Anda di halaman 1dari 18

Bab 1: Profesion Perguruan

1



B
BBa
aab
bb 1
11:
::
P
PPR
RRO
OOF
FFE
EES
SSI
IIO
OON
NN P
PPE
EER
RRG
GGU
UUR
RRU
UUA
AAN
NN


















Dalam Bab ini dibincangkan konsep perguruan serta ciri-ciri sesuatu profesion. Tujuh
ciri-ciri atau atribut sesuatu profesin dikenal pasti. Tumpuan ialah kepada soalan sama
ada perguruan dianggap sebagai suatu profesin atau guru ialah seorang profesional.
Persepsi masyarakat terhadap profesin perguruan disentuh dengan membanding kajian
dibeberapa negara. Berdasarkan tujuh atribut yang cadangkan, secara umum perguruan
menepati kriteria sesuatu profesin kecuali daripada beberapa sudut. Sajak Usman
Awang yang menyentuh tentang peranan dan tugas guru dibentangkan. Diakhir bab ini,
peranan kesatuan perguruan yang terbesar dibincangkan.

RINGKASAN BAB

1.1 Pengenalan
1.2 Konsep profesion
1.3 Ciri-ciri profesion
1.4 Profesion perguruan
1.5 Persepsi terhadap profesion
perguruan
1.6 Puisi Guru O Guru
1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan

Ringkasan
Kata Kunci
Rujukan


Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Menerangkan maksud profesion
Membincang cirri-ciri sesuatu profesion
Memberi justifikasi perguruan ialah suatu profesion
Menganalsis persepsi guru terhadap profesion perguruan
Menilai peranan kesatuan perguruan

Bab 1: Profesion Perguruan
Bab 2: Tugas & Peranan Guru
Bab 3 Etika Perguruan
Bab 4: Standard Guru Malaysia
Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan
Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti
Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin
Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab 1: Profesion Perguruan



2


1.1 Pengenalan
Kini terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai profesional yang
banyak menyumbang kepada kesejahtereen sesuatu masyarakat. Antaranya ialah
doktor, jurutera, akauntan, jurubina, guru, akitek, jururawat, peguam dan sebagainya.
Apakah ciri-ciri yang dimiliki jenis pekerjaan ini yang masyarakat terima sebagai
profesion?

















Doktor Jurutera Guru













Doktor Gigi Peguam


Sanggupkah anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak bertauliah?
Sanggupkah anda melantik seorang jurutera yang tidak pernah belajar ilmu
kejuruteraan membina sebuah jambatan?
Adakah anda bersetuju anak anda diajar oleh seorang guru yang tidak
mempunyai kelayakan perguruan?
Beranikah anda mendapat rawatan daripada seorang doctor gigi yang tidak
bertauliah?

Bab 1: Profesion Perguruan



3


Sanggupkah anda dibela oleh seorang peguam yang tidak mempunyai ijazah
undang-undang?

Sudah tentu jawapan anda kepada semua soalan di atas ialah TIDAK.
Mengapa?


1.2 Konsep Profesion

Profesion berasal daripada perkataan
Latin profiteor yang terbahagi kepada pro
yang secara umum bermakna ke arah dan
fiteor yang bermakna mengakui, berjanji,
mendedahkan kepada semua, berikrar. Pada
abad ke19, istilah profesion dikhususkan untuk
individu yang terlibat dalam bidang agama,
undang-undang dan perubtan sahaja (Lihat
Rajah 1.1).
Adalah sukar untuk memberi definisi
yang tepat berkenaan konsep profesion.
Walau pun banyak telah ditulis tentang definisi
profesion, masih tidak terdapat satu definisi
yang diterima umum. Takrifan yang diberikan
dalam kamus telah diterima oleh sesetengah
individu manakala yang lain berpendapat
definisi yang dikemukakan terlalu umum. Ahli
falasfah, pakar perundangan dan badan-badan
profesional telah memberi definisi masing-masing. Berikut ini ialah contoh beberapa
takrifan konsep profesion.
The Oxford English Dictionary mendefinisikan profesion sebagai pekerjaan
yang dibayar dan melibatkan latihan yang berpanjangan dan penanugerahan
kelayakan formal.

The Australian Council of Professions mentakrif profesion sebagai:
sekumpulan individu berdisiplin yang mematuhi piawaian etika yang tinggi
dan diterima orang ramai sebagai mempunyai pengetahuan dan kemahiran
khusus, yang diiktiraf oleh sebuah badan, telah memperolehi pendidikan dan
latihan di peringkat yang tinggi, dan bersedia untuk menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki ini demi kepentingan orang lain.

Gilley dan Eggland (1989) mendefinisikan profesion sebagai penguasaan
sesautu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dimana
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki masyarakat. Secara
ringkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan tertentu dan
mengaplikasi kecekepan untuk kepentingan umum
Rajah 1.1 Doktor merawat
pesakit pada abad ke 19

Bab 1: Profesion Perguruan



4


Business.Dictionaru.com melihat profesion sebagai pekerjaan atau kerjaya
yang memerlukan penguasaan satu set pengetahuan dan kemahiran yang
komplek melalui sistem pendidikan formal.

Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khusus.

Cruess, R., J ohnston S & Cruess, R (2004), mentakrif profesion sebagai
pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yang
komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited
memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan
sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat

Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi,
mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan profesion.












1.3 Ciri-Ciri Profesion
Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion bolehlah
diertikan sebagai seorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah danyang
pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya. Apakah ciri-ciri umum sesuatu
profession? Ini dijawab dengan merumuskan ciri-ciri atau atribut yang terdapat pada
sesuatu profesion yang diutarakan oleh Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lubell
(1978) dan Bayles (1988). Lihat Rajah 1.2.
1. PERKHIDMATAN UNIK
Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang
diperlukan oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion
sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan
umum. Contohnya, hanya doktor perubatan memberi khidmat perubatan,
hanya jurutera memberi khidmat kejuruteraan.
1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Dengan merujuk kepada definisi profesion yang
disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama
dan hampir sama dalam setiap penyataan.
1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Dengan merujuk kepada definisi profesion yang
disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama
dan hampir sama dalam setiap penyataan.

Bab 1: Profesion Perguruan



5




Rajah 1.2 Tujuh Ciri Sesuatu Profesion

2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Ahli sesuatu profesion mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta
kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam
pekerjaan masing-masing. Contohnya, seorang peguam perlu mengetahui
segala undang-undang, akta, peraturan yang berkaitan. Seorang profesional
telah melibatkan diri secara peribadi dengan kerjayanya, dan kepuasan tidak
setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelaran dan anugerah.
Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan Dr dan bagi
engineer pula singkatan yang digunakan ialah Ir.

3. LATIHAN KHUSUS
Seorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan latihan yang
berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Bagaimana
pun, seseorang itu tidak semestinya memasuki kolej atau universiti untuk
mempelajari sesuatu bidang ilmu kerana dia boleh mendapat pensijilan dengan
belajar secara jarak jauh. Contohnya, seorang boleh menjadi akuantan dengan
mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti dan menjadi
profesional. Seorang profesional harus menunjukkan keupayaannya dengan
PROFESION
Pengetahuan
& Kemahiran
Latihan Khusus
Tanggungjawab
Kod Etika Badan Kawalan
Autonomi
Perhidmatan
Unik

Bab 1: Profesion Perguruan



6


melulus ujian atau peperiskaan. Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli
mereka mempunyai lesen atau sijil. Bagaimana pun, tidak semua pekerjaan
yang memerlukan lesen atau pensijilan memenuhi kriteria profesion. Ahli
sesuatu profesion diberikan lesen atau sijil yang menggariskan peringkat
bidang kuasa pekerjaan selaras dengan kriteria di mana mereka mempunyai
pengaruh yang agak besar. Contohnya, sesuatu projek pembinaan tidak akan
dilulus oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh jurutera perunding
yang bertauliah.


4. AUTONOMI
Seorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang
pekhidmatan yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai
kualiti perkhidmatan yang diterima. Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor,
dia mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar menerima. Oleh
kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya, anda
tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan yang diberikan.

5. TANGGUNGJAWAB
Walau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan autonomi, dia
terpaksa juga memikul tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang
dibuat. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang profesional
itu melibatkan kebajikan manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat.
Contohnya, doktor bertanggungjawab apabila pesakitnya mati selepas sesuatu
pembedahan. Saudara-mara boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya
mereka dapati doktor berkenaan cuai.

6. KOD ETIKA
Profesional mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan
perkhidmatan yang jelas, sistematik dan mengikat (binding); menetapkan
hubungan rakan sekerja yang membantu dan menyokong sama sendiri, dan
dikuatkuasakan oleh persatuan-persatuan mereka. Integriti sesuatu profesion
dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod etika mengawal selia
tingkahlaku individu dariapda sesuatu profesion dan mekanisme diwujudkan
untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika
(dibincangkan dengan mendalam dalan Bab 3).

7. BADAN KAWALAN
Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organasasi yang
terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang
berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.
Contohnya, Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medica Council),
memantau tingkah laku doktor perubatan; Majlis Bar Malaysia (Malaysian Bar
Council) memantau kelakuan perguam, dan Persatuan Akitek Malaysia
memantau tindak-tanduk akitek. Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk
mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika
yang teah persetujui [Rujuk kepada Bab 3 h: 17 yang menunjukkan tindakan

Bab 1: Profesion Perguruan



7


yang diambil oleh Majlis Perubatan Malaysia terhadap ahli mereka yang
melanggar kod etika].

[sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur:
Heinemann Asia]









































1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
(a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan TUJUH ciri-ciri
atau atau atribut sesuatu profesion?
(b) Adakah ciri-ciri atau kriteria lain anda ingin cadangkan
untuk sesuatu profesion?

Bab 1: Profesion Perguruan



8












Syarat Mengajar bagi Pelihara Integriti Profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru
memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi
memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara
bertaraf dunia. Timbalan Menterinya, berkata lesen perguruan itu telah
dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya
secara serius.

Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah
bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan
kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor,
peguam atau akauntan.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen
berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,
katanya semalam.

Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru
mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu,
Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung
mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi
semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya,
hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Timbalan Menteri berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama
itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang
kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan
masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. Kajian juga
belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di
negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi
menjaga kepentingan profesion perguruan, katanya.

[sumber: adaptasi Berita Harian Online. 22 Mei, 2010]
1.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan Timbalan
Menteri tentang mensyaratkan guru memiliki lesen
perguruan? Jelaskan.

Bab 1: Profesion Perguruan



9


1.4 Profesion Perguruan






















Satu soaln yang kerap ditumbulkan ialah; Adakah guru seorang profesional? atau
Adakah pergurusan suatu profesion?. Persoalan ini telah lama dibangkitkan.
Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang
mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah,
2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan
pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan.
Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping
mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai
peranan [rujuk kepada Bab 3 yang membincangkan pelbagai peranan seorang guru].
Kembali kepada persoalan asal tadi, sama ada perguruan itu ialah suatu profesion, kita
membincang dengan berpandukan TUJUH ciri-ciri atau atribut sesuatu profesion yang
dibincangkan tadi.

SEJAUH MANAKAH PERGURUAN IALAH SUATU PROFESION?

Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang
memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat.
Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat
dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi
perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan
personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan
Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang
tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai
ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), ibu bapa,
Adakah guru seorang
professional seperti
doktor atau peguam?


Bab 1: Profesion Perguruan



10


pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh
didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar
yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran.

Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah,
seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui
latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shulman (1987),
pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru
termasuk:
Pengetahuan tentang falsafah dan
sejarah pendidikan
Pengetahuan isi kandungan mata
pelajaran (Content Knowledge)
Pengetahuan kandungan pedagogi
(Pedagogical Content Knowledge)
Pengetahuan mengenai kurikulum
(iaitu, sukatan pelajaran, bahan
pembelajaran, alat bantuan mengajar
dan sebagainya)
Pengetahuan tentang pengurusan
bilik darjah
Pengetahuan mengenai pentadbiran
dan budaya sekolah

Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima
latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang
di tawarkan university-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang
wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan
yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya.
Juga ditwarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka
yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang
ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) pernah
menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun.

Walau pun terdapat, berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat
beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki
latihan perguruan. Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah-
sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan.


Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah
terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau
akuantan boleh menolak dan memilih pelanggannya (walau pun amalan ini
tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga
dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru
bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. Bilik darjah seseorang

Bab 1: Profesion Perguruan



11


guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara
pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan (Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223).

Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan
Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada
masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana
pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana
sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang
guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat,
kecuali atas alasan-alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah.

Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan
mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan-
kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim
perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru
diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak
kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka
yang berbeza.

Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh
Ikrar Guru dan Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh kerana
guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan
tindakan mereka dipantau melalui Perintiah-Perintah Am Kerajaan yang
memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tidakn yang boleh
diakukan dengan izin. Perintiah-Perintah Am juga memperincikan hukuman
yang boleh dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan.
Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion.
Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa
perguruan ialah suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai
kelayakan perguruan dibenarkan mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan
sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion
undang-undang atau profesion kejuruteraan.



1.5 Persepsi Terhadap Profesion Perguruan
Jadual 3.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih
kurang 5.4 juta pelajar. Adalah dianggar terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang
mengajar di tadika tajaan kerajaan dan swasta.






Bab 1: Profesion Perguruan



12










Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (2010)

Abdul Rahin Hamdan, Ahmad Johari Hj Sihes, Jamaluddin Ramli dan Rosliza
Hamzah (2006) dalam kajian bertajuk Perpsepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan
Masa Kini dapati bahawa 100% guru yang dikaji menganggap bahawa kerjaya
mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. Bagaimana pun, hanya 38%
mengakui bahawa masyarakat sekarang memandang tinggi akan profesion
perguruan. Perlu ditegaskan bahawa kajian ini adalah pandangan 100 guru sekolah
menengah di Kelantan.
Kajian yang dijalankan di Nigeria oleh
Lawal (2012) dapati profesion perguruan
dipandang rendah berbanding profesion lain
seperti undang-undang, kejuruteraan dan
perubatan. Masyarakat tidak ingin anak mereka
memilih perguruan sebagai kerjaya. Sebaliknya,
Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang (2002)
dapati guru di Taiwan menikmati prestij dan
taraf yang tinggi dan majoriti guru
menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka. Ini berkait rapat dengan budaya,
sejarah dan dasar kerajaan Taiwan yang telah memberi penghormatan tinggi kepada
profesion perguruan sejak turun-temurun.
Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas
sekolah di Malaysia. Contohnya pada tahun 2010, 90,000 pelajar telah memohon
untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih
kurang 6,000 sahaja. Jelaslah bahawa perguruan kini menjadi minat ramai pelajar.
Ramai yang memohon terdiri daripada pelajar cemerlang. Bertambah pula ada
golongan profesional seperti jurutera, akauntan, pengamal undang- undang yang
belajar dari dalam dan luar negara yang memohon untuk mengikuti program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk menjadi guru. Sesetengah dintara mereka
sudah bekerja dan gaji mereka lebih daripada gaji guru. Kenapa pula hendak menjadi
guru, kalau gaji lebih rendah?








Jenis Lelaki Perempuan

Sekolah Rendah

70,600

159,849

230,449
Sekolah Menengah 55,571 119,696 175,267
Jumlah 126,171 279,545 405,716

1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Pada pendapat anda, adakah masyarakat Malaysia
memandang tinggi profesion perguruan? Jelaskan.
b) Apakah yang mendorong begitu ramai individu
memilih untuk menjadi guru?

Bab 1: Profesion Perguruan



13


1.6 Puisi Guru O Guru





































GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Bab 1: Profesion Perguruan



14


Sajak Usman Awang menggambarkan pengorbanan seorang guru. Peranan
guru amat penting kepada masyarakat kerana ia membimbing masyarakat menjadi
manusia yang berguna. Guru digambarkan sebagai penyuluh kepada anak bangsa
untuk mereka memperolehi ilmu. Guru mendidik anak bangsanya dengan ilmu agar
anak bangsanya menjadi masyarakat berguna. Guru digambarkan sebagai ibu, bapa
dan sahabat kepada para pelajar. Tanpa jemu dan bosan, guru sentiasa memberi
nasihat dan bimbingan.
Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion
perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman.
Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan
tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah
serta hasil pulangan yang terjamin. Mungkin ini agaknya permohonan untuk menjadi
guru berlipat kali ganda setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja
tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan
yang agak lumayan.






























1.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Baca puisi Usman Awang, Guru O Guru.
a) Apakah mesej utama puisi beliau?
b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan
eliau tentang peranan dan tugas guru?

Bab 1: Profesion Perguruan



15

























1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaa n

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) telah
ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 27 Jun, 1974.
Nama dalam Bahasa Inggeris ialah National Union of the
Teaching Profession (NUTP). Penubuhan KPPK adalah hasil
gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of
Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru
Sekolah Kebangsaan (KKGSK).

Keahlian
Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru daripada semua jenis dan
peringkat sekolah. PPK merupakan kesatuan perguruan yang terbesar di Malaysia
dengan 160,000 orang ahli pada 2010 dan salah satu terbesar in Asia Tenggara. KPPK
terdiri daripada 12 cawangan di seluruh negara. Setiap cawangan mempunyai pejabat,
ahli jawatan kuasa dan bangunan sendiri yang mengelolakan aktiviti di peringkat
cawangan.


2.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan
di atas? Berikan contoh-contoh spesifik.


Bab 1: Profesion Perguruan



16


Visi
Mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan

Misi
Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan guru
inovatif, dinamik dan progresif sejajar dengan visi mempertingkatkan standard
dan martabat profesion perguruan.

Objektif
Memperjuangkan hak asasi guru dan menyediakan perkhidmatan berkualiti
dan cemerlang kepada para ahli.


Sebagai sebuah kesatuan, KPPK membela kaum guru dan profesion perguruan, dan
sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru. KPPK juga berusaha
meningkatkan kebajikan ahli-ahli samping membantu kaum guru memahami peranan
mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara. KPPK juga komited
untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru dan perkara-perkara
yang berkaitan dengan skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya dan lain-lain.

[sumber: laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan,
http://www.nutp.org]





RINGKASAN

Profesion berasal daripada perkataan Latin profiteor yang terbahagi kepada
pro yang secara umum bermakna ke arah dan fiteor yang bermakna
mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
sesiapa saja.

Profesion ditakrifkan sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.

Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang
diperlukan oleh masyarakat.

Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan
kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan.


Bab 1: Profesion Perguruan



17


Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan
profesion lain.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu
mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada
keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak
dan menjadi manusia berjaya.

Guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru
menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka.

Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas
sekolah di Malaysia.

Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab
terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada
rakan sejawat dan profesion.

Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion
perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman.

Visi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) ialah
mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan
























KATA KUNCI
Profesion Badan Kawalan Memartabatkan profesion
Pengetahuan Latihan Khusua Panggilan keramat
Autonomi Prestij Lesen perguruan
Kod etika Taraf sosial Kesatuan Perkhidmatan
Tanggungjawab Perkhidmatan unik Perguruan Kebangsaan


Bab 1: Profesion Perguruan



18


REFERENCES:
Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang. (2004). The Social Status of Taiwanese
Teachers. Comparative Education. 38(2). 211-224.

Bayles, Michael. "The Professions." Ethical Issues in Professional Life. Joan
C. Callahan, Ed. New York, NY: Oxford University Press, 1988.

Cruess S, Johnston S, Cruess, R. (2004). Profession: A Working Definitio for
Medical Educators. Teach Learn Med. Winter, 16(1): 74-76.

Gilley, Jerry W. dan Steven A. Eggland, 1989. Principles of Human
ResourchesDevelopment. New York: Addison Wesley Pub. Company. Inc.

Greenwood, Ernest. "Attributes of a Profession." Social Work, Vol. 2, July
1957, pp. 45-55.

Hamdan, Abd Rahim and Sihes, Johari (2006) Persepsi Guru Terhadap
Profesion Perguruan Masa Kini. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah..
(Unpublished)
Lubell, Myron Samuel. The Significance of Organizational Conflict on the
Legislative Evolution of the Accounting Profession in the United States.
Doctoral Dissertation, University of Maryland, 1978.

Wilensky, Harold L. "The Professionalization of Everyone?" The American
Journal of Sociology, Vol. 70, No. 2, September 1964, pp. 137-158.

Anda mungkin juga menyukai