam
kehidupan seharian kita seperti di tempat kerja, bersama keluarga dan di sekolah.Terdapat 9
aspek di dalam Budaya Alpha:

PELBAGAI BUDAYA

123456-

Ketidaksamaan dikalangan masyarakat


Ibu bapa mendidik anak mereka tentang kepatuhan.
Anak diasuh untuk menghormati ibu bapa.
Guru menggalakkan percakapan/ komunikasi di dalam kelas.
Pelajar melayan guru dengan penuh hormat
Hierarki di dalam sesuatu organisasi melambangkan ketidaksamaan taraf diantara

golongan atasan dan bawahan.


7- Pemusatan atau Centralization sangat popular.
8- Pekerja bawahan sentiasa perlu diberitahu tentang sesuatu tindakan.
9- Ketua yang unggul / ideal ialah ketua yang baik atau turut dikenali bapa yang baik.

Nilai Budaya
Nilai budaya masyarakat Sabah turut melambangkan nilai budaya Asia Tenggara.
Kebanyakan nilai budaya masyarakat Asia Tenggara adalah berbeza daripada budaya barat dari
segi membesarkan anak-anak, hubungan kekeluargaan, komunikasi interpersonal, dan asas
philosophy kehidupan. Ibu bapa barat, mereka cenderung mengajar anak-anak mereka untuk
membesar secara sendiri atau berdikari. Ibu bapa daripada masyarakat barat ini mengajar anakanak mereka untuk memakai pakaian, bersiap dan makan dengan sendiri, serta kanak-kanak prasekolah diasuh untuk berasa selesa dengan diri mereka apabila dewasa kelak. Kanak-kanak
diasuh untuk tidur di dalam bilik mereka sendiri sejak kecil.
Masyarakat Sabah, sama seperti budaya Asia Tenggara, mereka dibesarkan dan diasuh
dengan cara yang berbeza daripada budaya barat. Mereka diasuh dari kecil untuk mengenalpasti
peranan mereka di dalam keluarga dan di dalam masyarakat, yang melibatkan perhubungan dan
kepatuhan. SAWO (1992) menyatakan bahawa sejak kecil, ibu bapa telah membentuk anak-anak
mereka untuk memainkan peranan yang telah dicipta untuk mereka, samada lelaki atau
perempuan. Kebanyakan kanak-kanak perempuan tidak melalui zaman kanak-kanak dengan
baik, terutamanya kanak-kanak dari kampung. Kanak-kanak perempuan biasanya akan terlibat

PELBAGAI BUDAYA

dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti mengangkat air, bahan api, dan menjaga kanakkanak yang lain ketika kedua ibu bapa keluar bekerja di sawah. Setelah baligh, kanak-kanak
perempuan akan dikahwinkan, dan seterusnya kanak-kanak tersebut akan mula memiliki anak.
Lazimnya, kanak-kanak lelaki akan membantu bapa mereka di sawah, dan jarang membantu ibu
mereka membuat kerja rumah.
Masyarakat sering melihat wanita memiliki darjat atau status yang rendah berbanding
lelaki. Stigma masyarakat ialah wanita hanya tertumpu kepada peranan melahirkan anak, dan
seterusnya mereka akan bertanggungjawab dalam membesarkan anak, menjaga anak-anak dan
membuat semua kerja rumah. Para wanita atau isteri perlu mengutamakan keperluan serta
kebajikan suami terlebih dahulu, seterusnya kedua org tua dan seterusnya anak-anak. SAWO
(1992) menegaskan bahawa inilah situasi sebenar yg terjadi di dalam budaya kaum Kadazan,
Cina, Murut, Bajau dan lain-lain.
Namun, disebabkan oleh arus pembangunan dan kemodenan, ramai wanita sudah
memiliki ilmu pengetahuan dan bekerja. Golongan wanita mula menyedari bahawa memasuki
alam perkahwinan pada usia yang muda, adalah sesuatu yang tidak bersesuaian dengan kehendak
wanita dalam mendapat kebebasan. Lantas, wanita yang berilmu pengetahuan tinggi atau matang
mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan calon suami. Justeru itu, terdapat golongan wanita
yang memilih untuk berkawin pada usia yang lewat.Mereka juga menggunakan alat pencegah
kehamilan bagi mengawal jarak kelahiran anak serta mereka banyak berbincang dengan
pasangan dalam membuat kerja rumah. Maka, tidak semua kerja rumah dibuat oleh para isteri,
malah para isteri juga dapat menyumbang ekonomi kepada keluarga.
Wanita, sehingga kini di dalam apa jua situasi, sentiasa dijangka akan berkahwin dan
seterusnya membesarkan anak. Wanita cina selalunya akan digesa untuk melahirkan anak lelaki

PELBAGAI BUDAYA

secepat mungkin selepas berkahwin bagi menggembirakan hati kedua ibu bapa mertua.
Manakala lelaki cina pula akan digesa untuk berkahwin secepat mungkin dan memiliki anakanak yang ramai bagi meneruskan legasi keluarga.Berbanding zaman dahulu, wanita cina akan
diceraikan sekiranya gagal melahirkan anak lelaki.SAWO (1992) menyatakan bahawa, bagi
budaya Kadazan, kegagalan berkahwin dan memiliki anak bermaksud pengakhiran kepada
generasinya, (nopunso). Dari aspek perhubungan, masyarakat Asia lebih suka kepada hubungan
yang harmoni dan kurang terlibat di dalam perhubungan yang asertif. Kitaro & Kikumure (1976)
menyatakan bahawa dari aspek komunikasi, masyarakat Asia lebih bersikap tidak secara terus
terang dan ini akan mewujudkan hubungan yang kurang baik dan selesa. Sebagai contoh,
seorang lelaki Bugis,berusia 20 an yang mengamalkan hubungan yang harmoni dan masih
bergantung kepada keluarga dalam membuat sebarang keputusan.
Kaunselor : Kamu kini seorang pelajar kolej dan kamu boleh membuat keputusan.
Klien

: ..(Diam).

Kaunselor : Mungkin kita boleh membincangkannya.


Klien

: Saya takut saya tiada keberanian untuk membuat keputusan sendiri. Saya
perlu mendapatkan nasihat daripada kedua ibu bapa saya.

Di dalam budaya Asia, ia sama seperti budaya Negeri Sabah, dimana hubungan harmoni
sesama manusia adalah sangat digalakkan. Pertemuan secara terus adalah kurang digalakkan dan
sering dielakkan. Kebanyakan corak komunikasi masyarakat Asia adalah tidak terus atau telus
dan lebih banyak bercakap di belakang. Menurut mereka, ketelusan dalam berkomunikasi akan
membawa kepada ketidakpuasan hati dan pergaduhan. Contohnya, seorang lelaki berusia 22
tahun, yang merupakan anak kepada sebuah keluarga Kadazan-Dusun memerlukan pertolongan
kaunselor. Beliau menghadapi masalah dengan ibu dan bapanya. Apabila ditanya tentang

PELBAGAI BUDAYA

hubungan interpersonal beliau bersama kedua ibu bapanya, beliau memaklumkan bahawa beliau
tidak pernah mengamalkan komunikasi secara terus atau berkesan dengan kedua ibu bapanya.
Beliau banyak memendam perasaannya. Ini terjadi kerana beliau enggan merosakkan
keharmonian hubungan beliau dengan ibu dan bapanya. Maka corak komunikasi secara berterus
terang adalah tidak diamalkan di dalam keluarganya. Selain itu, sebilangan kecil masyarakat Asia
juga lebih cenderung bergantung kepada pandangan orang lain. Kepatuhan dan kepercayaan
kepada golongan professional seperti kaunselor, guru, dan pakar-pakar lain juga turut
mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia. Ini kerana, mereka yakin bahawa pakar-pakar
Contohnya perbualan sesi ini:
Kaunselor

: Mungkin kita boleh bincang tentang perkara yang mengganggu kamu

Klien

: Saya ke sini untuk mengetahui apa yang akan Encik cakapkan berkaitan
masalah saya. Encik adalah kaunselor dan encik boleh memberi
jawapan kepada masalah saya.

Kaunselor

: Kenapa kamu fikir saya ada jawapan bagi semua masalah kamu?

Klien

: Yelah Encik, Encik kan Kaunselor saya pasti tugas Encik adalah untuk
membantu saya.

Persedian Kaunselor Pelbagai Budaya


Lago dan Thompson (1992) telah menggariskan beberapa prinsipal dalam menyediakan
latihan kaunseling pelbagai budaya. Antara prinsipal tersebut adalah seperti berikut:
1- Kaunselor harus berusaha untuk mendapat kesedaran dan pengetahuan berkaitan budaya,
dan kaum mereka sendiri.
2- Kaunselor juga harus mendapatkan lebih kefahaman tentang perbezaan kaum yang wujud
antara mereka dan klien.

PELBAGAI BUDAYA

3- Klien sepatutnya mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan budaya, gaya hidup dan jenis
kaum bagi setiap klien mereka.
4- Kaunselor harus mewujudkan kesedaran kepada masyarakat.
5- Kaunselor harus sedar bahawa konsep seperti kebenaran, kejujuran, kesopanan dan lainlain adalah saling berkaitan.
6- Kaunselor harus sedar berkaitan penggunaan bahasa.
7- Kaunselor harus mempamerkan sikap yang baik sepanjang sesi kaunseling. Tingkah laku
yang baik adalah sesuatu yang dapat menjadi contoh kepada klien.
8- Kaunselor harus sedar tentang fenomena bahasa yang sering digunakan oleh masyarakat.
9- Kaunselor juga perlu untuk meneroka pengalaman memberi kaunseling kepada pelbagai
jenis kaum, atau penggunaaan terapi yang bersesuaian mengikut jenis klien.
Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa perkhidmatan kaunseling pelbagai budaya
ini adalah efektif di Negeri Sabah. Ini kerana, ia melibatkan beberapa faktor seperti;
A- Sejak Merdeka, pada tahun 1957, Kurikulum Integrasi National telah berjaya membentuk
atau mengajar pelbagai jenis budaya atau pelbagai populasi kaum dalam menerima
ketidaksamaan nilai atau budaya pelbagai etnik.
B- Semua kumpulan etnik telah bergabung bersama.
C- Majoriti kaunselor di Negeri Sabah adalah sangat peka dengan kepentingan budaya di
dalam sesi kaunseling.
D- Majoriti rakyat Sabah boleh berkomunikasi dengan baik di dalam bahasa melayu, yang
merupakan bahasa kebangsaan yang di ungkapkan secara meluas dan turut menjadi
bahasa perantaraan.

Kesimpulan :
Kaunselor yang bijak ialah kaunselor yang berjaya memahami kepelbagaian budaya, adat
resam, kaum etnik, kepercayaan, nilai serta agama kaum lain. Kefahaman kepada budaya kaum

PELBAGAI BUDAYA

yang terdapat di Negeri Sabah ini dapat mewujudkan sifat peka dan sesntiviti terhadap
kehidupan mereka. Negeri Sabah memang terkenal dengan keunikan budaya yang tersendiri. Ia
berjaya menarik perhatian pelbagai pelancong dan masyarakat luar negara terhadap keunikan
multietnik dan multibudaya di Negeri Sabah. Dalam mengekalkan keharmonian kepelbagaian
kaum, kaunselor yang mengendalikankaunseling pelbagai budaya mahupun silang budaya
haruslah memahami terlebih dahulu akan sesuatu etnik, bangsa, kaum, kepercayaan, nilai,
budaya dan agama mereka sebelum meneroka dengan lebih mendalam. Sikap saling
menghormati akan budaya seseorang klien amatlah penting dalam sesi kaunseling pelbagai
budaya.

Ulasan Jurnal (2)


Tajuk

: Multicultural Counseling: An ethical issue for school counselors.

Penulis

: Hobson, Suzanne M., Kanitz, H. Mike

Jurnal

: School Counselor; Mar 96, Vol. 43 Issue 4, p245

Pendahuluan
Kaunselor sekolah telah menghadapi masalah berkaitan etika ketika memutuskan sama
ada untuk melibatkan diri dalam kaunseling pelbagai budaya tanpa latihan secukupnya. Artikel
ini akan membincangkan pendapat-pendapat pakar dan implikasi pelaksanaan kaunseling
pelbagai budaya. Menurut Gelso & Fretz, (1992) bidang kaunseling pelbagai budaya masih baru
di dalam profesion berkaitan kaunseling dan psikologi. Lee (1995) pula menyatakan bahawa
gerakan hak-hak sivil dari tahun 1960-an meletakkan asas bagi perubahan sosial politik yang luar
biasa di Amerika Syarikat. Pelajar dengan pelbagai latar belakang kaum dan etnik kini diiktiraf
sebagai layak menerima hak sama rata. Hasilnya, permintaan untuk memastikan peluang

PELBAGAI BUDAYA

ekonomi, undang-undang, dan sosial yang sama di Amerika Syarikat semakin meningkat. Negara
secara keseluruhannya telah lebih sedar bahawa sistem pendidikan Amerika memiliki sifat
majmuk yang kompleks.
Keadaan ini mewujudkan dilema etika bagi kaunselor sekolah kerana kebanyakkan
daripada mereka mempunyai sedikit atau tidak mempunyai langsung kelayakan akademik dalam
kaunseling pelbagai budaya. Piawaian etika Persatuan Kaunseling Amerika (ACA, 1995); dan
American School Counselor Association (ASCA, 1992) mewajibkan kaunselor sekolah untuk
memberikan perkhidmatan kepada setiap pelajar sebagai individu yang unik dan untuk
menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Pada masa yang sama,
kaunselor diminta untuk tidak mempraktikkan di luar bidang kepakaran masing-masing.
Respon Profesional terhadap keperluan Pelbagai budaya : Dari Perspektif Sejarah
Kebanyakkan kaunselor dan ahli Psikologi mulai sedar peningkatan jumlah masyarakat
majmuk dan mula mempersoalkan pendekatan tradisional terhadap kaunseling pelbagai budaya.
Disebabkan itu, persatuan-persatuan professional telah mula bertindak. Burn (1992) menyatakan
American Counseling Association (ACA) mula menyedari keperluan untuk menyediakan
kaunseling pelbagai budaya dengan mewujudkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada tahun
1965. Pada tahun 1972, telah ditubuhkan secara rasmi bahagian yang mengkhususkan kepada
kepelbagaian manusia. Salah satu peranan badan professional ini ialah untuk menentukan
kelayakan yang diperlukan oleh kaunselor untuk menjalankan kaunseling pelbagai budaya.
Sebelum ini ACA hanya memfokuskan tiga isu berkaitan silang budaya. Yang pertama
adalah keperluan kaunselor untuk memastikan masyarakat dari pelbagai latar belakang etnik,
budaya, agama, kurang upaya dan taraf sosioekonomi mempunyai akses sama rata terhadap
penggunaan computer untuk menyokong perkhidmatan kaunseling. Yang kedua, adalah

PELBAGAI BUDAYA

pentafsiran ujian dilakukan kepada semua pihak tanpa menghadkan kepada norma sebilangan
sahaja. Yang ketiga, adalah memerlukan kaunselor kekal sedar akan kesan negatif stereotype dan
diskriminasi terhadap budaya dan jantina. Ini adalah untuk mengelak dari melanggar hak-hak
individu dan mencabuli maruah peribadi klien.
Pada masa ini, kaunselor professional tidak diwajibkan untuk mempunyai kelayakan
tertentu atau mempunyailatihan di dalam bidang kaunseling pelbagai budaya. Kaunselor hanya
perlu melayan klien sebagai seorang individu yang unik.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1986, ACA telah menerbitkan satu set kecekapan
pelbagai budaya yang digunakan sebagai garis panduan oleh kaunselor yang mahir didalam
aspek budaya. Pada tahun 1994, Counsil For Accreditation of Counseling and Related
Educational Program (CACREP) memasukkan objektif pelbagai budaya didalam manual
latihannya.
Usaha terkini yang dilakukan oleh ACA adalah dengan menerbitkan dokumen bertajuk
Code of Ethics and Standard of Practices (1995). Dokumen ini menyediakan pendidikan yang
berterusan dan mengharapkan kaunselor untuk mengambil langkah meningkatkan kecekapan di
dalam kemahiran yang digunakan. Kaunselor mestilah menghormati kepelbagaian dan tidak
mendiskriminasikan klien dari aspek umur, warna kulit, budaya, keupayaan, kumpulan etnik,
jantina, budaya, agama, taraf perkahwinan dan taraf sosioekonomi.

Perbezaan pendapat berkaitan Kaunseling Pelbagai Budaya


Tidak semua ahli professional bersetuju untuk menjadikan latihan dalam kebudayaan
pelbagai sebagai suatu keperluan. Antara individu yang kurang bersetuju adalah Patterson (1985)
yang telah menganjurkan apa yang dipanggil psikoterapi elektrik sebagai hubungan

PELBAGAI BUDAYA

terapeutik. Patterson mengakui kewujudan perbezaan budaya. Contohnya, beliau menyatakan


orang barat lebih berdikari, lebih ekstrovert, dan lebih bebas meluahkan pendapat berbanding
budaya masyarakat timur. Walaupun Patterson mengakui perkara tersebut, beliau merasakan
perbezaan budaya tidak boleh diberi penekanan melebihi kesejagatan di dalam sifat-sifat dan
nilai kemanusiaan.
Lloyd (1987) pula menyatakan program latihan yang mengajar pelajar berkaitan ciri-ciri
perbezaan budaya hanya akan menggalakkan kaunselor menjadi stereotype terhadap kliennya.
Lloyd membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman yang dialaminya sendiri di Malaysia.
Menurut beliau segala informasi berkaitan budaya rakyat Malaysia yang dikumpul sebelum
beliau tiba ke Malaysia hanyalah digunakan sebagai penghormatan sosial. Walaubagaimanapun,
dari aspek perhubungan kaunseling sebenar hanyalah diperolehi melalui komunikasi dan
kemahiran kaunseling yang dimilikinya.
Manakala Ivey (1987) percaya semua amalan menolong adalah berasaskan andaian
budaya. Sesuatu amalan kaunseling dan terapi yang dicipta oleh seorang lelaki Eropah mungkin
hanya sesuai digunakan oleh klien dari latar belakang yang sama sama sahaja. Dan kaedah
tersebut mungkin tidak sesuai digunakan oleh individu dari latar belakang berbeza tanpa
sebarang bentuk perubahan atau penambahbaikan.
Sehingga sekarang perdebatan berkaitan peranan maklumat budaya di dalam profesion
kaunseling dan psikoterapi masih lagi belum selesai. Percanggahan pendapat ini menyebabkan
profesion ini masih lagi perlahan dalam melahirkan idea kaunseling pelbagai budaya dan
seterusnya melaksanakan program latihan khusus berkaitan kaunseling pelbagai budaya.

Penutup

PELBAGAI BUDAYA

Kesimpulan yang dibuat oleh artikel ini adalah sekiranya tidak disegerakan peluang
latihan berkaitan kaunseling pelbagai budaya lebih ramai kaunselor sekolah akan bergraduasi
tanpa mempunyai latihan secukupnya dalam bidang ini. Penulis mencadangkan agar latihan
khusus berkaitan kaunseling pelbagai budaya perlu diwujudkan memandangkan peningkatan
jumlah masyarakat majmuk di seluruh dunia.
Sebagai satu profesion berorientasikan perkhidmatan yang mana kesinambungan dan
perkembangan perkhidmatan ini bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan sesi bersama klien
dan kepuasan mereka. Jadi adalah sangat penting untuk kaunselor profesional terus melihat isu
ini. Seperti yang dinyatakan oleh Burn (1992) kelangsungan profesion ini bergantung kepada
kemampuan untuk mendapatkan keyakinan daripada masyarakat majmuk.
Ulasan Jurnal (3)
Tajuk

: In the Special Issue on Multicultural Social Justice Leadership


Development

Penulis

: Carlos P. Zalaquett, University of South Florida

Tajuk Pembentangan : What Does It Mean to Be a Culturally-competent Counselor?


(Apakah kaunselor pelbagai budaya kompeten?)
Pembentang

: Shamshad Ahmed (Marywood University)


Keith B.Wilson (The Pennsylvania State University)
Richad C.Henriksen Jr. (Sam Houston State University)
Janet WindWalker Jones (Center of Health & Whole Healing, Inc.)

Sumber

: Journal for Social Action in Counseling and Psychology,


Volume 3, Number 1 : Spring 2011

PELBAGAI BUDAYA

Pendahuluan
Artikel ini ditulis berdasarkan pembentangan tiga orang panel dengan tajuk What Does
It Mean to Be a Culturally-competent Counselor? Pembentangan ini menggunakan kompeten
kaunseling pelbagai budaya sebagai asas pembentangan dengan menggariskan strategi untuk
membangunkan kecekapan di dalam kesedaran, pengetahuan dan kemahiran domain kecekapan
pelbagai budaya. Penulis mencadangkan implikasi untuk meningkatkan sokongan kepelbagaian
budaya dalam keadilan sosial.

Perbincangan
Definisi kompeten pelbagai budaya bermakna pendekatan proses kaunseling dari konteks
budaya klien (Sue, Arrendondo & McDavis, 1994; Sue & Sue, 2007). Kaunselor perlu
memastikan etika profesional tidak mempengaruhi nilai-nilai budaya dan bias terhadap klien
(ACA,2005). Dalam artikel ini, penyampai berkongsi contoh-contoh peribadi budaya masingmasing dan bagaimana ini memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan profesional mereka,
termasuk kesedaran diri, pengetahuan dan kemahiran mereka.

Overview Pembentangan :
Cabaran dan Halangan untuk menjadi Kaunselor Pelbagai Budaya
Cabaran yang dihadapi oleh kaunselor terhadap klien adalah klien yang datang dari latar
belakang etnik berbeza, jadi kaunselor kurang beri tumpuan kepada minoriti dalam menghadapi
dan memenuhi keperluan pelanggan yang mempunyai budaya berbeza (Consoli, Kim, & Meyer,

PELBAGAI BUDAYA

2008). Menurut Pedersen (1997), ciri-ciri utama kompetensi kaunselor pelbagai budaya adalah
kesedaran diri, pengetahuan tentang budaya dan kemahiran. Pengetahuan budaya yang dianggap
sebagai satu gabungan konsep teori dan pengalaman hidup (Kiselica & Maben, 1999).
Pembentang percaya kompeten pelbagai budaya adalah kemahiran budaya. Seorang
kaunselor yang mahir bijak menggunakan campur tangan klien dan melayani keperluan
pelanggan (Chung & Bemak, 2002). Pembentang menyatakan kepentingan mengemaskini
pengetahuan tentang pelbagai teknik kaunseling, menjadi lebih berpengetahuan tentang tandatanda dan kontra daripada teknik dan menekankan pentingnya mewujudkan hubungan kerjasama
antara kaunselor dan klien. Dalam kaunseling pelbagai budaya, kaunselor dan klien perlu
membincangkan teknik yang akan memberi manfaat kepada klien.
Pedersen (1991) menyatakan kesedaran dan penerimaan terhadap budaya akan
mempengaruhi proses kaunseling, di mana kesedaran budaya ini akan menyokong kaunselor
dalam mengembangkan pemahaman rasa empati terhadap klien. Tambahan pula, Ridley (seperti
yang dipetik di Chi-Ying & Bemak, 2002) menekankan pentingnya pemahaman rasa empati.
Ridley turut menambah pentingnya menyediakan garis panduan terhadap kaunselor dalam
kemahiran kaunseling pelbagai budaya.

Kesimpulan
Sesi pembentangan ini membincangkan keperluan seorang kaunselor dalam menghadapi
klien yang mempunyai pelbagai budaya. Dalam sesi ini, peserta menyatakan tentang pentingnya
memahami budaya pelbagai kaum. Peserta juga merasakan perlu menggalakkan lebih ramai ahli
terapi dan kaunselor untuk menjadi lebih berfikiran terbuka dalam memenuhi keperluan sosial
dan menegakkan keadilan sosial. Sehubungan itu, kesedaran kaunselor dan klien perlu

PELBAGAI BUDAYA

ditekankan dalam pembangunan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Akhirnya, peserta


menyatakan untuk menjadi kaunselor pelbagai budaya yang berwibawa satu proses aktif perlu
diambil dalam mengekalkan keadilan sosial.

Ulasan Jurnal (4)


Tajuk

: Do We Need Multicultural Counseling Competencies?


(PERLUKAH KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA?)

Penulis

: Muhammad Ilyas bin Zambri - (Cr. GIK)

Sumber

: http://gerbangilmukaunseling.blogspot.com

Pendahuluan :
Setiap kumpulan yang berbeza mempunyai identiti atau cara yang unik dan tersendiri
terutama dalam pembentukan kumpulan mengikut budaya, kaum dan etnik yang dipegang. Oleh
itu, kepentingan memilih atau mengembangkan teknik, teori dan kaedah dalam memahami setiap
budaya adalah perlu bagi memastikan limitasi dalam sesi tidak berlaku. Dalam pada itu, satu
teknik atau teori yang universal dan boleh diguna pakai oleh semua ahli terapi adalah perlu

PELBAGAI BUDAYA

dalam mengendalikan kes silang budaya dalam masyarakat hari ini yang wujud dengan
kepelbagaian yang ada dalam diri setiap individu itu sendiri.

Perbincangan Kajian :
Halangan dan Cabaran
Dalam kajian ini, teori pemusatan insan oleh Carl Rogers dicadangkan oleh pengkaji
sebagai sistem universal yang digunakan. Antara asas yang digariskan dalam teori ini ialah
tentang menghormati klien dan mempercayai klien mampu mengubah dirinya sendiri. Di
samping itu, nilai keikhlasan turut menjadi asas dalam teori ini yang mana kaunselor bertindak
dalam perhubungan yang sebenar dalam membantu klien berfokus kepada silang budaya.

Selain itu, perasaan empati juga merupakan modal utama dalam teori ini, yang dapat
membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia kliennya dan mula meneroka isu sebenar
klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan empati ini tiada klien akan mula menutup
perasaannya untuk dikongsikan dan proses penerokaan akan sukar dijalankan.
Komunikasi yang berkesan juga dititikberatkan. Masalah komunikasi akan berlaku dalam
sesi kaunseling silang budaya. Oleh yang demikian seseorang kaunselor perlu memastikan
bahawa dia telah siap sedia untuk menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang
dipertuturkan dalam memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue
(1990) memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam
menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien dengan sendirinya akan menilai dirinya sekiranya
kualiti kaunselor dalam menghormati dan penerimaan tanpa syarat serta memahami klien dari
sudut perspektifnya sendiri akan membantu klien berkembang dengan sendirinya.

PELBAGAI BUDAYA

Satu lagi yang difikirkan penting adalah pengstukturan di mana klien yang datang dari
budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan
yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien
daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang
dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan sistematik.
Kesimpulannya dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa tiada satu pun teori atau
teknik yang boleh digunapakai secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang
berbeza dan datang dari pelbagai budaya. Pengkaji berpendapat bahawa gabungan teori dan
kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih
efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan
budaya dan perbezaan yang ada dalam diri setiap klien. Oleh yang demikian pengkaji menolak
persoalan tajuk kajian keperluan kompetensi kaunseling silang budaya.

Pandangan
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Perkara asas
dalam negara ini adalah persefahaman. Maka, dengan itu perkhidmatan kaunseling pelbagai
budaya sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman
inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang dijalankan menampakkan kelancaran.
Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami
oleh masyarakat Malaysia menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan komponan silang
budaya itu sendiri. Makanya, saya bersetuju dengan pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang
sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya dan ianya lebih tertumpu kepada keterbukaan
pelbagai teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.

PELBAGAI BUDAYA

Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan
perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana
kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti
supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan
padangan budaya klien.
Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi yang
berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri, namun terdapat
pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang
demikian, penggunaan bahasa yang standard dapat memudahkan sesi supaya berlangsung dengan
lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami setiap
dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan memahami budayanya
sekali.
Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya
memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa
agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama
masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan
sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini,
penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.
Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling
silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi
silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, saya melihat Malaysia masih lagi belum
mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini. Tidak banyak kajian

PELBAGAI BUDAYA

berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan
ini masih berlum berkembang sepenuhnya dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi
peneraju dalam penyelidikan kaunseling silang budaya.

Penutup :
Menurut penulis, beliau berpendapat tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang
sesuai digunakan oleh pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling
silang budaya. Banyak cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan
sesi dan menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang budaya
ini sangat signifikan dan releven dijalankan di Malaysia.
Ulasan Jurnal (5)
Tajuk

: CABARAN-CABARAN KAUNSELING SILANG BUDAYA DI MALAYSIA

Penulis

: Abdul Halim Othman, Muhammad Haji Yusuf & Aminuddin Mohd Yusuf

Sumber

: Koleksi Kertas Kerja : Psikologi Masyarakat Malaysia Semasa II (2000),


Universiti Malaysia Sabah.

Pendahuluan :
Artikel ini cuba memperdebatkan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Lynette M.L.
Eng dan Tian P.S. Oei tentang cabaran-cabaran kaunseling silang budaya di Malaysia yang
terkandung dalam artikel mereka yang disiarkan dalam keluaran yang sama. Artikel ini
beranggapan pandangan kedua-dua penulis ini mengenai kedudukan kaunseling di Malaysia
menimbulkan kekeliruan kerana kegagalan mereka menjelaskan maksud sebenar situasi silang
budaya dalam konteks Malaysia.

PELBAGAI BUDAYA

Perbincangan :
Eng dan Oei juga cuba mencadangkan kerangka model untuk panduan kaunseling silang
budaya di Malaysia tetapi cadangan mereka mengenai penggunaan nilai masyarakat setempat
dianggap boleh menjebak proses kaunseling ke dalam tindakan yang tidak beretika. Artikel ini
juga menunjukkan huraian-huraian skeptical dan berprangsaka tentang kedudukan hubungan ras
di Malaysia oleh kedua-dua penulis tersebut. Mereka juga turut memberi cadangan mengenai
kaunseling rasio-politik dan pengkritik jurnal ini menganggap ianya adalah satu perbuatan yang
nakal kerana membawa masuk politik ke dalam perkhidmatan kaunseling yang murni ini.
Penulis cuba mengutarakan tiga isu utama yang mereka anggap sebagai cabaran terhadap
perkhidmatan kaunseling di Malaysia terutamanya masalah-masalah kaunseling silang budaya,
satu kerangka kerja bagi kaunseling silang budaya di Malaysia dan masalah-masalah rasiopolitik kaunseling di Malaysia. Semasa mereka menyatukan terminology-terminologi silang
budaya dengan semua terminology kaunseling yang mereka gunakan.
Intipati kaunseling silang budaya adalah berbeza budaya antara kaunselor dan kaunselee.
Wohl, (1989) sebagai contohnya membincangkan psikoterapi silang budaya juga menekankan
fakta bahawa satu situasi psikoterapi menjadi silang budaya (antara budaya) semasa salah satu
komponen-komponen asasnya mempunyai persisihan dari segi budaya dengan orang lain.
Perbezaan budaya boleh menunjukkan dengan nyata perbezaan status sosio-ekonomi, bangsa,
tempat tinggal di antara bangsa-bangsa yang sama, agama dan kaum. Disebabkan perbezaan
budaya di Malaysia mungkin mengakibatkan satu atau semua factor persekitaran di atas, apa-apa
perbincangan mengenai kaunseling silang budaya di Malaysia hendaklah menghurai secara jelas
skop yang dilingkungi supaya tidak treat where trearment is not warranted.

PELBAGAI BUDAYA

Masalah-masalah Kaunseling di Malaysia


Mengikut Eng & Oei, terdapat tujuh masalah bagi kaunseling silang budaya di Malaysia.
Masalah tersebut adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Masalah-masalah komunikasi.
Perbezaan-perbezaan di dalam pandangan dan persepktif budaya.
Individualsma berbanding dengan kolektivisma.
Kesilapan bias kepada individualsma.
Masalah generalisasi keterlaluan.
Kekurangan model-model teoritikal.
Ras dan politik.

i. Masalah-masalah komunikasi.
Adalah diakui bahawa masalah-masalah komunikasi yang berpunca dari perbezaan bahasa
merupakan satu masalah kaunseling silang budaya. Tetapi ia bukan satu masalah di Malaysia.
Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa hanya Bahasa Inggeris adalah bahasa kaunseling
di Malaysia. Mengatakan bahawa Bahasa kaunseling ialah Bahasa Inggeris adalah menolak
kenyataan bahawa kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia dan penjara yang dilakukan dengan
sempurna di dalam Bahasa Melayu.

ii. Perbezaan-perbezaan di dalam pandangan dan persepktif budaya.


Eng dan Oei menekankan kenyataan bahawa budaya ASEAN juga mempunyai kecederungan
untuk mempunyai dongengnya yang tersendiri dan kepercayaan karut, mungkin asing kepada
kaunselor-kaunselor yang silang budaya. Kaunselor-kaunselor terlatih dari barat terutamanya,
mungkin mengalami konflik dan penolakkan dari klien kerana tidak ada persetujuan dalam
penafsiran. Ini menunjukkan dengan jelasnya kesilapan Eng dan Oei mengenai konsep seorang

PELBAGAI BUDAYA

kaunselor yang terlatih di barat sahaja.Seperti yang diterangkan lebih awal lagi, apa yang berlaku
di Malaysia adalah walaupun kaunselor-kaunselor mendapat latihan di barat, mereka masih terus
memegang nilai-nilai asal mereka kerana mereka hanya tinggal sementara di barat dan mereka
tidak mempunyai masa yang cukup untuk melupakan nilai-nilai budaya asal mereka baik mereka
itu melayu, cina atau india.

iii. Individualsma berbanding dengan kolektivisma.


Walaupun tiada ahli-ahli psikologi malaysia mengesahkannya, kita bersetuju dengan Eng dan
Oei bahawa masyarakat Malaysia mementingkan perhubungan keluarga, kesetiaan dan tidak
begitu individualisma. Darjah kekolektifan mungkin berbeza mengikut etnik, tetapi pada
dasarnya, mereka menghargai sifat-sifat kolektif.

iv. Kesilapan bias kepada individualsma.


Penulis bersetuju dengan Eng & Oei bahawa kaunselor-kaunselor terlatih di barat setidaktidaknya, seharusnya lebih menanyakan kepada individualsma yang ada pada diri dan lebih
kepada kebudayaan Asia di mana ia memberi penekanan kepada kolektif melebihi individu. Satu
daripada penekanan di dalam pengislaman pengetahuan yang berpunca daripada kebangkitan
Islam juga berkaitan dengan tema ini.

v. Masalah generalisasi keterlaluan.


Dua isu yang telah dibangkitkan oleh Eng dan Oei di bawah tajuk ini : transferen kebudayaan
dan counter-transferen kebudayaan dan

kedua adalah kaedah-kaedah kaunseling. Penulis

bersetuju dengan masalah pertama tetapi mempersoalkan pernyataan kedua. Pertukaran

PELBAGAI BUDAYA

kebudayaan merujuk kepada reaksi-reaksi emosi bagi seseorang klien dari satu kumpulan etnik
bertukar kepada ahli terapi kumpulan budaya yang lain. Penulis menyatakan bahawa pertukaran
memang adalah satu masalah di dalam kaunseling. Adalah tidak mungkin untuk tidak
memikirkan kemungkinan pertukaran budaya apabila kaunselor itu adalah seorang Melayu, Cina
dan India dan klien pula adalah bukan etnik yang sama. Walau bagaimanapun, pengalaman ini
boleh dikurangkan dengan interaksi harian di antara kumpulan-kumpulan etnik, sayu kenyataan
yang tidak sangsi di Malaysia.

vi. Kekurangan model-model teoritikal.


Eng & Oei menekankan keperluan untuk mengadakan rangka panduan ke atas kaunseling silang
budaya yang merupakan sensitive dan releven terhadap budaya releven untuk Malaysia. Penulis
bersetuju dan menekankan

bahawa Malaysia bukan sahaja memerlukan model teori untuk

kaunseling silang budaya tetapi apa yang lebih penting ialah penekanan ke atas kaunseling itu
sendiri.

vii. Ras dan politik.


Penulis menyatakan Eng dan Oei bukan sahaja menulis dengan prejudis tetapi cuba melibatkan
politik perkauman ke dalam perkhidmatan kaunseling. Tidak dapat dinafikan kaum dan politik
mempunyai perbezaan yang signifikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, adalah tidak betul
untuk memberi gambaran seolah-olah perhubungan antara kaum sentiasa dalam keadaan tegang.

Penutup :

PELBAGAI BUDAYA

Konsep silang budaya di Malaysia banyak merujuk kepada perkhidmatan yang diberi kepada
kaum melayu, Cina dan India kerana ketiga-ketiga kumpulan kaum ini hidup bersama di
Malaysia sebagai satu Negara dan berkongsi politik, sosial dan kuasa ekonomi yang sama.

Ulasan Jurnal (6 & 7)


Tajuk

: KOMUNIKASI SILANG BUDAYA, KOMPETENSI, PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN : SATU ANALISIS

Penulis

: Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody

Sumber

: Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1): 45-53. (2011)


dan

Tajuk

: KESAN LATIHAN SILANG BUDAYA TERHADAP TANGGAPAN


KAWALAN DAN SIKAP SILANG BUDAYA PENULIS

Penulis

: June M. L. Poon, Rohayu Abdul Ghani, Rasidah Arshad

Sumber

: Jurnal Pengurusan 19 (2000) 3-25.

Penulis telah memilih dua jurnal yang berkaitan dengan silang budaya iaitu Komunikasi
Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis yang melihat
kepada komunikasi budaya silang dan perkongsian maklumat pembelajaran di dalam kelas
pelbagai budaya di Australia dan jurnal kedua ialah Kesan Latihan Silang Budaya Terhadap
Tanggapan Kawalan Dan Sikap Silang Budaya. Latihan silang budaya amat penting dalam

PELBAGAI BUDAYA

sesebuah masyarakat majmuk, (Black & Mendenhall 1990; Brislin & Yoshida 1994; Deshpande
& Viswesvaran 1992; Harrison 1992; Tung 1981; York 1994).

Penulis bermula dengan melihat secara kritis cabaran dan mencadangkan garis panduan
untuk mengatasi permasalahan komunikasi budaya silang yang berlaku pada ketika ini. Aspek
yang dilihat oleh penulis ialah konteks kepentingan budaya pengajaran, kompetensi komunikasi,
kurikulum tersembunyi, perancah pengajaran, memahami keterbukaan terhadap budaya lain,
mengiktiraf kekayaan dan pengalaman kepelbagaian budaya pelajar yang relevan dari sudut
akademik pengkhususan komunikasi.

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan.
Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus ke dalam proses
komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah.
Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima dan ia adalah suatu penghubung
antara interaksi manusia dengan manusia laninnya. Dalam proses komunikasi, sumber dan
penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba
mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik malahan ianya akan
diingati serta menjadi suatu sejarah. Contohnya, penerima telah menerima pengaruh dari mesej
yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat
ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri
daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Dimana tempat dan suasana
ketika komunikasi tersebut berlangsung. Manakala konteks sosial pula ialah hubungan sosial

PELBAGAI BUDAYA

antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit
dan sebagainya.

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada


latar budaya yang pelbagai. Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang
berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang
budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai
konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan
mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya.
Identiti sosial antara pemberi komunikasi itu juga adalah berbeza. Tahap silang budaya boleh
diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta
tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam
semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai
tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada
verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan
mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita
akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk
tanggapannya terhadap kita.

Bagi mendalami secara lebih terperinci dan secara praktikal kita dapat lihat melalui
contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Kemboja dengan pelajar Melayu dari
Kuim sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa Jepun
berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan

PELBAGAI BUDAYA

mereka. Seorang pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi
Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga
pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang
Kanada dan Orang UK. Jad segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta
mencapai matlamat yang maksimun jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat.

Mencakupi juga dalam pergaulan sosial mereka jika air muka yang dilemparkan adalah
positif dan menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa sebarang konflik. Budaya
meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan
yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu
dan kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah
budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat
reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh
nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan.
Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat
dan kebiasaan. Jadi peranan air muka dalam konteks kebudayaan jika diperhatikan adalah amat
berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian
sejagat. Walaupun ianya seperti remeh namun air muka adalah salah satu yang menyumbang
terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya
mempengaruhi cara kita berkomunikasi serta cara kita mempamerkan air muka dalam keadaan
tertentu dengan bijak. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi,

PELBAGAI BUDAYA

dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan
komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal. Budaya dan komunikasi
mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi
juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang
digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang dipegang akan
membentuk tingkah laku yang akhirnya akan terbawa ke dalam proses komunikasi serta akan
mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi dan inilah yang dinamakan air muka. Perilaku
dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku
terikat dengan budaya.

Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang.
Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya kerana kita selalunya
mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu hanya sedikit.
Silang budaya ini juga akan mempengaruhi cara kita berinteraksi serta cara kita mempamerkan
air muka tertentu. Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang berbudaya konteks tinggi.
Maka, gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat
atau lebih daripada satu maksud pada satu mesej. Hal ini akan menimbulkan kecelaruan dalam
penyampaian mesej itu sendiri serta menyebabkan air muka kita berubah-ubah. Tumpuan
komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya
intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi
berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah
diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang

PELBAGAI BUDAYA

dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan
apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan
sesuatu, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias atau hanya menunjukkan
isyarat setuju melalui bahasa badan atau mimik muka. Contoh negara yang mengamalkan
komunikasi konteks tinggi ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Samaada timbal balik
ini berlaku dalam bentuk negetif atau sebaliknya adalah cara kita berkomunikasi serta cara kita
menjaga air muka kita dalam berkomunikasi tersebut. Budaya terdiri daripada sebahagian
perilaku kita dan komunikasi akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan
budaya kita. Menurut Hall, culture is communication, communication is culture. Ini
menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka,
sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada
budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma. Jadi jika kita melihat di Malaysia
norma atau adat yang di pegang sangat lembut dan santun ianya juga mempengaruhi kita dalam
mempamerkan air muka itu sendiri secara tidak langsung. Kebanyakan anak-anak yang terdidik
dengan kesantunan ini akan manis tersenyum dengan tetamu yang datang bertandang kerumah
keranan menjaga air muka ibu bapa. Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya
akan lebih harmoni kerana terjaganya air muka maka interaksi yang berlaku juga akan lancar dan
harmoni. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali.
Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara
teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza serta air muka iaitu senyuman yang
dilemparkan juga hanya pada yang dikenali sahaja menyebabkan jaringan budaya di Malaysia

PELBAGAI BUDAYA

tidak begitu meluas seperti di barat. Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan
orang Asia. Orang Asia menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat
penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi.

Teori dan kajian berkaitan Kompentasi Komunikasi Budaya Silang atau Intercultural
Communication Competence (ICC) mendapati terdapat beberapa pembolehubah kepada
persembahan budaya silang yang berkesan seperti sikap individu berhadapan dengan tekanan
psikologi; berkomunikasi secara berkesan dengan orang yang tidak dikenali dengan
menguruskan isu percanggahan komunikasi dan kepelbagaian bentuk komunikasi yang dapat
membantu kejayaan berinteraksi dan memperkenalkan hubungan interpersonal (Kim 1991).
Walau bagaimanapun, untuk berkomunikasi secara kompeten seseorang itu perlu memahami
secara mendalam konteks interaksi yang wujud kerana perbezaan budaya.

Jika dilihat kepada kaunseling pula ia merupakan suatu proses perhubungan antara
individu yang membantu individu bermasalah ke arah jalan penyelesaiannya. Antara masalah
yang selalu dirujuk dalam kaunseling iaIah masalah perapatan antara dua individu yang bercinta
terutamanya bagi mereka yang mempunyai tingkah laku perapatan yang berbeza. Menurut Mace
dan Margison (1997: 210), tingkah laku perapatan merujuk kepada sebarang bentuk tingkah laku
yang menghasilkan perapatan dengan seseorang atau mengekalkan keinginan untuk mendekati
seseorang yang telah dikenaI pasti di mana individu tersebut dianggap berupaya untuk
mengendalikan kehidupan sehariannya. Oleh kerana masalah perapatan merupakan satu isu
penting yang sering dipertikaikan dalam kaunseling keluarga, maka pasangan romantik
diharapkan mempunyai tingkah laku perapatan dan perhubungan perapatan yang sesuai dan baik.

PELBAGAI BUDAYA

Mereka juga perlu sedar tentang model kerja dalarnan dan juga peka kepada corak perapatan
yang dimiliki sarna ada diterima atau tidak berdasarkan budaya masyarakat. Ini kerana
perhubungan yang rapat adalah penting untuk menyumbang kepada perhubungan perkahwinan
yang sihat dan gembira (Ammons & Stinnett, 1980; Stinnett & DeFrain, 1985).

Menerusi perhubungan romantik orang dewasa, setiap pasangan akan berfungsi sebagai
figura perapatan antara satu sarna lain dan memberikan sistem perapatan secara dwi arab. Secara
idealnya, setiap pasangan dapat mengatasi masaIah kebimbangandengan bergantung kepada
orang lain dan menjadi tempat pergantungan Wltuk orang lain. Semasa dalam keadaan tertekan,
pasangan yang bertindak secara empati dan bebas daripada kedua-dua keadaan tersebut dikenali
sebagai perapatan yang kompleks iaitu konsepsi kepada perhubungan perapatan antara pasangan
(Fisher & Crandell, 1997 dalam Lewis, 1997).

Walau bagaimanapun, sesetengah individu takut perhubungan yang rapat kerana mereka
pemah dicedera, dieksploitasi atau dikecewakan oleh seseorang yang rapat dengan mereka.
Misalnya individu yang berpengalaman terhadap perhubungan yang sengsara atau menyedihkan
pada zaman kanak-kanak akan menyebabkan mereka mengelakkan diri daripada perhubungan
rapat semasa dewasa nanti dengan alasan untuk melindungi diri sendiri (Stenne Walters & Stinne
1991).

Oleh yang demikian, salah satu matlamat kaunseling keluarga adalah untuk menolong
individu dalam aspek perhubungan perapatan. Ini termasuklah membantu mereka mengenal pasti
jenis model ketja daJaman yang ada pada d.iri mereka dan seterusnya mencadangkan usaha yang

PELBAGAI BUDAYA

berkaitan dengan isu perapatan serta stail perapatan yang diperlukan. Skor daripada kajian
penyelidikan perapatan telah digeneralisasikan sejak kemunculan teori perapatan Bowlby (1982,
1988) pada akhir tabun 1950an (Bacciagalupp, 1994). Kajian silang-budaya tentang perapatan
kanak-kanak juga turut berkembang (Van IJzendoom, 1990a). Sejak akhir tabun 1980an, kajian
dalam bidang perapatan telah dikembangkan lebih jauh daripada fokus pada peringkat awal iaitu
dalam perapatan antara bayi-penjaga kepada perhubungan perapatan di kalangan orangdewasa
(Bartholomew, 1990 Bartholomew & Horowitz, 1991; Hazan & Shaver, 1987; Wilhelm &
Parker, 1988). Seterusnya, kajian dalam bidang perapatan orang dewasa dijangka akan terns
berkembang.

Pertambahan pesat dalam kajian perapatan orang dewasa telah membawa kepada
perkembangan pelbagai alat penilaian yang berasaskan kepada perbezaan teoritikal dan
penekanan kepuasan. Untuk mengintegrasikan keputusan emprikal ke dalam bentuk praktiknya
kohesif adalah sangat sukar (Feeney, Moller & Hanrahan, 1994). Penelitian tentang peralatan
pengukuran memberi kesimpulan bahawa ketidaksesuaian instrumen mengikut konteks sosial
budaya yang pelbagai (Garbarino, 1998). Walau bagaimanapun, kajian dalam perapatan orang
dewasa sangat terbatas iaitu lebih kepada konteks Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain
sahaja (Van Dzendoom & Bakermans-Kranenburg. 1996). Hanya sedikit sahaja kajian
silangbudaya tentang perapatan orang dewasa yang berada dalam konteks bukan negara Barat
yang telah dijumpai. Kajian perapatan orang dewasa yang terdapat di timur tengah Asia juga
adalah terhad (Sagi et of. 1994).

PELBAGAI BUDAYA

Menurut Maznah dan Kim (1984) dalam Sidek (1998), dalam satu tinjauan I mengenai
alat-alat pengukuran dalam kaunseling di negara ini mendapati bahawa masalah utama yang
dihadapi dan seringkali disuarakan oIeh pengguna adalah masalah kekurangan alat-alat ujian
atau pengukuran. Masalah kesahan dan kebolehpercayaan alat-alat ukuran tersebut juga wujud
kerana alat-alat ukuran yang digunakan di Malaysia pada hari ini untuk tujuan kaunseling hampir
kesemuanya berasalkan dari luanegara khususnya dari negara-negara Barat yang mana eiri-eiri
budayanya begitu ketara berbeza dengan eiri-eiri budaya setempat yang terdapat di Malaysia.
Memandangkan begitu banyak budaya yang berbeza di kalangan penduduk Asia terutamanya di
Malaysia, maka kajian silang-budaya tentang perapatan orang dewasa dalam negara ini adalah
sangat dipedukan. Selain daripada penelitian instrumen yang pedu dibuat secara berhati-hati,
kajian yang mengambil kira sudut silang-budaya juga menghendaki instrumen tersebut
mengambil kira eiri-eiri psikometrik yang bersesuaian dengan budaya kumpulan kajian tersebut
(Fouad & Bracken, 1986). Sehubungan itu, pengesahan terhadap instrumen dari sudut silang
budaya sebelum ia digunakan adalah wajib (Geisinger, 1994).

Masalah silang-budaya dalam pengujian dan penilaian seperti yang disarankan oleh
(Marsella & Leong, 1995; Hood & Johnson, 1991) meliputi kesukaran mewujudkan kesetaraan
silang-budaya, perbezaan respons melalui budaya yang berlainan, komposisi item ujian yang
berlainan dan perbezaan sikap melalui budaya yang berlainan terhadap sesuatu pengujian,
kesetaraan linguistik, kesetaraan konsep, kesetaraan skala dan kesetaraan normatif yang
digunakan dalam alat ukuran hendaklah diatasi sebehun alat itu dapat digunakan. Untuk
memastikan alat itu sesuai digunakan, kesahan dan kebolehpereayaan ulruran itu hendaklah

PELBAGAI BUDAYA

dikaji. Oleh itu, kajian untuk menentusahkan kebolehgunaan instrumen perapatan terutamanya
dalam bidang kaunseling keluarga dalam konteks di Malaysia adalah diperlukan.

Kesimpulan
Komunikasi silang budaya seharus dan sepatutnya dielakkan kerana ia boleh mengancam
keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana komunikasi didalam negara yang berbilang
kaum perlu dilakukan dengan berhati hati agar proses komunikasi tersebut tidak menyentuh
sensitiviti masyarakat dan sekali gus diangap sebagai rasis. Air muka yang sepatutnya terjadi
adalah yang berlandaskan adat budaya yang menjurus ke arah keharmonian. Individu yang
berinteraksi dan berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui perbezaan budaya dan
pengaruh budaya ke atas komunikasi. Silap cara berkomunikasi akan menimbulkan tanggapan
yang berbeza di antara sesuatu kaum. Berkomunikasi silang budaya seharusnya mengetahui
perbezaan budaya dan pengaruh budaya ke atas komunikasi. Selama ini mungkin ramai di antara
kita leka dan tidak sensitif atau peka tentang identiti buadaya kita sendiri serta budaya kaum
yang lain. Kita tidak sedar bagaimana budaya mempengaruhi kita dan bagaimana komunikasi
berkait rapat dengan budaya kita dan budaya kaum yang lain. Kita tidak akan mengenal budaya
dan mengerti budaya kita sangat bersopan dan kita tidak dapat membandingkan bagaimana
budaya kita berbeza daripada budaya kaum yang lain. Kita harus ingat bahawa komunikasi yang
tidak mencapai matlamat ini hanya akan membawa kemusnahan dan perbalahan kaum disamping
akan menggangu kestabilan dan keharmonian bagi sesebuah negara. Sesebuah negara itu akan
hancur seandainya komunikasi tidak sihat ini tidak dikawal dan diambil sebagai salah satu
daripada agenda untuk memajukan hubungan antara kaum bagi sesebuah negara itu. Untuk

PELBAGAI BUDAYA

mewujudkan sebuah masyarakat yang madani yang bertamadun maka air muka dalam budaya
sangat penting dan harus dididik.

RUJUKAN
Sapora Sipon. (2002). Pengantar Kaunseling Prentice Hall.
Leroy G. Baruth, M. Lee Manning (2007). Multicultural Counseling And Psychotherapy. Pearson
Merrill Prentice Hall.
Abdul Halim Othman, Muhammad Haji Yusuf & Aminuddin Mohd. Yusuf (2000). Koleksi
Kertas Kerja Psikologi Masyarakat Malaysia Semasa II. Universiti Malaysia Sabah.
Derald Wing Sue, David Sue. (2008). Counseling Culturally Diverse Theory And Practice 5th
Edition. John Wiley & Sons, Inc.
Geldard, David. (1998). Basic Personal Counseling A Training Manual For Counsellors. Prentice
Hall.
Hobson, Suzanne M., Kanitz, H. Mike (1996). Multicultural counseling: An ethical issue for
School Counselor dari http://connection.ebscohost.com/c/articles/9604102064
Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. 2011. Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi,
Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1): 45-53.

PELBAGAI BUDAYA

June M. L. Poon, Rohayu Abdul Ghani, Rasidah Arshad. Kesan Latihan Silang Budaya Terhadap
Tanggapan Kawalan dan Sikap Silang Budaya. Jurnal Pengurusan 19 (2000) 3-25.
Samsudin bin Suhaili. Pendidikan Pelbagai Budaya : Komik Mat Som Sebagai Bahan Bantu
Mengajar.
Carlos P. Zalaquett (2011). What Does It Mean to Be a Culturally-competent Counselor? dari for
Social Action in Counseling and Psychology, Volume 3, Number 1 : Spring 2011
Sapora

Sipon.

Cultural

Sensitivities

in

Sabah.

Sabah

Experiences.

dari

http://connection.ebscohost.com
Muhammad Ilyas bin Zambri. Do We Need Multicultural Counseling Competencies? dari
http://gerbangilmukaunseling.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai