Anda di halaman 1dari 1

Penutup hedonisme

Tidak salah untuk berhibur, berhiburlah selagi tidak melalaikan dan melanggari batas syariat. Islam
sudah lama menyediakan jalan hiburan yang sesuai. Iaitu hiburan yang selaras dengan tuntutan
agama dan bukannya menurut hawa nafsu dan melampaui batas.
Malah, di dalam hukum feqh Islam terdapat hukum-hukum permainan alat muzik yang dibenarkan
oleh Islam. Ini jelas menunjukkan agama Islam memberikan ruang dan peluang kepada penganutnya
untuk berhibur mahupun berkarya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Justeru, cara terbaik bagi mengubati penyakit Hedonisme ini adalah mengubah dan berubah dengan
mentarbiah diri sendiri, ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan Negara supaya kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar. Berubahlah dari kejahilan kepada ilmu dan berpengetahuan.
Semoga kerisauan kita ini menyedarkan dan menyuntik kembali anak-anak muda kita supaya
cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan.
Suburkanlah anak-anak muda dengan iman dan taqwa melalui didikan yang sempurna, jati diri yang
kukuh, pemahaman ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi. Lakukanlah perubahan. Berusahalah
semoga Allah memberikan dan mengembalikan kekuatan kepada ummah hari ini.
Jauhkanlah anak-anak muda daripada hiburan dan sukan yang melalaikan. Jauhkanlah anak-anak
muda daripada rokok, arak dan dadah. Binalah perkampungan muslim yang cintakan kepada
kebaikan dan pemahaman ilmu. Ingatlah segala-gala yang ada dimuka bumi ini adalah keperluan dan
bukanlah matlamat kita, matlamat yang sebenarnya adalah akhirat.
Justeru itu saudara-saudara kaum muslimin dan muslimat sekalian, cara terbaik dan mustajab bagi
menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota
keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan
Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri
lebih beriman dan bertakwa.

Firman Allah yang bermaksud:


Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan
kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak
menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (Q.s. Al-Qiamah: 2021).

Ayuh, kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w untuk kita sama-sama kembalikan Islam
di setiap insan dan hati manusia di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai