Anda di halaman 1dari 49

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU,


JOHOR DARUL TAZIM.

HUBUNGAN ETNIK
WAJ 3106
PERKEMBANGAN POLITIK DI MALAYSIA ANTARA ETNIK


NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN PARHIN
SITI SYAHIRAH NABILA BINTI MOHD YAMIN
KU MOHAMAD DAHAMIN BIN KU SHAMSUDDIN
NUR SHAHIFA BINTI NORLAN
AMMIR BIN AZAMI
NOMBOR INDEX : 2012121340136
2012121340196
2012121340135
2012121340182
2012121340105
KUMPULAN : 3 PISMP TESL 1
NAMA PENSYARAH : DR. SIA KENG YEK
TARIKH SERAHAN : 1
ST
MARCH 2O13
ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN
PENGENALAN
2.0 USAHA KEARAH PERPADUAN KAUM
3.0 USAHA KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN
5.0 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
6.0 IMPLIKASI KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM PEMBINAAN
DAN PENGUKUHAN NEGARA- BANGSA MALAYSIA
KONKLUSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
REFLEKSI INDIVIDU
BORANG KOLABORASI







HALAMAN PENGAKUAN




Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.


Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : Muhammad Hilmi Bin Parhin
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : Nur Shahifa Binti Norlan
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : Nur Syahirah Nabila Binti Mohd Yamin
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : Ku Mohamad Dahamin Bin Ku Shamsuddin
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : Ammir Bin Azami

Tarikh : 28 Febuari 2013

1.0 PENGENALAN
Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute for Economics and Peace, sebuah
institut yang berpangkalan di Sydney, Australia pada Mei 2011, Malaysia yang dahulunya
dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu menduduki tangga ke-19 di dalam senarai
negara yang paling aman di dunia. Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan
oleh kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang dapat
hidup di bawah satu bumbung dengan aman dan harmoni.Menguruskan dan mentadbir
sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dalam kalangan etniknya bukanlah sesuatu
tugas yang mudah.Oleh itu, penghargaan dan penghormatan patut diberi kepada
pemimpin-pemimpin kita yang sedia ada dan yang terdahulunya kerana merekalah yang
telah bertungkus lumus, mengerah keringat serta mencari jalan demi mendapatkan
pendekatan yang terbaik untuk memastikan perpaduan antara kaum dapat dicapai.
Sedarkah kita bahawa perpaduan antara kaum merupakan tunjang serta asas
penting dalam menjamin serta mengukuhkan kestabilan politik di dalam negara kita?Bukan
itu sahaja, malahan kestabilan politik di dalam negara kita juga menjadi kayu pengukur
sejauh mana keberkesanan pentadbiran serta kepimpinan pemimpin-pemimpin kita dalam
menguruskan sesebuah negara dan akhirnya memberi kesan kepada keadaan ekonomi
negara secara tidak langsung.Sejak era awal kemerdekaan lagi, isu perpaduan kaum serta
sikap toleransi dan persefahaman antara etnik di Tanah Melayu sering menjadi agenda
utama pemimpin-pemimpin yang juga terdiri dari pelbagai etnik.
Mengimbau kembali sejarah silam sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi, senario
hubungan antara etnik di Tanah Melayu ketika itu amat berbeza sekali. Jurang di antara
sesuatu kaum dengan kaum yang lain amat ketara kesan daripada era penjajahan British
dan penjajah-penjajah lain sebelumnya. Tiada satu pun corak perhubungan yang positif di
antara etnik ketika itu.Setiap etnik di Tanah Melayu lebih bersifat mementingkan etnik
mereka sendiri.Di sini dapat dilihat di mana tiadanya nilai kerjasama dan corak
perhubungan yang positif diantara etnik.


2.0 USAHA KEARAH PERPADUAN KAUM
Kepelbagaian etnik di Tanah Melayu yang melibatkan isu perpaduan secara tidak langsung
telah merumitkan lagi proses untuk mencapai kemerdekaan. British walaubagaimana pun
telah memberi syarat supaya kerjasama di antara semua etnik di Tanah Melayu diwujudkan
jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Hal ini bertujuan untuk menjamin kestabilan politik
dan keharmonian masyarakat di dalam sesebuah negara yang akan diberi kemerdekaan
kelak. Namun bagi British, mereka juga sebaliknya ingin melindungi kepentingan mereka di
Tanah Melayu dari aspek ekonomi dan pelaburan.Oleh itu, usaha untuk mencapai
perpaduan kaum giat dijalankan di Tanah Melayu setelah timbul kesedaran di dalam
kalangan pemimpin-pemimpin kaum terbesar di Tanah Melayu untuk berbincang demi
kepentingan bersama.Akhirnya, sebuah Pakatan Murni di wujudkan oleh pemimpin-
pemimpin semua kaum di Tanah Melayu.
Jawatankuasa Perhubungan antara Kaum (CLC)
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membentuk kerajaan sendiri dengan
menyatukan semua kaum-kaum di Tanah Melayu. Antara usaha bagi mewujudkan suasana
yang harmoni dan muhibbah dalam kalangan kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu
adalah dengan penubuhan Communities Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa
Perhubungan antara Kaum pada Januari 1949 di Pulau Pinang.
Pada peringkat awal penubuhan CLC, jawatankuasa ini hanya dianggotai oleh dua kaum
terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina.Kaum Melayu yang berada di bawah
naungan UMNO diketuai oleh Dato Onn Jaafar.Manakala kaum Cina pula yang berada di
bawah naungan Persatuan Cina Malaya atau Malayan Chinese Associations (MCA)
diketuai oleh Tan Cheng Lock.Walaubagaimana pun, selepas 7 bulan penubuhan CLC,
wakil-wakil dari kaum lain seperti India, Sri Lanka dan Eropah turut menganggotai CLC
mulai Ogos 1949.CLC dipengerusikan oleh E.E.C Thuraisingam dan Gabenor Asia
Tenggara, Sir Malcolm MacDonal sebagai penasihat.
Selain daripada Dato Onn Jaafar sebagai ketua kaum Melayu menerusi UMNO, perwakilan
orang Melayu yang lain adalah Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Dr. Mustapha Osman, Saleh
Hakim, dan Zainal Abidin Hj. Abas. Manakala perwakilan orang Cina melalui MCA selain
Tan Cheng Lock adalah Lee Tian Keng, C.C. Tan, Yong Shook Lin, dan Khoo Teik Eee.
Anggota-anggota lain yang turut menganggotai CLC adalah Penasihat Raja-raja Melayu,
Roland Braddel dan P.P. Narayanan selaku Presiden Persatuan Pekerja-Pekerja Malaya.
Penubuhan CLC dilihat sebagai satu titik permulaan terhadap sikap keterbukaan dan
perubahan terhadap dasar UMNO untuk mengadakan rundingan dengan kaum lain. Hal ini
juga merupakan satu suasana politik baru di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Rundingan yang dilakukan antara UMNO dan CLC mengambil masa selama hampir 2
tahun. Di dalam rundingan yang mengambil masa hampir 2 tahun itu, UMNO telah
mengemukakan memorandumnya yang berkeras untuk mempertahankan ketuanan orang
Melayu. Di akhir proses rundingan itu, CLC menolak tuntutan memorandum yang
dibentangkan oleh UMNO. Namun, sebagai menunjukkan sikap tolak ansur pihak CLC
terhadap rundingan yang membawa kepada kebuntuan ini, maka satu kompromi telah
dibuat antara kedua-dua belah pihak.
Beberapa perkara penting telah dipersetujui melalui kompromi yang dicapai hasil dari
rundingan UMNO dan CLC tersebut.Antara hasil daripada rundingan tersebut adalah
bantuan ekonomi yang diberikan kepada penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
ataupun Rural Industrial Development Authory (RIDA). Rida telah ditubuhkan pada Oktober
1950 yang bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pelajaran masyarakat luar bandar
khususnya orang Melayu. Keperluan pelajaran kepada orang Melayu memberi peluang
kepada orang Melayu sendiri untuk menjadikan cabang ilmu yang ditimba sebagai jalan
kearah memajukan negara dan melahirkan pemimpin dalam kalangan orang Melayu sendiri
yang berilmu dan berwibawa.RIDA dipengerusikan oleh Dato Onn Jaafar sebagai
pengerusi pertama.
Hasil rundingan kedua yang dicapai adalah pembentukan satu sistem pendidikan yang
mewajibkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Isu bahasa ini
perlu dititikberatkan kerana setiap kaum mempunyai bahasa ibunda mereka yang
tersendiri.Sistem pendidikan yang mewajibkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
adalah satu langkah awal kearah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Seterusnya adalah memberi Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah
Melayu yang dapat menjadi asas kepada kerakyatan kebangsaan bagi mewujudkan sebuah
negara. akhir sekali adalah untuk mengadakan pilihanraya di peringkat perbandaran, negeri
dan Majlis Perundangan Persekutuan.
Keempat-empat tuntutan memorandum yang dikemukakan oleh UMNO diketuai oleh Dato
Onn Jaafar jelas mempunyai kaitan diantara satu sama lain. Tuntutan dan hasil rundingan
di antara UMNO dan CLC tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan keseimbangan di
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dato Onn Jaafar meminta supaya ditubuhkan
RIDA supaya bantuan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya orang Melayu secara
tersusun dan teratur. Selari dengan syarat kerakyatan yang diberi terhadap kaum lain,
tuntutan UMNO ini dianggap sebagai tukaran yang wajar dan menunjukkan sikap tolak
ansur dan bertimbang rasa orang Melayu terhadap kaum lain.
Syarat kerakyatan terbuka 1951 pula memberi peluang kepada kaum Cina dan India
untuk membawa hak-hak mereka untuk berpolitik dan turut melibatkan diri dalam urusan
pentadbiran yang lain. Ini secara tidak langsung mencipta satu keseragaman kepada situasi
politik dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu. Setiap rakyat mempunyai hak yang
sama rata untuk berpolitik. Hasil daripada keseragaman ini sebenarnya menjadi tunjang
utama dalam pembentukan sebuah Negara.
Akan tetapi, sikap kepimpinan dan kredibiliti Dato Onn sebagai pemimpin Melayu
dalam UMNO telah tercalar dan tidak lagi mendapat sokongan kaum Melayu disebabkan
oleh sikap terbukanya dalam isu memberi kerakyatan percuma kepada kaum Cina dan
India. Penglibatan Dato Onn Jaafar dalam CLC ini mula tidak disenangi oleh ahli-ahli
UMNO khasnya dan orang Melayu amnya. Namun sebaliknya bagi kaum Cina dan India
pula, mereka melihat Dato Onn sebagai seorang yang bersifat terbuka dan komited dengan
tujuannya untuk mencapai perpaduan kaum dan ke arah pembentukan negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum yang bersatu padu dan bekerjasama.
Akhirnya, Dato Onn Jaafar bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP).Masih lagi berpegang
kepada prinsipnya untuk terus mencapai perpaduan kaum dan memupuk nilai kerjasama
antara kaum untuk mencapai kemerdekaan, Dato Onn Jaafar membuka keahlian parti IMP
kepada semua bangsa. Namun, usahanya tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina,
India dan kaum lain. Hal ini kerana, kaum-kaum lain berasakan bahawa mereka bukanlah
satu bangsa Tanah Melayu dan menolak untuk menjalinkan perpaduan.

PENUBUHAN PARTI POLITIK
Perang Dunia Kedua telah membawa impak yang besar kepada Tanah
Melayu.Penindasan yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap orang Melayu, Cina dan
India di Tanah Melayu telah membuka mata dan hati rakyat ke arah kemerdekaan.Ramai
pemimpin telah bangkit untuk menyuarakan pendapat dan merealisasikan matlamat ini.Bagi
merealisasikan matlamat ini, banyak parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu telah terbentuk. Parti seperti Parti Perikatan, Parti Melayu Bersatu (UMNO),
Malayan Indian Congress (MIC), Malayan Chinese Association (MCA), Parti Islam Se-
Malaya (PAS), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Kemerdekaan Malaya
(IMP), dan lain-lain. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukan bahawa perkembangan
proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua, menyaksikan kemasukan British semula di Tanah Melayu dan penubuhan Malayan
Union pada tahun 1946 telah menyaksikan penyatuan orang Melayu untuk menentang
cadangan British.
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya
pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan
Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan
Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Tiga usul telah dululuskan oleh
Kongres ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, membantah
pertubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan
Melayu.Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap
meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan
Union.Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan
tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana
Besar Johor Bahru.Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama
Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah
berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh
para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu
dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan
bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union
yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini
dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah
parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat
Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Rancangan Malayan Union yang dipaksa
ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini
orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan
pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka,
telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan
dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai
pemimpinnya yang pertama dapat mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari
tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan
menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Nasionalisme Melayu
sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor
penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah
mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran
ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk
merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara.Di peringkat awal
pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum
memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak
untuk menyertai dalam politik negara.Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di
antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua
parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.Kemenangan telah
diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh
menjelang kemerdekaan.Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang
pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan
dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum.Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman
Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi.Maka jelaslah kepada pihak
penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh
merdeka.UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri
Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 4 Mac 1946.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan
Union.Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu
menentang Malayan Union dapat diketahui.Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-
sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang
pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan
bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Dua bulan selepas wujudnya
Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan
perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan
persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan
British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara
rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum bagi membolehkan
rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah
sendiri sebagai negara merdeka.Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah
berkerjasama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis
tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah
membawa kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres
India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah
ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang
berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis
Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah
dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga
pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.Dengan kejayaan
cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955, UMNO terus
berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah
diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua
UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan
British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai
Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957. Pada 27 Mei 1961 Tunku
telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi, Borneo Utara
(Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua
pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa
Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak
yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura
keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9
Ogos 1965. Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang
dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus
bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan.
3.0 USAHA KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI
Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada perkembangan
penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk
memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku
pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan
Pilihanraya Umum 1955.
Sistem Ahli
Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat
Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan).Sistem ini merupakan satu lagi
langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum.Mereka yang dilantik terdiri daripada
beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi
portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan
dalam Sistem Ahli seperti Dato Onn bin Jaafar sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri, EEC
Thuraisingham sebagai Ahli Pelajaran, Tunku Yaakob sebagai Ahli Pertanian dan
Perhutanan, Lee Tian Keng sebagai Ahli Kesihatan, Dato Mahmud Mat sebagai Ahli Tanah,
Perlombongan dan Perhubungan, J.D. Mead sebagai Ahli Kerja Raya dan Perumahan, J.D.
Hodgkinson sebagai Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial, O.A. Spencer sebagai
Hal Ehwal Ekonomi.
Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos menjadikan
jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli.Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di
dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum.Ahli-ahli yang dilantik
telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan.Mereka merupakan
pemimpin-pemimpin tempatan.Apa yang menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama
seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa
mereka yang agak terhad.
Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar British, satu
pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih
pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa
depan. Ini memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan
di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

Pilihanraya Tahun 1951
Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di
peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang.
Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam
sebuah Parti Perikatan.Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik
yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.Pada
tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat
Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak
lagi menganggotai majlis itu.Ternyata bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi
melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah
berkerajaan sendiri.
Pilihanraya Tahun 1952
Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh
Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan
Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi
dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.
Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun 1952 seperti di
Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri
diadakan pada tahun 1954.
Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan
awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada mereka untuk
mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya.
Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi
semakin menjadi kenyataan.
Pilihanraya Umum Tahun 1955
Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada kerajaan British
supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis
Perundangan Persekutuan.Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih
melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British.Cadangan
dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah Melayu.Walau
bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British.Bagi menyatakan rasa tidak puas hati
mereka, Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat
tempatan, negeri, dan persekutuan.Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan
rakyat.Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa
keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih
daripada ahli yang dilantik.Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana
tidak bersetuju dengan keputusan British.
British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan
Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti lima puluh dua orang dipilih
oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker, tiga orang ahli
dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha
Kewangan, sebelas orang dipilih mewakili negeri, dua puluh dua orang dipilih untuk
mewakili berbagai golongan dan pertubuhan, tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti
Orang Asli, Serani dan Ceylon, tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah
berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.
Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka berhubung dengan
cadangan British.Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan pada 27 Julai 1955.
Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan penyertaan Parti MIC
pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting dalam
perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan
Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili
tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam
pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.
Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi. Jika ditinjau daripada
jumlah pengundi dan pembahagian kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu, 11.2
peratus adalah pengundi Cina 11.2 peratus dan 3.9 peratus adalah pengundi India,
menunjukkan kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu. Walaupun begitu, hasil daripada
permuafakatan yang wujud, UMNO telah berkompromi dengan MCA dan MIC dengan
membahagikan hanya 35 kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28 peratus) dan MIC dua
kerusi (tiga peratus). Jelaslah bahawa dalam pembahagian kerusi tersebut terdapat unsur
tolak ansur bangsa Melayu khususnya UMNO dengan kaum lain.
Dari segi jumlah pengundi di Tanah Melayu ketika itu, sebenarnya peruntukan kerusi yang
diberi kepada MCA dan MIC melebihi daripada jumlah yang sepatutnya diterima.Bilangan
kerusi ini adalah tidak memadai berbanding dengan jumlah pengundi bangsa Melayu pada
masa itu.Ini memandangkan 50 daripada 52 kawasan yang dipertandingkan adalah
dikuasai oleh pengundi-pengundi Melayu.Barangkali UMNO mungkin boleh mencapai
kemenangan dalam pilihanraya tersebut tanpa adanya sokongan daripada MCA dan
MIC.Sebenarnya, 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi telah dimenangi oleh
UMNO, manakala 20 peratus lagi dimenangi oleh parti-parti lain yang bertanding. Ini
menunjukkan bahawa Perikatan yang diwakili oleh orang Melayu telah membuat
pengorbanan yang besar demi perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang
dimaksudkan ialah kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan
sejumlah kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada kaum Cina dan India
yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada 20 peratus.
Pada keseluruhannya, Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan.Daripada 51 kerusi yang dimenangi, UMNO memperolehi sejumlah 35
kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua kerusi. Pilihanraya 1955 menandakan bahawa proses
mewujudkan demokrasi berparlimen telah menampakkan kejayaan berdasarkan kepada
penyertaan parti-parti politik yang bertanding. Jika ditinjau mengenai faktor kemenangan
Perikatan, jelas menunjukkan bahawa keistimewaannya terletak bukan sahaja kepada
kepimpinan dan kerjasama antara pelbagai kaum, tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah
kerana Perikatan mempunyai manifesto yang menyeluruh kepada penduduk Tanah Melayu.
Moto Perikatan ialah Menuju Ke arah Kemerdekaan. Di samping itu, beberapa janji yang
lain ialah pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen, Bahasa Melayu dan sebagai
bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi, melindungi dan mengekalkan
institusi beraja Melayu, mengubahsuai undang-undang kerakyatan, peningkatan taraf
ekonomi Melayu, menjalinkan hubungan antarabangsa, hak asasi manusia, sistem
pendidikan kebangsaan, dan kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.
Di samping, itu Parti Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat secepat mungkin,
melalui penawaran pengampunan kepada pengganas komunis yang majoritinya terdiri
daripada bangsa bukan Melayu, khususnya Cina. Ini terbukti dengan adanya proses
rundingan pihak kerajaan dengan pemimpin komunis, iaitu Rundingan Baling sejurus
selepas Pilihanraya 1955. Manifesto Perikatan ini merupakan hasil tolak ansur dan
kerjasama bersepadu semua kaum dalam usaha mempercepatkan proses mencapai
kemerdekaan.
Kemenangan Perikatan telah memberikan peluang untuk mempunyai bilangan wakil yang
besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan seterusnya membolehkan
mereka menubuhkan sebuah kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat
Kerajaan.Kabinet yang pertama berjaya dibentuk seperti yang tertera di dalam Jadual
3.Sementara itu, portfolio yang lain seperti Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan
masih dipegang oleh pegawai British.



4.0 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN
Setelah mendapat kejayaan besar dalam pilihanraya yang menunjukkan
kemuafakatan dan dan kerjasama antara kaum melalui gabungan besar Parti Perikatan.Ini
menunjukkan bahawa kita sudah semakin kuat dan mampu untuk berdiri sendiri. Kejayaan
kita untuk bersatu dan membuat ini juga telah membuktikan kepada British bahawa kita
boleh mencapai perpaduan dan bersedia untuk berkerajaan sendiri. Kejayaan ini telah
mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan dan mempercepatkan perjuangannya iaitu
menuntut kemerdekaan untuk Tanah Melayu yang tercinta dari kuasa British walaupun
pada asalnya dalam manifesto Parti Perikatan telah menetapkan menuntut kemerdekaan
dalam masa empat tahun.
Dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, proses pertama yang dilakukan
ialah mengadakan rundingan diantara Raja- raja Melayu dan juga Parti Perikatan untuk
menuntut kemerdekaan. Dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan lebih cepat, tidak
semua pihak mempamerkan reaksi yang positif, misalnya, pihak Istana Johor menunjukkan
reaksi yang kontra setelah Tunku Abdul Rahman berucap di dalam Majlis Perundangan
Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai
kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja. Pihak Sultan Johor merasakan
bahawa usaha untuk menuntut kemerdekaan hanya akan memberikan impak negatif
terhadap Tanah Melayu kerana sistem pertahanan yang dimiliki oleh Tanah Melayu tanpa
kerajaan British masih belum kukuh dan mantap untuk melindungi Negara daripada kuasa
luar selain British. Hal ini telah menjadi kontroversi dalam kalangan Raja-raja dan juga Parti
Perikatan sendiri. Namun masalah ini dapat diatasi dengan cepatnya setelah pihak Raja-
raja Melayu dan Parti Perikatanbersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat
wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan untuk menjalankan misi
kemerdekaan ke London. Hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada
di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti
penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha
mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.
Seterusnya, setelah wakil sudah dipilih, maka pada bulan Januari 1956, satu
rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London
yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Wakil yang mewakili Perikatan terdiri daripada
Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan satu pihak lagi mewakili Raja-raja
Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid
(Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor)
dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan). Perundingan kemerdekaan
berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.Hasil
daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Perjalanan dalam rundingan kemerdekaan ini telah berjalan lancar hasil daripada
persetujuan yang telah dicapai antara Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan .Pihak British
diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British. Dalam rundingan dan
perjanjian ini, beberapa perkara telah dipersetujui iaitu, kerajaan British akan memberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi,selaras dengan tanggungjawabnya terhadap
Komanwel, British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini dan sebuah
badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan
Suruhanjaya Reid. Sementara itu, jawatan-jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah
Gerakan akan digantikan dengan jawatan-jawatan Menteri Kewangan dan Menteri
Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. Pegawai-pegawai Inggeris yang
berkhidmat di Tanah Melayu akan dihentikan dan diberi pampasan oleh kerajaan British
untuk memberi kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Ini menunjukkan rundingan ini berhasil
meyakinkan British bahawa rakyat-rakyat Tanah Melayu telah bersatu dan mampu untuk
menghasilkan kerajaan yang mampu untuk mentadbir sendiri
Suruhanjaya Reid
Bagi merangka Perlembangan Persekutuan Tanah Melayu, satu Suruhanjaya dilantik
untuk persiapan mencapai sebuah perlembangaan kemerdekaan.Sempena nama Lord
Reid sebagai pengerusi suruhanjaya, suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Reid. Tugas
suruhanjaya ini adalah untuk mengesyorkan satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah
Melayu atas dasar pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Dalam persidangan
pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-
pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan sebuah kerajaan
demokrasi berparlimen, menjamin kedudukan Raja-raja,memilih seorang Ketua Negara dari
kalangan Raja-raja Melayu, mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa
banyak menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain dan membentuk satu
rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama. Suruhanjaya ini telah
menerima sebanyak 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan termasuklah
dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu.. Pada 27 September 1956, satu rombongan
Perikatan telah menyerahkan satu memorandum yang dinamakan sebagai Memorandum
Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Rombongan Perikatan diketuai oleh YM Tunku Abdul
Rahman dan disertai bersama Datuk Abdul Razak, Encik Mohammad Khir Johari, V.T.
Sambanthan, Bong Pang Hwa, Ng Ek Tiong dan Ramanathan. Memorandum tersebut
mengandungi keputusan dan persetujuan bersama antara parti-parti yang mewakili tiga
kaum terbesar yang bergabung dalam Parti Perikatan. Memorandum ini dikenali sebagai
Pakatan Murni
Pakatan Murni
Terdapat lima perkara utama di dalam Pakatan Murni iaitu unsur tolak ansur UMNO
dari segi kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama
Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu. Antara kandungannya ialah, Kewujudan Kerajaan
Pusat dan Negeri( federalisme),cadangan Umno untuk menggunakan nama Malaysia untuk
Tanah Melayu, mewujudkan institusi yang dipertuan agung dan timbalan yang dipertuan
agung bagi menggantikan pesuruhjaya tinggi,penerusan majlis raja-raja, parlimen
mengandungi dua dewan, iaitu dewan negara dan dewan rakyat, kewujudan tiga badan
pemerintah dan pengasingan kuasa,kedudukan islam sebagai agama negara, dan Bahasa
Melayu sebagi bahasa kebangsaan. Dua perkara penting dalam pakatan murni, iaitu
pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama, kedudukan
Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.Ketiga-tiga parti didalam Parti
Perikatan bersetuju untuk mengakui hak istimewa orang melayu.Manakala bagi orang
bukan Melayu pula, mereka mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO bersetuju
memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir. Hal ini
menunjukkan sikap toleransi kaum-kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India
dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan sekaligus dapat berkerjasama untuk
membangunkan Negara tercinta ini bersama. Walaupun pada mulanya terdapat sedikit
perselisihan dalam menghasilkan pakatan murni dimana ada segelintir orang melayu tidak
mahu mengalahkan hak mereka, Cina dan India inginkan hak yang sama dengan penduduk
asal, namun semangat mereka untuk bersatu sangat tinggi dan akhirnya, semua pihak
sanggup untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Orang Melayu sanggup berkongsi
tanah air mereka sebagai penghuni asal atau anak watan Tanah Melayu ini dengan
sanggup bertolak ansur dan memberikan kerakyatan secara jus soli pada kaum lain yang
datang bermastautin di Tanah Melayu, walaupun mereka bukanlah penduduk asal di sini.
Tanpa semangat untuk bersatu dan perpaduan yang tinggi, tidak ada bangsa yang sanggup
berkorban dan berkongsi tempat tinggal mereka dengan bangsa yang lain. Kaum Cina dan
India juga menunjukkan sikap toleransi yang tinggi dalam pakatan murni ini dengan
mengakui Ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Mereka
sanggup belajar menggunakan Bahasa Melayu dalam percakapan selain bahasa ibunda
mereka. Mereka juga sanggup menerima kerakyatan secara jus soli yang bermaksud hak
mereka tidak sama dengan hak penduduk asal Tanah Melayu walaupun mereka mendapat
kerakyatan.
Pada keseluruhannya, Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118
persidangan dari bulan Jun sehingga bulan Oktober 1956.Pada 7 Februari 1957 syor-syor
Suruhanjaya Reid telah disebarkan kapada umum dengan sebahagian besar kandungan
diambil dari memorandum Perikatan. Antara syor-syor Suruhanjaya Reid ialah dasar jus soli
kepada semua rakyat yang lahir selepas merdeka, kedudukan istimewa melayu yang
dihadkan kapada 15 tahun dan perlaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
selepas 10 tahun. Setelah diumumkan, Parti Perikatan dan beberapa pihak lain telah
menyatakan tentangan mereka berkenaan dengan pemberian dua kerakyatan kepada
rakyat Komanwel. Misalnya seseorang itu pada masa yang sama boleh menjadi rakyat
India dan juga rakyat Britain serta tanah jajahan yang lain, sungguhpun mereka
menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negeri yang ia tinggal. Perikatan
menuntut kerakyatan yang tunggal.Akhirnya rangka perlembagaan dikaji semula dan
perlembagaan merdeka yang baru dibentuk hasil daripada rumusan dan pandangan
sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada 1 Mei 1957, jawatankuasa tersebut siap
menyemak Laporan Reid serta membuat beberapa pindaan .Pada 9 Mei 1957 rombongan
ke London dilakukan untuk kali ketiga. bagi menyatakan tentangan-tentangan terhadap
syor-syor Suruhanjaya Reid, Tengku telah berlepas sekali lagi ke London bersama Tun
Abdul Razak, Ong Yoke Lin, VT Sambantan dan wakil Raja-Raja Melayu untuk rundingan
kemerdekaan yang terakhir dengan kerjaan British.
Beberapa pindaan telah dibuat demi membantu mengemaskan Rang Undang-
undang Perlembagaan yang memuaskan hati rakyat.Kaum Cina dan India sanggup
melepaskan kewargaan Negara asal mereka demi untuk bersama-sama berjuang dan
bersatu di Tanah Melayu dan mempunyai kewarganegaraan yang tunggal. Antara pindaan
yang dibuat ialah, tiada had 15 tahun bagi hak-hak istimewa orang Melayu dan demi
perpaduan kelongaran selama satu tahun selepas merdeka bagi orang bukan Melayu untuk
memohon menjadi rakyat tampa syarat pengtahuan Bahasa Melayu diberikan. Perjanjian
kemerdekaan ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's House
Kalau Lumpur.Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah
Melayu mulai 31 Ogos 1957.
5.0 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam
12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor. Upacara
dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu.Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan
Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan
kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu Elizabeth. Tunku Abdul
Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula ditabalkan
sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.Di samping itu, ahli Jemaah Menteri yang
baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan.Tanah Melayu diterima
menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.Proses
menuntut kemerdekaan ini telah menunjukkan betapa tingginya semangat perpaduan
antara kaum dan semangat cintakan Negara.Setiap kaum rela bertolak ansur, berkorban
dan mengalah demi untuk bersatu demi keamanan dan kemerdekaan Negara.

6.0 IMPLIKASI KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM PEMBINAAN
DAN PENGUKUHAN NEGARA- BANGSA MALAYSIA

Selepas kemerdekaan, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia.
Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman
luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan
hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan
telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga
kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung
membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti
Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik
telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam
pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar telah digubal oleh parti
politik dan perlembagaan.
Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk
menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran
yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya,
dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui
kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk
perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen- Pertama, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian
tinggi.Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.
Selain itu, Dasar Ekonomi Baru,DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama. DEB merupakan satu program jangka panjang yang mengambil masa
selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB
membantu dalam pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti
berikut: Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Membasmi kemiskinan.
Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah Inggeris.
Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik
Melayu, Cina serta India kurang berlaku. Ini juga mengurangkan ketidakseimbangan dalam
gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang dalam masyarakat majumuk di
dalam Malaysia.
Kemudian, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan
kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara
seperti berikut: -Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ini juga
memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek selain meningkatkan penggunaan
sains dan teknologi. DPN turut menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan
alam sekitar. Peningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan juga telah diberikan
penekanan dalam dasar DPN baru ini.
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara
mengecapi kemerdekaan mencecah ke usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup
mematangkan dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini
adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik
berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan
kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam membentuk
hubungan erat di kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-
undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan rancangan-rangcangan pembangunan
banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik di
kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama dalam Negara Malaysia.
Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020, iaitu wawasan jangka panjang. Pencapaian
negara selepas hampir 50 tahun merdeka sehingga kini jelas memperlihatkan perubahan
cemerlang termasuklah dalam memupuk hubungan etnik di negara ini. Hubungan etnik
yang baik dan harmoni menjadikan Malaysia cemerlang serta unik di mata dunia. Hubungan
etnik dan pencapaian selepas hampir 50 tahun dapat dilihat dalam pelbagai perkara
antaranya dalam aspek politik, ekonomi, budaya dan agama serta perkara-perkara yang
terdapat dalam perlembangaan.
Politik : Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di
negara ini. Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di
negara ini terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak diabaikan
sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini.
Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke semasa mengikut kepentingan sejagat dan
menyeluruh. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
Antaranya, sebagai negara raja berperlembagaan dan negara demokrasi berpalimen.
Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa
yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas
menjamin kebebasan beragama sertamemperuntukkan ketinggian perlembagaan dan
kebebasan undang-undang.
Peruntukkan untuk pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan bermakna
seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif
dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi
di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza.
Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus
berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung
sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO
didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC
didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara
tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik
Melayu menceburkan diri dalam bidang politik.
Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu
namun etnik-etnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri
secara langsung dalam pentadbiran negara. Pada pilihan raya Majlis Bandaraya Kuala
Lumpur pada tahun 1952, Pengerusi Parti MCA Selangor H.S. Lee dan Ketua
Jawatankuasa Kecil Pilihan raya UMNO Kuala Lumpur telah bersepakat untuk
bekerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan persetujuan yang
telah dicapai, UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA dan begitu juga sebaliknya.
Malah, kedua-dua pihak akan saling bantu membantu iaitu penyokong UMNO dan MCA
akan mengundi kedua-dua parti. Strategi ini telah membuahkan kejayaan yang cemerlang
iaitu memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan dengan mendapat undi
yang besar. Seterusnya, pakatan UMNO dan MCA ini telah diamalkan di tempat-tempat
lain bagi pilihan raya tempatan seperti di Johor, Melaka dan terbukti kemenangan berada di
pihak mereka. Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan keduadua pemimpin parti
ini telah mempertimbangkan kesan baik dan buruk jika kerjasama ini dipanjangkan di
peringkat kebangsaan. Pada tahun 1953, pemimpin UMNO dan MCA telah berunding dan
akhirnya keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk
menghadapi pilihan raya umum pertama bagi Tanah Melayu, dengan tujuan untuk
menduduki Majlis Undangan Persekutuan. Pada pilihan raya pertama bagi Tanah Melayu
ini, tiga parti terbesar yang mewakili tiga kaum Melayu, Cina dan India iaitu UMNO, MCA
dan MIC telah bersepakat untuk bergabung. Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon
bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada pilihan raya ini jumlah kerusi dan
pembahagian kerusi menunjukkan pengundi Melayu berjumlah 84.2 peratus, pengundi
Cina 11.2 peratus dan pengundi India 3.9 peratus. Peratusan ini menunjukkan kelebihan
yang sangat besar kepada UMNO. Namun, UMNO telah bertolerasi dengan pihak MCA
dan MIC dengan membahagikan 35 kerusi (69 peratus), MCA mendapat 15 kerusi (28
peratus) dan MIC 2 kerusi (3 peratus). Usaha ini jelas menunjukkan tolak ansur bangsa
Melayu yang diwakili oleh UMNO walaupun bilangan kerusi ini tidak memadai dengan
jumlah pengundi bangsa Melayu pada ketika itu, iaitu 50 daripada 52 kerusi kawasan yang
dipertandingkan dikuasai oleh para pengundi Melayu. Hakikatnya, orang Melayu telah
membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan masa depan negara. Hakikatnya,
keputusan pilihan raya telah memihak kepada Parti Perikatan yang berjaya memperolehi
51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dari sudut hubungan etnik, kemenangan ini
memperlihatkan keistimewaan kerjasama antara kaum dan manifesto Parti Perikatan yang
berjaya memikat hati penduduk Tanah Melayu. Manifesto Parti Perikatan ialah hasil tolak
ansur dan kerjasama yang padu antara kaum di Tanah Melayu dalam usaha
mempercepatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah British.



KONKLUSI
Rustam A. Sani (1993) menyatakan Malaysia sesungguhnya merupakan a nation without
nationalism. Ini bermakna kita masih belum berjaya merealisasikan sebuah bangsa yang
mempunyai ideologi yang unggul. Dalam erti kata mudah, proses mewujudkan semangat
kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk Malaysia masih belum
lagi sempurna sepenuhnya. Dan pada pengamatan pengkaji, jika proses ini mencapai satu
tahap yang tinggi barulah terwujudnya nasionalisme Malaysia yang sejati. Sekaligus
matlamat membina negara-bangsa itu pastinya tercapai.
Namun, tahap pencapaian Malaysia pada masa kini untuk menjadi negara-bangsa
sebenarnya adalah dalam keadaan yang baik. Perubahan cara hidup antara kaum kian
nyata dan lebih baik jika dibandingkan sebelum 13hb Mei 1969. Jika kaum muda tidak
diracuni dengan unsur-unsur perkauman, sebaliknya diyakini tentang nilai bersama yang
dapat memupuk perpaduan, proses pembinaan negara-bangsa Malaysia akan lebih segera
terlaksana. Walaupun berbeza dari segi pemahaman dan kepercayaan, pemupukan dan
pengukuhan perpaduan adalah agenda utama kerajaan untuk membentuk Negara aman
dan makmur. Selain itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanam semangat nasionalism
dalam diri. Sesungguhnya nasionalisme masih diperlukan dalam zaman globalisasi ini,
masih penting dan ia masih berperanan. Nasionalisme ini bukan berkehendak kita pikul
senjata. Ia memerlukan kepintaran dan perpaduan, memerlukan strategi yang bijak, dan
hati yang cekal.
Oleh yang demikian, untuk membina negara-bangsa Malaysia yang unggul, strategi
pembangunan negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang bersepadu,
iaitu menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani di samping
pembangunan ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan
itu negara akan mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi dan pembinaan
negara-bangsa yang bersepadu berlandaskan acuannya yang tersendiri akan terlaksana.
Kita perlu memahami, menghayati, mengaplikasi supaya proses pembinaan negara
menjadi lebih kukuh.. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh
seluruh warganegara Malaysia.

RUJUKAN
1. Amin, M. R. (2009). Perjalanan Menuju Kemerdekaan. Selangor: Mika Cemerlang
Sdn Bhd
2. Dali, A. M. (2012). Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke
Dalam Malaysia. Seminar Perlembagaan Malaysia: Di Antara Sejarah dan Tuntutan
Semasa, Arkib Negara , 14.
3. Mohamed, A. F. (n.d.). Pembentukan Sebuah Negara Bangsa Malaysia. Negara
Bangsa Malaysia Dari Sudut Sejarah , 11.
4. Othman, M. I. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
5. Penubuhan Malaysia 16 September 1963. (n.d.). Retrieved February 28, 2013, from
Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/penubuhan_malaysia
6. Persidangan Malaya Merdeka di London. (n.d.). Retrieved February 28, 2013, from
Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/persidangan
7. Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London. (n.d.). Retrieved February 28, 2013,
from Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/rombongan_kemerdekaan
8. Shuid, M., Osman, S., & Othman, S. (2008). Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
9. Suruhanjaya Reid. (n.d.). Retrieved February 28, 2013, from Arkib Negara Malaysia:
http://www.arkib.gov.my/suruhanjaya
10. Talib, Z. (2008). Esensi Sejarah SPM. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
11. Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II.Kuala Lumpur:
Percetakan Negara.
12. Means, G. P, 1976. Malaysian Politics. London: Hodder andStoughton.
13. Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
14. Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam
Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .
15. Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, 2004.Sejarah Tingkatan
3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Rashid Aman dan Lee Veen, 2006. Ulang Kaji Target Terkini A++ PMR Sejarah
KBSM. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.
17. Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, 2001. Nota Lengkap SejarahMalaysia STPM.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
18. Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.






LAMPIRAN
Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan


1 Januari 1956
Rombongan Rundingan Kemerdekaan

1 Januari 1956
Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.

1 Januari 1956
Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar
Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.

1 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi,
Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku sedang
berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956
YTM Tunku dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian
Merdeka di London.

20 Februari 1956 (11.00 pagi)
YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam,
Melaka dengan Malayan Airways.

20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang
1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu
Berendam, Melaka.

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam
perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 (3.30 petang)
Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir,
Melaka.

20 Februari 1956
En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh
Puan Zainab bt Samdin.

20 Februari 1956
Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta
Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman.

20 Februari 1956
Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir,
Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan.

20 Februari 1956
Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh
Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.


20 Februari 1956
Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh
ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.



20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang
Bandar Hilir, Melaka.


Penubuhan Malaysia 1963

YTM Tunku Abdul Rahman menyatakan hasratnya untuk penubuhan Malaysia di Hotel Adelphi,
Singapura.

Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) bermesyuarat. Objektif member
penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei tentang penubuhan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Di
anggotai oleh Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Wetherson, dan Sir
Anthony Abell.

Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962. Laporan ini menunjukkan 80
peratus penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong gagsan penubuhan Malaysia.

YTM Tunku Abdul Rahman mengadakan sidang akhbar pada 6 Julai 1963 tentang keberangkatan
beliau ke London untuk menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia.

YTM Tunku Abdul Rahman berangkat ke Singapura dan seterusnya ke London pada 6 Julai 1963
untuk menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia.

YTM Tunku Abdul Rahman semasa menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di Malborough
House di London pada 9 Julai 1963.

Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 25 Julai 1963
setelah kembali dalam rundingan penubuhan Malaysia di London.

YTM Tunku Abdul Rahman memeriksa perbarisan hormat pasukan tentera yang menyambut
kepulangan beliau dari London pada 25 Julai 1963.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menerima tabik hormat dari anggota pasukan
seragam yang menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 17
September 1963 di Stadium Merdeka.

Pelajar-pelajar sekolah membentuk perkataan Hidup Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia
pada 17 September 1963.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara
pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali, selepas tamat
membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963.

Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri YTM Tunku Abdul
Rahman.








REFLEKSI
INDIVIDU


NUR SHAHIFA BT NORLAN
920506-03-5772
2012121340182

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana akhirnya saya dapat
menyelesaikan kerja kursus yang telah diberikan kepada saya oleh kumpulan pada
waktunya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pendidikan subjek Hubungan Etnik saya iaitu Dr Sia Keng Yek yang telah memberikan
bimbingan mengenai kerja kursus ini. Saya dan rakan sekumpulan dapat memahami tugas
secara terperinci dan memulakan proses kerja secara jelas melalui penjelasan yang telah
diberikan oleh beliau.
Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh begitu banyak pengetahuan berkaitan
sejarah Malaysia. Saya telah memahami sedikit sebanyak sejarah berkaitan dengan
Perkembangan politik di Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Kepelbagaian etnik di
Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di negara ini.
Daripada lahirnya kesedaran politik di kalangan penduduk yang mempunyai haluan berbeza
antara satu kaum dengan lain sehingga wujudnya parti-parti politik bercorak perkauman.
Senario pembangunan politik di Malaysia dapat dilihat bermula daripada lahirnya kesedaran
berpolitik dan gerakan nasionalisme di kalangan berbagai etnik di Malaysia dan
berkembang kepada penubuhan parti politik bercorak perkauman sehingga kepada
penggabungan parti politik pro-kerajaan untuk memperjuangkan berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan. Kerjasama antara etnik utama tersebut akhirnya membawa kepada
pembentukan Malaysia pada16 September 1963.
Saya sedar akan kelemahan diri saya yang sebelum ini tidak begitu endah dengan
perkembangan negara ini namun begitu melalui tugasan ini ia telah menyedarkan saya
bahawa adalah penting bagi seorang rakyat Malaysia itu untuk mengetahui sejarah negara
dan perkembangan politik kerana ini akan memupuk semangat kecintaan yang sangat
mendalam kepada agama, bangsa dan negara.
Masalah yang dialami semasa proses persiapan kerja kursus ini adalah kesukaran
bagi saya untuk memahami isi kandungan yang terdapat di dalam Perkembangan politik
dalam konteks hubungan etnik ini. Ini merupakan kekangan yang hebat untuk saya ketika
mencari isu-isu yang boleh dikaitkan. Tetapi atas bantuan dan sokongan daripada
pensyarah dan rakan-rakan akhirnya saya mampu juga untuk memahami dan mengupas
isu-isu yang telah dipilih. Selain itu,terdapat kekeliruan juga ketika saya ingin
menyelesaikan tugasan berkaitan kerana sukar untuk mendapatkan maklumat yang benar-
benar tepat tetapi hasil daripada perbincangan dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan yang
lain, ia dapat diselesaikan dengan jayanya.
Nilai keberkesanan yang diperoleh daripada penyelesaian masalah adalah cetusan
idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah
nanti. Penyerapan nilai murni dan budaya yang baik boleh dipupuk semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pada pendapat
saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka terhadap segala keadaan atau situasi
yang berlaku di sekitarnya. Walaupun kita tahu terlalu banyak masalah dan isu pertikaian
kepentingan berlaku dalam negara kita,namun di segenap itu masih terdapat ruang untuk
kita menilai dan berfikir untuk membuat satu anjakan serta perubahan daripada bawah.
Penguasaan ilmu yang meluas boleh dikatakan sebagai tuntutan bagi setiap guru agar sifat
berpengetahuan itu menjadi pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid
ke arah yang lebih positif.
Sebagai seorang bakal pendidik juga, adalah sangat penting untuk mengisi ilmu di
dada terutama berkaitan dengan agama, bangsa dan negara. Ini adalah kerana, ia dapat
membantu saya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid saya kelak
seperti mewujudkan semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara.Saya juga
boleh menerapkan unsur-unsur sikap toleransi dan sikap saling bantu-membantu tanpa
mengira kaum dan agama. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa hormat-menghormati
antara satusama lain serta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Dengan ini barulah negara
kita akan sentiasa menjadi aman damai dan bersatu-padu seterusnya dapat memangkin
pembangunan negara kita supaya terus berkembang maju dan dihormati di mata dunia.
Akhir sekali, dapat saya simpulkan disini bahawa guru yang sentiasa bersedia, peka
serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha
meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika mempunyai
semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubah pandangan anak bangsa.
MUHAMMAD HILMI BIN PARHIN
2012012340136
901206015805

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan kumpulan Hubungan Etnik ini tepat pada masanya. Hubungan Etnik
merupakan satu subjek baru yang saya pelajari untuk semester ini. Subjek ini telah
mendedahkan saya dengan lebih teperinci mengenai hubungan etnik di Malaysia dan
peristiwa-peristiwa serta kewujudan Perlembagaan Malaysia. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pendidikan subjek Hubungan Etnik saya iaitu
Dr Sia Keng Yek yang telah banyak membantu kami dalam tugasan ini.
Bagi tugasan kumpulan ini, kumpulan kami telah diberikan tugasan untuk mencari
bukti-bukti kerjasama dan permuafakatan antara etnik dalam pembentukan Malaysia.
Tanggapan pertama yang saya dapat apabila menerima tajuk ini ialah ini merupakan
tugasan yang sukar.
Setelah mendapat tugasan ini, saya dan rakan saya telah membahagi tugas
masing-masing dan mencari rujukan untuk membuat perbincangan serta mengambil
maklumat yang telah diberikan didalam kelas. Saya dan rakan saya mencari rujukan melalui
perpustakan yang terdapat di dalam institut dan mencari dari sumber internet. Terdapat
banyak rujukan yang kami dapat dan kami harus memilih rujukan yang sesuai dan
bertepatan dengan tajuk kami. Bagi menyelesaikan bahagian saya iaitu Rentetan Peristiwa
Penggubalan Perlembagaan Malaysia, saya telah menggunakan sumber internet sebagai
rujukan sepenuhnya. Setelah mencari bahan dari internet, saya akan menapis dan mencari
isi-isi penting yang berguna untuk bahagian saya. Selain itu, kami telah menggunakan
alternatif lain iaitu pergi ke perpustakaan luar bagi mencari maklumat dan data tambahan
dalam buku-buku rujukan bagi tugasan ini.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapati banyak kelemahan yang
harus saya tagani dan tidak akan saya ulangi apabila membuat tugasan kelak. Kelemahan
saya yang pertama ialah tidak pandai mengurus masa dengan baik dan suka melakukan
pada saat-saat akhir. Tetapi saya bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
masanya. Selain itu, kelemahan yang ketara dapat saya lihat pada diri saya ialah saya
lambat untuk bertindak. Sepatutnya semasa saya menerima tugasan ini, saya harus
merancang bagi memastikan kerja ini boleh dilakukan dengan mudah. Tetapi akibat tiada
rancangan, saya tidak dapat menyusun tugasan seperti memcari bahan, membuat power
point dan laporan tugasan ini dan ini memaksa saya bersengkang mata untuk menyiapkan
tugasan ini sehingga pagi.
Kekuatan saya yang dapat saya lihat semasa melaksanakan tugasan ini ialah, saya
cepat membuat tindakan dengan mencari bahan dan rujukan walaupun tugasan hanya
tinggal kurang seminggu. Selain daripada itu, sikap saya yang suka bertanya dan sering
berkomunikasi diantara rakan saya membuatkan saya cepat berkeja dan boleh menyiapkan
tugasan dengan cepat.
Harapan saya terhadap tugasan ini ialah agar tugasan ini diteruskan bagi
memastikan setiap bakal guru terdedah dengan isu semasa yang berkaitan dengan etnik-
etnik di Malaysia dan tidak mengulangi kejadian 13 Mei 1969. Selain itu, bakal guru harus
tidak mempunyai sikap diskriminasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar
Malaysia akan terus maju dengan adanya persefahaman di antara kaum. Pentingnya
pengajaran hubungan etnik ini kepada kami adalah bagi mengetahui sejarah dan juga
perkembangan semasa dalam Negara untuk pengetahuan yang lebih luas, selain menjadi
seorang guru yang berkaliber mengendalikan murid-murid yang berbilang kaum, budaya,
dan juga agama.







AMMIR BIN AZAMI
2012012340105

Terus-terang saya katakan bahawa tugasan kali ini amat mencabar kerana
inimerupakan satu tugasan yang lain daripada yang pernah saya siapkan kerana
sebelumini saya belum mendalami subjek Hubungan Etnik ini. Walau
bagaimanapun,Alhamdulillah dapat juga saya siapkan tugasan ini yang mampu membantu
saya padamasa akan datang kerana subjek ini merupakan subjek yang sungguh berguna
kepadasaya dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai ciri-ciri serta
jatuhbangunnya sesuatu etnik di Malaysia ini.
Umumnya, tugasan kerja kursus saya memberi gambaran jelas tentang susur
galursebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan sejarah sejak
zamanpenjajahan lagi. Selain itu, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam
sejarahhubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat mempertingkatkan elemen
pengajaranmengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini.
Langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam
kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar
cita-citamurni setiap rakyat dapat dilaksana.Seperti yang saya sudah maklumkan,tugasan
ini merupakan tugasan yang rumit.Namun begitu, atas bantuan daripada pelbagai
pihak,dapat juga saya menyiapkantugasan yang bermakna ini .Berbekalkan nasihat dan
tunjuk ajar daripada pensyarah yang sedia membantu pada bila-bila masa sahaja,
prosesmenyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar.
Selain itu, saya juga ada mencarimaklumat tambahan daripada laman web dan
rujukan dari buku bagi memantapkantugasan ini dan juga sedikit perbincangan dan
perkongsian bagi menyiapkan tugasanini. Dapat saya simpulkan bahawa melalui subjek ini,
ia dapat membantu kitamencanang sesuatu perkara berkaitan ketamadunan di negara kita
di sampingmenambahkan ilmu pengetahuan mengenainya. Diharap kerja kursus ini
memenuhikriteria yang diperlukan oleh pensyarah dan menepati kehendak soalan yang
diberikan.Ilmu yang saya perolehi sepanjang penulisan ini akan saya aplikasikan sebagai
panduan dalam kehidupan.
BORANG KOLABORASI

MUHAMMAD HILMI BIN PARHIN : 2012121340136
SITI SYAHIRAH NABILA BINTI MOHD YAMIN : 2012121340196
KU MOHAMAD DAHAMIN BIN KU SHAMSUDDIN : 2012121340135
NUR SHAHIFA BINTI NORLAN : 2012121340182
AMMIR BIN AZAMI : 2012121340105
OPTION/CLASS : 3 PISMP TESL 1
SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK
LECTURER IN CHARGE : DR SIA KENG YER
PERKARA KOMEN TANDATANGAN PENSYARAH
Menerima tugasan dari
pensyarah
Memulakan kerja-kerja
draf.

Penerangan tugasan dari
pensyarah
Memulakan pencarian
maklumat

Perbincangan dan
pengumpulan data
Melayari internet, buku,
perpustakaan dan juga
jurnal/ majalah

Perbincangan dengan
pensyarah
Soal-jawab mengenai
tugasan, dan juga
penambah-baikan

Menyiapkan tugasan Tugasan disemak kali
dan disiapkan.

Penyerahan tugasan

Anda mungkin juga menyukai