Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefinisikan pengajaran dan
pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang
diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan
mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain. Pengajaran merupakan
aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru
hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan
pengajaran itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau
kemahiran. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau
mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut
Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan
perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,
atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran sains pendidikan khas telah mengalami transformasi secara berperingkat
dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains
dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada
di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering
diperdebatkan oleh pakar-pakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan
persepsi negatif daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari
peringkat sekolah rendah.
Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para pelajar
terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira strategi pengajaran
dan pembelajaran, kesesuaian aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk
memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang bermakna. Masalah pembelajaran
sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk
memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.
2.0 Aspek-aspek yang menyebabkan masalah pengajaran dan pembelajaran Sains.
2,1 Aspek Kognitif






















3.0 Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran sains murid masalah pembelajaran
3.1 Strategi Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid bermasalah pembelajaran akan
melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan
menjadi REACT.
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru Sains dengan
pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di
kalangan kanak-kanak masalah pembelajaran. Apabila kanak-kanak membesar, adalah
menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang
cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan
perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan,
peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu
masalah dalam subjek Sains.
Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam
sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap
hari. Experiencing (Mengalami):
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan
nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka
masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah
lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta
melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali
menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-
kawan di rumah.

Anda mungkin juga menyukai