Anda di halaman 1dari 6

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN



KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA
MENGUASAI KONSEP DARAB

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat. Kemajuan ini
adalah hasil daripada peningkatan kemahiran kita dalam bidang sains dan teknologi.
Sebagaimana yang kita ketahui, matematik adalah satu cabang penting dalam bidang sains
dan teknologi. Subjek Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda Malaysia
pada masa kini. Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik, pernah menyatakan
bahawa mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai
berbanding dengan subjek-subjek yang lain.
Mengikut fokus artikel kajian ini adalah untuk membantu murid membentuk konsep
darab melalui kaedah susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif serta
aplikasinya dalam membentuk jadual sifir darab. Dalam artikel tersebut, konsep darab harus
difokuskan terlebih dahulu dan diteruskan dengan petak sifir darab atau boleh dikenali
sebagai jadual sifir darab.

LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI
Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, saya mendapati fokus utama pengkaji adalah
untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui Kaedah Susunan dengan
menggunakan bahan visual dan manipulatif dalam membentuk jadual sifir. Secara langsung
boleh membantu murid yang tidak berupaya untuk membuat interpretasi rajah, melakukan
perwakilan konsep darab dengan rajah dan menulis ayat matematik darab daripada rajah.
Pengkaji terbabit telah mengenal pasti enam orang murid melalui keputusan ujian
pertengahan semester satu dan tinjauan awal dalam bentuk lembaran kerja bertulis.
Tugasan yang diberikan kepada mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Daripada
temu bual dengan guru mata pelajaran Matematik, pengkaji dapat mengetahui murid-murid
tersebut merupakan antara murid yang lemah dalam Matematik.
Pada pendapat saya, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-murid
tersebut. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelajaran, murid-murid tidak akan
dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar.




JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA
Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini
adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat.
Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik
untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut.
Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan
maklumat. Kajian dijalankan ke atas 6 orang murid Tahun 3 , di Sekolah Kebangsaan
Sungai Kuching. Tinjauan terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih
mendalam masalah kumpulan sasaran. Saya mendapati pengkaji terbabit mengadakan
perbincangan dengan guru mata pelajaran untuk mendapatkan maklum balas mengenai
tingkah laku murid-murid ini semasa proses P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak
berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan perasaan murid semasa belajar. Pada
pendapat saya,langkah ini sangat baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu
mengetahui bagaimana reaksi murid agar P&P berjalan lancar.

LANGKAH 3: MENGANALISA DATA
Analisis kandungan
Data yang dikumpul oleh pengkaji telah dikategorikan sepanjang proses
pengumpulan dan dikodkan. Dengan mengambilkira kebolehan dan keupayaan murid dalam
penyelesaian matematik yang direkodkan. Di samping itu, pengkaji juga telah mengekod
pemerhatian yang dicatatkan. Perkara-perkara yang berlaku telah dibahagikan dan
dikategorikan mengikut interaksi murid yang berlaku, kejadian, ciri-ciri perkara dan lain-lain.
Hasil dari pemerhatian pengkodan masalah murid yang dilakukan, pengkaji mendapati
murid-murid tersebut tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan.

Analisis pola
Selepas analisis kandungan dijalankan, pengkaji juga telah menjalankan analisis
pola ke atas data yang telah dikelaskan dan dikenal pasti. Antara pola yang dikaji adalah
pola persamaan dan pola perbezaan.

LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini.
Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk:
1- meningkatkan penguasaan Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu
Meningkatkan Amalan P&P dari segi Pengajaran Konsep Darab Tahun Tiga
2- Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu Enam Orang Murid Tahun 3 SK
Sungai Kuching dalam Menguasai Konsep Darab
JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih cara susunan untuk menunjukkan konsep
darab kerana pengkaji berpendapat ia adalah sesuai dengan pemahaman murid terhadap
konsep darab. Kajian oleh Harries dan Barmby (2008) berpendapat bahawa perwakilan
konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan perwakilan yang
lain. Ini disebabkan cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi darab,
manakala konsep yang lain seperti, garis nombor, set atau kumpulan, nisbah tidak dapat
menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN
Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat transkrip
temu bual yang menunjukkan kaedah susunan tersebut memberikan kesan positif kepada
murid di samping meningkatkan amalan pengajaran dari segi motivasi dan minat murid.
Begitu juga dengan penekanan konsep darab sebagai penambahan berterusan serta cara
penyampaian dengan menggunakan kemahiran menyoal dan PowerPoint.
Peserta kajian menunjukkan peningkatan dari segi bilangan soalan yang dijawab
dengan betul. Lembaran kerja bertulis menunjukkan kesan positif kaedah susunan petak sifir
ke atas peserta kajian. Setelah kaedah susunan petak sifir diperkenalkan, murid
menunjukkan pemahaman terhadap konsep darab. Murid dapat membuat perwakilan rajah
dan menulis ayat matematik untuk darab dengan betul serta membuat perkaitannya dengan
rajah.
Mengikut jadual dalam artikel tersebut, menunjukkan lembaran kerja bertulis tiga
orang murid, di mana mereka dapat menjawab soalan dengan satu kecuaian. Saya
mendapati semasa pengkaji melaksanakan kaedah tersebut, murid menunjukkan minat
yang tinggi untuk belajar. Mereka berasa senorok semasa menjalankan aktiviti disamping
mempelajari kaedah tersebut. Selain itu, pengkaji mendapati melalui kaedah tersebut, ia
telah meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap operasi darab.

LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN
Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang
diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran tersebut.
Dalam kajian ini, pemerhatian telah dijalankan oleh pengkaji sendiri dengan bantuan
seorang rakan kolaboratif. Aspek-aspek yang diperhatikan adalah seperti persekitaran
fizikal, persekitaran sosial, aktiviti yang berlaku, tempoh masa aktiviti yang dicatat dalam
bentuk borang pemerhatian, rakaman video dan gambar.

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

Pengkaji juga telah melakukan pendekatan temu bual terhadap kumpulan murid ini
dan dapat memperolehi tindak balas yang memberansangkan dan teknik yang dijalankan
dapat membantu dan mempertingkat penguasaan murid terhadap darab.
Selain itu, analisis dokumen juga disertakan seperti bentuk lembaran kerja. Pengkaji
juga menggunakan analisis untuk melakukan perbandingan dari lembaran kerja yang lepas
secara langsung boleh mengesan tahap penguasaan dan keberkesanan petak sifir tersebut.

LANGKAH 7: MENGANALISIS DAN MENILAI
Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, saya dapati murid-murid telah dapat
meningkatkan kemajuan dalam penguasaan kepada operasi darab.
Pengkaji juga menggunakan pendekatan Merriem (1998), iaitu triangulasi merupakan
salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan
kualitatif. Jenis triangulasi yang digunakan adalah triangulasi kaedah dan triangulasi
penyelidik. Dalam triangulasi kaedah, pengkaji telah menggunakan triangulasi antara
kaedah. Triangulasi antara kaedah adalah pengumpulan data menggunakan beberapa
kaedah yang berbeza tetapi sama digunakan untuk setiap peserta kajian (Smith, 1975).
Dari segi triangulasi penyelidik pula, pengkaji mendapatkan bantuan daripada
seorang rakan kolaborasi (Major Matematik) dalam pengumpulan data. Pemerhatian
terhadap aktiviti-aktiviti P&P serta membuat rakaman video dan mengambil foto.
Penguasaan murid juga meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan
dalam tindakan.
Salah satu tujuan penggunaan kaedah ini juga adalah telah membantu murid dalam
mengingat sifir darab. Apabila murid sudah memahami konsep darab, ia akan membantu
murid untuk mengingat sifir darab bagi memudahkan komputasi operasi matematik. Selepas
kajian ini, murid didapati lebih berkemampuan untuk membacakan sifir. Pengalaman mereka
dalam membentuk petak sifir darab membantu dalam mengingat sifir darab.

RUMUSAN
Pada pemerhatian saya, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang
disasarkan. Kesemua murid yang bertindak sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini
telah dapat menguasai kaedah susunan petak sifir. Merujuk kepada dapatan pengkaji,
dapatlah dirumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu murid-murid
yang lemah ini untuk menghafal sifir.
Kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat
membantu lebih ramai murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua murid-murid
yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran dalam mata
pelajaran Matematik, namun dengan bimbingan dan perhatian yang diberikan oleh guru
JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

dapat mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan
agar kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan.
Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan terutamanya
dalam mata pelajaran Matematik.
































JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

RUJUKAN :

1) KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN
TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB Oleh Yip Jeun Han, IPG KBL

2) Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011

3) Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2011). Keberkesanan
kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik
Tahun 4: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Diperoleh pada
1Mac2011dari
http://eprints.utm.my/119281/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Da
lam_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf

4) Skemp, R. R. (1989). Mathematics in the primary school. London: Routledge

5) TZ20006;PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PPENAKSIRAN 2;SPPS
UMS/PPG 2013

Anda mungkin juga menyukai