Anda di halaman 1dari 21

Persekitaran Awal Tamadun

Islam

Pembentukan masyarakat dan


negara Islam
Tahap ketiga
 dalam pembinaan asas tamadun Islam ialah
membina masyarakat Islam.
 Rasulullah SAW sejak permulaan Islam
lagi telah berusaha membina masyarakat
Arab dengan memperbetulkan akidah
mereka supaya beriman kepada Allah
SWT.
 Perubahan akidah adalah asas perubahan
semua sistem dalam kehidupan manusia
seperti ibadah, sosial, ekonomi dan lain-
lain.
 Pada mulanya, ajaran Islam disebarkan
secara rahsia, kemudian barulah secara
terbuka.
 Antara individu yang awal memeluk Islam
ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah,
sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib,
hambanya Zaid dan sahabatnya Abu Bakar
yang kemudiannya berjaya mengIslamkan
Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-
Awwam, Abd Rahman bin Auf dan lain-
lain sahabat.
 Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam
digunakan oleh penganut Islam pada masa
itu sebagai markas gerakan dakwah.
 Selama hampir 3 tahun dakwah
disampaikan secara tertutup, maka turunlah
ayat al-Quran yang menyeru supaya
dakwah disampaikan secara terbuka.
Tribulasi dan Mehnah dalam
dakwah.
 Penyebaran Islam di Makkah mendapat
tentangan hebat dari kaum Quraisy.
 Ada di antara penganut Islam yang diseksa,
dipulau, dibunuh dan diugut.
 Namun mereka tidak sedikitpun berganjak
dari kepercayaan kepada Tuhan yang satu.
 Nabi Muhammad SAW tidak terkecuali daripada
dihina, diejek dan diugut seperti. Memohon
kepada Abu Thalib supaya berhenti, diserahkan
kepada mereka,diumpan dgn harta, wanita dan
pangkat, bergilir menyembah Allah dan patung.
 Namun jumlah pengikut Islam semakin ramai.
 Ini menyebabkan pihak musyrikin meningkatkan
lagi penentangan mereka terhadap pengikut.
 Keadaan tersebut menyebabkan Rasulullah
SAW menyuruh sekumpulan daripada
kaum Muslimin berpindah ke Habsyah.
 Habsyah pada masa itu diperintah oleh
seorang Raja yang adil dan bijaksana
bernama Najasyi.
 Kedatangan kaum Muskimin seramai 16
orang pada permulaannya diikuti dengan
berpuluh-puluh orang lagi.
 Mereka disambut baik dan diberi
perlindungan daripada kaum Quraisy.
 Wakil pihak Quraisy datang bertemu raja
Habsyah meminta supaya penganut Islam
dihantar pulang, tetapi ditolak
 Kaum Musyrikin di Makkah berusaha
memulau keluarga Rasulullah dan
merancang membunuh baginda.
 Ketika inilah Rasulullah SAW bersama
sahabat baginda Zaid bin Harith pergi ke
Taif .
 Akan tetapi kedatangan baginda tidak
mendapat layanan sewajarnya daripada
penduduk Taif, malah baginda dihujani
dengan balingan batu dan maki hamun.
Hijrah dan Pembentukan
Masyarakat Islam di Madinah
 Akibat penentangan daripada masyarakat
Quraisy Makkah, maka pada 622M
baginda bersama pengikutnya berpindah ke
Madinah al-Munawwarah
 Ketibaan Rasulullah disambut dengan
penuh kegembiraaan oleh penduduk
Madinah.
 Penghijrahan ini menandakan detik baru
tugas dakwah baginda iaitu pembinaan
masyarakat dan negara.
 Masyarakat yang hendak dibina ialah
masyarakat Islam yang dapat menjadi umat
contoh.
 Negara Islam yang pertama dibangunkan
dinamakan al-Madinah al-Munawwarah.
 Penghijrahan bermaksud meninggalkan
tanah air tercinta, rumahtangga dan harta
benda, kaum keluarga dan sahabat handai.
 Penghijrahan memerlukan keimanan,
keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan yang
tinggi.
Agenda Pembentukan Negara
Islam Di Madinah
 berusaha menyatu-padukan gol. Muhajirin
dan Ansar. mendirikan masjid.
 Mengadakan perjanjian dengan gol bukan
Islam
Pembinaan Masjid
 Pembinaan masjid bukan hanya untuk
beribadah tetapi menjadi tempat
pertemuan, bermesyuarat dan melakukan
perancangan strategik.
 Rasul tidak membina kubu, rumah, kedai
kerana Masjid merupakan tempat
menyubur iman
Menyatupadukan Muhajirin dan
Ansar
 Baginda memperkenalkan sistem saudara
angkat.
 Gol. Ansar mengambil gol. Muhajirin
sebagai saudaranya. eg. Kisah Abdul
Rahman ‘Auf dan Saad ibn Rabi’
 Mereka menyediakan tempat menginap,
makan-minum dan kepeluan harian kpd
kaum Muhajirin.
Perjanjian dengan gol bukan
Islam
 Rasulullah mengadakan perjanjian dengan
kaum Yahudi: Bani Nadir, Quraydah,
Qaynuqa’
 Daripada perjanjian damai ini, tergubal
sebuah perlembagaan yg dikenali dengan
nama Sahifah al-madinah.
Perlembagaan Madinah
 Antara kandungannya:
 Nabi diakui sebagai Ketua Negara. Setiap
perbalahan mestilah dirujuk kepada ketua
Negara
 Semua penduduk bebas beragama dan
melaksanakan agama masing-masing.
 Setiap penduduk hendaklah berkerjasama
dalam setiap masalah ekonomi.
 Semua penduduk mestilah
mempertahankan kota Madinah daripada
serangan musuh luar.
 Keselamatan kaum Yahudi terjamin selagi
mereka patuh kpd perlembagaan.
Kesan Hijrah
 Terbinanya masjid sebagai lambang
kecintaan kpd Allah
 Membangunkan persaudaraan Islamiah
sejagat.
 Kewujudan negara Islam yang diiktiraf
oleh masyarakat luar.

Anda mungkin juga menyukai