Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat


Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini
dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Amran
bin Pa, Pensyarah Matapelajaran RBT 3117 Pengenalan Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap
sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi
peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah
serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus"

Anda mungkin juga menyukai