Anda di halaman 1dari 2

1.

pengertian
Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami perubahan.
Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan sebagai seorang
guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai
seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan
sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan
dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah
pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas
yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang
tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa
dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.
Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga guru
itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga
terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan
yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi
mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai
profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti
kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.Cabaran kepada guru untuk
menangani isu kepelbagaian pemikiran,kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik
darjah yang produktif dan mesra budaya adalah apabila sekolah kebangsaan yang terdiri daripada
pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin.,
Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk, Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan
membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin
dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan,
2002).
1.1 asas kepemimpinan

1.2 perkembangan profasionalisme


2. teks ucapan yb
http://persadasite.blogspot.com/2013/05/huraian-tema-hari-guru-2013.html
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA : TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti
bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam
aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem
pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang
tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan
berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.
Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau
tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
3. ulasan
4. mengenal pasti ciri guru
4.1 peringkat perkembangan guru
4.2 ciri kepemimpinan yang sesuai
Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap sebagai kerjaya profesional iaitu
pengetahuan guru tentang perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang bukan
guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau perlesenan; autonomi
dalam membuat keputusan; dan martabat atau status ekonomi yang
kukuh(Ornstein,1995;Ornstein&Levine,1984).Ciri-
ciritersebutadalahkesemuanyadipunyaiolehguru.
5. peranan dan tugas guru dalam aspek pengurusan

Anda mungkin juga menyukai