Anda di halaman 1dari 16

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AMALI TAJUK

: :

1 EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

TUJUAN

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza.

PENGENALAN

1. Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat

mempertahankan keseimbangannya. 2. Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling membiak antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula membawa maksud kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada dua organisma berbeza yang hidup dan mampu

menyesuaikan diri dengan persekitaran. 3. Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera pula keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi. 4. Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

5. Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesies-spesies arthropod, cacing tanah, siput, lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang gembur (Nota Rujukan SCE 3107). 6. Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. 7. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. 8. Selain itu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). 9. Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna. 10. Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren. Sampel tanah yang digunakan, mula-mula akan diletakkan di atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. 11. Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. 12. Lampu yang digunakan adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin (Nota Rujukan SCE 3107).

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 2

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Hipotesis

Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.

Pembolehubah

Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan

- Jenis tanah - Bilangan dan jenis makrofauna - Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

Bahan dan radas

Sampel tanah Larutan formalin Corong tulgren Kaki retort Bikar Lampu Corong turas Kain kasa Piring petri Forseps Kanta pembesar Mikroskop

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 3

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Prosedur

1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan telah diambil.

a) Sampel tanah horizon O

b) Sampel tanah horizon A

2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza. 3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1. 4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2. 5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya. 6. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah tersebut telah dibiarkan selama tiga hari.

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 4

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Rajah 1

Rajah 2

7. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3. 8. Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan dibiarkan selama tiga hari.

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 5

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

9. Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut.

10. Selepas tiga hari, saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum dan makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan mikroskop. 11. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4. 12. Daripada beg plastik, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar. 13. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk dikenalpasti. 14. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. direkodkan dalam Jadual 5. 15. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah dan leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters. Pemerhatian

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 6

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Keputusan i. Jenis lokasi

Ciri-ciri Lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Jenis tumbuhan

Pokok rambutan

Pokok mangga

Warna tanah

Coklat muda

Coklat

Kekeringan/kelembapan

Kering

Sedikit lembap

Kepadatan tanah

Kurang padat

Kepadatan sederhana

Tekstur tanah

Tanah pamah

Tanah pamah

Jadual 1

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 7

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

ii.

Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ;

Kumpulan

Bilangan @ lokasi 1 Makrofauna Besar

Bilangan @ lokasi 2

Cacing

Siput babi

Lipan

Ulat gonggok

Makrofauna Kecil

Semut merah

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 8

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Semut hitam

Kutu tanah

Jadual 2

iii.

Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

Kumpulan Makrofauna

Bilangan

Cacing

Semut merah

Semut hitam

Kutu tanah

Siput babi

Jadual 3
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 9

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

iv.

Pemerhatian melalui mikroskop

Mikrofauna

Kumpulan

Nematod

Jadual 4

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 10

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

v.

Kriteria makrofauna

Makrofauna

Lokasi 1

Lokasi 2

Bilangan kumpulan per liter tanah

Bilangan kumpulan cacing per liter tanah

Bilangan kumpulan semut per liter tanah

Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah

Bilangan kumpulan lipan per liter tanah

Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah

Jadual 5

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 11

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut. Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Contohnya, habitat paus adalah di dalam laut, habitat buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimau adalah hutan, habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti.. Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Jenis organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Bakteria

Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,
Page 12

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit

Penting dalam proses pereputan sisa organik.

Kulat

Penting

dalam

pereputan

bahan

organik

bersimbiosis dengan akar tumbuhan

CacingTanah

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod

Membantu pereputan bahan organik

Alga

Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 13

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat, nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati?

Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan

mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula


SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 14

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dengan itu, mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup

dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting mereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.

Kesimpulan : Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang lebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Justeru, didapati sampel tanah 2 mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. Tanah 2 mempunyai warna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak.

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 15

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Rujukan

Makro Fauna Tanah. (2011). Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari laman blog http://bioryzacollage.blogspot.com/2011/03/makro-fauna-tanah.html Risky Ridha. (2012.) Biologi Tanah Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari http://riskyridhaagriculture.blogspot.com/2012/02/biologi-tanah.html SMK Rantau Panjang. (2010). Ekosistem daratan dan lautan. Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari laman blog http://smrpanjang.blogspot.com/2010/05/ekosistem-daratandan-lautan.html Sugiyarto. (2009). Konservasi Makrofauna Tanah Dalam Sistem Agroforestri. Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari http://pasca.uns.ac.id/wpcontent/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasi-makrofauna-tanah.pdf

SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250)

Page 16

Anda mungkin juga menyukai