Anda di halaman 1dari 18

TAHAP TAHAP DALAM KAUNSELING

1. Membina hubungan

5. Menamatkan sesi

2. Membuat penerokaan

4. Melaksanakan keputusan

3. Membuat keputusan

1. Tahap membina hubungan


Untuk mewujudkan satu perkongsian, bekerjasama dan kepercayaan klien terhadap kaunselor. 4 tugas utama dalam tahap ini :
Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi
Menentukan matlamat awal Menstruktur hubungan Membina kepercayaan

2. Tahap penerokaan
Tahap memahami bagaimana klien. tumpuan kepada : Analisis corak klien berfikir dan bertindak Kenalpasti kekuatan dalaman klien Teroka skop masalah klien

3. Tahap membuat keputusan


Tahap membentuk satu matlamat untuk klien. Kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan bersama tentang perkara berikut : matlamat strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat.

4. Tahap pelaksanaan
Tahap dimana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien atau membimbing klien menyelesaikan masalahnya. Menggunakan pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani.

5. Tahap menamatkan sesi kaunseling


Tahap kaunselor membuat rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling. Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi. Merancang tentang perkembangan klien selepas sesi kaunseling tamat.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MELAYAN

KEMAHIRAN MENDENGAR
Kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien

Kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut

Gerak geri klien juga patut dilihat dan didengar sama.


Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar.

Panduan meningkatkan kemahiran mendengar


Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian terlebih awal kepada klien.

Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari seperti bisik bisikan hati sendiri.

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus kepada perkataan, nada dan cara yang diperkatakan.

Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif


Memiliki sifat menghormati dan menerima Memahami sudut pandangan klien Menghantar mesej suara yang baik

Menghantar mesej badan yang baik

Gunakan kata kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.

Menunjukkan kefahaman konteks perbualan

Elakkan perkataan jangan

Membuat refleksi perasaan

Parafrasa

Mengurus resistan di peringkat awal.

KEMAHIRAN MELAYAN
Kemahiran yang digunakan prasesi oleh kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina hubungan mesra dengan klien

Kaunselor boleh menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan kata kata seperti berikut :

selamat datang . Bolehkah saudara


berkongsi masalah dengan cikgu dan kita sama sama mencari ikhtiar untuk menyelesaikannya. Silakan.

Mohammad Aziz Shah et al. (2009), Ivey dan Ivey (1999) menyatakan bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau masalah mereka.

Covey (2001) menyatakan perbuatan melayan melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan minima dan mendengar

Anda mungkin juga menyukai