Anda di halaman 1dari 5

Penulisan Jurnal_Minggu Ketujuh

Disediakan oleh: Chan Lyn Sze



PENULISAN JURNAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM KETUJUH

Nama Pelajar : CHAN LYN SZE
Kursus & Ambilan : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 2/ Januari 2012
Tempoh Praktikum : 8 MINGGU
Pengkhususan : PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama Guru Pembimbing : PUAN ROSHIDA BINTI ISMAIL
Nama Pensyarah Pembimbing : ENCIK IBRAHIM BIN MD NOOR

Catatan Minggu ke: (7). Tarikh : 31 OGOS HINGGA 4 SEPTEMBER 2014

Masalah
Masalah yang saya hadapi dalam minggu pengajaran ini ialah murid-murid
terlalu bergantung kepada ganjaran untuk melakukan tingkah laku yang diingini.
Hal ini dapat dilihat apabila saya mengajar Pendidikan Seni Visual dalam kelas 3 Arif, 4
Afdal dan 5 Arif. Sepanjang masa saya mengajar di sekolah ini, saya dapati murid-
murid hanya boleh memberi kerjasama untuk melakukan kerja dengan amat baik sekali.
Contohnya, 38 orang murid kelas 4 Afdal membawa alat dan bahan yang lengkap
selepas dimaklumkan bahawa ganjaran akan diberi kepada mereka. Murid-murid
tertarik dengan hadiah yang diberikan lalu memotivasikan mereka untuk mendapatkan
Penulisan Jurnal_Minggu Ketujuh
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze

PENULISAN JURNAL

ganjaran tersebut. Sememangnya, bentuk motivasi ini baik untuk mereka agar mereka
lebih bersifat produktif melancarkan aktiviti PdP. Namun demikian, kaedah ini juga telah
menimbulkan masalah yang memeningkan kepala sebagaimana murid akan sentiasa
bergantung kepada ganjaran untuk mengekalkan tingkah laku secara berlanjutan.
Malah juga, bentuk motivasi ini turut menimbulkan masalah apabila guru terpaksa
menanggung pembelanjaan besar untuk menyediakan hadiah selain daripada hanya
memberikan pujian dan penghargaan secara lisan.
Analisis Masalah
Antara impak negatif yang mungkin disebabkan oleh masalah ini ialah murid-
murid tidak mampu menjalankan aktiviti dengan baik jika tiada motivasi ekstrinsik
diberikan. Murid-murid akan menjadi lebih bergantung kepada keuntungan yang
disediakan untuk berusaha mencapai matlamat. Motivasi ekstrinsik ini dijalankan
secara berterusan akan menimbulkan kesan seperti mana murid-murid akan bersikap
tamak dan materialistik dalam pengurusan aktiviti tertentu. Dengan sendiri mereka akan
mempergiatkan usaha dalam bidang akadenik supaya merangkul segala ganjaran yang
akan dianugerahkan. Setiap kali aktiviti yang ingin dijalankan perlukan syarat anugerah
hadiah yang boleh membangkitkan keinginan murid untuk melakukannya dengan baik.
Hal ini kurang baik kerana murid-murid akan dilatih menjadi tidak boleh melakukan kerja
dengan niat sendiri malah kerap menjalankan kerja dengan faktor luaran. Situasi ini
turut membentuk sikap negatif murid-murid yang hanya boleh melakukan dengan baik
demi kebaikan mereka sendiri. Tambahan, guru juga terpaksa membeli hadiah yang
lebih mahal untuk memenuhi keinginan murid supaya mereka boleh melaku dengan
lebih baik dan produktif dalam pembelajaran mereka.
Cadangan
Bagi menangani masalah ini, saya perlu memilih masa yang tepat untuk
memberikan ganjaran yang sepatutnya diberikan kepada murid-murid yang benar-benar
mengubah sikap mereka. Selain daripada motivasi ekstrinsik, saya juga boleh menukar
kaedah saya, iaitu bentuk motivasi secara intrinsik untuk mengharapkan murid-murid
untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan mampu melakukan kerja dengan terbaik
Penulisan Jurnal_Minggu Ketujuh
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze

PENULISAN JURNAL

sekali. Antara cara yang sesuai untuk menggalakkan murid secara intinsik ialah
merangsangkan murid untuk mencari pengetahuan, menggunakan strategi-strategi
seperti kejutan, raguan, kekeliruan dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu.
Pada kebiasaannya, murid yang bermotivasi secara intrinsik akan melaksanakan aktiviti
kerana penglibatannya membawa keseronokan, membantu mereka memahirkan diri
kerana dianggap penting. Secara tidak langsung, prestasi mereka berada pada tahap
yang lebih tinggi berbanding mereka yang hanya inginkan ganjaran luaran.
Di samping itu, perjalanan PdP saya juga perlu disesuaikan dengan strategi
pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif bagi membangkitkan murid-murid lebih
berminat terhadap pengajaran saya. Misalnya, penggunaan pelbagai medium
persembahan seperti persembahan powerpoint, filem, demonstrasi dan main peranan.
Fenomena ini amat menyeronokkan murid-murid berminat untuk belajar berasaskan
minat dan keseronokan belajar.
Tempoh Penyelesaian
7 September 2014 hingga 11 September 2014 (seminggu)
Tindakan Susulan
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, saya perlu cekap dan sedar terhadap
keadaan yang sesuai untuk memberi ganjaran kepada murid-murid dan bukannya
memberikan ganjaran semata-matanya. Tambahan, saya juga akan berusaha untuk
mengubahsuaikan PdP saya secara kreatif untuk menarik minat murid-murid agar
mereka tidak berasa bosan dengan aktiviti PdP saya. Pada masa yang sama, saya juga
akan bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi usaha saya untuk mewujudkan
suasana pembelajaran PJ yang menarik dan selamat di luar bilik darjah agar murid-
murid boleh berminat untuk belajar, suka belajar dan akhirnya mencapai matlamat
pembelajaran secara efisien.


Penulisan Jurnal_Minggu Ketujuh
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze

PENULISAN JURNAL

Kesimpulan
Saya berharap masalah ini saya dapat ditangani dengan berkesan dan efisien.
Saya pernah tertekan, sedih dan kecewa atas kelemahan saya semasa mengajar,
tetapi saya tetap tabah berhadapan dengan cabaran ini tanpa berputus asa dan
menjadikan ia sebagai pengajaran yang baru sepanjang masa saya belajar di sini. Saya
percaya saya mampu mengatasi masalah ini dan tidak mengulangi kemelut ini di PdP
seterusnya.
Pandangan / Komen guru pembimbing
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
.......................................................................................................................
Tandatangan: ..........................................
Nama : ..........................................
Tarikh :.........................................

Pandangan / Komen pensyarah pembimbing
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
........................................................................................................................

Tandatangan: ..........................................
Nama : ..........................................
Tarikh :.........................................
Penulisan Jurnal_Minggu Ketujuh
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze

PENULISAN JURNAL

Rujukan
Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying &Sharifah Fakhriah Syed. (2009). Siri pendidikan
guru: murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sufean Bin Hussin (2005). Siri panduan guru pentadbiran dan pembangunan
pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai