Anda di halaman 1dari 8

1

PRAKTIKAL 3
PEMULIHARAAN EX-SITU

TUGASAN 1
Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan
persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu haiwan
atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex situ.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberi fokus
kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini
adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut.
Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus,
mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang
menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ
memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta
penyelidikan.


Peta Lokasi
2


Gambar 1 : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar.
Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan suasana yang menyamai hbitat asal bagi spesis
gajah (Gambar 2). Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai
matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai ancaman dan
tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan
kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Dapat
dilihat, melalui usaha konservasi ini, gajah-gajah yang terbiar dan yang telah kehilangan habitat
dapat dibantu dan diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian.


Gambar 2
3

Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah liar berjaya
dipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko
kepupusan yang berterusan. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa
masuk daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang
ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus
hidup. Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang
kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara
langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan
habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang
menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil
umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau
bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di
kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan
manusia. Di sini, terdapat juga gajah yang dilatih bagi menghiburkan para pelawat (Gambar 3).
Di sini, pelawat diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi makan (Gambar 4) dan
menunggang gajah. Para pelawat juga digalakkan untuk menonton dokumentari yang berkaitan
dengan pemindahan gajah.


Gambar 3 Gambar 4


Melalui program pendidikan sebegini, adalah diharapkan kesedaran untuk memelihara
dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada masyarakat.
4

Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan
harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana
yang selesa dan menyegarkan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi
menjamin keharmonian hidup. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.





















5

TUGASAN 2

Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah
perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan
praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran
pada akhir laporan dengan format yang betul.
Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada
sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan
ex situ?
Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah
satu-satunya strategi konservasi yang wajar?
Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa
kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan
tindakan tersebut?

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus
dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut
laman web http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat,
pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk
memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi Konservasi
6

Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras
program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan
komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan
hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini
dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang,
Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang.
Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah
Negara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70
tahun. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat
peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta
memberi pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut
jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus
Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat
yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat
semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-
tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup
dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi memberi makan rusa.
Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan
sunbear. Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam pada laluan pejalan kaki pula
7

terdapat pelbagai jenis herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40
lain-lain herba yang boleh didapati di hutan hujan.
Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan
liar di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap
organisma atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya.
Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan
dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia
sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi
spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan
jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora
dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara
berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai
manfaat dan faedah dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan
program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.
Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada
di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan
ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan serta
pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai
teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawa hanya
pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan
sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di luar hbitat asal mereka. Ini adalah
8

kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan
adalah ekosistem semula jadi. Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah
ekosistem semulajadi boleh diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya beberapa
spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak mampu
beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus.
Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan
berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis
tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika
masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan
alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.

Anda mungkin juga menyukai