Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN/PRAKATA

Mohon perhatian semua, ini merupakan siaran langsung daripada pentas media
Prima yang dibawa khas sempena Sambutan Hari Guru 2014.
-Meletakkan telefon bimbit anda kepada mod senyap
-Menjaga etika dan tatatertib ketika rakaman dilakukan
-Rancangan ini akan disiarkan secara langsung di NTV7
KONSEP
Salam
Terima kasih diucapakan kepada yang sudi hadir ke forum Aspirasi Negara
yang disiarkan secara langsung di NTV7. Hari ini kita akan membincangkan
tentang tema hari guru Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Peranan
guru sebagai tunjang dalam memperkasa bidang pendidikan tidak dapat
dinafikan lagi. Guru merupakan jurutera yang melahirkan modal insan minda
kelas pertama. Oleh sebab itu guru perlu bertindak sebagai pencetus idea
kepada kreativiti dalam melahirkan generasi intelek. Tema hari guru tahun 2014
dicadangkan selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan
kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2015. Hal ini selaras dengan keperluan negara yang memerlukan guna tenaga
yang bukan sahaja berkemahiran malahan mempunyai intelek yang kritis, kreatif
dan inovatif.
Dan pada hari ini, bersama saya adalah 3 ahli panel yang tidak kurang
hebatnya dalam dunia pendidikan bagi mengupas tajuk forum kita pada hari ini.
Saya perkenalkan di sebelah kanan saya iaitu saudari
selaku , duduk di kiri saya pula saudari
.. dan yang berada paling hujung sekali saudari
nampaknya, ketiga-tiganya ialah mawar yang sinonim dengan gelaran barisan
pendidik. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi hadir untuk
berkongsi dan membincangkan tema hari guru pada tahun ini yang mana tema
tersebut perlu dihayati dan direalisasikan oelh semua guru.
PANEL 1 :
Sebagai pembuka bicara perbincangan kita, saya persilakan saudari
.. untuk mengupas secara umum berkaitan konsep Guru Pencetus
Kreativiti Penjana Inovasi. Apakah makna sebenar yang boleh ditafsirkan
berdasarkan tema tersebut?
PANEL 2:
Sebentar tadi saudari . ada menyatakan bahawa guru
merupakan . Jadi soalan yang seterusnya yang ditujukan kepada
panel yang kedua, apakah peranan yang perlu diambil oleh seorang guru dalam
merealisasikan tema tersebut kerana guru perlu menghasilkan kualiti
pengajaran yang gemilang bagi melahirkan generasi yang cemerlang ?
Terima kasih atas penerangan yang ringkas tetapi padat sebentar tadi. Hadirin
sekalian, berdasarkan apa yang diterangkan oleh ahli panel tadi, kita dapat
simpulkan bahawa guru merupakan satu agen dalam pembentukan generasi
yang kreatif.
KAITKAN PENGALAMAN PANEL DENGAN TEMA
Panel 1:
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sistem pendidikan negara mengalami
banyak anjakan paradigma bagi memastikan sistem pendidikan negara
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Bagaimana cara supaya
seorang guru membudayakan inovasi supaya ianya menjadi satu agenda
berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan?



Panel 2:
Sebagai seorang insan yang dekat dengan warga pendidik, apakah pentingnya
guru yang kreatif yang dapat menjana satu inovasi kepada sistem pendidikan?
Terima kasih atas penerangan yang padat sebentar tadi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa guru yang kreatif dapat mewujudkan satu suasana yang
kondusif di dalam kelas.

KERELEVANAN DASAR PENDIDIKAN
Panel 1 :
Apakah peranan PPPM (2013-2025) merupakan satu pelan yang membentuk
struktur pendidikan baharu kepada sistem pendidikan Malaysia. Bagaimana
peranan PPPM dapat merealisasikan hasrat falsafah pendidikan Malaysia untuk
melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor?

Panel 2:
Adakah sistem pendidikan pada masa kini mampu bertindak sebagai satu
katalis (penjana) kepada guru bagi membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu dalam konteks guru penjana inovasi? (terangkan pasal
PPPM)- macamana dasar tersebut mampu membentuk /melahirkan guru yang
kreatif
KESIMPULAN
Terima kasih kepada kedua-dua ahli panel yang telah berjaya merungkaikan
persolan pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pencetus Kreativiti
Penjana Inovasi. Secara umumnya, dunia global memerlukan tenaga pengajar
yang kreatif dan inovatif bagi melahirkan guna tenaga yang berdaya saing.
Sebelum kita melabuhkan tirai, elok kita renung-renungkan sejenak..
Lautan itu Dunia,
Bahtera itu seorang insan yang tidak kenal aksara,
Kemudi itu seorang guru yang ajar tulis dan baca,
Dialah Peliharalah Bahtera daripada Karam di Lautan Dunia.
To the world you may be just a teacher but to your students you are a hero
because to teach is to touch a life forever.
Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Pencipta dan yang kurang
elok itu datangnya daripada kekhilafan saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai