Anda di halaman 1dari 3

A

Analisis pelajar
Bilangan murid : 20 orang
Umur : 10 tahun
Jantina : 10 perempuan, 10 lelaki
Kelas : Kelas 4 Matahari
Tajuk : Zaman prasejarah
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui latar belakang
Zaman Prasejarah.
Gaya pembelajaran : Hands-on
S
Nyatakan
objektif
Di akhir PdP,
1. Murid dapat menjawab soalan tentang ciri-ciri zaman Prasejarah dengan
tepat.
2. Murid dapat mereka cipta bahan tembikar seperti cawan, pasu dan lain-
lain dengan menggunakan paper clay.
S
Pilih
kaedah,media
dan bahan
Kaedah: 1. Soal jawab 2. Perbincangan
Media: 1. Gambar
Bahan: 1. Paper clay 2. kertas soalan 3. Papan putih
U
Gunakan media
dan bahan
1. Dalam sesi soal jawab, gambar yang berkaitan dengan zaman
prasejarah ditunjukkan.
2. Dalam sesi perbincangan, murid-murid melengkapkan kertas soalan.
3. Dalam sesi reka cipta, paper clay disediakan untuk membuat bahan
tembikar.
R
Dorong
penglibatan
pelajar
1. Dalam sesi soal jawab, murid-murid dikehendaki untuk memberikan
dapatan berdasarkan gambar yang berkaitan dengan zaman prasejarah
yang ditunjukkan oleh guru.
2. Dalam sesi perbincangan, murid-murid dikehendaki duduk secara
berkumpulan dan berbincang serta menjawab kertas soalan.
3. Murid-murid dikehendaki mencipta bahan-bahan tembikar secara
berkumpulan.
E
Nilai dan semak
1. Guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid-murid terhadap ciri-ciri
zaman prasejarah semasa sesi perbincangan.
2. Guru dapat menguji tahap kreativiti setiap murid melalui penghasilan
bahan-bahan tembikar seperti cawan.
3. Guru membuat refleksi terhadap kaedah PdP pada hari tersebut.
4. Guru akan membuat refleksi terhadap kesesuaian penggunaan bahan-
bahan tembikar dalam pembelajaran hari tersebut.
5. Guru akan membuat refleksi terhadap kesesuaian saiz bahan-bahan
tembikar yang dilaksanakan semasa pembelajaran hari tersebut.

Rancangan Pengajaran Harian Sejarah Tahun Empat
Mata Pelajaran Sejarah
Kelas / Bil. Murid Tahun 4/ 20 orang
Standard
Kandungan
3.1 Kehidupan manusia prasejarah
Standard
Pembelajaran
3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah.
3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah.
3.1.4 Mengenalpasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat
prasejarah.
Objektif
Pembelajaran dan
Pemgajaran
1. Murid-murid dapat menyatakan ciri-ciri Zaman Prasejarah.
2. Murid-murid dapat mereka cipta tembikar.
Bahan Bantu
Mengajar
Gambar slaid, kertas soalan, paper clay, papan putih
Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi
Mengingat
Memahami
Mengaplikasi
Mencipta
Elemen Merentas
Kurikulum
Kreativiti dan Inovasi
Didik Hibur Paper clay
Penerangan / Akt Set induksi (4 minit)
Guru mempamerkan gambar yang berkaitan dengan tajuk zaman
Prasejarah. Murid-murid menyatakan dapatan mereka daripada gambar
yang ditunjukkan.
Pencetusan idea ( 20 minit)
1. Guru mempamerkan gambar-gambar tentang zaman Paleolitik.
2. Guru membimbing murid-murid menyatakan dapatan mereka
melalui gambar tersebut.
3. Guru membincang dengan murid-murid sambil menulis isi penting
pada papan putih.
4. Guru akan menggunakan kaedah yang sama pada zaman Mesolitik,
Neolitik dan Logam.
Perkembangan idea ( 13 minit )
1. Secara berkumpulan, murid-murid dikehendaki untuk menjawab
soalan dalam masa 8minit.
2. Guru membincang jawapan dengan murid-murid.
Penstrukturan idea (20 minit)
1. Guru menyediakan paper clay kepada murid-murid untuk
menciptakan tembikar pada Zaman Logam.
2. Guru mempamerkan hasilan murid-murid di sudut seni.
Penutup (3 minit)
1. Murid-murid menyatakan apa yang telah mereka belajar pada hari
ini.

Anda mungkin juga menyukai