Anda di halaman 1dari 23

PENGUMPULAN DATA

KUALI TATI F
KULIAH 8
PENGUMPULAN DATA
KUALI TATI F
Setelah fokus penyelidikan dikenalpasti, maklumat-
maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpul
daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan
refleksi.
Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat
menjelaskan lagi situasi dikaji dinamakan data.
Dalam usaha mencari data, guru/ pensyarah penyelidik
hendaklah tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada
seperti rekod prestasi murdi, hasil kerja, kertas jawapan,
peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan
di samping memperolehi data-data yang baru.
Teknik-teknik Mengumpul Data
Kualitatif
Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru
/ pensyarah penyelidik untuk memperolehi
data. Teknik manakah yang sesuai
bergantung kepada tujuan, situasi dan
kemahiran penyelidik.
Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses
pengajaran pembelajaran. Seorang guru sentiasa
memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi
berlaku antara guru dengan murid serta antara murid
dengan murid. Pemerhatian juga membantu guru
menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap
pengajarannya.

Yang penting dalam proses pemerhatian ialah
guru/pensyarah penyelidik hendaklah berusaha melakukan
pemerhatian tanpa diganggu oleh prasangka terhadap
sasaran yang dikaji.

Melalui pemerhatian yang terancang dan sistematik,
banyak data yang pelbagai dan berguna dapat diperolahi
untuk membantu penyelidikan tindakan dalam pendidikan .
Berikut disarankan empat cara
membuat pemerhatian:
1. Pemerhatian secara langsung boleh
dilakukan setiap masa dengan meneliti
segala perlakuan dan kejadian dalam situasi
yang dikaji. Teknik ini tidak memerlukan
apa-apa perlatan khas melainkan pen dan
kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik
perlu membuat beberapa pertimbangan
sebelum melakukan permerhatian
Soalan-soalan berikut boleh
dijadikan panduan:
Apakah yang hendak diperhatikan?
Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah
dipilih guru/pensyarah penyelidik hendaklah
menentukan aspek-aspek yang boleh
diperhatikan, sama ada jenis dan turutan
peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan
penyelidik sendiri. Perkara-perkara tersebut
hendakalh spesifik dan dapat dinyatakan secara
eksplisit.
Mengapakah pemerhatian tesebut
dilakukan?
Setiap orang ada anggapan dan jangkaan
sendiri (existing theories) tentang sesuatu
isu. Pemerhatian membantu seseorang
penyelidik membina semula teori tersebut
agatr memperolehi satu fahaman baru
(theoretical reconstruction)
Bilakah pemerhatian hendak dijalankan
dan berapakah tempoh masa yang
diperlukan?
Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah
jelas tentang masa waktu untuk membuat
pemerhatian agar data yang relevan dapat
diperolehi dan tidak mengganggu
perjalanan tugas lain yang lebih utama.
Penggunaan Alat Perakam
Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan
interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran
dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan
sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar
dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh
diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga
fasa berikut:
dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk
mendapat gambaran umum,
dengar semula untuk mencari data-data penting
dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang
data-data penting
Gambar foto
Gambar foto merupakan suatu media yang
amat berkesan untuk merekodkan perlakuan
atau keadaan fizikal secara holistik. Foto
juga dapat menonjolkan body language
terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai
oleh pemerhati kerana pada ketika itu
dianggap sebagai tidak signifikan.
Rakaman video
Rakaman video melanjutkan kelebihan foto
dan rakaman audio dengan menunjukkan
juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan
dan tempoh masa peristiwa.
Keempat-empat teknik tersebut di atas
mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Teknik-teknik ini adalah
saling melengkapi. Maka jika digunakan
dengan wajar merupakan alat yang amat
berguna untuk mengumpul data.
Tembual

Temubual atau temu ramah adalah suatu
teknik yang amat berkesan untuk meninjau
persepsi seseorang, termasuk pemikiran,
sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui
temubual, guru/ pensyarah penyelidik dapat
memahami mengapa seseorang yang
diperhati menunjukkan perlakuan tertentu.
Kejayaan sesuatu temubual bergantung
antara lain kepada kualiti soalan-soalan
yang ditujukan kepada sasaran yang dikaji.
Secara umum temubual boleh digolongkan
kepada tiga jenis:
Berstruktur
Tidak berstruktur
Separuh struktur



Berstruktur
Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang
secara rapi dan teratur supaya respons yang
spesifik diperolehi.
Tidak berstruktur
Memulakan dengan suatu ransangan umum,
sasaran dikaji digalakkan memberi respons
secara bebas, soalan-soalan lanjutan dirangka
mengikut keperluan semasa.
Separuh struktur
Temubual jenis ini mengabungkan dua jenis
yang awal.
Dalam perjalanan temubual, suasana yang
mengizinkan berdasarkan kod-kod etika
tertentu perlu diwujudkan dahulu untuk
menentukan kerelaan pihak ditemubual
menyumbangkan maklumat-maklumat yang
ikhlas dan benar
Soal Selidik

Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang
dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik
disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran
pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi
jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan
yang telah disediakan.
Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran
yang besar dan sekiranya penilaian kuantitatif diperlukan
untuk refleksi kemudian.
Dalam merangka soal selidik, bahasa yang digunakan
hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan taraf
sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan
yang digunakan hendaklah disemak agar tidak
mengelirukan responden.
Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden
hendakalah dijamin untuk data yang boleh dipercayai.
Diari atau J urnal
Diari atau jurnal ialah catatan berkala dan
berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus
kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang
dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting
tetapi juga merangkumi segala pemerhatian,
perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi,
hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.
Untuk meningkatkan keberkesanan penulisan diari
atau jurnal catatan hendaklah dilakukan secara
konsisten agar perkembangan pemikiran dapat
direkodkan sebelum dilupa. Tetapkan satu masa
tertentu setiap hari atau setiap minggu berbuat
demikian.
Dalam catatan diari atau jurnal, fakta hendaklah
dibezakan daripada interpretasi dengan
menggunakan notasi khas. Rujukan silang (cross
reference) hendakalah dibuat untuk mengaitkan
dengan catatan lain sama ada dalam diari, jurnal
ataupun rekod lain.
Catatan tarikh, lokasi serta konteks atau situasi
dapat membantu penyelidik dalam peringkat
analisis data. Selain daripada itu, bahan-bahan lain
seperti foto, keratan akhbar, lakaran dan
sebagainya juga dilampirkan dalam diari atau
jurnal.

Buku Log

Buku log merupakan catatan yang lebih
memberi tumpuan kepada turutan peristiwa
dan masa atau waktu berkenaan. Catatan
seperti ini sangat berguna untuk mengkaji
masalah-masalah berhubung dengan
pengurusan masa dan pengelolaan aktiviti.
Portfolio

Portfolio ialah satu koleksi bahan-bahan
sokongan yang digunakan sepanjang
perjalanan sesuatu projek serta ulasan
refleksi pada peringkat-peringkat tertentu.
Bahan-bahan serta catatan daripada
portfolio dapat membantu penyelidik
memahami proses pengelolaan serta
pemikiran yang menyusulnya.
Senarai Semak

Melalui senarai semak, penyelidik dapat
meninjau kewujudan perlakuan-perlakuan
tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang
ditetapkan mengikut kriteria fokus
penyelidikan. Di samping itu, ia dapat
mengukur kekerapan sesuatu perlakuan
ditunjukan oleh kumpulan sasaran yang
dikaji.
KESIMPULAN
Untuk membolehkan guru/pensyarah penyelidik
membuat analisis serta memperolehi kefahaman
baru tentang sesuatu isu dalam pendidikan, cukup
data yang relevan perlu diperolehi daripada
sumber-sumber berkaitan.
Untuk tujuan tersebut, pelbagai teknik boleh
digunakan. Setiap teknik yang diperkenalkan di
sini mempunyai kelebihan serta kekurangannya.
Oleh yang demikian, guru/ pensyarah penyelidik
hendaklah memilih teknik yang sesuai mengikut
konteks berkenaan.
Di samping itu, untuk mendapat penjelasan yang
lebih menyeluruh, data-data hendaklah diperolehi
daripada pelbagai sumber melalui teknik-teknik
yang berlainan.

Anda mungkin juga menyukai