Hari : Ahad Masa : 9.45 10.15 Pagi Tahun : 6 Bestari 4 Bil murid : 25 orang Mata Pelajaran: Pendidikan Agama Islam ( Adab dan Akhlak Islamiah)
Tajuk : Adab Kecintaan Kepada Negara. Hasil Pembelajaran : Pada akhir waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat : Aras 1 : i: Menyebut makna konsep mencintai negara. Aras 2 : i: Menyenaraikan Adab mencintai negara. ii: Mengamalkan adab-adab yang di pelajari dalam kehidupan Sumber pengajaran dan pembelajaran : Buku teks : Manila kad :Lembaran kerja :Bendera Malaysia Pengetahuan sedia : ~ Membaca Rukun Negara di lukisan mural di tapak perhimpunan sekolah. Nilai-nilai murni : ~ Bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah s.a.w kepada kita. Kemahiran Generik : ~ Kemahiran berfikir : Dapat membezakan antara perasaan cinta dan sayang kepada Negara dengan perasaan sayang kepada sahabat. ~ Penggabungjalinan : Jawi dan Sejarah.
Langkah penyampaian :
LANGKAH
ISI
AKTIVITI
CATATAN
Pengenalan/ Set Induksi ( 2 minit )
Menunjuk bendera Malaysia .Guru menunjukkan bendera Malaysia kepada murid dan bertanya kepada murid - Nama bendera Negara mana ? -Murid diminta melafazkan rukun Negara.
-Guru memberi penerangan ringkas dengan melontarkan beberapa persoalan kepada murid seperti ~kenapa kita perlu berdiri tegap sewaktu lagu Negaraku di mainkan?
-Murid di minta meneka tajuk yang ingin dipelajari hari ini.
uji minda
Perkembangan Isi : Langkah 1 (5 minit )
. Membaca teks konsep mencintai Negara. -Guru menyuruh murid membuka buku pada muka surat160.
-Guru memilih 2 orang murid dan meminta murid membaca teks Adab mencintai Negara.
-Dua orang murid membaca teks Adab mencintai Negara melalui buku teks sekolah.
Menguji pembacaan murid
Langkah 2 (7 minit )
Penerangan tentang konsep mencintai Negara. -Guru memberi penerangan kepada murid tentang konsep mencintai Negara.
-Murid memberi tumpuan terhadap penerangan itu tadi.
-Guru bertanya kepada murid jika ada perkara yang mereka tidak faham.
Latih tubi menginggati .
-Guru menyuruh murid menyebut semula tentang konsep mencintai Negara .
~Mencintai Negara dengan menunjukkan rasa cinta dan taat setia kepada Negara
Langkah 3 ( 8 minit )
Penerangan tentang adab mencintai negara . -Murid di minta menyebut 4 adab kecintaan kepada negara kita. 1) menghormati undang undang. 2) taat kepada pemimpin. 3) mematuhi rukun Negara. 4) menjadi warga Negara yang baik.
-Guru memberi penerangan tentang adab kecintaan kepada Negara berpandukan kepada isu-isu semasa .
-Guru juga menyoal murid rukun Negara yang menjadi teras perpaduan Negara kita .
.
Nilai murni -bekerjasama
-hormat menghormati
Rumusan & Penutup (5 minit)
Pengukuhan - Guru meminta wakil 5 orang murid untuk menyebut semula tentang 1-makna konsep mencintai negara. 2-menyebut 4 adab mencintai negara
Pengukuhan
Aktiviti Susulan (3 minit)
Membuat kerja rumah -Guru memberi kerja rumah kepada murid dan meminta murid menghantar pada esok hari.