Anda di halaman 1dari 16

Jihad Di Dalam Islam: Konsep dan

Kepentingannya
Pengenalan
 Jihad adalah merupakan suatu istilah yang
mempunyai pengertian yang luas meliputi
seluruh aspek kehidupan kaum muslimin -
ekonomi, sosial, politik, pendidikan, ibadat,
ketenteraan, kekeluargaan dan, selari dengan
konsep dan falsafah agama Islam itu sendiri
yang dilihat sebagai suatu al-Din atau cara
hidup yang syumul yang merangkumi segenap
aspek kehidupan manusia .

 Jihad adalah merupakan asas kepada


pembentukan dan kemajuan tamadun Islam di
dunia untuk mencapai kejayaan yang sebenar
di akhirat.
 Jihad adalah semata-mata untuk menegak dan
meninggikan kalimah Allah dan agamaNya
sehingga mengatasi agama, sistem hidup dan
kepercayaan yang lain.

 Jihad kerana agama adalah jihad yang


tertinggi martabatnya yang dituntut keatas
setiap peribadi muslim untuk
melaksanakannya sekalipun terpaksa
mengorbankan harta dan jiwa raga mereka.
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah
ayat 88 yang bermaksud “Sesungguhnya
Rasullullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, telah berjihad dengan harta
benda dan jiwa mereka dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat kebaikan dan
mereka itulah orang-orang yang berjaya”
Definasi
 bahasa, jihad adalah perkataan Arab yang
berertinya kegigihan ataupun kesungguhan.
Kata asalnya ialah jahada iaitu
mengembelingkan segala tenaga dan
keupayaan yang ada dengan gigih.
Berdasarkan kepada makna literal kalimah
jihad ini bolehlah dikatakan setiap
kesungguhan untuk mencapai sesuatu
objektif itu dikira sebagai jihad. Ibn Naqib
al-Misri mengatakan perkataan jihad berasal
daripada mujahadah yang bermakna
muqatalah atau peperangan untuk
menegakkan agama.
 Manakala dari segi syarak pula al-Bahuti
mendefinasikan Jihad sebagai berperang
dengan orang kafir atau memerangi
orang kafir yang tidak membuat
perjanjian damai dengan orang Islam
bagi meninggikan kalimah Allah.

 Walaubagaimana pun para ilmuan Islam


secara keseluruhannya menyatakan
bahawa berperang itu tidak semestinya
dalam bentuk fizikal atau pun
ketenteraan, malah ianya juga boleh di
lancarkan dalam segala macam bentuk
dan medium yang baik yang di bolehkan
oleh undang-undang Islam.
Konsep Jihad
 Di dalam Islam Jihad adalah suatu konsep
yang universal yang perlu di aplikasikan di
dalam setiap aktiviti manusia.
 Ianya mempunyai tiga tujuan utama iaitu:
1. membangunkan masyarakat berdasarkan shariah
Islam.
2. Memelihara dan memastikan maslahat
masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya
agar terbela diatas prinsip keadilan yang telus .
3. memastikan ketinggian agama Allah swt supaya
ianya dapat disampaikan secara terbuka kepada
manusia tanpa dihalang oleh sesiapa.
 Tuntutan berjihad secara umumnya adalah
fardu kifayah.

 Namun dalam keadaan tertentu, tuntutan


berjihad itu adakalanya boleh bertukar
menjadi fardu ain.

Keadaan ini boleh berlaku sekiranya timbul


sesuatu perkara yang hukumnya adalah wajib
tetapi masih terhalang perlaksanaanya kerana
disebabkan oleh halangan-halangan tertentu.
Dengan sebab ketiadaan perlaksanaan hukum
tersebut, telah dipastikan ianya akan
memudaratkan masyarakat Islam serta
menjadikan mereka dalam keadaan berdosa
besar.
 Tuntutan berjihad bukanlah ertinya ia
meminta setiap individu Muslim itu
melakukan perkerjaan yang sama semata-
mata untuk mencapai matlamat yang
dikehendaki.
 Islam juga menjelaskan bahawa jihad itu
konsepnya adalah berkorban untuk membina
kehidupan dan bukannya menempah maut,
sekalipun dalam berjihad itu adakala atau
selalunya berlaku kematian dan terkorbannya
harta benda dan juga anak pinak.
 Islam juga menetapkan bahawa jihad itu
hendaklah dilaksanakan kerana Allah serta
untuk mendapatkan keredaanNya semata-
mata sebagaimana dalam perkara-perkara
ibadah yang lain.
 Orang-orang yang berjihad di kenali
sebagai mujahid
 Manakala orang-orang Islam yang mati
dalam berjihad di sebut al-Syahid.
 Kanak-kanak, orang tua, mereka yang
kurang upaya di kecualikan daripada
menyertai jihad ketenteraan. Begitu
juga wanita kecuali mereka
mempunyai kebolehan yang
diperlukan.
 Mereka yang mempunyai ibubapa yang
memerlukan khidmat mereka mestilah
meminta izin sebelum keluar berjihad.
Kategori Jihad
 Jihad boleh dikategorikan kepada
dua bentuk:
i) Operasi ketenteraan
ii) Operasi kemanusiaan

 Operasi kemanusiaan ini


termasuklah didalamnya, jihad
melawan hawa nafsu, melawan
syaitan, mengajak kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran.
 Jihad itu boleh juga diklasifikasikan
mengikut maqasid al-Syariah yang
lima iaitu
1. mempertahankan agama
2. Mempertahankan jiwa
3. Mempertahankan akal
4. Mempertahankan harta termasuk
negara
5. Mempertahankan keturunan dan
maruah diri
Kepentingan Jihad
 Lantaran jihad adalah pemangkin
kepada pembentukan dan
kecemerlangan tamadun Islam, maka
ianya adalah ibarat isi dengan kuku
kepada kehidupan seseorang muslim
dan masyarakatnya.

 Islam mengkehendaki setiap usaha yang


di lakukan oleh umatnya untuk berjihad
mestilah berlandaskan kepada prioriti
dan strategi serta kesabaran yang tinggi.
 Strategi dan penyusunan masyarakat
untuk berjihad dan mengembalikan
kegemilangan tamadun Islam mestilah
menyusuri Sunnah Rasullullah.

 Keimanan, kecintaan dan penyerahan


diri yang sepenuhnya kepada Allah,
Rasulullah dan pemimpin yang beriman
adalah strategi asas untuk berjaya
didalam berjihad.
 Strategi teknikal yang lain, adalah
terpulang kepada kebijaksanaan
pemimpin semasa untuk
menentukannya.

 Kombinasi dua strategi yang tersebut


diatas, adalah faktor utama kejayaan
umat Islam dalam berjihad.
 Kesimpulan:
Kalau dulu Islam boleh memimpin
suatu masyarakat kolot yang tenggelam
didalam alam kejahilannya untuk
menjadi peneraju tamadun Islam yang
canggih maka begitu jugalah dimasa
kini, umat Islam mampu kembali
menjadi sebuah tamadun yang maju,
berdaya saing dan disegani oleh dunia
apabila konsep jihad yang pelopori
oleh Rasulullah diaplikasikan kembali.
Penutup





Anda mungkin juga menyukai