Anda di halaman 1dari 6

BOLA TAMPAR

Pengenalan
PERATURAN AM

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut UNDANG UNDANG/PERATURAN BOLA TAMPAR RASMI
FIVB.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
adalah muktamad.
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan.
Jawatankuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan
jika difikirkan
perlu.

4.0 PENDAFTARAN PESERTA
Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 24 orang termasuk
jurulatih dan pengurus pasukan.
Setiap pemain perlu didaftar mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan semasa pendaftaran.
Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu & Borang Daftar
Pasukan Bola Tampar yang disertakan semasa taklimat dan pengundian diadakan
dan Borang Daftar Pemain Bola Tampar, diserahkan sebelum setiap perlawanan
dimulakan.
Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan mana-mana
pasukan yang melanggar atau tidakmematuhi syarat-syarat di atas.



5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan akan dijalankan secaraLiga Sepusingan.

6.0 MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya
berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan
pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

7.0 PEMBATALAN (WALK OVER)
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum
perlawanan bermula.
Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa
memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa
bertanding kepada pihak lawan.

8.0 FORMAT KIRAAN MATA
Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di
mana pasukan yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi
perlawanan.
Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan
sekurang-kurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga
2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25).
Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya
adalah 15 mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata.
Berikut adalah sistem pemberian mata :-
MENANG = 3 MATA
KALAH = 0 MATA
Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan
yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat
mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.
9.0 PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar
sukan.
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan
mempunyai nombor di bahagian depan dan belakang yang sesuai untuk
pertandingan bola tampar.
Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.

10.0 PERALATAN
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola Mikasa untuk pertandingan
(Tournament Ball) Biru/Kuning

11.0 PENGADIL
Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 orang penjaga garisan di kalangan pemain

12.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka
pengadil akan menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan
semula perlawanan yang telahtertangguh.
Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan
sambungan.

13.0 PERKARA-PERKARA AM
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan
dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
Pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminda sebarang undang-
undang kejohanan jika perlu.
Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi
jawatankuasa
pengelola kejohanan berhak meminda susulan atau tarikh/masa jika perlu.
Perubahan ini akan diberitahu oleh pengurus pasukan masing-masing dengan
secepat mungkin.
Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat dan jurukamera rasmi, tiada
sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan
dijalankan.
Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain
pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:
1. Pengurus Pasukan
2. Jurulatih
3. 4 orang pemain simpanan
Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab Pengurus
Pasukan masing-masing dan diharap semua Pengurus Pasukan akan memberi
kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan dapat berjalan
dengan lancar dan berjaya.











LATIHAN MENGUMPAN BOLA

Mengumpan bola bersendirian
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi.
Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian
lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak
memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Lakukan
aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding. Mengumpan bola berpasangan

KEMAHIRAN MENGUMPAN (SETTING)
1) Pemanasan Badan
Meregangkan tangan (Stretching)
Statik
Dinamik

2) Permainan Kecil
Belalang dan Belatuk
3) Mengajar Kemahiran
A B
Demonstrasi oleh kumpulan pembentang
3 langkah untuk mengajar kemahiran mengumpan
Langkah 1:
o A toss B catch
o B toss A catch
Langkah 2:
o A toss B set
o B toss A set
Langkah 3:
o A dan B mengumpan bola secara berterusan
o Seterusnya, mengumpan menggunakan net







4) Menyejukkan Badan
Meregangkan tangan dan kaki (Stretching)

ALAT BILANGAN
KON 8
BOLA 10
VISEL 4

A B
A B
A B
A B
A B

A A A

B B B

Anda mungkin juga menyukai