Anda di halaman 1dari 6

Penulisan Jurnal_Minggu Pertama

Disediakan oleh: Chan Lyn Sze




Nama Guru Pelatih : Chan Lyn Sze
Sekolah : SK Tunku Putera, 09100 Baling, Kedah.
Minggu : Minggu Pertama
Tarikh : 6 April 2014 10 April 2014

Jurnal kedua
Masalah
Dalam minggu ini, saya telah mendapat lebih banyak pengalaman
pengajaran di SK Tunku Putera. Tugas pengajaran menjadi semakin mencabar
dan menyukar. Dalam tempoh masa ini, saya telah menghadapi masalah
persediaan alat dan bahan bantu mengajar (ABM & BBM) semasa saya
menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP).. Walaupun saya telah
menggunakan bahan bantu mengajar, maka saya menyedari bahawa saya tidak
dapat menggunakan BBM secara berkesan sepanjang masa pengajaran. Saya
kurang memanfaatkan alat-alat yang disediakan di dalam bilik darjah seperti
papan tulis dan LCD untuk menyampaikan PdP dengan lebih berkesan dan
memberangsangkan idea murid-murid. Misalnya, ketika saya menjalankan PdP
di kelas 3 Kreatif, saya hanya menggunakan LCD untuk set induksi dengan
tayangan klip video selama 5 minit sahaja. Seterusnya, saya menerangkan
bahasa-bahasa seni visual yang terkandung dalam aktiviti menghasilkan parang
melalui slaid powerpoint sepanjang 8 minit. Selepas itu, saya menyambungkan
perkembangan PdP iaitu ekspresi kreatif tanpa menggunakan LCD yang telah
disediakan. Tambahan saya juga kurang menggunakan papan tulis secara
berfaedah semasa saya menerangkan langkah-langkah penghasilan parang.
Saya hanya menampalkan contoh karya akhir parang pada papan tulis. Selepas
itu, saya tidak lagi menggunakan papan tulis lagi kerana saya menunjukkan
demonstrasi secara langsung di hadapan murid-murid. Jadi, saya telah
Penulisan Jurnal_Minggu Pertama
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze


melakukan kesilapan yang besar di mana saya tidak memanfaatkan penggunaan
papan tulis dan LCD yang amat berguna dalam masa 60 minit.
Analisis Masalah
Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah penggunaan ABM
dengan lebih berkesan adalah disebabkan kerana saya terlalu cemas apabila
saya perlu diselia dan dinilai oleh pensyarah pembimbing saya. Pada hari itu
merupakan kali pertama saya dinilai oleh pensyarah pembimbing secara formal.
Oleh sebab saya kekurangan pengalaman dan persediaan yang secukupnya,
saya mudah terpengaruh dan berasa lebih cemas semasa memulakan PdP saya
di dalam kelas 3 Kreatif. Dalam pemikiran saya, saya hanya ingin menyiapkan
semua tahap pengajaran saya dalam masa yang telah ditetapkan. Jadi saya
tidak memanfaatkan kegunaan papan tulis secara efektif apabila saya
menyampaikan pengajaran saya.
Situasi tersebut telah menunjukkan bahawa saya telah mengabaikan
kegunaan LCD dan papan tulis di hadapan kelas. Sebaliknya, saya menunjukkan
demonstrasi penghasilan parang secara lisan di hadapan kelas. Situasi ini akan
menimbulkan masalah serius jika tidak dikendali dengan efektif. Penggunaan
bahasa mesti jelas, mudah faham dan perlahan semasa menerang secara lisan
kepada murid-murid. Jika tidak, hasil pembelajaran tidak tercapai kerana
terdapat segenlitir murid akan keliru dan tidak dapat mengikut kadar guru yang
cepat semasa memberi demonstrasi. Justeru, kemahiran komunikasi amat
penting di mana ia menentukan keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa penyediaan BBM saya juga amat
sedikit dan kurang menarik. Contohnya, saya cuma menyediakan contoh akhir
karya iaitu parang semasa PdP kelas 3 Kreatif. Saya tidak membekalkan sumber
pengajaran yang bervariasi untuk merangsangkan dan mengembangkan idea
murid-murid. Umpamanya, saya hanya memasukkan gambar parang dalam slaid
powerpoint semasa mengajar penghasilan parang di kelas 3 Kreatif. Alat
pertahanan lain tidak didedahkan kepada para murid. Selepas PdP ini, saya
Penulisan Jurnal_Minggu Pertama
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze


barulah mengetahui bahawa saya kurang mengutamakan kepelbagaian sumber
pengajaran semasa menyediakan BBM. Oleh itu, murid-murid tidak dapat
membuka minda secara luas kerana hanya tersekat dengan sumber yang terhad.
Minda mereka juga kurang diperkembangkan dalam PdP. Malahan, BBM yang
digunakan juga kurang menarik minat murid dan gagal mengekalkan minat para
murid untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Di samping itu,
saya juga mendapati saiz BBM yang disediakan adalah kurang sesuai untuk
kelas yang besar. Akibatnya, murid-murid yang duduk di belakang tidak dapat
melihat BBM yang saya tunjukkan di hadapan kelas.
Cadangan
ABM dan BBM adalah mustahak dan merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan
keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu
mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Menurut
Omardin Ashaari (Abdul Ghani Abdullah: 1999: 69), BBM dapat membentuk
daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar.
Untuk mengatasi masalah persediaan ABM dan BBM, saya telah
mendapatkan idea dan cadangan daripada pensyarah pembimbing dan rakan
saya yang lebih berkesan. Selepas berbincang, saya memberi cadangan
bahawa saya perlu melakukan perancangan awal yang lebih sistematik dan
berkesan. Saya hendak membuat organisasi yang lengkap bagi memastikan
perjalanan setiap proses PdP diaplikasikan dengan penggunaan ABM dan BBM
yang sesuai. LCD juga boleh membantu saya menayangkan video klip yang
berfaedah dan menarik dalam akhir PdP. Di samping itu, saya juga boleh
memasangkan audio seperti lagu instrumen yang perlahan sepanjang masa
murid-murid menjalankan aktiviti menghasilkan karya agar dapat
merangsangkan dan menjana pemikiran mereka dalam tahap ekspresi kreatif.
Penulisan Jurnal_Minggu Pertama
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze


Jadi, setiap proses PdP telah diaplikasi dan dimanfaatkan dengan ABM atau
teknologi. Secara pendek, penggunaan ABM secara teratur akan memberi
keberkesanan dalam PdP dan murid akan lebih berminat untuk belajar.
Sehubungan itu, saya juga perlu menghasilkan lebih banyak BBM yang
lebih menarik dan sesuai dengan tajuk aktiviti PdP saya. Saya perlu kreatif dan
inovatif dalam penghasilan BBM supaya dapat menarik minat para murid
terhadap pengajaran saya. Selain daripada contoh karya akhir dihasilkan, BBM
lain yang sesuai juga boleh diaplikasikan dalam PdP supaya pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Satu lagi langkah autonatif adalah dengan
mencetak gambar-gambar foto bagi setiap langkah proses kerja dan ditampal
pada papan tulis.
Bukan itu sahaja, saya juga perlu mempelbagaikan sumber pengajaran
PdP agar murid-murid dapat mengembangkan idea yang sedia ada untuk diolah
lagi secara kreatif. Sebagai guru perlu tahu dan faham perkembangan dan tahap
kebolehan murid-murid mengikut peringkat umur mereka. Menurut Jean Piaget
(1896-1980), murid-murid memahami konsep pembelajaran melalui pengalaman
konkrit. Jadi, saya perlu menyediakan bahan sumber maujud untuk murid-murid
supaya mereka dapat mendapatkan pengalaman secara langsung daripada
sentuhan BBM konkrit yang disediakan. Contohnya, dalam pengajaran aktiviti
bertajuk labu sayong, saya perlu membawa labu sayong yang benar ke dalam
kelas untuk memberikan peluang murid-murid untuk memerhati dan menerokai
objek sebenar yang tidak pernah dilihat pada sebelum itu. Oleh itu, murid-murid
barulah dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pengenalan labu sayong
yang ditunjuk secara konkrit. Di samping itu, saya juga boleh menunjukkan
gambar-gambar visual seperti menayangkan foto-foto alat pertahanan tradisional
dan moden kepada murid melalui LCD supaya mereka dapat membanding beza
dan mengenali jenis-jenis alat pertahanan lain. Hal ini dapat membina
pengetahuan yang baru di samping mengembangkan idea mereka semasa
mengkarya.
Penulisan Jurnal_Minggu Pertama
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze


Tempoh Penyelesaian
13 April 2014 17 April 2014 (seminggu)
Tindakan Susulan
Langkah-langkah tersebut perlu dikaji dan diteliti semula agar setiap
tindakan yang diambil lebih berkesan untuk dijalankan di dalam kelas. Saya telah
berbincang dengan guru pembimbing saya untuk menyelesaikan masalah ABM
dan BBM tersebut yang dapat mempengaruhi keberkesanan PdP. Selain itu,
saya juga mengambil tindakan untuk membuat perancangan yang rapi agar
sepanjang PdP diproseskan dapat diaplikasi dengan ABM dan BBM dengan
sempurna. Seterusnya, saya juga akan melayari Internet dan merujuk kepada
sumber bacaan seperti surat khabar, majalah dan jurnal untuk mendapatkan idea
yang baru untuk mempelbagaikan sumber BBM PdP secara berfaedah.
Tambahan, saya juga akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak BBM
untuk pengajaran saya dan memanfaatkan penggunaan papan tulis serta LCD
yang disediakan supaya murid-murid berminat dan suka PdP saya yang
dijalankan.
Kesimpulan
Saya berharap masalah ABM dan BBM PdP saya dapat ditangani dengan
berkesan dan efisien. Jika masalah ini dapat diselesaikan, namun PdP di dalam
kelas dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Walaupun saya telah
menghadapi banyak cabaran dalam minggu pertama ini, namun saya masih
tabah dan gigih berusaha untuk menerima cabaran ini tanpa berputus asa
sehingga saya menamatkan praktikum fasa pertama dengan sempurna.



Penulisan Jurnal_Minggu Pertama
Disediakan oleh: Chan Lyn Sze


Komen guru pembimbing

.
Tandatangan : .
Nama : .
Tarikh : .
Komen pensyarah pembimbing

.
Tandatangan : .
Nama : .
Tarikh : .

Rujukan
Abdul Ghani Abdullah, Ph. D., Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid
Mohamed, Ph. D. (2008). Humor dalam pengajaran. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2008) Pedagogi strategi dan teknik.
Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sufean Bin Hussin (2005). Siri panduan guru pentadbiran dan pembangunan
pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai