Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha pengacara majlis, Yang Berhormat Ir Hj Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang;merangkap Timbalan Ketua UMNO

bahagian Ledang Yang Berusaha Tn. Hj Mazlan bin Ahmad, Guru Besar SK Sri Tangkak Yang Berusaha Pn. Hjh Aishah bt Jaafar, GPK 1 SK Sri Tangkak Yang Berusaha Encik Raub bin Harun, GPK HEM SK Sri Tangkak Yang Berusaha Pn. Noraini bt Md Dom, GPK Kokurikulum SK Sri Tgk, Ahli-ahli Jawtankuasa PIBG SK Sri Tangkak serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agong PIBG SK Sri Tangkak, Yang dihormati Tn. Hj zakaria bin Othman, mantan YDP PIBG SK Sri TGK Yang dihormati Tn Hj Ngarisan b. Hj Jurimi, mantan Guru Besar SK Sri Tgk

Tun Razak yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah. SK Sri Tangkak telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan daripada para guru dan juga sokongan ibubapa. Bila duduk duduk berguru; Bila tegak, tegak bertanya; Bila merantau mencari ilu; Bila berjalan mencari teladan; Bila berkayuh mencari contoh. Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan menyertai unit2 beruniform, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi. Walaupun hal kewangan membatasi program dan aktiviti PIBG, namun Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, Perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada

Para Ibubapa, para pelajar yang dikasihi Tuan2 dan puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada petang yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 bagi SekolahKebangsaan Seri Tangkak. Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agong PIBG SK Sri Tangkak kali ke-29 pada hari ini yang berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Ir Hj hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. di sebalik kesibukan tugas, YB. dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB terhadap kami. Saya juga mengalu-alukan kehadiran mantan YDP PIBG SK Sri Tangkak Tn. Hj zakaria Othman dan mantan Guru Besar SK Sri Tangkak, Tn Ngarisan Hj Jurimi. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB., akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa di SK Sri Tangkak untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri najib

di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak SK Sri Tangkak yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB dalam hal ini. Sokongan pihak sekolah dan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh

menyumbang demi kemajuan anak-anak kita . Sehubungan itu bersepena kehadiran Yang Berhormat pada hari ini pihak PIBG dan sekolah ingin memohon sedikit peruntukkan kewangan sebanyak RM 15 ribu bagi meningkatkan prasarana kemudahan computer dan peralatan pembelajaran di sekolah ini. Tuan2 dan Puan2, Permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah ini amat baik dan rapat. .Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untukmeningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid disekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home communitypartnership).Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana,kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untukmelepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru danpihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlu bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh pihak sekolah dan PIBG. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih atas kehadiran Yang berhormat Ir Hj Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang, Dif2 jemputan, para ibu bapa serta guru-guru sekalian.saya berharap agar Mesyuarat Agung PIBG Kali ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.Saya memohon maaf atas segala kekurangan semasa pengendalian mesyuara ini diadakan. Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai