Anda di halaman 1dari 4

JURNAL

Bilangan Jurnal : 5/12


Minggu Praktikum : Minggu kelima
Tarikh Peristiwa : 24 28 Februari 2014
Tajuk Jurnal : Aktiviti Berpusatkan Murid Memberi Impak Positif

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya telah diselia oleh guru pembimbing. Bagi tujuan itu,
saya telah menyediakan beberapa perancangan aktiviti yang telah dijalankan pada
penyeliaan itu. Dalam pelaksanaan aktiviti, saya telah memilih kaedah berpusatkan
murid sebagai salah satu strategi pengajaran saya. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya dapati bahawa kebanyakan murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dan mereka kelihatan berminat untuk
mempelajari kemahiran tersebut.

2. Analisis

Berdasarkan pemerhatian saya, murid lebih bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka apabila aktiviti berpusatkan murid dijalankan berbanding
berpusatkan guru kerana mereka perlu menerokai dan membina kefahaman sendiri
terhadap sesuatu kemahiran. Walaupun begitu, guru tetap memberi bimbingan dan
tunjuk ajar. Dengan menggunakan kaedah ini, guru hanya berfungsi sebagai
pemerhati, pembimbing dan fasilitator manakala murid sebagai pelaksana. Dengan
ini, murid akan terlibat secara sepenuhnya dalam pembelajaran dan bukan hanya
sebagai penerima sahaja. Mohd Dahlan (1992) menyatakan, penggunaan pelbagai
alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu
atau tumpuan muridmurid terhadap pembelajaran.




Selain itu, saya mendapati murid lebih berminat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti berpusatkan murid kerana mereka yang menjadi pusat tumpuan dan bebas
untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan mereka. Melalui kaedah ini, mereka
lebih berkeyakinan dan berani mencuba. Sekiranya murid melakukan
kesilapan,guru tidak perlu menegur secara formal bahkan murid akan menyedari
kesilapan mereka itu sendiri setelah ditegur oleh rakan-rakan. Jadi, murid tidak akan
berasa takut untuk melakukan kesilapan dan mendorong mereka untuk berani
mencuba.

Tambahan pula, melalui aktiviti berpusatkan murid ini, murid dapat membina
nilai-nilai positif dan meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memupuk sikap berani, berkeyakinan, semangat
setiakawan dan sebagainya. Murid juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif tanpa disedari. Para pelajar akan dapat mengenal pasti
kepentingan ilmu pengetahuan dan dapat menanam nilai-nilai yang positif melalui
motivasi yang diterapkan oleh guru melalui aktiviti-aktiviti yang terancang (Sapora,
2002).


Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya akan cuba untuk memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti berpusatkan murid
bagi menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang telah saya
rancangkan. Guru akan dapat membantu murid berkembang dari pelbagai
bidang dengan memilih aktiviti yang sesuai (Sapora, 2002).




b) Saya akan memilih aktiviti berpusatkan murid yang menggunakan kaedah
koperatif supaya murid lebih selesa menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan
mereka tanpa rasa takut atau tidak yakin. Keberkesanan media pengajar iaitu
mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan
dalam diri pelajar (Naim,1989).


c) Bagi meningkatkan minat murid, aktiviti seperti simulasi, main peranan dan
nyanyian boleh dijalankan supaya murid dapat menggunakan peluang ini untuk
menonjolkan diri mereka supaya lebih berkeyakinan.



3. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba menggunakan pengalaman ini dengan sebaik mungkin.
Sebaik sahaja perkara ini telah saya kenalpasti, saya akan melaksanakan tindakan
susulan yang telah saya rancangkan. Pencapaian objektif pembelajaran merupakan
aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya tindakan ini
dapat dijalankan dengan segera, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan baik dan lancar.



Disemak oleh guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : Tandatangan :..
Nama :. Nama :...
Tarikh : Tarikh :..


BIBILIOGRAFI
Sapora Sipon. (2002). Gejala Sosial di Kalangan Pelajar dan Keperluan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Visi dan Hala Tuju Penyelidikan
dan Perkhidmatan Kaunseling (Seting Pendidikan) di Malaysia. Universiti
Pendidikan Sultan Idris,17-18 Jun.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri
dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 65.

Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan
Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 280.

Anda mungkin juga menyukai