Anda di halaman 1dari 5

Amali : 2

Tajuk
Putaran Helikopter
Tujuan
Untuk mengkaji kesan panjang sayap helikopter terhadap masa pendaratannya.
Pernyataan Masalah
Adakah panjang sayap helikopter mempengaruhi masa pendaratannya?
Hipotesis
Semakin panjang sayap helikopter, semakin panjang tempoh pendaratan helikopter
tersebut.
Pemboleh Ubah
Manipulatif : Panjang sayap (cm)
Responsif : Tempoh pendaratan helikopter (s)
Malar : Ketinggian helikopter dilepaskan (m)
Radas / Bahan
Gunting, pembaris, pita pengukur, kertas, helikopter , jam randik
Gambar Rajah







Prosedur
1. Helikopter telah dihasilkan dengan merujuk kepada pola helikopter yang
disediakan.
2. 20cm sayap helikopter telah diukur. Ketinggian bangunan juga telah diukur
dengan pita pengukur dan dijadikan sebagai faktor malar.
3. Helikopter dijatuhkan daripada bangunan dan masa pendaratan telah direkodkan.
4. Langkah-langkah tersebut diulangi dengan menggunakan helikopter yang
mempunyai sayap berukuran 16cm, 12cm, 8cm dan 4cm.

Keputusan
Ketinggian bangunan : 10.8 meter
Panjang
Sayap (cm)
Masa Pendaratan (s) Purata Inferens
Pertama Kedua
20 13.50 14.15 13.83 Masa yang diperlukan
untuk mendaratkan
helikopter yang
mempunyai sayap
panjang adalah lama.
16 10.47 12.59 11.53
12 7.69 8.75 8.22 Masa yang diperlukan
untuk mendaratkan
helikopter yang
mempunyai sayap 8.22cm
adalah sederhana.
8 6.13 6.03 6.08 Masa yang diperlukan
untuk mendaratkan
helikopter yang
mempunyai sayap pendek
adalah singkat.
4 5.14 4.60 4.87




Perbincangan
1. Semasa helikopter jatuh daripada satu ketinggian, tekanan udara menolak sayap
sehingga ke dalam kedudukan yang condong. Dalam kedudukan ini, udara di
bawah satu sayap ditolak dalam satu arah dan udara di bawah sayap yang lain
pula ditolak dalam arah yang bertentangan. Kedua-dua kuasa udara ini telah
menolak sayap dan membolehkannya berputar.

2. Berdasarkan jadual, helikopter yang mempunyai sayap yang panjang
memerlukan masa yang banyak untuk pendaratan. Sebaliknya, helikopter yang
mempunyai sayap yang pendek memerlukan masa yang singkat untuk
pendaratan.

3. Sayap yang panjang mempunyai luas permukaan yang besar. Ini bermakna
udara yang lebih akan bersentuhan dengan sayap yang panjang ini. Maka, sayap
helikopter akan mengalami rintangan udara yang besar. Oleh itu, sayap yang
panjang memerlukan masa pendaratan yang panjang kerana rintangan udara
yang besar telah dialami olehnya. Sebaliknya, masa pendaratan yang diperlukan
oleh sayap yang pendek adalah singkat kerana rintangan udara adalah kecil di
mana udara yang bersentuhan dengan sayap pendek adalah kecil.

4. Pemboleh ubah merupakan kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk
menjelaskan sesuatu pemerhatian. Ia juga adalah sesuatu yang boleh diubah
atau dipelbagaikan. Pemboleh ubah boleh dibahagi kepada tida jenis:
a) Pemboleh ubah manipulatif : Faktor atau keadaan yang dimanipulasi
atau diubah untuk menguji kesannya ke atas eksperimen.
b) Pemboleh ubah responsif : Hasil eksperimen yang bertindak
terhadap satu faktor atau keadaan yang berubah.
c) Pemboleh ubah malar : Pemboleh ubah yang dikawal atau
ditetapkan.
Manakala definisi operasi menjadikan kualiti yang abstrak kepada konkrit.
Definisi operasi pemboleh ubah menyediakan satu penerangan yang konkrit
terhadap pemboleh ubah. Jika pemboleh ubah tidak dapat diukur secara
langsung, ia dapat mengenal pasti aspek pemboleh ubah yang boleh diukur
secara langsung. Contohnya, pemboleh ubah "kesukaran kursus " tidak boleh
diukur secara langsung, tetapi ia boleh ditakrifkan secara operasi dalam tiga
aspek, iaitu penilaian tahap gred bahan bacaan, jumlah waktu pejabat pengajar
memegang dan purata gred dalam peperiksaan. Ia boleh diukur pada skala 5 titik
di mana 1 = sangat rendah dan 5 = sangat tinggi.
5. Sesuatu objek masih boleh berputar tanpa menggerakkan bahagian yang dibuat
untuk berputar. Caranya adalah dengan menggunakan tiupan angin yang kuat
atau memberikan daya kepadanya. Apabila kita menyalurkan daya atas objek
atau objek itu mengalami tiupan angin yang kuat, ia akan bertindak balas secara
semula jadi dengan daya dan angin. Oleh itu, sesuatu objek boleh berputar tanpa
menggerakkan bahagian yang dibuat untuk berputar.

6. Keupayaan sesuatu objek berputar adalah bergantung kepada daya yang
diberikan kepada objek tersebut. Jika daya yang dinyalurkan adalah besar, maka
ia dapat berputar dengan cepat. Selain itu, jisim objek juga akan menjejaskan
kelajuan putaran objek, di mana jisimnya semakin besar, putaran akan menjadi
semakin perlahan. Bukan itu sahaja, keupayaan objek berputar juga dipengaruhi
oleh bentuk dan saiz bahagian objek yang dibuat untuk berputar, jarak objek dari
bumi dan kuasa tarikan gravity ata objek.

7. Elemen utama dalam satu objek yang membolehkan ia berputar adalah reka
bentuk objek tersebut. Seperti helikopter kertas yang digunakan dalam
eksperimen ini, sayapnya hendaklah berada di atas badan supaya udara dapat
dialirkan di bawah kedua-dua sayap tersebut. Udara di bawah yang berputar-
putar akan menyebabkan objek berputar. Selain itu, sayap yang dibina juga
haruslah ringan supaya objek dapat diputarkan dengan mudah.

Langkah berjaga-jaga
1. Berhati-hati semasa menggunakan gunting untuk menggunting kertas.
2. Memastikan sayap helikopter dalam keadaan yang baik semasa menjatuhkannya.

Kesimpulan
Semakin panjang sayap helikopter, semakin panjang tempoh pendaratan helikopter
tersebut. Hipotesis diterima.


Lampiran

Helikopter sedang dibuat dengan
menggunakan pola helikopter yang telah
disediakan.

Helikopter dilepaskan daripada
bangunan tinggi (10.8 m).

Anda mungkin juga menyukai